Entah kenapa, cerita lama ni masih lagi diingat. Diingat sbb aku rasa aku telah melukakan hati seorang kawan.
Citernya mcm ni. Dulu..Dulu aku penah mencintaimu. Eh silap. tu tag line filem Linda Onn belakon ngan si Dr Fazli tu...kekeke
Dulu.. (yg ni betul). Dulukan, masa kiter tengah cari-cari syarikat apa untuk kita nak buat praktical tu. aku telah berselisih dengan Ziana. (aku harap ziana dpt baca citer ni)
Ziana marah aku. Katanya, semua syarikat yg ada elaun ko nak bolot. (lebih kurang gitu ler ayat dia) aku tak ingat ayat2 yg digunakan. tp membawa maksud lebihkurang gitu ler..
Aku terkedu. Kenapa sampai sebegitu kawan aku sanggup berkata-kata? adakah mmg aku bolot semua tanpa disedari? Tidak. itu aku pasti. aku hanya berkira-kira. melihat-lihat list-list syarikat2 yg ada menawarkan elaun praktikal. Mmg aku mencari syarikat yg menawarkan elaun. itu mmg benar. tp aku tak bolot semua. aku hanya meLIHAT. Bukan memBOLOT.
Kenapa aku mencari yg menawarkan elaun? kenapa aku cari elaun? kenapa aku cari elaun? eh mcm iklan petronas plak.
Sbb aku nak tampung perbelanjaan seharian aku dengan elaun2 tersebut. Aku datang dari keluarga yg susah. aku tak sanggup nak mintak duit belanja dengan keluarga di kampung. Sudah tentulah kehidupan masa praktikal nanti akan menggunakan belanja yg besar. Tambang ke tempat kerja, makan, sewa rumah/bilik dan sebagainya. Pd aku, elaun itulah yg akan digunakan. Itu penjelasan aku.
Sambung cerita. Mungkin tindakan aku yg menyebut-nyebut syarikat apa yg ada elaun, membuatkan Ziana menyangka semua syarikat itu aku telah booked lebih dahulu. Tidak. Aku tak book. Aku tidak setamak itu. aku cuma berkira-kira. masih lagi dlm pertimbangan. bukan pasti lagi. kalau ada yg kata dia nak pilih syarikat tu, aku tarik diri. itu cara aku.
Akibatnya, aku telah berperang mulut dengan ziana. Kata aku, kenapa? ko takut aku kalahkan ko ker? Ish..aku sendiri tak sangka perkataan tu kluar dari mulut aku. Dan aku sendiri tak paham apa maksud aku tu. Aku dan Ziana ditenangkan oleh kawan rapat.
Ziana plak yg terkedu dengar kata-kata aku tu. Aku tahu dia terguris. akhirnya pergaduhan tu berlalu mcm tu saja. Meninggalkan titik-titik hitam antara aku ngan Ziana.
Selepas insiden itu, aku terfikir, gangster kah aku kat poli dulu? Kenapa ramai org mcm takut kat aku?
Jawapan aku, bukan gangster, tp muka aku yg masam dan sombong membuatkan ramai org takut hendak bercakap dengan aku. Kalau dulu aku sentiasa manis muka, sentiasa tersenyum dan look friendly, maybe peristiwa ni tak akan terjadi.
So, bagi aku wpun tu cerita lama, tp aku rasa insiden ni masih lekat dihati ziana. Betul tak ziana? Aku tidak aman selagi aku tidak melahirkan apa yg terbuku di hati.
Apa pun, aku harap ziana tak simpan cerita ini di hati . Dengan rendah hati, aku ingin katakan pada ko, MAAFKAN AKU. jika ko masih terasa sakit dihati dengan kata-kata aku tu, aku mintak maaf.
Pd Ziana, aku harap sikap ramah tamah dan friendly yg ko tunjukkan pada aku sepanjang kita contact mengontact dan berjumpa selepas belajar selama ini adalah yg seiklasnya dari hati ko. Begitu juga aku. Mmg keramahan dan kemesraan yg aku tunjukkan adalah iklas dtg dari hati aku, malah persahabatan ini juga iklas kepada semua teman yg lain...
Sememangnya semasa 1st time aku contact ko dulu, aku masih gugup. Sudikah ko terima aku sebagai kawan? Mahukah ko berbual dengan aku. Tp dari kemesraan dan ramah berbual ko itu, aku tahu, ko terima aku sebagai kawan..
Hati aku lega.. aku telah luahkan apa yg selama ini ingin aku nyatakan pd ziana. Sorry ek..
p/s: Kawan-kawan semua..I LUV u All..
(over la plaks...ahaksss)
1 comment:
tak over lah. nath cuma menyuarakan isi hati. pd klinda, nath mmg seorg yg berani dan tulus ikhlas dlm sesebuah persahabatan. semoga perhubungan kita semua berkekalan.
Post a Comment