Thursday, December 31, 2009

DSK GATHERING 2009 - DINNER






































































































DSK Gathering 2009 - Dinner time..

PP 14/2009 review!

korang-korang yg s/u gomen dah tengok pekeliling ni? Timerkasih yer kak eta sbb bgtau pasal pekeliling ni dah kluar. satu hari ni aku tak buat keje lg sbb dok belek pekeliling ni dan dok congak2 brapa gaji baru nanti. Ni bonus untuk s/u gomen ni. hohoho...

apapun, 1stly, syukur kehadrad ilahi dengan rezeki yg diberikan..kalau salah review aku pasal gaji ni, plg tak pun syukur sbb dpt naik gred pun jadilah...plg kurang cuti dpt 25 hari, elaun TKA pun naik skit kan..

yg aku paham dari pekeliling ni,(utk N17 ke N27 je yer..):-
a)semua N17 (kesetiausahaan) akan naik ke N27. nama jawatan pun ditukar spt dlm pekeliling. Kalau accept opsyen la, kalau tak accept, remain ler ngan jawatan sekarang.

b)gaji akan naik 2T (bagi yg dah sah jawatan la) yg belum sah naik 1T jer

c)elaun2 maintain. tp dengar kata nanti *jpa akan kluarkan edaran tarik balik elaun pembantu khas. huih..rugi ni, seratus lebih gak tu hilang. bak kata lin, dia bagi skit, dia tarik balik skit.

d)Tarikh anjakan gaji tukar jd januari. tu sbb dpt double anjakan thn dpn. (bg yg dah sah jer)

e) kelulusan PTK masa N17 tak boleh guna masa N27, maksudnya, sapa yg dah lulus PTK sebelum ni dan dah kat P2 atau P3, ngan jawatan N27 oto akan jd P1 balik. except yg dah gajimati akan jatuh ke P berikutnya. haaa sapa yg belum gajimati, rugi gak tu kan...kalau boleh carry PTK tu dpt ler P2/3 oto, bagus la sbb dpt gaji lebih skit. nak lebih jer... :P

apa lg ek..tp aku kompius skit ler ngan term dia guna bagi matagaji tu. apa maksud matagaji? matagaji=T atau matagaji=amaun gaji? kalau maksud matagaji=T, huih...banyak la gaji yg naik sbb kalau P1T13 N17 boleh jd P1T13 N27, banyak beza tu.

Apa pun, alhamdulillah akhirnya keluar jugak pekeliling pasal ni. aku dengar dari awal masuk keje gomen, sampai hari ni baru terbukti. Terimakasih ya Allah dgn rezeki yg engkau berikan....Amin..

HAPPY NEW YEAR 2010


Untuk semua kengkawan..dikesempatan ini aku wish a Happy New Year 2010 yg bakal menjelang.
Semoga kehadiran tahun baru ini membawa seribu makna dan harapan baru buat kita semua.
Ha..mana2 azam yag dah bertaun2 tak dipenuhi tu..macam mana? Still nak pendam aje ke..cubalah realisasikan..ha ha aku sebenanya bercakap utk diri aku sendiri..
Apa azam korang yek?..Ada yg azam nak dapat anak lagi?..nak kaya lagi?..nak kerja lebih bagus?..nak naik pangkat?..nak cari madu?..haa yg tu jangan berazam lak. Nanti menyesal.
K..ta ta

Tuesday, December 29, 2009

Special dedication to my lovely friends...




Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan
anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang
suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini
adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."

Thursday, December 24, 2009

Review Gathering DSK93 2009: PD

Ampun..kesuntukan masa tak dpt nak update awal...hehe.

alhamdulillah..gathering yg kita rancang berjalan lancar. semput skit2 tengah jalan tu tak pe la kan...nak buat cam ner, aku hanya mampu rancang, tuhan yg tentukan semua.

Timerkasih pada korang yg sudi hadir meramaikan majlis. Mcm biasa agenda kita serupa wpun tak sama. hehehe

Hari sabtu check in tu hujan.. hway kat seremban pun jem..tp alhamdulillah semua selamat sampai. Ptg tu tak leh nak buat aktiviti apa pun,sbb hujan. so semua tunggu dinner mlm tu je. sib baik mlm pun tak hujan.

Dinner BBQ. sbb dah ada org yg bakarkan, so kita enjoy makan je la..makanan banyak.. masa dinner kita buat tukar2 hadiah, pemberian cenderahati kepada kengkawan dan yg specialnya ada surprise! untuk menghargai suami-suami yg sudi drivekan isteri diorang ni untuk bergathering... kita bagi bunga ros dan cekelat. then sematkan love kat dada diorang...Untuk echa yg suaminya tak dpt hadir sama, kengkawan semua mintak aku bagikan. Echa, ko jgn serik yer...kami semua bangga ngan ko yg sanggup susah payah drive ngan anak kecik ke sana. Ko mmg kawan yg hebat! solute la kat ko!

Masa diner tu pun ada karaoke. rmai yg tunjuk kehebatan suara masing-masing. Kira sedap la tu sbb tak hujan pun kan..kan..heheheh :P.


Mcm biasa, mcm2 personal token dari kawan-kawan. sampaikan beg yg besar tu pun tak muat nak masuk semua. Ada pulak yg kata, dtg 1 beg, balik berbeg-beg. hahahaha

The next day, kita buat telematch. simple2 ajer...hadiah banyak tp gamesnya tak de. kekekeke lastnya kita buat la apa yg boleh. Mula ngan susun puzzle, peh tu teka coklat dlm balang, peh tu lompat katak anak2, baling kasut, last sekali bawak lari anak kan? hehehe kelakar bila ingat korang kokka (bahasa utara ni. sapa tau apa makna?) anak korang. dah tu anak masing2 dah besar lak tu. sampai ada yg mengaduh sakit pinggang. sib baik ler 1 round jer, kalau buat banyak round then jarak lg jauh..mau ada yg masuk spital tu. hehehehe


Anak aku punya la sibuk nak berendam, sampaikan tak mo join telematch. Haih..dah jumpa air, tak ingat makan minum pun. dari pagi sampai la t/hari nak check out tu baru kluar. dari yg tak pandai berenang sampai dah pandai. dari takut air dalam sampai tak takut dah.


Wpun gathering kali ni simple jer, tp aku puas hati sbb dpt jumpa korang semua, dpt sembang2, dpt kenal keluarga masing2 lebih rapat, dpat pilih anak dara korang nak buat menantu/madu aku nanti..(marinah, laki aku kata anak dara hang lawa...sopan mcm maknyer..)hahahahha. anak Junana lelaki semua. tp punya la menurut perintah mak/ayah...tak penah pun aku nampak anak Jun melasak mcm anak aku tu. Jun apa petua hang?

Eh, dah besar anak2 kita kan... bila berkumpul mcm tu, terasa diri dah tua, kalau sesama korang jer, rasa muda sbb perangai huha tu tak buang-buang. wakaka..

Ok. ni bab tabung. Wpun korang nak aku teruskan jaga tabung DSK tu, tp aku rasa aku kena tolak jugak la tanggungjawab tu. Aku tak sempat dah nak buat partime jaga duit ni. Bos aku yg baru ni energertik sngat, so aku pun terpaksa getik la. kekekeke

Jdnya, duit korang yg tak pergi tu aku akan pulangkan.. nanti bila aku dah bank inkan semula kat korang, aku sms/call ek.

Next time gathering? kitorang tak discuss bila nextnyer. nanti kalau nak bergathering lg next time, sampaimasanya kita just buka pool mcm slalu la, then vote. tp tentative tempat tu mungkin kat utara atau sebelah selatan la ek.

ok tu je lah update dari aku. gambar dari camera aku tak banyak dan tak menarik skit. enjoy je la apa yg ada ek. hehehe








Wednesday, December 16, 2009

Latest Update...

Rasanya ni last update dari sebelum kita berjumpa di sana...di sana.... di sanaaaaa...

tak sabar kan? anak aku dah start countdown seawal aku kompem gathering on, hari-hari tanya abg ni dtg tak? baby tu dtg tak? acik ni dtg tak? smalam siap ingatkan aku: ibu lagi 3 hari kan kita nak p PD? excited giler budak2 tu.

Korang xcited tak? aku yer! bukan senang nak jumpa ramai2 ni...

OK, ni latest update untuk gathering kita ni...

1st..Penginapan ditukar ke PD World Marina (PD Marina), Batu 7.(under same management Cocobay) Kenapa tukar? Cocobay ada masalah dengan waterpump kat hotel tu. diorang estimate maintenance akan ambil masa seminggu. sbb tu diorang terpaksa pindahkan kita ke PD Marina. Aku ralat gak pertukaran ni, tp kalau insist nak buat kat situ pun karang ada masalah air, kita gak yang susah. Boleh guna map yg aku dah publishkan last post tu. lepas hway PD tu ada roundabout kecik kan, dari situ dah nampak PD Marina. Memang senang sangatlah nak ke hotel tu. Last time aku pernah stay kat hotel ni. OK la..kalu nak mcm 5 bintang tak dapek den nak nolong weh..hehehe

2nd..Kehadiran/Penyertaan kali ni cuma 8 orang. Kak Eta dan Zuri tak dapat datang atas sebab-sebab tersendiri. Apa nak buat, since semua persiapan telah dibuat, gathering tetap diteruskan...Aku percaya gathering kali ni tetap meriah.

Perancangan2 lain aku dah triple fourtable kompemkan dgn hotel. siap aku ingatkan org tu lg, make sure bg yg terbaik..dan masa dinner nanti ada karaoke!.. complimentary dari hotel. Ingatkan spouse/anak masing2, jgn malu2 nak nyanyi ek..sampai hujan pun tak per. janji korang enjoy!

Boleh check-in seawal 12.00 t/hari. Masa nak check-in nanti just quote nama korang dan nama aku. contoh: Saya marinah, reservation under Puan Nathrah. lebih kurang mcm tu la. Kalau ada kelapangan, nanti aku cuba standby kat loby tu time korang sampai...insyaallah...

Marinah, ko nak masuk 1 day awal kan? aku dah ckp ngan hotel dan tak de masalah. Mcm semalam yg aku bgtau, diorang dah bg ko special rate. Nanti ko semak bill ek, kalau dia bg lain harga, bgtau aku. Nanti aku sebat org tu. heheheeh

Bab keselamatan. Aku nak sebut gak. kang jd apa2 ralat. Keselamatan atas tanggungjawab masing2 yer. Awasi anak2 kita. Kak Linda yg travel paling jauh dari utara, tengok2kan abg Hamid tu. jgn lelaju sangat, biar lambat asal selamat. Yg lain pun.. sama gak pesanan aku. Berhati-hati dijalan raya. cewah mcm pesanan dari Kementerian. kena mintak royalti iklan nih. hahaha

Ok ladies...see you there!

Thursday, December 10, 2009

Sabar menanti...

Tak sabar aku nak jumpa korang kat PD nanti.! next week je kan? Korang semua dah prepare barang2 ker? baju dah pack? cuti xtra dah mintak dari bos blum? mana la tau kot kot ada yg penat bertelematch nanti...nak rehat kat rumah pulak ker. hehehehe

Part arrangement hotel mostly dah tak de apa2. Hotel dah reserved, cuma tunggu info no bilik masing2 jer, arrangement dinner dah confirmed.Harap2 arrangement dari pihak hotel memuaskan.

Telematch kita dah ada 3,4 yg simple2. ok la tu kan...yg penting tujuan nak bergumbira tercapai. nak buat kat tepi pantai? nanti aku cuba sampai awal skit, n survey pantai dia selamat dan ok tak. Kalau sesuai dan ada space untuk kita bercanda di tepi pantai mcm ahkak Anitta Sarawak kita tu... boleh ler korang bawak bikini masing-masing. muahahhahahaha

Cenderahati group yg aku order dah dpt last week, goodies untuk anak2 pun mcm2 dah beli. tinggal tak packing jer lg..dengar kata ramai members yg murah hati kali ni, mcm2 nak bg sebagai personal cenderahati. alhamdulillah...rezeki kita bersama..dan semoga korang terus dimurahkan rezeki..amin. hehehe

Hadiah untuk tukar2 korang dah beli? Aku dah! eiii tak sabarnya nak tukar2 hadiah! heheehe

OK, ni map untuk korang mcm mana nak ke hotel tu. harap ini membantu ek..PD semua dah tau jln ke sana kan? just nak tau exec location jer kan... ni map kasarnyayg aku cilok dari blog org. hihihi

Thursday, November 19, 2009

Gathering PD 2009

Hello..hello..hello..genap2 lagi sebulan kita akan berjumpa di PD!

Ok. ni latest update berkenaan cost penginapan di sana nanti.

Hotel: Cocobay Resort, PD
Tarikh: 19 & 20 December 2009 (Sabtu, Ahad)

Cost/head
Adult: RM 130.00
Child: RM 65.00 (age 3-12 yrs)

Additional cost
Doorgift/ goodies: RM20.00

Members yg akan hadir:
Anita
Suzanah
Marinah R
Norhazanah
NorJunana
Mariati
Kamsiah
Zuri
Norhaslinda
Nathrah

Jika ada members lain yg tak listed, dan decide nak datang, you are wellcome. Bagitau nath untuk arrangement bilik penginapan. Insyaallah...

Kos penginapan adalah include breakfast, BBQ dinner dan lunch. semua disediakan oleh hotel. Sbb kali ni kita ke tempat yg tak de wakil di sana, so Nath dah minta hotel sediakan semualah. Senang keje.

Masing-masing kira sendiri berapa cost penginapan masing-masing, dan sms/ym/email nath untuk actual cost kena bayar sbb dari cost penginapan tu nanti, nath akan tolak dengan caruman tabung DSK. contohnya kiraan untuk family nath ek:

2 adult, 2 child : RM 390 (kos penginapan){A}
+ sumbangan cenderahati: RM20.00 {B}
- caruman tabung nath punyer: RM 330 {C}
> A + B - C = actual bayaran
jadi: yg nath perlu bayar hanya RM80.00 jer...

boleh phm ker ni? kalau tak berapa jelas dan nak kompemkan brapa caruman tabung korang, call nath ek. my phone 24/7 untuk korang.

Mohon sumbangan members untuk add in cost cenderahati RM20.00 tu yer.. actually, cost sebenar will be more than that, but nath manage untuk dptkan a few sponsership dari beberapa org members dan alhamdulillah ramai yg bermurah hati nak bagi. So nanti adalah skit bahagian untuk ibu2 dan untuk anak2..alhamdulillah...

Dah tahu berapa cost tu nanti, boleh lah bank in ke acc nath nanti yer..gaji minggu depan jer kan..hehehehe

Ada sesiapa lagi nak sediakan games sukaneka kita? so far baru ada 3:
1-suzana: games solek menyolek (kena bawak brg mekap masing2 ni)
2-Marinah: jigsaw puzzle ( marina akan sediakan puzzle tu nanti)
3-Nath: Music chair/ teka benda dlm balang

anyone else? harap ada 1,2 games lagi dari yg lain untuk memeriahkan lagi event kita ni..

OK, tu jer update dari nath utk kali ni, ada sebarang pertanyaan jgn segan silu ym/sms/email nath ek...



TQ!

Tuesday, November 17, 2009

Bakar korang!

Eh..jgn takut...bukan aku nak bakar korang la...aku nak bakar semangat korang jer. hehehe

ni a few pic untuk korang enjoy..gambar sekitar tempat penginapan kita di PD nanti.. happy viewing!

sunset kat beach ..kak ita sure suka sbb dia pandai ambik gambar mcm ni..



ada 2 swiming pool kat sini. pilih jer mana korang nak..



dari google map...


(credit picture kat owner asal: fazura/shah)

Monday, November 16, 2009

Berita terkini...

ini adalah berita terkini untuk hari ini....cewah mcm pembaca berita TV10.

Aku dah book hotel. complimentary hadiah pun aku dah carikan. ada sesiapa nak sponser? heheehe


nanti aku dah finalised all cost aku tempek kat sini lg sekali yer..

Sekian berita terkini. Salam 1 negara! kekeke

Wednesday, November 11, 2009

Harta karun



mai tengok harta karun yg aku baru jumpa ni. Gambaq aku masa kecik2 dulu. cuba hangpa teka yg mana satu aku? boleh ker teka...kekeke

Friday, October 30, 2009

Confirmed!

Reunion is confirmed ok!. it's confirmed! so jng ada yg nak ym aku tanya jd tak jd tak. Ym aku tanya apa yg korang boleh bantu boleh. tu yg aku nanti nantikan. hehehe

Boss aku EL since last 3 days, so aku ambik kesempatan ni untuk carikan hotel yg sesuai. Alhamdulillah ada hotel yg available & reasonable price. Tp.. latest ada kawan kita nak tolong cuba carikan hotel lain,. biar ada pilihan nanti kita pilih mana yg rasanya terbaik. kalau yg next quotation tu tak menarik, then kita ambik yg dah ada kat aku. sbb yg dah ada ni pun dah ok.

Confirm OK! CONFIRMED!

Bayaran RM300/family. Ini tentative aku bg secara kasar dulu lah. Ni termasuklah bilik + 3x makan + BBQ dinner. senang kira. tak yah nak hassle sediakan brg BBQ pulak kan..kan..

Kalau yg mana telah mencarum dlm tabung tu, maybe just kena topup lg skit. Nanti aku dah finalised account aku bentangkan budget frienly DSK kat korang di sana yer..

Nak mintak diorang arrangekan telematch untuk kiter ker? kalau nak, then akan ada xtra charge impose nanti yer..Kalau tak mo xtra charge tu, then kita organise mcm yg kat kuantan aritulah. masing2 sediakan 1 game, dan..jgn luper sediakan hadiah sekali ..tak de hadiah tak menarik kan.

Tempatnya: Port Dickson!


Hotel: To be announce soon..
tak announce pun tak pa. Janji yg ada anak ramai tu bawak la toto xtra. 1 mlm jer pun..

Tarikh: 19 & 20 December 2009
sabtu/ahad. 18hb tu public okey..yg jauh boleh mula gerak jumaat tu. bawak slow-slow 30km/j conpem hari sabtu sampai. sapa nak transit kat rumah aku dulu pun boleh. bgtau awai2 sbb aku nak kena kemas rumah dulu. tau tau je lah sbb apa ek...tp you're wellcome..aku suka korang sudi dtg rumah aku.

Agenda: Macam biasa daaa..
sabtu - 19 Dec-
- check in 2.00pm
- mlm ada dinner BBQ, tuka-tukar hadiah, ucapan aluan, (nak buat pertandingan pakaian tercantik/beragam ker?)

ahad - 20 Dec
- sarapan
- telematch
- check out 12.00t/hari
- lunch (jgn lupa..dah bayar ni)

Tu je lah. alah mcm korang pegi vocation ngan family la jugak,..buat la preparation apa yg ptt.

Tolong sahkan kehadiran korang by Monday, 2 november 2009 OK. nak tulis sini boleh, nak ym boleh, nak balas sms yg aku dah antar tu pun boleh. siapa yg nak kena tanya cik abg tu, tanya cepat..2 hari ni boleh discuss, boleh pujuk2, boleh usap2 mana yg boleh. janji...dpt. dapat datang reunion...:D


Nak SEGERA sbb aku nak pastikan the best room untuk korang. kalau lambat, dpt yg balence2 jer nanti jgn merungut yer..hehehehe

Ok tu jer. apa tunggu lagi? ACTION!...

Tuesday, October 27, 2009

ESQ 165....................

Assalamualaikum semua teman2 yg tersayang............

Dengan tajuk akak 'ESQ 165' mesti korang tertanya2 agaknya apa benda tu, @ bagi yg dah pernah dgr mesti tau apa tu ESQ 165.

Terus terang dan ikhlas, masa akak kena pegi tu, rasa mcm, alamak camner ni course ni dijalankan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad....terasa sayangnya hari cuti aku di ambil dan penatnya......ternyata setelah mengikuti kursus ini segalanya salah seperti tanggapan yg pertama akak td. Malah course yg dijalankan sehingga jam 7.00mlm tak terasa ngantuknya dan penatnya.....Rasanya klu course yg lain, organiser sibuk sediakan mineral water, gula2, pen dan kertas, tu pun boleh buat kita mengantuk lagi.....tp yg ini rasailah sendiri kawan2 ku yg amat aku sayangi.....

Rasanya org2 kat area KL dah biasa dengar dan tau apa tu ESQ 165, tp just nak share klu ada peluang dan rezeki utk ikuti, luangkanlah masa, pergilah kebaikkannya utk diri sendiri.....bagi yg belum pernah dgr @ x tau apa tu ESQ 165, cuba cari kat internet.....tp yg paling baik klu merasainya sendiri dgn menghadiri course tersebut......pasti rasa kelainnannya........tak rugi

165 shaja dah ada maksudnya tersendiri.....cuba cari
Demi kasih dan sayang pada kawan2 semua, akak tak nak kawan2 ada yg tertinggal info ni
sbb tu akak cuba sharekan bersama, mari kita sama2 cari diri kita sendiri sebelum nafas terhenti....

Penceramahnya dari Indoinesia, sedangkan Mufti Johor, Perak dan Pulau Pinang pun mengikuti kursus ini dan mengakui kebenaran dan kebaikkan mengikutinya....

Akak akui kursus ni mmg mahal (RM1,000) utk 3 hari, klu duit kita sendiri mesti fikir berkali2.....tp klu ada company yg anto, alhamdulillah.....tp DEMI DIRI SENDIRI.....sesekali apalah salahnya....sbb nilainya tak sama mcm kita keluarkan beli barang utk memenuhi keinginnan lebih2 lg bila baru dpt bonus, semua nak beli.....

Insyakallah bulan 12 ni suami akak plak gilirannya akan pergi, jadi pada masa tu akak dah plan tuk pergi sekali lagi.....utk support suami (tp kali ni makan minum, kos perjalanan, hotel semua kena tanggung sendiri-suami shj di tanggung company)tak apa lah rugi utk kali ini, demi utk diri sendiri.....

DEMI MATAHARI DAN SINARNYA DIPAGI HARI
DEMI BULAN APABILA IA MENGIRINGI
DEMI SIANG HARI APABILA MENAMPAKKAN DIRI
DEMI MALAM APABILA IA MENUTUPI

DEMI LANGIT BESERTA SELURUH BINAANYA
DEMI BUMI SERTA YG ADA DI HAMPARANNYA
DEMI JIWA DAN SELURUH PENYEMPURNAANNYA

ALLAH MENGILHAMKAN SUKMA KEFASIQAN DAN KETAKWAAN
BERUNTUNG BAGI YG MENYUCIKANNYA
MERUGI BAGI YG MENGOTORINYA........

p/s.....minta kawan2 jgn disalah anggapkan kiriman e-mail akak kali ini.....
tak lain demi kasih sayang pada korang semua.....tak nak akak laluinya
sendiri tu yg di share sesama sendiri.....
(terpanggil utk mengirimkan e-mail ini selepas membaca e-mail dari Nath)

Friday, October 23, 2009

Mari baca cerita...

Td sebenarnya aku baru update personal blog aku. Tetiba aku teringat nak syere cerita ni ngan korang. Bukan mintak simpati, tp sebagai ingatan untuk kita. Hargailah detik2 bersama keluarga dan ingatlah yg mati itu pasti.

Last post aku ada cerita yg makcik inlaw yg bagaikan mak inlaw aku sendiri kan? Ye lah aku anggap dia mcm mak inlaw aku sbb dia la yg uruskan semua hal2 bg pihak laki aku masa kami nak kawin dulu. Bila sebut dulu, rasa mcm dah berabad aku kawin kan. Hahaha

Makcik ni, kami panggil Mi, tak tau ler Mi tu mommy ker, ummi ker. Tp singkatan Mi jer. Mi ni sebenarnya emak saudara suami aku. (kakak emak mertua). Since mertua aku meninggal berbelas tahun yg lepas, dia la yg ambik alih jd mak kpd anak2 buah dia ni. Tinggal di kg. sabak bernam.

Sejak Yong (kakak ipar aku yg sulung) disahkan mengidap & menjalani rawatan cancer, dia la yg menjaganya bersama Chu. (Chu adik bongsu mak mertua aku). So both Mi & Chu ulang alik la dari kg ke s/alam jaga Yong kat rumah Cik (adik no 2 mak mertua aku) di s/alam. Diorang jaga kat s/alam sbb yong masih under treatmen kat PPUM*. sesekali diorang akan balik rehat kat kg. Biasa la alasan org tua, rindu kat ayam itik. Hahaha.
Ulang alik diorang ni dah 2 tahun jugak la.

So, 3 bulan sebelum puasa lepas, Mi tetiba meracau. Cakap merepek pasal mati. Kebetulan pulak dia baru terima berita kawan baik dia kat kg meninggal. So bila dia tetiba tanya kat Cik, boleh ker aku mati kat rumah ngko? Ko tak kesah ker aku mati kat rumah ngko? Ko redho ker aku mati kat sini? Ko tak kesah ker nak uruskan jenazah aku nanti? Kami pandang ringan jer la... sbb ingat org tua, dah umor 70 lebih sure la ingat mati jer. Naknya pulak baru dengar berita kawan baik meninggal. Aku sendiri pun, ada masa ingat mati jugak wpun masih muda (muda la kan nak banding umor 70 tu?) hehehe

Lepas tu, dia dan Chu balik kg. rehat sebab Yong dah abis treatment kimo. Dah nampak sihat dan segar sikit. So diorang ambik kesempatan balik kg tengok ayam itik. Tak lama lepas balik, Chu tepon dari kg bgtau Mi kena kayap kat nenen dia.( Keluarga suami aku ni mmg akrap. Calling2 sesama keluarga tu sentiasa ler. Kalau ke kg tu boleh kata hari2. ) So, kami tak de la risau apa2. Alah kayap, ambik ubat kg, jap jer ilang la. Tak lama lepas tu, sampai lagi berita dari kg. Mi tergelincir kat bilik air. Tp tak de cedera, cuma pinggang je yg sakit katanya. Alah, panggil mak bidan urut, nanti baik la tu. kata Mi tak mo bg kami bimbang.

Sebulan sebelum puasa, kak ipar aku tepon semua keluarga. Katanya, balik la kg kalau ada kelapangan sbb nampak kesihatan Mi mcam tenat jer. Kami start havoc. Kenapa tetiba jer Mi jd mcm tu? Kitorang pun balik la 2 minggu lepas tu. (2 minggu sebelum puasa). Aku siap belajar buat tepung talam sebelum balik kg sbb dah lama dia suruh aku belajar buat tepung talam ngan mak aku. Katanya tepung talam yg mak aku hidang masa kenduri kawin aku dulu sangat sedap. Masalahnya, mak aku tempah kuih tu. Tu yg aku tak belajar sampai ler dengar berita dia sakit tenat, aku tergerak nak belajar buat dan jamu dia. Tu pun ambik resepi dari internet jer. Buat sendiri 2x cuba baru dpt yg ok. Jadi aku pun balik kg bawak la setalam kuih tu nak bagi dia rasa. Kembang kempis idung kembang aku bila dia kata sedap. :P

Mmg betul apa yg ipar aku ckp. Mmg nampak sangat Mi tu tak sihat. Sbb dia ni orgnya tegap wpun umor dah 70lebih. buat keje bedezup bedezap cergas. Kalau duduk tengok tv tu, badan boleh tegak jer, tak de nak lentok sana sini, nak cari dinding menyandar.
Bila Mi betul2 tak sihat. Terduduk jer atas kerusi malas tak boleh gerak. Badan dah kecut. Nampak susutnya dan nampak sangat tak sihatnya. Makan mandi semua kat situ jer. Tak larat nak ke dapur katanya sbb pinggang sakit sbb jatuh ari tu. Tak boleh nak jalan.

Tp dlm masa yg sama aku ada dengar cerita makcik2 aku yg kayap kat nenen dia tu makin teruk. Dah keliling nenen dan berair. Aku rasa pelik kayap apa mcm tu dah brapa lama tak baik2 dari awal dengar cerita bab kayap tu. Tp pelik aku kat situ je lah, tak pulak aku tengok sendiri atau aku tanya lebih sbb makcik2 n ipar2 aku lg tahu kalau benda tu bukan kayap. Maklumlah diorang semua belajar tinggi dari aku.

Seminggu lepas tu, hari jumaat. makcik yg Cik pulak balik kg tengok Mi. Kononnya balik nak pujuk lg la utk ke hospital. Tp dia tak mo pergi jugak. katanya dia tak suka. Dlm masa sakit tu cuma doktor dtg rumah je lah tengok. Tp bukan bab nenen tu. Bab sakit pinggang tak boleh jalan tu. Yg kayap tu dia tak mengadu sakit apa pun. Dan malu nak bgtau kat doktor sbb kat tempat ‘tu’ kan.

Nak jd cerita esoknya. sabtu, tetiba lepas makan Mi kena semput. Susah nak bernafas. Panggil lg doktor dtg rumah lagi. Kali ni doc force p hospital gak. Katanya, pergi la makcik, bg kita xray tnegok apa yg tak kena ngan makcik ni. senang kita nak bg ubat. Bila dah kena force, dan dah semput, dlm terpaksa dia kena gak la ke hospital. Panggil ambulan dtg. Sampai je kesana, masuk ER untuk test, terpaksa la jugak dia tunjuk sekali yg kat dada tu. Doc tengok jer, terus doc tu ckp, makcik, ni canser ni.. Terkejut semua!

Sekejap jer berita tu sampai kat kami semua di s/alam. Discuss diorang adik bradik, they decide bawak Mi dtg PP*UM. Sbb kat sini ramai yg boleh jaga dia. So, isnin. Dari sabak hospital, transfer ke PP*UM. Buat test sana sini n confirmed breast cancer stage 4 n dah merebak ke lung pun. Dah abis lung dia rosak just tinggal seciput jer. Dia semput sbb lung dah penuh air. Doktor kata diorang dah tak boleh nak buat apa2. Suruh kami bgtau semua keluarga untuk “standby". Apa dia nak turutkan jer, panggillah semua keluarga. Kebetulan pulak time tu wabak H1N1. Dpt bilik kat sepital pun dah mlm, so kitorang tak dpt melawat dia mlm tu.

So next day hari selasa, time lunch aku p melawat. Nampak Mi mmg tenat sngat. Bergantung nafas kat tube oksigen, doktor suntik morfin bg tahan sakit. Tp Mi masih boleh kenal aku, ckp ngan aku wpun semput termengah2. Mi masa tu mcm tengah tahan sakit. Kat mulut tu istifar, zikir sahaja. Allahhh...Allahhh...tak putus2 dari mulut dia. mmg sedih sangat. Wpun mcm tu, masih lg nak tanya aku dah makan ke belum. Bila aku ckp aku puasa, sempat puji aku bagusnya aku sbb rajin buat puasa sunat. Tu lah style makcik aku. concern bab anak2 wpun tengah sakit.

So hari tu mmg semua berkumpullah. Kebetulan pulak spital bagi bilik 1 katil, mmg selesa la kitorang berkumpul dlm tu. Dlm sedih2 tu pun sempat lg diorang bergurau senda. Ye lah, nak ilangkan tensi ler katakan...lepas kerja aku p melawat lagi stay la sampai mlm wpun berbuka puasa ngan air kosong jer sbb aku bg kesempatan laki aku bersama makcik dia lama-lama skit.

Hari rabu, tengah aku sibuk buat keje sebelum lunch, laki aku tepon bgtau Mi dah tak de. Innalillah hiwaiina ilaihirojiun... Aku terkejut sesangat sbb tak sangka dia akan pergi mcm tu cpt. Sbb since dpt berita ni dan tnegok condition Mi, aku mmg cuba pk positif yg Mi akan recover balik dan atleast akan dpt bersama kitorang lagi wpun maybe tak lama. Cuma aku tak terpk yg secepat itu dia akan ‘pergi’. Mi meninggal 3 hari sebelum kita sambut puasa.

Ptg tu jugak selepas asar jenazah Mi selamat dikebumikan. Kat S/Alam. Mmg cepat semua urusan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dan Alhamdulillah juga aku dpt berikan perkhidmatan terakhir aku sebagai menantu sedara dengan tolong menyempurnakan urusan mandi dan kafankan jenazah. Itulah pegalaman pertama aku...Alhamdulillah....

Masa tu la aku dpt tengok ‘kayap’ yg makcik2 aku cerita tu. Rupanya mmg dah teruk. Tak de rupa nenen lg pun ha. Tp aku tetap pelik kenapa diorang tak terpk tu cancer sbb mak mertua aku meninggal dulu pun sbb sakit tu, mesti diorang penah tengok rupa canser tu mcm mana kan? Then kalau dah kat situ, seteruk itu, apa lagi sakitnya? Walaubagaimanapun, benda dah lepas, sudahlah. Ajal maut ditangan tuhan. Yg dah pergi dah selesai, kita yg masih hidup perlu teruskan kehidupan.

Kami sekeluarga pun terpk berapa lama Mi ni sembunyikan sakit dia. Betul ke dia tak tahu? Atau dia mmg tahu tp tak nak bagi tahu org? Tp apa yg keluarga aku tahu, mmg makcik aku tu terkenal sebagai org yg tidak suka menyusahkan org lain, nak pulak keluarga aku dah hevoc dengan kes Yong. Dah sure la dia tak mo tambah beban keluarga dengan sakit dia pulak.
Apapun, keluarga kami sangat rasa kehilangan Mi...Al-Fatihah...

tu lah cerita aku. Saja aku tulis kat sini nak cerita pengalaman pertama aku mengadap berita kehilangan org terdekat. sebelum ni ada sedara2 aku yg dah lebih dahulu dijemput ilahi, tp sbb tak rapat kan, so tak terasa dan tak berkesempatan untuk terlibat dlm semua2 urusan mcm ni.

Lagi satu, jgn ambik mudah dengan sakit yg sikit2 tu. nak pulak budaya kita yg percaya dengan bomoh/ubat kg. bukan kata tak elok perubatan tradisional tu. tp plg tidak dengan pengesahan awal dari segi sains, mungkin kita dpt cari ubat/rawatan terbaik dan tepat. yg penting usaha, doa, tawakal dan redha atas ujian dan ketentuan Allah..

Tuesday, October 20, 2009

Kalau sudi...............

Salam semua.....

Insyakallah dari 23/10 hingga 25/10 akak akan attend satu course di Maju Junction Mall, kat area Pertama & Sogo. Akak akan stay kat Hotel Citrus. Tp masalahnya course tu bermula dari kul 8.00 pg hingga 7.00 ptg. So klu ada sesiapa yg sudi nak berjumpa @ beramah mesra sila lah cal ya - (019-7765052) waktu urusan cuma dari kul 8.00 mlm hingga.....(lu pikir ler sindiri).

Dah terlanjur dtg ni akak bagitau.....mana tau terserempak kat Sogo ker, Pertama ker, terkejut plak korang kang, jadi sbb tu lah akak bagitau dulu siang2...x nak korang terkezut, klu korang bz takperlah, akak pun paham gak bila dah mlm2 ni nak kuar mmg agak susah sikit.

Lagi pun waktu mlm ni lah kaum2 ibu ni nak perbetulkan urusan sekolah anak2 depa....so, klu keadaan tak mengizikan jgn risau2....cek paham....

Salam sayang dari Kak Tie utk semua

Wednesday, October 7, 2009

Apa cer?...

Huih...sepi sunyi betul blog ni..lepas raya ni pun mcm tu jugak. Semua mengantuk kekenyangan open house ker? Siapa buat open house taun ni? Aku tak buat open house. aku buat close invitation jer. Kalau tak kena jemput pun, tp nak dtg rumah, tepon jer bgtau. kalau tetiba jengol dpn rumah pun boleh, tp dpt minum air bujang je la yer...jgn marah...hehehe

Pengalaman raya thn ni bg aku tak meriah mana la. sbb gomen bg saguhati 500 dgn 2x bayar. hahahaha ada ka ptt sbb tu... tak de lah sbb tu. rezeki gak la tu kan? alhamdulillah.

Sebenarnya tak meriah sbb aunty in law aku baru meninggal 3 hari sebelum puasa hari tu. dia tu mcm mak mertua aku la jugak. So semua keluarga masih berkabung.

Balik dari cuti raya, dah tenggelam dlm timbunan keje semula...adoi...tetiba aku rasa rindu pulak kat suasana tak de bos mcm dulu. hahahaha

Ni, apa cer reunion ni? ramai dah dok tanya aku. Jd tak? jd tak? Aku sekarang nak angkat tangan tanda surrender yer kengkawan. Aku dah tak sempat nak jd sukarelawati untuk organise reunion kali ni. So sekarang terpulang kepada keputusan kengkawan semua, kalau nak proceed, harap2 ada yg boleh volunteer untuk organisekan penginapan dan itinerary yg lain. Kalau takde, next time je lah...

Dah Oktober kan? pantasnya masa berlalu...wassalam.

Wednesday, September 16, 2009

SeNtHaP.. I

Mak senthap taww!
terkeshima.. bila org ngutuk-ngutuk anak I yg gebu gedebusss itewwww.
Dah laa dia kena raya di perantauan...
tak seshuai taww....

Terkesottt hati I......... auwwww


Nath, kalau Lola tak enterframe... senyap laa kat sini. Biorrr ler orghangg tak sukerr, tp Mak thetap sukerrrrrr tawww.

Statement di bawah hendaklah dibaca dlm loghat Kontan:-

Kawan balik Kontan laaa seperti biaserr. Tak kan nak balik London pulak kan, bukan nyer ader sedare mare kat saner. Kawan balik ari jemaat lepas suboh laa mcm cik nath kiterrr. Kawan malas betul nak harung traffic jam sumer neh! tak koser sungguh kawannnn.

Tp nak buat mcm maner yerr dok? Doh taim rayer, mesti laa nak balik kampong yerr dok? Lain laa orang kelumpur, dia tak dok kampong. Kita yg ader kampong balik laa kampong yerr dok?

Saper-saper nak mari umah kawan datang laa. Kawan rayer ke2 baru free. Lepas semayang rayer kawan nak gi Terengganu sebab kawan nak ziarah pusara arwah ayah kawan. Pas dah abih ziarah tu kawan balik laa Kontan semuler.

Rayer ke2 tu baru meriah gamoknyerrr. Tengok laa mcm maner yer dok?.. Raya ke3 spt biaser, kawan ramai2 berkumpul kat Rompin umoh abang kawan yg sulung.

Doh laa citer pasal program rayer kawan. Kang ader pulok yg senthap! hehehehe

Kawan nak masuk slang Putrajaya laa pulok... payoh betul nak tulis dlm bahasa pasor besor pahang ni wehhhhh!

ehemmmmm....

Sempena hari baik bulan baik ini.... saya Anita binti Abdullah, yang memegang kad pengenalan bernombor 740114-05-xxxx (errkk?!! weh kawan bukan org Pahang rupernyerrrr) menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki, maaf kalau ada tersinggung kata, terhiris rasa, termakan dan terminum tanpa sengaja. Maafkan laa saya.

InsyaAllah, kalau ada budget terlebihhhhhhhhhhhhh, kita jumper di PUTRAJAYA.

akhir kalam...... hambikkkkkkkkkkkkkk

Saper yg tak bagi Lola enterframe?
geget kang!

Salam Aidilfitri 2009

Pejam celik pejam celik dah sampai penghujung Ramadhan kan? klik2 sini tiap2 haqhi asyik dok nampak muka si lola ja. Naik menyampah nyah! hahahaha.
Ya ampun kak Eta, jgn maqhah nooo..sib baek la ada lola nak enterprem kan..kan...kalau tak lagi senyi sepi la blog nih. hehe...

Cek nak tulis guna loqhat Kedah no. Ramai yg ada FB dok ambik test rakyat Kedah kan. Result pun mak aiii, cek yg oqhang Kedah ni pun tak lepas test tu. hehehe. ada yg teqhasa ka? aihhh jgn la dok buat sensitip dekat2 nak qhaya ni. Sat lagi nak salam qhaya susah.

Hangpa semua balik kampong bila? Cek balik esok sebelum subuh shapie geqhak. silap2 sok kat R&R ja. inshaallah la. tu pun kalau sempat siapkan baju yg mak sedaqha tempah ni. haihhh tinggai yg seciput ni rasa malaih dan lambat plak nak siap. Cek cuti sampai minggu qhaya tu. pulun abis seminggu. ingat nak mai balik qheja 25 tu, tp malaih la. dok qhumah lagi syok. Lgpun nak kena kemaih qhumah skit. dah macam kapai kaqham rumah tu sbb dok pulun buat baju org tempah ja.

Ha sapa2 yg balik ke utara atau Kedah nun, jemput2 la mai qhumah cek haqhi qhaya pertama atau kedua no. Rasanya mcm nak buat open haus la kali ni.Raya ke 3 cek balik sebelah cik abang pulak dah. sat saja. tp jadilah...apa nak buat..ada sistem giliqhan la katakan.

Untuk hangpa semua yg nak balik qhaya kat kampong, bawak kheta baik2 no. Pandu berhemat insyaallah semua selamat. Makan ketupat rendang nasi impit ka, jgn lupa bersyukuq atas rezeki yg ada. Dan jangan lupa gak bersyukuq umoq panjang dpt lg raya tahun ni. hehehe

Oklah, sempena hari raya ni, cek nak mintak ampun maap kat semua2 lah. apa2 saja salah silap sedaq tak sedaq, sengaja tak sengaja. Hangpa semua tau sajalah, bila sesekali cek misbehave ni, semua ayat cek hamboq.

Mintak halai la no belanja2 masa jumpa sesekali tu..apa2 hutang yg tak ingat nak bayaq tu. Ada ka? hahahaha. kalau ada bgtau na selagi cek hidup ni insyaallah cek bayaq. cuma tahap lupa lepas pinjam tu yg tak dpt nak tolong lah.. yg saja2 buat2 lupa insyaallah cek rasa tadak kot..hehehe

Cek pun nak ambik kesempatan ni maapkan semua salah silap korang sedaq tak sedaq. hahahaha mcm cek ada penah kecik hati ngan sesapa ja nie...kehkehkeh..dak aih...cek tengah belajar nak jd hamba yg pemaap. kekekeek tetiba ja insap nih!.

Huih dah la tu. beleteaq mcm2. feel nak beqhaya hangpa pun hilang bila baca apa yg cek habaq ni. oklah,

Salam Lebaran Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin dari Nath & Keluarga!

Monday, September 7, 2009

New Baby!


Untuk pengetahuan semua, member kita, Pn Naziroh aka Jenny or panggilan manja dari En. Matzlan jari 4 qelong telah selamat melahirkan baby ke 3, baby boy t/hari semalam (6 Sept 09)!

Tahniah! dan semoga kehidupan berkeluarga jenny semakin meriah dengan kehadiran ahli baru!

Tuesday, August 25, 2009

Lola letihhhhhh







Salam Ramadhan semuaaaaa

Semoga semua menyambut Ramadhan dgn suasana yang gembira. Amacam persiapan raya?... Kita ala kadar jerrrrrrr... owang bujangg hehehe, baju 5 pasang, kasut 3 pasang, langsir 7-8 pasang, bag tangan 10-15 pasang...... ala raya sethn sekali ngeh ngeh ngeh

Thn ni kita poser sensorang... eh! silap... berdua dgn lola
thn lepas mak kita poser ngan kita
thn ni dia tak mo dtang... pertengahan poser baru nak datang
So.. kurang meriahlah time buka poser kaedahnya Cik Yah!

Raya thn ni sebenarnya buat pertama kali laa nak bawak si anak gebu kita balik kampung... Uwan dia laa beria-ia suruh bawak balikkk.... kita pun mcm nak wat balik laaa kan

Tp bila difikir-fikir... kita terpaksa laaaa tinggalkan anak kita kat PLKN (Pusat Latihan Kucing Negara).... bior dia kena berdisplin skettttttt!

Skrang ni dia kurenggg berdisiplin... jam 2/3 pagi kejut kita suoh bangun! Bangun teman dia makannnnn..... padahalll boleh ajer gi makan sendiri.

Antara sebab musabah tak bleh bawak dia balik Kontan ialah:-

i) Dia tak pernah travel jauh... paling jauh, klinik kucing kat Bangi... Cyberjaya (PLKN), setiap kali masukkan dia dalam carrier.... dia melepek muka dia kat carrier tu sambil ulur tangan dia minta bawak keluarrrrr

ii) Dia tak pernah jejak tanahhhhh, umah uwan dia atas tanah.... umah mummy dia tinggi kat tingkat 8... dia plak ala-ala DIVA suka melepak nikmati angin sepoi-sepoi bahasa kat balkoni sambil ngadap Masjid Putrajaya.....

iii) Dia jadik rebutan di kalangan anak-anak sedara..... asal dtg umah jerrr... jantung lola mcm nak pecah.... jd untuk mengelakkan dia kena serangan jantung... baik tak yah!

Jd untuk tahun ini.... mummy terpaksa spare budget lebih sbab terpaksa antor lola kat PLKN.