Tuesday, December 30, 2008

YESS!!!

Aku nak bgtau korang. It's a good news! (utk aku jer..)ahaks. tak kira, aku nak bgtau korang jugak.

Aku dah lulus PTK 1!..aras 4! boleh dapat anjakan gaji! yeeeeeeaaaaahhaaaaaa....

hehehhe poyo jer aku ni kan. tp ni berita gumbira bg aku untuk dikongsi sama dengan korang. mana tak gembiranya sbb mmg tak sangka aku boleh dpt aras 4 setelah cubaan bertama hanya dapat aras 3 jer. Masa ambik exam kali ke2 tu pun mmg aku tak confiden langsung. lgpun bila aku semak semula lepas exam tu, banyak plak yg aku tau salah. so bila result keluar dpt aras 4. mmg satu kejutan bg aku la. Thn depan boleh cuba PTK2 plak. hehe

Wednesday, December 17, 2008

Merayu Bantuan

Aku terpanggil untuk post kat sini apa yang aku reply kat member aku. Bukan nak tunjuk baik or anyting. tp atleast ni pendapat aku bila bab derma menderma ni. Nak tulis semula kat sini dlm topic yg sama malas. hehehe so aku copy paste kat sini je lah.

Member aku nak tahu lebih lanjut pasal detail bil dlm email merayu bantuan yg aku fwd kepada ramai kawan-kawan lain. Asalnya aku pun dpt email tu dari kawan lain juger..so ni pendapat aku. Apa pendapat korang bab derma menderma ni?


"Oh ye ker? nath pun tak perasan sbb main fwd dari kengkawan jer. nak buka attachment tu malas. Tp td nath dah tengok skit bil 03 ngan bil 04 yg ada penyata statement tu. agaknya tu nak bg contoh bil tak? ye la, apa yang nath tahu, biasanya org yg sakit jantung or penyakit kronik lain ni bukan sekali operate terus baik. kdg2 6,7 kali operate pun tak baik2 jugak, kalau dah dpt jantung baru pun, ubat kena makan seumur hidup, f/up tu mmg kena sentiasa la.

Gomen pun tak tanggung semua kos kalau staf sakit. ada certain item yg kena bayar sendiri. inikan pula swasta.

dlm bil statement tu pun ada yg bil dari 2002 tu. banyak kos perubatan ni kak. GL tu maybe company cover, tp kalau bil dah banyak, mungkin dah abis entitlement tak? kalau sykt swasta biasanya ada limit/yr kan? mana ada sykt bg GL tak de limit. nak plak bil kat IJN. mahal kos2 rawatan ni. nath dah xperience kakak ipar nath dptkan rawatan canser sekarang. tu kat gomen hospital tu. sekali jumpa doktor jer dah $100 melayang. tu tak masuk apa-apa rawatan. jumpa jer. kalau ada ubat, ada rawatan, kdg2 sekali buat $1000 abis. sebulan plg tidak 3x jumpa doktor jer. Tu nasib baik kak ipar lain tolong duhulukan sebelum dia claim balik dari kwsp ngan socso. tu pun kalau ada caruman 2-2 tu.

Kalau org bergaji kecik or keje sendiri mmg suffer kena mcm ni kak . Ni masa diorang, time kita nanti? tak tau apa cerita pulak kan

Apa yg kita boleh bantu, bantu la. kalau sangsi, yg cara-cara email ni, tak yah bagi. or siasat dulu kalau rajin. tak dpt bg duit, dpt tlg sebarkan mcm ni pun jdlah. mungkin ada insan or hamba Allah yg nak menderma. Yg penting niat kita ikhlas. Yg meminta tu bohong ke tipu ker, tu hal dia ngan tuhan. Tp nath kalau melalui email ni mmg nat selalu tlg fwdkan jer. kalau jumpa tepi jln, org org dtg minta, or mmg tahu dari kawan2, hulur gak apa yg termampu jer. Niatkan jer sedekah. yg lain tu berserah pd tuhan je lah. Dia yg maha mengetahui.."

Monday, December 15, 2008

Jumpa member

Ahad semalam. Marinah R datang Shah Alam. Dia bawa anak2nya berjalan-jalan cuti sekolah. Hari ni program diorang katanya ke sunway lagoon. Wah sure best giler mandi manda kat sana kan...

So, sempena kedatangan Marinah. Icha dan aku jumpa dia kat S/A Mall. Marinah belanja pizza hut. makan-makan sambil sembang-sembang. Anak aku suka usik anak Icha.Nangis2 dibuatnya budak tu. Anak Icha tak sihat semalam. tu yg moody jer.

Lepas tu, icha singah rumah buruk aku. Kat rumah ada permainan, baru anak Icha nak senyum sikit. Budak mana yg jumpa mainan tak senyum ek.hehehe

Tuesday, December 9, 2008

Happy Belated Birthday utk Nathrah.

Salam buat semua especially Nath,

Aku nak wish happy belated birthday buat Nath. Maafkan aku sebab terlupa sebab aku memang pelupa. Semoga Nath dimurahkan rezeki, dipanjangkan jodoh dengan Man dan hidup bahagia selamanya.

Salam sayang dari aku.
Marina

p/s: Hari ni Selasa (9.12.08) sampai Ahad (14.12.08) aku ada kat Tmn Medan, PJ.