Thursday, August 9, 2007

Kenangan Dikejar 'Dinosaur'

Dah tak ingat bila kejadian ni berlaku. Tp rasanya masa tu dah semester 4 sbb aku dok kat Blok D.

Malam tu dah dekat kul 11 mlm lebih. Aku ngan Nana masih lagi dok lepak kat depan bilik tetamu. Bilik tetamu kan sebelah ngan bilik warden. Bukan lepak mcm mana pun, berbual2 sambil berdiri. Dah tengah malam, nak kena masuk bilik masing2 dah.

Yg aku ingat, aku, nana n arwah anjang yg tengah berbual tu. ada lagi sorang 2 yg terlibat rasanya. So lepas borak2 tu, aku ngan nana nak balik ke bilik masing. Anjang n member dah balik jugak. Tetiba jer, warden prempuan panggil dari celah tingkap bilik warden tu. Aku tak ingat warden prempuan tu nama apa. Ko ingat tak nana?

Aku ngan nana ni menggeletar ler. Apa salah kitorang sampai kena panggil ke bilik warden. Aku yg lurus bendul ni, terus jer nak p masuk ke bilik warden. Nana kat belakang aku. Dlm teragak2 kitorang nak ke bilik warden tu, nana bisik kat aku dari belakang. nath, lari je nath, dia bukan kenal kita pun. lari je nath.

Setelah 2,3x nana ckp mcm tu, tetiba jer aku dengar bunyi tapak kaki nana dah lari dlu kat belakang aku, aku pun apa lg, pusing, terus ler ikut jejak langkah dia. Aku toleh belakang. Rupa-rupanya, warden prempuan tu pun ikut lari kejar kitorang...Masa tu tudung labuh warden tu kembang. Terus aku terbayangkan dinasor yg mcm badak, ada kepak boleh kembang tepi kepala tu..apa nama dia ek? chasmosaurus kot.

Aku ngan nana bedezup lari ke blok B, panjat tangga blok. nana lari masuk bilik Fida, aku lari masuk bilik siapa ntah kat tingkat 4 tu. dah lupa dah. Tercungap2 aku panjat tangga. tinggi tu...

Tetiba jer terus ada announcement, SEMUA PENGHUNI BLOK B BERKUMPUL DI BILIK REHAT! aku mengeletar. apa nak buat ni. malu ler kalau kena hukum depan org ramai. Mahu tak mahu aku turun gak berkumpul kat bawah tu. Nana pun ada. aku ngan nana pucat. Ceh! nana siap tukar baju lagi..pandai taktik ko ek..

Bila dah berkumpul tu, warden tu ckp, DSK student tinggal, yg lain boleh naik semula. Alamak! dia kenal rupanya... tahu plak kitorang ni kelas apa ek. Dah tinggal yg DSK jer, baru ler warden tu tanya, siapa yg lari td? Baik mengaku.

Bila dah mcm tu, aku slowly angkat tangan ler mengaku, tak mengaku pun, warden tu dah kenal pun, kalau tak mcm mana dia boleh kata DSK?

akhirnya aku ngan nana kena ikut ke bilik warden. Sampai kat sana aku ngan nana lagi kecut perut. Takut En Mat saad ada . dia kan ketua warden yg garang giler tu..

Kat bilik warden tanya aku ngan nana dlm nafas yg tercungap2. dia pun kepenatan mengejar rupanya. "Naper awak lari?"

Aku ni lurus bendul. bila ada org tanya mesti jawab. aku pun jawab ler: "Ntah"
Warden tu tanya lagi."Awak lari ni mesti ada buat salah kan. Awak tahu ker apa salah awak?"
Aku lurus lg menjawab. Brani plak tu nak menjawab. "Tak tahu cik apa salah kami, Cik dah panggil kami masuk bilik warden, mesti ada salah."

Loyar buruk plak aku.

Warden tu boleh gelak2 lagi bila aku jwb mcm tu. "Penat saya mengejar awak. Saya cuma nak tegur pasal kain awak tu. Jgn pakai kain yg terbelah lagi.." Mmg masa tu aku pakai kain belah depan warna itam. Nana punyer aku tak ingat.

Tu jer? tu jer salah aku ngan nana? kekekeke aku ngan nana bantai gelak depan2 warden tu. tu jer rupanya. yg sampai lari2 tu apa hal..

Kelakar tul. aku ngan nana kluar dari bilik warden ngan perasaan geli hati. buat penat jer lari lari. kecoh satu asrama. tp harap2 tak de org tahu pasal ni...

Esoknya tu, arwah ada tanya aku pasal mlm td. "Naper cik Nath mlm td?"
Rupanya benda tu kecoh satu asrama. Semua org tahu adegan kejar mengejar tu. Kena ler aku citer kat dia jugak...kekekke

Tu citer 14 tahun yg lepas.

Rupa-rupanya ada lg yg aku tak tahu. Alkisahnya, masa adegan kejar mengejar tu, ada org lain yg sama2 lari ngan aku n nana. kekeke kelakar tul bila dengar citer ni.

Echa cerita kat aku, dia ngan siapa tah aku tak ingat, sama2 lari bila tengok aku ngan nana lari. aku tanya apasal korang lari? echa kata, sbb kitorang lari, diorang pun ikut lari. kekekekke kelakar... kelakar tul..sampai sekarang time aku tulis ni, aku gelak giler. sampai keluar air mata aku ni gelihati sbb korang lari..kekekeke

tp apa pun.. mmg ini satu pengalaman. Pengalaman yg tak boleh dijual beli. pengalaman seumur idup. Indahnya zaman persekolahan

Rupanya..ada lg rupanya tu..

Rupanya, aku ni dulu2 nakal gak ek...kekekeke.

p/s: kengkawan yg terlibat dlm insiden ni, sorry ek kalau story ni tak brapa accurate. aku dah tak ingat detail sngat, yg aku ingat insiden tu mcm tu jer... nana, nak tambah apa?

*****aku post komen nana kat sini, at least boleh syer apa yg nana add in.

SHANANA said...

wei nath....kah kah kah kah kah.......waahaaa......... ko ni cite lawak pekung kite....aku dok gelak ni.. smpi orang opis ni kata aku giler.. laa....ko sama la ngan aku nath. Asal ingat cite ni.. mesti gelak sakan. Apsal kite camtu haa..aku pun pelik laa..hahahahahahahahhaha...

Bengong tul la kita..waden tu tanya apsal kitorang lari..aku boleh jawap sebab cik kejar kita laa.. pastu kita tanya apasal cik kejar kita? dia jawap sebab korang lari laa...hahahahahahaha.......agaknya ada lagi tak student2 yang terejal cam kita yek sekarang ni..aku memang tak leh nak ingat la kisah ni. Mesti gelak gila babi punya..Satu orang utara satu selatan boleh jumpa kat tengah2 pastu buat pasal lak tu.

Ni ko punya pasal la.. nak mentenet ngan arwah tu malam2 wat pa? Lagi satu pengikut2 yang ikut lari tuuuu..pun sama bengong jugak..kitorang sesaje joging mlm2 diorang pun nak ikut jugak bak pe. Dah terbabit sama. Nasib baik takde yang sakit jantung, kl tak lagi gamat bueknya...

Aku pun leh tepikir nak tukar baju, terus pakai baju kurung ayu lak tu.. nasib baik tak nyorok dalam loker terus. Kesian budak2 lain terbabit...habis satu Blok B tu kena panggil yek. Hahahahahaha.......... adoi semput aku ketawa....tapi masa tu..aku tak gak kurus2.

Syok yek bila ingat cite2 lama tu. Insiden tu le yang tak leh aku lupa smpi sekarang dan bila2. Bila orang tanya ko study kat mana? Aku dah stat gelak dah. sebab aku ingat balik cite tuu le...hahahahaha........

7 comments:

eycha tan said...

wey ko...aku ingat tu..aku ingat...ko janganlah buat aku ketawa cam org hilang akal laks....aku dgn ziana le tu, hasrat hati aku dgn ziana nak menghirup udara segar kat kerusi batu tu, tak sangka laks aku kena masuk lumba lari dgn korang berdua...semput aku!

harhtan said...

kekekeke ko ngan ziana ek....aku ingat ko ngan liza.

ada yg lain terlibat?

kekeke

SHANANA said...

wei nath....kah kah kah kah kah.......waahaaa......... ko ni cite lawak pekung kite....aku dok gelak ni.. smpi orang opis ni kata aku giler.. laa....ko sama la ngan aku nath. Asal ingat cite ni.. mesti gelak sakan. Apsal kite camtu haa..aku pun pelik laa..hahahahahahahahhaha...

Bengong tul la kita..waden tu tanya apsal kitorang lari..aku boleh jawap sebab cik kejar kita laa.. pastu kita tanya apasal cik kejar kita? dia jawap sebab korang lari laa...hahahahahahaha.......agaknya ada lagi tak student2 yang terejal cam kita yek sekarang ni..aku memang tak leh nak ingat la kisah ni. Mesti gelak gila babi punya..Satu orang utara satu selatan boleh jumpa kat tengah2 pastu buat pasal lak tu.

Ni ko punya pasal la.. nak mentenet ngan arwah tu malam2 wat pa? Lagi satu pengikut2 yang ikut lari tuuuu..pun sama bengong jugak..kitorang sesaje joging mlm2 diorang pun nak ikut jugak bak pe. Dah terbabit sama. Nasib baik takde yang sakit jantung, kl tak lagi gamat bueknya...

Aku pun leh tepikir nak tukar baju, terus pakai baju kurung ayu lak tu.. nasib baik tak nyorok dalam loker terus. Kesian budak2 lain terbabit...habis satu Blok B tu kena panggil yek. Hahahahahaha.......... adoi semput aku ketawa....tapi masa tu..aku tak gak kurus2.

Syok yek bila ingat cite2 lama tu. Insiden tu le yang tak leh aku lupa smpi sekarang dan bila2. Bila orang tanya ko study kat mana? Aku dah stat gelak dah. sebab aku ingat balik cite tuu le...hahahahaha........

harhtan said...

hahahaha
hahahahahaha
hahahahahahahahaa
aku tak leh nak brenti gelak dah
hhahahahahahaha

Anita said...

wa tatau woo ini celita.. pepun wa pun gelak sampai nak pengsan dan ni sensorang... eh!.. kan Tan Sri ni sowund plak kangg haaa padan muka wa..

Anonymous said...

mmg kelakor. kwn opis klinda pun heran apsal budak ni dok gelak sorang2. tiba2 terus terbayang kain belah nath n nana..hehe.
klinda pun dah tak ingat pasai citer ni, masa semua budak block B kena turun, klinda n marina takdak kat hostel kut. betui dak marina??
kalu tak silap warden block D - Sabrina.

eycha tan said...

wooo...korang tak tahu betapa aku dgn ziana lepas tu tercengang cengang pasal apa kitaorg lari sama, yang pastinya aku pun lari mengalahkan athlete sukan dunia.......khakhakahaahah....apalah korang nih......

jgn citer lagi...sakit perut aku dari tadi gelak sorang2 kat pc nih!