Thursday, May 29, 2008

KLU KORANG NAK TAU............

Assalamualaikum

Korang sema, semalam aku emergency leave, sbb kemarin balik kerja aku accident kat highway PG. Aku sampai kat Tmn. Rinting dlm kul 5.30pm trus g umah mak, duduk2 jap, sbb kul 6.00 nak ambik anak aku tuisyen(kat area umah mak aku jer). Pas ambik anak kita org nak g Kulai, ada hal sikit. Kuar dr Tmn Rinting upanya jam yg td tak abis lagi,so kitaorg pun bersesaklah dlm jam sekali lagi. Dlm pada bersesak2 tetiba jer dengor bunyi berdentum, upanya van rempuh keta aku, kata breaknya tak makan. Berdentum punya lah kuat smpi kepala aku pun sengal, abg harun tak der apa2 tp anak aku kakinya luka sbb terkena bawah kerusi (tp cikit jer).

Yang aku geram tu, bila kitaorg ajak g wat report dia tak nak, dia kata nak settle tepi jer, ingatkan nak settle tepi dia nak settle semua upanya dia nak bagi abg harun kau cuma Rm100, mana cukup. Dia ingat tin sardin kemik ker.......yg langgor aku tu cina......bising punya bising abg harun kau kata anto workshop berapa kena lu bayar lah, dia masih tak nak lagi.....dia ingat murah ker,bleh dpt Rm100, abg harun umpan nak wat report dia tak bagi lak.......dia nak aku bersuara terima berapa yg dia bagi tu......mana bleh.......last2 aku geram aku kuar, ngan berani campur takutnya (dlm ati ckp apa nak takut bukan salah aku, dia yg langgar kita, dia lak nak tinggi2 suara kat laki aku, mcm laki aku lak yg salah langgor dia) aku kuar trus ambik gambor dia dan no. plat keta dia, muka dia menyinga jer tgk aku, cepat2 aku masuk dlm keta balik......nasib ada 2/3 org yg kuar dan tolong betah sama ngan abg arun. Dia org pun ckp klu lu taknak bayar bawak report polislah.....pandai lak dia berlembut ngan laki aku......tp dia cuma suruh anto kat workshop anak buah dia, bila anak buah dia nilaikan hrgnya dlm RM650. Byk cantik dia nak bagi laki aku RM100 mula2 tu. Aku kesian gak kat dia tp klu dia bagi laki aku RM100 sapa yg nak bayo Rm550 lagi tu.....kesian lak kat aku kan..........Sebenarnya anak buah dia yg kuarkan chq RM650 tu. Dah lah gitu chqnya branch Tmn Ungku Tun Aminah, puas lak aku ngan laki aku g cari CIMB Tmn Ungku Tun Aminah nak cashkan chq tu, dah lah kita org tak pernah pergi situ, sampai 5/6 kali pusing dan tanya org baru dpt. So skarang dah settle.....tp keta aku boleh kuar workshop ari Sabtu ni, so kita org g kerja bawak keta abg arun lah plak..........Yg bestnya dpt pujian dr laki aku tu.....nasib baik ayang ambik gambo dia dan plat keta dia.

Malang tak berbau, .......tuk semua kawan2 ku pandu kereta berhati2 (tp kekadang kita berjaga2 org lak yg langgor kita dr belakang) apa nak buat.........Kak Tie

Tuesday, May 27, 2008

Mari lah mari... kita mengundi

Wassup semua...masih lagi dlm gathering mood ker?..Bagus...bagus...Kali ni masih lagi dengan isu gathering kita yang tak abis di sebarkan lagi. Masa kat Kuantan hari tu kita dah berbincang dan basically dah ada persetujuan semua yang hadir. Namun untuk mengofficialkannya..nath announcekan kat sini ek...

Hasil dari perbincangan kita tempohari, perkara-perkara tersebut telah dipersetujui:
1- Kutipan monthly sebanyak RM20/sebulan akan dibuat mulai bulan Julai 2008.
Tujuan kutipan ini untuk mengisi tabung DSK93/95. Tabung ini kita akan gunakan untuk kebajikan ahli-ahli. Contohnya: Sumbangan kelahiran baby baru, khairiat kematian.. dan sebagainya. Lagi satu, kalau ada next gathering/reunion, tak perlu lah lagi kita mengeluarkan belanja yang besar tiba-tiba.
Korang telah amanahkan Nath utk manage akaun ini kelak. Segala penyata berkaitan akan diupdate dari semasa ke semasa. Oleh itu, dlm next post, nath akan publishkan no acc. yg korang boleh transfer secara online...senang kan.

Secara automatik, semua member DSK93/95 adalah ahli.

2- Gathering akan diadakan 2 tahun sekali.
Seawalnya lah. Tp perancangan yang lain tu terpulang pada kelapangan kita sendiri. Next gathering/reunion akan diadakan di kawasan Utara. Dimana? itu akan dipertimbangkan kelak. . InsyaAllah....

So, kengkawan boleh ler vote di pool sebelah kanan tu. Itu untuk mengesahkan lagi perkara diatas.

Untuk pengumuman semua, ada beberapa trip jalan-jalan jumpa kawan sudah ada dlm perancangan. Antaranya...
a) Genting Highland (27 Okt 2008)
b) Port Dickson (belum ada tarikh)
c) Kuantan/Trengganu...(Dec 2008)

Siapa berminat nak join? Jgn malu-malu, jgn segan-segan, angkat tangan bgtau nak ikut...hehehe

Friday, May 23, 2008

Buat Teman-teman Tersayang...


Ika mohon maaf kerana tak sempat nak berborak panjang dan bermesra dengan kawan2 semua. Maaf sangat dan maaf juga kerana banyak tak involve dalam aktiviti. Terima kasih Ika pada semua terutama Lin, Nath dan semua. Terima kasih sangat. Maaf juga jika ada yang tersinggung ye.


p/s: klinda ni mewakili Ika sbb dia tak leh memblog. setakat baca bole ler...ni cheq copy n paste kata2 ika.

Untuk Ika...
Jgn la sedey…Ika dpt hadir dgn Durra pun dah kira baik sgtttt.
Happy dpt jumpa Ika n Durra. Klinda rasa kwn2 yg lain pun akan sependpt dgn klinda.

Mari kawan-kawan dengar ini cerita..

Hahaha... cek kembali lagi!.. kali ni dengan cerita gathering di rumah Lin pulak.

Tulisan yang lepas lupa nak cerita kita konvoi ramai-ramai p POLISAS. Kena tulis POLISAS. kalu tak depa tak tau kita belajaq kat mana no... hehehe. Pesat membangun betul POLISAS kan? besar sangat. Siap ambil bangunan maktab lagi. rasanya kalau dulu masa kita belajar kat situ, poli dah sebesar mcm tu..mak ai...mau longgar lutut nak jalan p kuliah ha..bangunan perdagangan dulu dah jadi bangunan Elektrik. Padang depan surau dah jadi asrama-asrama, bus stop luar pagar besar tu pun dah dlm pagar. ish..ish..is... banyak betul perubahan dan pembangunan. Tapi... sedihla... tempat lepak kitorang dulu dah tak de...alah, bangku batu tepi lambang poli depan bangunan perdagangan tu ler...ha.. tempat tu lah dulu kitorang jd tukang banci pelajar poli. dok situ, perati jer org lalu lalang sambil kutuk-kutuk.. korang ingat tak?

kenangan semua tu kan... la ni semua dah branak pinak. kekeke

Ok. lepas balik dari poli terus singgah makan t/hari kat rumah Lin. Makan ikan masak asam pedas, sayur campur, telur goreng, ikan masin panas-panas...fuh! sampai tuan rumah lalu belakang pun tak nampak!...hahaha. Silap-silap time tu ada yg lupa nak baca bismillah tak?

Sebelum makan tu sempat ler belek-belek bilik kraftangan Lin. Mak aiii, mcm kedai alatulis ha. semua ada. Sempat gak ler Lin demo 1, 2 hasil kerastangan dia tu. Kalau korang nak tau, frame kertas yg dlm pek cenderahati kita tu.. tu lah hasil kerja Lin. Cantik tak? Kalau cantik, apa lagi? order la lagi.Bagitau jer bentuk apa korang nak, sure boleh punyalah.. ha Lin, promo free ni... so kalau aku order harga agent la yer...(pandai tul aku ambik kesempatan ek..kikiki) Time ni semua suami kita sibuk berborak ngan bapa lin kat depan rumah.

Petang tu jenjalan pula ke Tanjung Lumpur pekena satar dan kopok lekor. Kopok lekor tu sedap tul. nyesal tak beli bawa balik. Lepas balik tu, singgah pula ke Pantai Sepat. Pasir kat pantai tu.. halus tul. Sayang tak de hotel/resort kat area tu. Anak-anak aku teruja tengok lubang ketam kat pantai tu. Hehehehe anak bandar ler katakan... tengok lubang ketam pun teruja. Jakun tul. kekekeke

Balik malam dah. Lin n the family sibuk lagi sediakan makan malam. Kali ni Lin jamu steamboat pulak.. Kesian aku tengok lin & family berpeluh2 sediakan makanan. Dok rumah lin mmg keje makan jer... tu pun dia ada hati nak jamu mufin plak tu.. nasib baik tak jadi buat, kalu tak.. mau demam lin seminggu lepas tu sbb penat layan tetamu. hehehee


Steambot sedap!.. laki aku yg tak penah makan pun makan bertambah. Aku yg suka ni lg ler... mmg tak pandang kiri kanan dah.

Abis makan malam... sambung balik sesi gebang-gebang sampai pagi... para suami di depan rumah lin, para isteri di dalam bilik. keekeke time ni semua anak-anak dah lena keletihan jalan-jalan.

Next day tu, makan lagi. Breakfast la pulak. Bihun ada, karipap pusing ada, popia goreng ada.. macam-macam ada...sempat la juga korek-korek petua memasak ngan mak lin. Aku yg tak penah gulung popia ni sempat la tengok demonstrasi menggulung popia. hahahaha mahal ilmu tu...

Lepas makan-makan, kitorang dah nak balik...lepas kemas-kemas barang masuk bonet, terus shoot ke TC kejap. Pusing-pusing TC tengok tempat berdating dulu.. (aku ler tu..hihihi). Banyak perubahan jugak kat TC ek. Pantai mcm tu jugak. cuma sekarang jln nak ke 2nd bay tu dah ada jln pintas cantek..dah ada jambatan tu.. dulu kena panjat batu batan situ. Klinda belanja sunday mcD, Lin belanja jambu. Lama gak kan kita kat situ... dengan angin yg bertiup.. redup bawah pokok ru tu... rasa macam nak dok lama jer kat situ.

Dah puas makan angin TC tu, tibalah masa bertolak balik...tp...singgah lagi... singgah beli keropok dan buah tangan kat mana ek? aku tak ingat ler nama tempat tu.. tp kat jalan gambang gak ler..aku borong keropok banyak tul. maklumlah..sedara ramai.. kang ada yg tak dpt buah tangan kecik hati pulak.

Lepas tu terus speed balik S/alam... abis dah...dah balik rumah ni... rasa rindu plak nak p jalan-jalan mcm ni lagi. Apa lagi kawan-kawan? meh ler kita plan next trip pula ek...

ha...kalau korang nak tengok gambar-gambar sepanjang kita bergathering, sila ler cklik kat sini...http://photobucket.com/dsk9395

Wednesday, May 21, 2008

Yuhuuuuu... me in the houseeeeee



Nak enterframe gak kat sini huhuhu
kenangan manis kau dan aku
tak kan terluput
duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia
sayang menyanyang
cinta dikenang
perasaan menjadi rindu oooooooooooooooooooooo
lihat lah diri ku yang kesorangan
hehheh tapi tetap gak nak join

nak upload gambar kat sini.. nanti beratttttttt sangat
so tolong view kat sini ek kenkawan
saya dah upload...
gambor tak cantik sangat sebab kekurangan profesionalisme giteww
nway... enjoyyyyyy

--------------> http://eta-abdullah.fotopages.com/

Jangan lupa bagi komen yer kenkawan kat fotopages tuuuu.

Post mortem Gathering 2008

Wah... semua tak sabar-sabar ek...aku pun.. tp sbb kesibukan keje ofis yg banyak terbengkalai minggu lepas, so minggu ni kena ler sattlekan dulu...jd proses nak upload/dload gambar2 gathering kita dikemudiankan kejap yer... kejap jer... tp dari camera nath tak banyak mana pun, sikit jer... baik kita tunggu dari main camera dari cik nana kiter...

OK. apa perasaan korang semua? teruja kan..happening sesangat. sampaikan anak aku tak mo tidur malam jumaat tu. Anak aku kata: Ibu, malam ni kita tak yah tidurlah, nanti kita terus gi kuantan jumpa kawan2 ibu. Hehehe..

Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Perjalanan ke Kuantan mengambil masa 3jam lebih. Maklumlah, semua perhentian disinggah. hahaha. Disebabkan telah lama tak ke Kuantan, kami sesat. Cari punya cari TUDM mcm yg dipetua oleh Lin, tetiba jer kami dah berada di tengah-tengah Kuantan. kekekeke salah masuk tol rupanya. Akhirnya Lin terpaksa dtg escord kitorang ke resort. Sampai resort, Zuri, Kak Atie dan Kak Eta dah check in. Anak2 aku dah nampak pool. Terus....kedebusssshhhh.. berendam sampai kecut kulit-kulit gigil-gigil sejuk tak mo naik. Then bila semua dah sampai...anak2 kiter jer semua dlm kolan tu. hahahaha seronok tengok diorang main kan...

Then, malam, kita buat bbq dinner seperti dirancang. Gayat juga aku sbb cuaca mcm nak hujan, tp alhamdulillah... tak jadi. Makanan malam tu... walllaaaaa... sedap. dan banyak sampai tak terhabis, aku yg dah debab ni... makan tak hingat dunia. hahahaha. Abis dlm pinggan, tambah... abis.. tambah...huh.. hancus diet aku mlm tu... hahaha.

Masa makan2 tu kita sesambil bagi sourvenir khas untuk semua. Dan goodies bag untuk anak2 kita.



Tak ketinggalan juga kita sambut besday Nana malam tu... seronok anak2 tumpang tiup lilin kek Aunty Nana. hehehe..


Lectures yg dtg, Pn. Salawati, Pn. Salimah. Pn Che Ariza dan... Encik Matzlan. Terima kasih jer Encik dan Puan-puan semua kerana sudi hadir pada majlis kami yang tak seberapa tu..

Lepas tu ada sesi gambar bergambar bersama keluarga dan juga lectures... seronoknyer... semua perangai macam masa kat poli dulu ek..hihi

Next day hari ahad tu pagi2 lagi anak aku dah terjun kolam lagi sekali... ish anak aku pantang nampak air. mmg nak berendam jer.Sambil kita breakfast nasi lemak di tepi kolam tu, acara sukaneka dijalankan... hadiah pun banyak, semua anak2 merasa. Dah habis semua sesi sukaneka tu, sesi bergambar lagi. Puas bergambar kali ni...maklumlah... kita ada jurufoto khas ler katakan....hahaha

Dan akhirnya....last sekali apa lagi, sesi mak ayah la pulak terjun dlm kolam tu... hahahaha mcm budak-budak. Sampaikan kak eta pun terjun dgn jeansnya. Tak tahan godaan ler tu...hihihi...

Then, tibalah masa yg paling sedih sekali...nak berpisah dengan korang semula... kena check out dari hotel tu...sedih ler....aku mcm nak nangis jer time tu.. tp bila pk akan jumpa lagi di rumah lin kemudian, hilang rasa sedih tu..

Next posting aku citer pasal cerita-cerita kat rumah Lin yer..

OK. Dikesempatan ini saya..(ceh saya ler pulaks...heehehehe) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih diatas kehadiran kawan-kawan semua. dan terima kasih juga kepada suami-suami korang semua yg mmg sporttttiinnggg abis (laki aku pun sporting gak..heheheh tq sayang!)Timakasih kepada Shanaz & Nana, yg menjadi jurufoto tak bertauliah. Timakasih kepada Anna & Ajim yang menjadi org kuat sukaneka, org kuat kipas...kipas masa BBQ la.. bukan "kipas" tu..hehehe.. Kepada Cik Bad & Lin, yang bekerja keras angkut mengangkut segala keperluan makanan dan arrangement sepanjang gathering tersebut. Dan terima kasih juga kepada Papa dan Mama Lin yang banyak membantu menyediakan makan minum kami semasa di sana..Terima kasih banyak-banyak.

Dan..

Terima kasih juga kepada mereka yang sponser hadiah-hadiah, uwang dan juga tenaga kudrat. Timakasih En Matzlan, Lin, Echa (wpun tak datang), Kak Linda, En Bad, Anna, Kak Eta, Nana, Kak Atie, Zuri, Marina, Marinah, Ika dan Liza....

TERIMA KASIH pada korang semua! kerana telah menjayakan gathering kita nie...

ni petikan chat husband nath semalam:

hazman997: rasa tak puas la pergi Kuantan......
jelitaz: hhehheee tu dia penangan kuantan
jelitaz: kekeke
jelitaz: next time kita p lagi ek
jelitaz: syok ka?
hazman997: syokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Tuesday, May 20, 2008

INI BARU INTRO JE..

Assalamualaikum sume..

Wah...korang ni excited tak habih habih ni...bestnyer...gi Kuantan sampai anak2 aku tak nak masuk rumah. Dia kata "Mama tak nak balik rumah yg kat sini (KL), nak balik rumah yang kat jauh sana...(dialog anak yg kecik tu..).

Tapi apakan daya..masa dah berlalu. Cuma ada kenangan aje..Wei..Aku dah terasa rindu untuk bersama2 semula laa.... Korang tak rasa ke?...

Anyway aku postkan gamba basic untuk korang ye..ni baru intro aje.. ni. Ada lebih kurang 600 keping gamba lagi yg ditangkap..masa tu..

Macam-macam pose ada yg tido, gelak, marah, menganga, tgh mengumpat, dan macam2 lagi..
So sapa2 yg tak sabo nak tengok episod seterusnye..harap bersabor lah ye... hehehe...
Lin & Family, Nath, dan lain2 yg berusaha keras menjayakan program...saya ucapkan berbanyak terima kasih. Hanya tuhan yg dapat membalas budi baik korang. Luv U.....






Kenangan Terindah

Assalamualaikum....

Perhhh... Aku orang pertama yang masuk tulis dlm blog selepas reunion. BESSSTTTTT GIILLEERRRR... Terima kasih buat semua terutama Lin & Family sebab rasanya kalau tak ada Lin & Family tak jadi reunion nie.... (Puji lebih nampak... hehehehehehe...)

Tapi betul Lin kalau ko tak ada maka ....

  • Tak dapat ler aku check in awal (nak bagi tau aku lah org yg paling berkobar nak sampai awal)
  • Tak dapat ler bilik yang selesa (sebab lin & rosliza pi survey dulu)
  • Tak dapat ler wat bbq (sedap oooo, siap ada sponsor lagi)
  • Tak dapat ler jumpa kengkawan lama (siap mengayam ketupat lagi sebagai acara sampingan... hehehehehehehehe)
  • Tak dapat ler round2 kuantan (membangun gak yerk kuantan)
  • Tak dapat ler tengok tempat jatuh lagi dikenang (poly ler tu...)
  • Tak dapat ler mengenal anak2 masing (banyak gelagat)
  • Tak dapat ler kaum ibu berendam sakan (hehehehehe... k.eta pun join gak... walaupun pakai jeans heheheheheh)

yang lain-lain tu... lu fikir ler sendiri.... (pinjam kata2 nabil)

Ok ler... memandangkan aku masuk sebenarnya nak tengok gambar tapi tak ada lagi... so sesiapa yang ambik gambar tu.. nanti masukkan yerk ... tak sabar nie...

Abang Raja seronok benar, dia kata ler... dia siap bagi tau... tiap tahun suruh buat... dia ingat senang ker nak buat... tapi aku layan je ler.. aku cakap yolah...

Bagi yang tak dapat join tu... luggggggggggiiiiiiiiii lerrrrrrrrrr. Tapi tak apa next time join k...

Byee....

Zury & Abg Raja & Adik Raja

Thursday, May 15, 2008

RALAT penyiaran..

Wah... sorry kak eta...sorry ler bebanyak... tak pasal2 dapat nama pulak ek...rupanya owner asal usul buat istana pasir tu kak atie...jgn marah yer kak... kesilapan yg tak disengajakan...

Masih nak sponser hadiah tu ker? atauuuuu.... owner asal kena sponser? kekeke tak kisah lah. bukan penting hadiah, yg penting tujuan utama rancangan kita untuk berjumpa dan bergumbira. kan..kan..kan...

ok lah, lg sekali minta maap yer kak eta....(malu cek..)

hehehe

yahoooo.com

tak sabor gak ni... punya laa tak sabor sampai wat entry laggikkk!
tak sabor nak balik kampung....
ooooo Ooo balik kampung.. hati girang
tak sabor nak jumpa mummy... lom celebrate lagi mother's day ni
tak sabor nak jumpa kucing... duk tanya kabor melalui mummy jerrkk kisah kucing
tak sabor nak jumpa korang-korang sumer
eiiii... tetiber jerkk rasa mcm malu.............. awwwwwwwwww tak rela youuu


Errrrrr... ada sesi wat istana pasir ke? apesal haku tatau neh?
okey laa. wa sponser laa hadiah....

Wednesday, May 14, 2008

Yihaaaa....

kalau kak eta starting ngan yuhuuuu, aku start ngan yihaaaa cicidak..cicidak...
tu bunyi anak aku naik kuda kayu. kekekee

OK. Aku sampai terngigau-ngigau, Lin berdebo debo, korang semua sure tak sabor-sabor ek. Tinggal 2 hari jer lagi. lepas tu... C U in court!...eh... C U in Kuantan!...hehehehe

OK..Ni aku nak remind korang nih:

Bawa tikar. Nanti kita nak picnik kat tepi pantai. Kalau yg ada khemah, rasa2 nak berkhemah tepi pantai, silakan bawa sekali.

Bawa sunlotion. kang korang sunburn.(betui ker sunlotion? bantai je la labu...)

Bawa picnic set, nanti nak masuk bertanding istana pasir tercantik tajaan Cik Eta kita.

Bawa bikini n swimming trunk. Nanti nak berendam. Tp kalau nak berkain batik dalam air, ok ler tuuuuu...

Bawa bantal bucuk. Kang ada yg tak leh tidur malam pulak. Kalau yg ada anaks tu bawa ler toto xtra kalau ada...kang jatuh anak dari katil haa...tp hotel ada sediakan bed xtra, sedia fulus je lah...kekekeke

Bawa kereta... kang tak sampai2 lak kuantan...kekeke


Jangan lupa bawa hadiah RM10 tau...
Jangan lupa bawa map.
dan plg penting...jgn lupa kunci rumah bila nak bertolak tu...hihihi

Next, kalau yg masih tak pasti jalan nak ke hotel, sila clik n print peta kat sebelah ni..petuanya senang jer, cari jer jalan heading ke Beserah@ Balok. haaa hotel kita kat area tu lah. di Pantai Batu Hitam. Sure ada signbord. Kalau yg ada google earth, google sekarang, nath dah tagkan resort kita tu kat mana. atleast nampak gak area tu kat mana. Jangan bimbanglah, sure jumpa punyalah.

Lagi satu, jangan lupa untuk save no. HP kengkawan semua dalam hp tu. senang nak rojer2 kalau sesat.


OK kengkawan...Jgn lupa agenda kita terawal pukul 5 ptg. Semua agenda perjalanan gathering kita mcm yg dah nath post sebelum ni, tak de perubahan. Cuma time nak dinner tu, mohon kawan2 turun awal 15 minit boleh? untuk tolong sesama setkan tempat BBQ tu... gotong-royong gitu...pakai cantik-cantik.. kalau ada yg nak pakai gaun labuh-labuh, boleh.... nanti kitoran buat sand carpet gitu....hehehe. Tak kisah lah korang nak pakai apa, janji cantik, anggun, menawan... itulah keunggulan... ahaks...

Jumpa korang disana.....disanaaaaa....di s a n a a a a a ......

Friday, May 2, 2008

Yuhuuuuuuuu


Lama tak nulis... gatal pulak jari-jemari ni hehehe
Tak sabor nak jumpa semua kenkawan nanti..
Tak sabor nak tgk sunrise n sunset... eiiiiiiii tak sabor nyer raserrr


Ni nak suggest... utk bebudak wat laa program sukaneka...
tiup belon kerr
cari gegula dlm pinggan kerr


Rasa mcm nak bawak layang-layang arrr main kat tepi pantai....
jom laa semua, kita bawak lelayang... main reramai kat pantai.


Wokeylah.. ni nak wrap up untuk semua...
Selamat Hari Pekerja
Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Guru (patut tukar pendidik laa kan)
Selamat Hari-hari hehe