Monday, September 24, 2007

Cerita makan-makan

Hari ni masuk hari ke 12 kita berpuasa. Diam tak diam, dah 1/2 bulan ek. Masing-masing pun dah sibuk beli persiapan nak raya. Kuih biskut dah start tanya bila nak dpt. Baju dah start tanya dah siap blum. Yg menjahit pulak dah start kecut perut bila tengok banyak lagi yg tak disiapkan (aku ler tu..)
Anak-anak pun dah start nak beli bunga api. Yg gilir2 balik kg, dah start O som nak balik kg siapa. Kalau yg kerja tu, dah start jeling2 borang cuti bos dah sign ke belum.

Cuti raya aku bos dah approve sblum puasa lagi. Lg tepat sebelum cuti Merdeka ari tu. Baju raya, thn ni aku pakai baju BTN jer...kuih-kuih aku tempah 1,2 jer yg mana feberet tu. banyak2 pun buat tak abis mkn jer. Order tu pun sbb tak nak org kecik hati.

Balik citer makan-makan, rumah aku masih lagi bersepah dengan periuk besar2 yg digunakan hari sabtu lepas. Sempena birthday kak ipar aku, Yong aku buat majlis berbuka ramai-ramai. Macam2 ada.. Pulut kuning, rendang, sayur, sambal udang, mertabak, ketayap pedas, keteaw goreng, kastard jagung..etc la. tak cukup meja makan yg besar kat rumah aku, meja sekolah anak aku jd habuan lg.

Dgn air jagung, honey due, cincau, teh, iceblend tembikai...fuh kalau boleh scan perut tu, nampak pelangi dlm tu..

End up dengan majlis potong kek. Sesekali makan-makan dgn keluarga mcm tu, meriah juga ek.

Tengah malamnya tu, cik abe aku balik ajak bersahur kat luar la pulak. Dia ingat nak bersahur kat satu restoran kat kg baru tu, bila kat sana tengok tak de parking, lastnya dia terus pandu kluar dari KL menuju ke PJ. Bersahur la kitorang kat Jln 222. Sahur dengan laksa. Esok pagi, 4x aku kluar masuk tandas. kekekeke

DSK Boleh!

Yeye or jer tajuk aku tu ek. Mesti korang pelik apa yg DSK Boleh tu kan?

Ni ha..bila aku dok baca-baca, belek-belek gambar kiter kiter kat sini nih, aku terbayang rupa korang 10 thn yg lalu.. Semua muka brutal time tu. Nana dgn kasut tapak tingginya. Bak kata budak lelaki yg jalan belakang dia time turun dari asrama tu: Baling anjing pun mati. Tak pun, pakai setahun pun tapak tak haus..

Marina dengan ala2 tomboy tak cukup makan. Kasaq kedegaq. Si Jenny ngan program kecantikan & slimmingnya. Makan lebih skit mula la kecut perut takut terlebih kg. Echa aku tak kenai sngat masa tu. yg aku tau, susah nak senyum mcm aku gak. Kak Eta mmg masa tu dah ada tokoh. Tokoh wanita sejati. Kena la dengan umurnya yg lebih skit dari kita tu.

Tp yg lain-lain tu.. mmg aku tak sangka 10 thn berjaya merubah kawan-kawan aku ni. Siapa sangka semua dah branak pinak? (yg nie aku kena mintak maap ngan K Eta awal-awal...jgn terasa ek..tak de niat nak singgung. sbb kami semua paham situasi akak. Tp anak tekak, anak mata ada kan? anak gak la tu...ehehehe)
Masing-masing anak dah nak cecah 1/2 dozen. Berjaya jadi ibu2. jadi isteri2 kepada anak mertua.

Siapa sangka semua bila sembang bab memasak..mak aiii keluar semua jenis resepi. tak cukup resepi turun temurun, cari lg dlm internet. Bagi suami, anak2 makan dengan hasil tangan sendiri.

Boleh menjahit. Siap ambik tempahan lagi..tak cukup itu, pandai pulak buat langsir, buat crosstich, pandai pulak sulam menyulam.

Tu tak termasuk kebolehan yg lain lg tu, yg terpendam, yg dipendamkan, yg dilarang untuk exposekan..Serba boleh la kata org. Sama-sama kerja cari rezeki, balik rumah tengok anak ngan laki, malam-malam di'kerja'kan lagi.

Aku mmg tabik ler kat kiter-kiter ni... Siapa sangka kan?...

Wednesday, September 19, 2007

cerita makan aku...




Askum sume... posa ke sume? Tak posa tak leh raya tau...


Haa..menu buka posa aku semalam simple jee..ni aku masak tau...ni yang aku masak...daging kicap + sayur kobis goreng + pari asam pedas + bubur kacang


Ni lak yang aku beli.. murtabak..sedapnya..+ kuih badak berendam dll


Air lak Teh O ais je..


Sahur lak..sardin + sayur rebus campur2 + ikan masin


For your info..aku masak hari2 tau..memandangkan bos aku bagi balik keje kul 5.00p.m so, ada masa lebih..laa


Tapi memang hari2 gi pasar ramadan pas tu tak tau nak beli apa. Aku ni cuma kesiankan kat anak2 aku yang posa tu..diorang hari2 nak makan roti john la..murtabak..la..kebab la..


Hari ni tak tau nak masak apa lak..rasanya nak buat ikan bakar + sambal tumis


Ada apa2 menu yang syok tak?...post laa..


ok askum....

Monday, September 17, 2007

5 hari berpuasa

Fuh! pejam celik pejam celik dah 5 hari kita puasa ek. kejab jer.

Dasat-dasat gak ek menu korang berbuka. yg aku plg tak tahan tengok si nana ler.. siap sambal sotong, paru cili, ikan percik lagi. Ni mesti tak tahan godaan kat pasar ramadhan tu ek. Aku tiap2 kali puasa, jarang-jarang (bak kata P Ramlee) nak singgah pasar Ramadhan. Sbb laki aku tak suka nak bersesak2. Lg satu dia tak tahan panas. Sbb tu aku panggil dia org eskimo..muahaha...

Meina, mulut anak hang tu mcm mulut hang la kot....kekeke.. tp tak per, budak.. bukan depa phm pun apa yg depa ckp pun...kadang-kadang daftar kata depa tu masih kurang lagi. tu yg terkeluaq perkataan yg tak de insurans tu. Janji seerti. hehehe. anak2 aku pun mcm tu gak...tu yg kadang2 nak tenyeh2 jer ngan cili tu..(sbb tu aku slalu masak pedas2....cara mencili org dlm diam..hangpa ptt belajaq tip dari aku nih.kuikuikui)

Lagi satu Meina, aku tak caya lah hang tak makan mertabak dah setahun. Ye ker...? kalau yer.. ye ye or jer ko nih....kekekeke syok kenakan ko..

Ok. citer pasal menu aku smalam. Smalam hari ahad kan? Cuti kan? so aku masak over2 la skit. Aku buat karipap sardin, aku masak khailan ikan masin, siakap 3 rasa, tenggiri asam pedas (ni utk laki & adik ipar aku.). Sahur ngan lauk2 yg sama gak.

Air smalam air cincau jer. Teh O wajib ngan air kosong utk anak sulung aku.

Si along memula puasa, tp lepas dia tengok adiknya makan nasi goreng depan dia, terus nangis-nangis mintak izin nak buka puasa. Kesian tengok budak kelaparan, aku pun benarkan lah.

Hari sabtu lagi ler..aku pelik tengok si along tu segar bugar jer sampai ke petang. rupanya dlm diam aku kat dpur, dia kat depan dah konsi air soya ngan adiknya. Hehehe nak marah pun tak jadi sbb dia brani mengaku.

Si adik bg reason tak nak puasa. Katanya dia kecik lagi, nanti dia 7 thn dia puasa la jugak..kekeke budak ni mmg pandai berkata-kata.

Tp yg aku tabik spring ngan si along ni, bangun sahur tak banyak krenah. Kejut terus bangun. Mcm tu ler anak ibu...

Sekian laporan dari Shah Alam..

Friday, September 14, 2007

Hari Pertama Puasa.....(klinda mcm marina gak...on leave)

W/pun tak leh posa, klinda puasa la jugak kat opis ni, sbb segan nk mkn, cuma curik2 minum jer...hehe.
dah lama tak posa, jadi hari pertama ni dpt migrain ler. bdn jadi lemah, teruk ngalahkan bebudak lak. 5.30 sharp dah keluar dr opis pastu pi amik anak kat babysitter.
Blik umah terus ke dapur masak :-
masak lemak cili padi ikan, sayur kobis goreng kicap ngan ikan goreng.
(buka posa : kurma, minum teh o panas dan kuih muih cap kedai)
masa tgh masak tu sempat lak mamam kuih lompang yg den beli...utk tambah tenaga...hehe.
keja berat tuuu...
anak lak menangis + merengek nak "susu" cap bdn, terpaksa pujuk dia, bagi periuk ngan senduk buat main...kekeke
sahur : mkn yg lauk yg dipanaskan jer.
Ari ni tak tau nak masak apa..

huhu.. 1st Ramadhan

ermm smlm bebetul lupa amik gamborrrr.... tp the very the simple menu nyer....

... kurma 4 ulas (ada 2 jenis, salah satunya dari King Mesir)
... pedal+hati ayam masak kicap
... sayur campur
... ikan goreng

... air neskepe

haaaaaaaa tu jelah... no kuih-muih no ice-ice baby. Simpler jer kan...
Ermmm hari ni ada pekan sehari kat Putrajaya... ingat nak beli laksa penang ngan murtabak

Aku punyer menu buka posa dan sahur plak..

Askum sume..lapar tak? Mesti tak lapar kan... Ala dah biasa tiap2 taun cam ni ...

Haa...aku punye menu buka posa semalam ialah....nasi lauk labu masak lemak ngan daun yg hijau tuu.. + sambal sotong + paru berlada + ikan kembong percik (ni beli kat pasar). Minum air Sirap bandung. Kuih ada laa sikit beli kat pasar ramadan. Sibuk melayan kerenah anak-anak buka posa sampai tak sempat amik gambo.. sori laa ye.

Haa..menu utk sahur lak..nasi + ikan percik tak abis lagi + ayam goreng + sayur pun tak abis lagi + ikan masin. Air lak air milo laa..standard tuu..

Hari ni pulak rasanya nak buat daging goreng berempah laa.. pas tu nak beli siput sedut masak lemak + buat sayur sawi goreng ikan masin kot....insyaallah..

ok itu aje...

Hari mula berpuasa... (tapi aku takleh posa)

Assalamualaikum..

Oit korang.. aku tak leh posa sebenarnya. hehehe.. tapi nak nyibuk gak. Anak2 aku 2 org posa thn ni. Bangun sahur steady jer dua2 org... Si Kak Ngah takmo kejut atuknya yg liat gaklah nak bangun... hehehe.. katanya "biarkan atuk tu tak posa.. biar atuk masuk neraka". Jahat tul mulut dia tu... (aku tak ajar pun yer).

Anak aku yg sulung umur 7 thn tu dari last year dah practise posa. Thn ni kira ok gaklah... tapi Kak Ngah yang baru 5 tahun tu start posa yg pertama dalam hidup dia. Mak aku kata mula2 balik dari sekolah tadika kul 5 tu dia steady jer... (dasat gak.. mcm aku tak caya jer.. boleh lak dia tahan perut dia). Kalau hari tak posa tu.. dia nyer hisap susu sampai 4, 5 botol sehari.

Aku balik keje kul 5 dan sampai umah kul 5:30. Mak aku dah siap masak.. untungnya ada mak dok sekali kan. hehehehe. Kul 6 tu anak2 aku dah kemaruk lapar.. Si Angah merengek nak susu.. (tak tahan gak dia) Kalah gak dia ngan susu.. sebab adiknya yg kecik tgh hisap susu selamba jer depan dia.

Aku layan nyer layan dorang sampailah time buka posa ngan nasi, kuah kari ikan, ayam masak kicap dan ikan masin. Airnya adalah milo ais dan kopi jer. Kitorang buka posa tiap2 tahun simple jer... asalkan makan kenyang.

Aku jarang gi pasar ramadhan ni.. Aku lebih menghargai masakan mak aku... Rasanya minggu depan aku dah boleh posa kot. Yahoooo...

Puasa hari pertama

Menu smalam, menu simple bangat. Bubur lambuk dari masjid. (anak buah yg tolong ambikkan), ikan bilis goreng cili, ayam goreng kunyit ngan bawang, ikan goreng. semua goreng2 ek? Entah ler..kak ipar yg masak, no komen..

Menu tambahan: Kuah durian cicah roti. ni sbb anak cek yg mintak dari mak yong depa. so dia buat la.

Menu yg dipanaskan: Mee jawa dari pasar malam smalam ngan sagu berkuah santan ngan gula merah tu. makan sejuk2. Fuhhhhh sedap jugak.

Air? standard ler rumah cek air teh o ngan air kosong. hehehe.

tp smalam kiter start buka puasa dengan kurma ngan buah tin. Member ofis bagi. Murah reseki dia..

sorry tak de gambar. lupa nak snap.

sahur pg td? sahur nasi panas ngan sardin sambal. 2x tambah gak ler. anak sahur ngan roti cicah kuah durian.

Menu Hari Pertama Posa........

Assalalmualaikum

Bukak blog pagi ni, terbaca pasal cadangan Eta pasal menu dibulan puasa ni.
So, semalam sempena hari pertama, menu sy sempoi jer, setakat kobis masak lemak, sambal sotong, goreng ikan, karipap pusau dan cincau biji selasih.

Menu tu taklah special mana, tp realitynya tu lah menu sy semalam.
Tak tau nak buat apa, maklumlah hari pertama tekak ni belum megidam yg bukan2 lagi.
Tunggulah seminggu 2 ni, kot bertambah2 mengidamnya, faham2 jerlah nafsu dibulan puasa ni,lebih2 lagi klu dah lalu kat bazar ramadhan tu, yg tak nak pun jadi nak di belinya.

Wah Nath banyak ker tempahan baju tahun ni, klu dekat nak juga tempah kat Nath tp jauh sgt lah. Kayo makcik nak rayo ni......sepasang berapa???? Rasanya tak lari RM30 ke RM40kan, best tu.

Oklah sambung lain kali, Assalamualaikum

Drp: Mariati

Thursday, September 13, 2007

Merdeka!


ni gambar bunga api yg boleh nampak dari rumah aku. tak payah nak susah payah berkumpul kat dataran. mmg tiap-tiap tahun kitorang anak branak mcm ni jer. tengok dari rumah. lagi selesa dan tak bersesak jem time nak balik tu.

Tp semangat merdeka tahun ni berkobar2 skit. sbb anak2 aku dah pandai nak tanya mcm2 pasal kemerdekaan. si Along dah pandai countdown. tiap2 hari dia dok bilang hari ni brapa haribulan ogos, tahun 2007. sebelumtu, bila tanya hari ni brapa haribulan, dia tak phm. a day after 31 ogos tu aku tanya dia: along hari ni brapa haribulan? anak aku jwb: hari ni 32hb ogos 2007!..Pandai kan....kan...kan..hehehehe

Posting apa saja

Bagus gak cadangan k. Eta tu. Tp aku slow la skit bab ni sbb aku tadak camera digital. ada hp camera jer. tu pun ada masalah nak sent gambar2 tu ke email/photobucket.

Tp tak pe lah, korang semua kan ada benda cangih2 ni. apa kata korang beraktif di sini.

Posting jer apa2 yg berkaitan ramadhan dan preparation yg korang buat untuk menyambut raya nanti.

sebagai permulaan, aku post kat sini gambar aku tengah sibuk siapkan tempahan baju org. kalau aku success dlm upload gambar2 dari hp aku, aku tambah lagi..

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum sumerrrrrrrrrr.....

Lama tak menarikan jari jemari kat blog ni. Sibuk sebenornya, baca tetap baca... tp tu la.. kebizian melampau menghalang untuk berceloteh. Tp sebelum tu nak ucapkan kat sumer selamat menjalani ibadah Ramadhan. Dikesempatan ni juga nak mohon ampun dan maaf meliputi ruang lingkup segala mcm kesalahan heheeh. Sebagai hadiahnya nak amik pemanis mulut duluuuuuuuuuu


Nak bercerita sket..... since ni my first Ramadhan kat Malaya setelah 3 tawun duk kat Siam... im really looking fwd for this Ramadhan. cup! cup! rasa hiba jab....

Dulu poser sensorang kat tempat org... ni pun poser sensorang gak kat tempat sendiri. Tp thn ni bleh laaa tahan sket sebabnyer.. walaupun buka poser sensorang tp tak ler seperti kat Siam yg meja makannya untuk 8 org....

Korang bayangkan laa bila duk buka poserr... duk sensorang dan lain kerusi tu kosong... huhuhu amik padan muka aku.

Wehh byok nak cerita nie weh tp bz arrrrrrrr..... nanti arr sambung di episode akan datang.

Tp sebelum tu kan... nak wat gempak sket MLM NI KORANG AMIK GAMBOR KORANG MASAK APER PASTU ESOK PAGI TEMPEK DAN STORI KAT SINI AMENDER KORANG MASAK/BELI.... ok tak? Barulah happening kan kan kan.

So kita mulakan esok nyer tajuk APER HIDANGAN AKU HARI PERTAMA RAMADHAN

k... cau cin cau

Wednesday, September 12, 2007

RAMADHAN 1428

Sentiasalah
-- SETTING NIAT,
-- UPGRADE IMAN,
-- DOWNLOAD SABAR,
-- UPLOAD USAHA,
-- DELETE DOSA,
-- UPDATE DOA,
-- TOP UP ILMU
untuk dapatkan

REDEEM PAHALA PUASA...

Seribu senyuman belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Aku kalah!

Aduh... kalah kat tangan kak Atie..

Ingat nak jd org pertama wish selamat berpuasa kat kengkawan. Rerupanyer kak Atie lebih cepat...Tahniah!

Dengan ini, hamba ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salahs dan silaps; terjasar bahasa yg sengaja@tidak sengaja. Terkutuk terkata. Sengaja kutuk sengaja mengata. Baik berdepan baik di belakang atau dlm plate chating. Harap dimaafi. (aku dah mintak maap kat korang..kalau korang tak maapkan, pandai2 lah jawab kat akhirat nanti..)kekeke

Dengan hati yg tulus ikhlas.. kiter ucapkan SELAMAT BERPUASA dan jgn lupa esok dah start. Karang ada plak yg tetiba buat2 lupa. kekeke
Assalamualaikum semua

Sempena kedatangan bulan Ramadhan esok,sy mengambil kesempatan ini utk memohon maaf diatas segala kesalahan selama perkenalan di POLISAS, semoga ibadah kita diterima oleh-NYA dan lebih baik dari yg sebelum2nya....AMIN.

Drp: Mariati

Tuesday, September 11, 2007

Tak de topic

Aku mmg tak de topic nak cerita kat korang. Yahoo pun aku dah tak boleh nak online selalu sbb bos aku dah sound. Bos aku tu giler skit. tak boleh tengok aku hepi, bila aku moncong, dia sound jugak. aku akan online petang2 jer atau time bos aku takde.

K. Ati, jgn kecik hati bila tak de yg respon. Janji kita dah tunaikan t/jawab mengepos kat sini. hehehe

Aku tengah blank. penat otak penat badan. Next time aku post lg...cau

I'm back!..I'm back!...

Aku start masuk keje ari ni, kalau ingat badan yg penat ni, aku ingat nak brenti jer. tp kalau aku brenti sapa nak bagi aku pitih?. so aku kena ler kuatkan kudrat terus mai keje.

Aku baru balik dari BTN. program yg disediakan mmg menarik, yg tak menarik, penginapan dan makan minum semua hampeh. Korang bayangkan lah, 5 org sebesar badak syere dlm satu bilik kecik berkatil 2 jer. 1 double 1 single.

Nasib baik aku ni kecik skit yg lain. kiranya mcm badak yg tak cukup brendam ler...dah tu, yg aku bengang, ada plak minah ni, sedap2 jer tidur kat katil aku yg dari awal2 lg aku dah letak beg aku kat situ. tanda aku book katil tu ler. Masa aku angkat beg letak tepi untuk kemas katil tu nak tidur, sedap jer minah sekor ni naik tidur. Hampeh! rasa mcm aku nak tarik jer rambut dia tu.

pas tu katil double bed yg lain sedap2 je 2 org lagi tu tido. Selesa betul diorang ek. yg tak selesa, aku ler. kena syere 1 tilam single ngan sorang gajah ni. tersepit aku kat celah katil tu. Memburukkan lagi keadaan, tak de selimut plak tu. Huh...mmg menguji sifat sabar aku tul.

Makanan? Makanan punya ler hampeh. buat bubur caca rupa mcm caca masak ngan kuah gula jer.. kuih mmg out, nasi mentah, sayur hari2 sama, lauk tak cukup, air manis mcm gula tumpah selori. mmg out lah bab makan nih.

Aktiviti/program kursus? OK bg aku. cuma bab dengar pembentangan kertas kerja je yg mampu membuatkan aku tersenguk2. bosan weh.. 1 hari suntuk dengar ceramah jer, tak gerak2. naik kematu bontot besar aku nih.

Masa LDK-latihan dlm kelas tu, OK jugak. tak de la happening sngat, tp boleh ler membuat aku segar mata berdebat.

Aktiviti2 riadah/kerohanian lite je lah. Tazkirah2 subuh/magrib cuma dengar diorang baca teks jer. tp ramai yg tido sbb mengantuk. riadah dia tak de lah ala2 tentera wpun diselia oleh bekas2 tentera, mmg kelakar giler pakcik2 tu.

Ada exam hari akhir tu. yg kelakar, tak tau boleh tanya. Silap2 dpt jawapan sekali. kekeke. pandai tak kitorang? hehehe

apa yg aku belajar dari kem ni? banyak yg aku belajar. terutama pasal semangat patriotik, semangat kenegaraan, dan yg paling penting, kem ni berjaya membuka hati aku untuk mendaftar sebagai pemilih. untuk mengundi masa pilihanraya nanti.

Kalau korang dpt p BTN ni, p lah, tak rugi...

Kat kem, aku dipilih sebagai penghuluwati. kecut perut gak bila kena pikul t/jawab besar mcm tu. tp alhamdulillah semua bereh...

Masa penggulungan penutupan kem, aku kena bagi ucapan penutup. alhamdulillah lancar ucapan aku. baca teks jer..aku ni tak de tokoh nak jd MB. hehehe

Tp yg kelakarnya..masa urusetia tu bg ucapan, dia ckp apa tau, dia kata: tuan-tuan mesti kena balik. Tp puan-puan balik mesti kena.

pandai2 la korang nak phm apa maksud pakcik tu. mmg aku kena pun...hahaha

Gambar2 masa kat kem tak ada. Yg ada masa aktiviti kembara akhir tu sebab dah dpt balik h/p ngan multimedia gajet yg depa simpan tu. kami dilarang untuk bawa sebarang alat canggih masuk dlm bilik kuliah. HP pun depa ambik simpan. so lost contact ler aku ngan laki/anak aku selama aku kat sana tu.

tu je lah citer aku pasal BTN nih..ni gambar masa kitorang dlm aktiviti jungle tracking. tp sbb tempat tu tak de kemudahan untuk tujuan tu, jd kitorang cuba kebun tracking je lah
yg ni pulak gambar ufuk subuh dari balkoni bilik penginapan aku. nampak tak bintang timur kat situ?

Monday, September 10, 2007

Shanana reply..


Askum sume...


Wei Meina, aku memang boring..lepas tu..aku ada baca teka teki icha tu... sampai la ni aku tengah pikir apa jawapannya tuu... tu yang aku senyap aje tuh..


La ni janggut pun nak tumbuh dah ni..dok pikir jawapan teka-teki tuh.. apa jawapannya icha?

Kalau aku tau jawapannya boleh aku main teka teki ngan anak aku plak. Asyik dia anak aku soal aku jeee.. aku takde teka teki nak tanya dia lak.


Hello.. K.Tie.. rasanya dah sedekad kite tak jumpa yek ... k.tie apa khabar? Nampaknya masih lawa mengancam cam dulu juge ye..


Any way utk semua member2 aku ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN" posa jgan tak posa...buat sapa2 yang posa penuh taun ni..aku ucapkan congrats lah yee...

Saturday, September 8, 2007


Assalamualaikum


Hai semua, apa khabar?

Maaf bebanyaklah pada korang semua sbb lama menyepi....

Bila bukak blog pagi ni, nampanya Marina meluahkan rasa hatinya.....barulah terpanggill

utk masuk blog ni semula. Korang sihat ker semua, Nath, Marina, Ita, Jenny,Linda, Zuri, Ica, Shanana dan Ika (sory klu ada yg tak sebut). Sebenarnya ni pun tgh boring, tu yg berani2kan diri masuk sini. Maklumlah boss pun tgh tak der, gi Qatar sejak 05/09 sampai 04/12, namapknya memangku tangan jerlah, tp tolong juga budak2 ni buat kerja dia org, klu tak lagi lah boring.


Gambar yg disertakan tu, masa Annual Dinner ari tu......

Harap2 lepas ni dptlah balasan.....ari tu masuk tak de pun yg reply......sedih den.....Oklah.....assalamualaikum

Friday, September 7, 2007

Mana gi semua member-member aku nih..

Alahai... mana gi korang semua ni wei.. senyap sunyi jerk..

Member aku yg kuat ngomel tu (si Nath ler) gi BTN seminggu. Boring lah hang tak dak Nath.. windu kat hang. Tempahan baju2 kurung dah siap ke Nath?

Member baik aku lak (dak Lin) gi Kota Bharu teman abe nye main bowling. (Asik2 main bowling.. asik2 main bowling.. hehehehe). Dah sampai sana demam lak.. camner nak gi sopping ni..

Member baik aku lagi sowang (dak Linda) sibuk nak ajak aku apply keje kat TNB.. hehehehe.. kandanya dah kat TNB.. dindanya pung nak keje TNB gak ke? Dinda nak ikut kanda yer?? hehehe

Member aku yg kejap ada kejap takde kat ym tu (Zuri) tak taulah tgh buat apa skrg ni.. sakit ke demam ke bz ke? langsung tak htr berita... moga2 ko sihat sokmo.

Member aku kat Putrajaya yg jaga Tan Sri tu (Akak Nita ngeh ngeh ngeh) mabuk cuti lagi ker.. senyap jer.. pasni nak cuti kemana lagi kak oi.. saya ngan family saya boleh tlg temankan kak nita pasni... hehehe.

Member aku yg bila sesekali dia call aku kat opis (kalau bos dia takde jerlah) dia akan pot pet pot pet panjang lebar sebab pelik tgk aku dan kita semua byk sgt masa menulis dlm blog ni (Makcik Jenab @ Jenny) dah lama tak call aku ni. Mana dia pegi yer?

Member aku yg bernama Shanana dah hilang dari pandangan... last entry dia kata dia boring.. memang dia dah betul2 boring lah kot.

Member aku yang rajin bagi teka teki hitam putih (Icha) pun dah kemana hilang.. aku sebenarnya nak jawab teka teki tu tapi Nath dah potong jalan.. tu yang patah semangat aku nak jawab tu Cha...

Member yang lain-lain tu dah aku bilang berkali2 camner nak masuk sini tapi batang hidung pun tak nampak.. bukan kata batang hidung.. taik hidung pun susah nak nampak..