Friday, January 30, 2009

Pengalaman ngeri!

fuh... degup jantung aku masih lagi laju. dup dap dup dap mcm baru lepas lari 100m lompat pagar. dan nasib baik gak jantung aku masih lagi berdegup. kalau tak... sure korang semua tengah meratap hiba atas kematian aku...ngehngeh..

Td. lebih kurang kul 3.15 pm. aku tengah syok baca email ada org antar aduan rasuah.. tetiba..KEDEBOOOOOOMMM.. gegar-gegar pejabat aku. aku dah mengucap banyak-banyak ingat MAUt dah datang nak jemput aku. aku dah terbayang esok muka hadapan BH, UM,Metro, gambar mayat aku bawah runtuhan dinding pejabat aku ni... nauzubillah betul.

Syukur, alhamdulillah.. tuhan nak aku idup lagi rupanya...

korang tau apa jd?

Kantin belakang ofis aku ni sedang dirobohkan. jarak kantin ngan ofis aku ni sekangkang korang jer. kalau kangkang aku, besau skit..hehe.kiranya pejabat aku ni syere koridor ler ngan kantin tu. sekali diorang ketuk2 pecahkan dinding kantin tu, sekali dengan pejabat aku gegar.. GGGGEEEGGGARRR... gegar.. gegar.. selama ni aku takut syiling ofis aku ni jer yg runtuh.

Dalam dok tetuk ketung ketang gegar gegar tu, KEDEBOOOMMMMM.. bergegar2 mcm gempa bumi. tu yg aku mengucap giler tu..sekeping besar dinding kantin tu jatuh timpa dinding belakang ofis aku ni... nasib baik pengadang dinding tu slowkan skit impact tu. kalau tak... mmg dah aku innalillah bawah runtuhan pejabat aku ni...

Apapun.. aku dah buat aduan kat jabatan yg berkaitan. aku dah ambik gambar sebagai bukti. dan alhamdulillah... aku masih bernyawa..

tu la citer aku utk hari ni.. kalau tak, mati hari jumaat baik dah tu kan!.. :D

dinding pink tu ofis aku. nampak tak zink biru tu? tu yg tumbang sama, yg dinding jatuh tu kat org yg hujung sekali tu. betul2 belakang meja aku..

pemandangan dari tingkap bilik aku. tingkap tak boleh buka, tak boleh nak ambik gambar closeup lg.

Thursday, January 29, 2009

Lin Have another Baby Girl!

Pg td, Adlin called. Dia kata dia dah selamat bersalin pukul 6 lebih pg td! It's a girl, berat 4.kg lebih. Fuh! Besar seh... aku tak tau mcm mana Lin boleh segar bugar kul 8 pg td dan boleh tepon aku utk bgtau berita gembira ni. Kalau aku kat tempat dia..entah2 masih pengsan lg. hahaha

Lin, Tahniah! dari kami.. semoga dengan kelahiran baby baru ni, melengkapkan lagi keluarga bahagia Lin & En. Bad...

TaHNiaH...!

Friday, January 23, 2009

Happy Chinese New Year!

I almost forgoten that i have a chinese friend at Poly.hehe

To my dearest Chinese friends,
Chan Yoke Moi,
Lee Peng Peng,
Teoh Hooi Chin,
Chan Mei Lian,
Lee Yin Fuan,
Foo Kwai Moi, & ....
Tang Jah Chin

Happy Chinese New Year! & may this year bring more prosperities to you all!..

p/s: jgn lupa belanja aku burger prosperity tau!hehe

Monday, January 19, 2009

Penyata Tabung DSK 2008

Alamak, mcm mana nak paste jadual excell kat sini ek. terpaksa ler aku buat manual post jer. Harap korang paham apa yg aku tulis.

Penyata Tabung DSK (Julai - Disember 2008)

Jumlah Kutipan Jan-Dec = RM1180.00

(tolak)Perbelanjaan:
Khairat kematian -2 orang = RM200.00
Kelahiran baby - 1 orang = RM100.00

Baki = RM880.00

so sekarang aku dah buka buku baru untuk tahun 2009. Kalau ada yang nak bank in, bgtau yer. Gunakan CIMB akaun aku.

Sempena akaun baru, dan tutup acc lama, saya nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada kawan-kawan yg tak jemu-jemu bank in setiap bulan or sekali arung tu ek. hehehe jangan serik dengan panggilan-panggilan saya setiap bulan tu... saya tunaikan amanah korang jer...(aku yang tebal muka sebenarnya nak kutip. Mcm ceti haram ler pulak. hahaha)

apa pun, terima kasih diatas kerjasama korang selama ini... Harap dengan adanya tabung ni, memudahkan lagi kita membuat perancangan di masa hadapan...wassalam..

Saturday, January 17, 2009

Minah Rempit



Meh kongsi gambar zury... gambar-gambar nie masa kami pi ride bersama-sama group motor... saja jerk untuk tatapan korang semua...

















At least dapat korang cuci mata...






















Ni masa kami ride ke Batu Pahat (10 Januari 2009) semata-mata nak makan nasi beriani gam... Lebih 40 buah motor yang ikut konvoi...






Ni pulak masa pi Konvoi ke Mersing... 28-29 Disember 2008.



















Thursday, January 15, 2009

More babies coming!

I got this gud news yesterday. One of our member at northern area just confirmed pregnant. so.. we have 4 babies is coming this year!..horayyyy

Monday, January 5, 2009

Andai Waktu Boleh DIGOSTANKAN...


Salam buat semua,

Tahun baru, azam baru dan segalanya kalau boleh ingin memulakan kehidupan yang lebih baik dari yang lepas-lepas.

Tahniah kepada yg bakal menambah bilangan keluarga... err ada ke?
Tahniah kepada yg bakal mendapat anjakan paradigma... eh silap! ajakan gaji daaa
Tahniah kepada MARINA yang telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok orang-orang gomen.... (Mena tefon td bg tau.....)
Tahniah juga kita semua sebab usia semakin bertambah..... makin matang, dan boleh berfikir dgn lebih baik lagi.

Jika masa boleh diputar, apa yg ingin korang perbetulkan.... atau apa yang korang usahakan untuk dpt... setiap org cuba bg pandangan korang.... dgn tajuk

ANDAINYA WAKTU BOLEH DIGOSTANKAN... apa yg ingin korang perbaiki...

meh kita kongsi sesama ..............