Wednesday, August 29, 2007

Cakkkkkk...aaaaa

ngeh ngeh ngeh... sekian lama mendiamkan diri.. kini ku kembali.. ahaaksss.

hokey arrr.. selain kebizian ngan kerja dan bercampur dgn kemalasan.. dan kekadang cecurik menjahit keh keh keh membuatkan me skodeng dari jauh jelah blog ni.

Jemaat lepaih.. me cuti... gi Langkawi... (ishhh cengitu laa owang bujang) ni me tempek 3-4 keping gamborrr wat bukti sahih kot-kot nanti masuk court kangg.. haaa.


gambor awan ni cantik kan.... ni dari angkasa lepaih ni he he he


yang ni makhluk asing kat underwater werrlddd



yang ni plakkk.... tempat landing UFO he he he

cubaan landing dari makhluk asing...

Monday, August 27, 2007

Meh sini. Aku nak ajar skit..

Kasor jer bunyi tajuk aku tu ek. Bukan aku nak mengajar yg tak cukup diajar. Aku cuma nak ajar korang untuk mengajar-ajarkan diri menghabiskan masa keje korang jer. kekeke

Aku ada add beberapa blog-blog menarik yg boleh korang baca. Ada yg boleh menambah ilmu mcm blog jiwarasa. Jiwarasa banyak sinopsiskan buku-buku ilmiah yg dia baca.

Kalau yg suka citer-citer celebrity, boleh baca blog manager Ning Baizura ni. ada lg yg lain. tp malas aku nak linkkan banyak2 hal tak berpekdah tu.

Kalau yg suka dengar lagu, dan download lagu, web lagu top terkini mmg cun sngt. korang klik jer kat link tajuk lagu tu. pas tu just follow apa instruction yg pop-up tu. kalau dia mintak untuk sign in, just sign in je lah yg free tu.

Kalau yg gila citer korea mcm aku ni, tengok kat link citer korea tu. tp kena register as member dulu. register jer yg free tu. pas tu korang klik kat tab Drama. bila kat kat tap tu, korang scroll kebawah dan klik kat List. nanti keluar 1001 tajuk drama korea yg ada. Tp AWAS! ada drama yg 18sx. Tp korang semua dah 18 keatas dah kan... ;)

Nak tahu apa wartawan pk, baca ini. Ada banyak tulisan yg kdg2 wartawan tak mo tulis kat dlm newspaper.

Yg lain-lain tu, just member-member punya blog je. Kak Eta pandai tulis. kalau baca blog dia, paham la apa perasaan dia. Blog aku? blog aku sampah jer... sekadar lepaskan marah cara baik jer..keke

So...sesapa yg tak masuk blog everlasting ni, mmg tak dpt ler ajaran sesat aku ni...sesungguhnya mereka dari golongan yg kerugian..ceh ye ye or jer.

Selamat belajar..!!

Thursday, August 23, 2007

shanana return...

Askum kawan2 suma...lama laa tak tengok korang. Sebab aku cuti since saturday sampai la semalam.. ari ni baru keje balik.

Saje balik kg sebab dah lama tak lik kampung. Laa...banyak tul cite korang post yek..

Syok baca ngan tengok gamba2 korang...

Ok itu jee..

Wednesday, August 22, 2007

Gambar-gambar nakal..

Masa ni kat dewan besar Poli ada ceramah kebenda ntah aku pun tak ingat... kitorang yg dok asrama ni pegi beramai2 memeriahkan suasana kat dewan tu... sapa ntah siap angkat payung lagi... (Jenny ke Nana) habis semua org tgk. Ishh... tak malu sungguh depa ni. Aku sorang jer yg pemalu.. hehehe.

Selepas selesai penggambaran course DSK... En. Rahim pun ada dlm gambar. Masa ni kita dah semester 4. Masa zaman adik aku study kat Polisas thn 2000an... video tu masih lagi boleh ditengok oleh junior2 kita. Kalau tak silap aku ada lagi kot video tu.


Tgk wayang citer Cina Jet Li ngan Jacky Cheung berlakon. Tajuknya High Risk.. habis satu panggung riuh rendah... boleh runtuh panggung wayang tu aku rasa.


Nilah org2nya yg lepak dan buat bising ketawa berdekah2 kat asrama sampai kul 2,3 pagi.. mengganggu jiran tetangga jer.. nasib baik tak kena cekup ngan warden.
Hari Keusahawanan kat gerai kering.

Duo Bradik




Buah hati aku..

Zuri tak sihat

Smalam zuri tepon aku. dia bgtau ada kat kampung. dpt MC sampai seminggu. sbb bleeding. agaknya travel jauh tu kot. tp dia kata kali ni sakit skit perut dia. aku hanya mampu nasihatkan dia rehat banyak2 jer. jgn banyak gerak. aku harap dia cpt sembuh.

Yg tersurat Yg tersirat

Perlumbaan Belalang Dan Anjing


Di suatu hutan, hiduplah seekor belalang muda yang cerdik. Belalang muda ini adalah belalang yang lompatannya paling tinggi di antara sesama belalang yang lainnya. Belalang muda ini sangat membanggakan kemampuan lompatannya ini. Sehari-harinya belalang tersebut melompat dari atas tanah ke dahan-dahan pohon yang tinggi, dan kemudian makan daun-daunan yang ada di atas pohon tersebut. Dari atas pohon tersebut belalang dapat melihat satu desa di kejauhan yang kelihatannya indah dan sejuk. Timbul satu keinginan di dalam hatinya untuk suatu saat dapat pergi ke sana.

Suatu hari, saat yang dinantikan itu tibalah. Teman setianya, seekor burung merpati, mengajaknya untuk terbang dan pergi ke desa tersebut. Dengan semangat yang meluap-luap, kedua binatang itu pergi bersama ke desa tersebut. Setelah mendarat mereka mulai berjalan-jalan melihat keindahan desa itu. Akhirnya mereka sampai di suatu taman yang indah berpagar tinggi, yang dijaga oleh seekor anjing besar.

Belalang itu bertanya kepada anjing, “Siapakah kamu, dan apa yang kamu lakukan disini?” “Aku adalah anjing penjaga taman ini. Aku dipilih oleh majikanku karena aku adalah anjing terbaik di desa ini“, jawab anjing dengan sombongnya.

Mendengar perkataan si anjing, panaslah hati belalang muda. Dia lalu berkata lagi. “Hmm, tidak semua binatang bisa kau kalahkan. Aku menantangmu untuk membuktikan bahwa aku bisa mengalahkanmu. Aku menantangmu untuk bertanding melompat, siapakah yang paling tinggi diantara kita“.

“Baik“, jawab si anjing. “Di depan sana ada pagar yang tinggi. Mari kita bertanding, siapakah yang bisa melompati pagar tersebut.”

Keduanya lalu berbarengan menuju ke pagar tersebut. Kesempatan pertama adalah si anjing. Setelah mengambil ancang-ancang, anjing itu lalu berlari dengan kencang, melompat, dan berhasil melompati pagar yang setinggi orang dewasa tersebut tersebut. Kesempatan berikutnya adalah si belalang muda. Dengan sekuat tenaga belalang tersebut melompat. Namun ternyata kekuatan lompatannya hanya mencapai tiga perempat tinggi pagar tersebut, dan kemudian belalang itu jatuh kembali ke tempatnya semula. Dia lalu mencoba melompat lagi dan melompat lagi, namun ternyata gagal pula.

Si anjing lalu menghampiri belalang dan sambil tertawa berkata, “Nah belalang, apa lagi yang mau kamu katakan sekarang? Kamu sudah kalah.”

“Belum“, jawab si belalang. “Tantangan pertama tadi kamu yang menentukan. Beranikah kamu sekarang jika saya yang menentukan tantangan kedua?”

“Apapun tantangan itu, aku siap!“, tukas si anjing.

Belalang lalu berkata lagi, “Tantangan kedua ini sederhana saja. Kita berlomba melompat di tempat. Pemenangnya akan diukur bukan dari seberapa tinggi dia melompat, dari diukur dari lompatan yang dilakukan tersebut berapa kali tinggi tubuhnya“.

Anjing kembali yang mencoba pertama kali. Dari hasil lompatannya, ternyata anjing berhasil melompat setinggi empat kali tinggi tubuhnya. Berikutnya adalah giliran si belalang. Lompatan belalang hanya setinggi setengah dari lompatan anjing, namun ketinggian lompatan tersebut ternyata setara dengan empat puluh kali tinggi tubuhnya. Dan belalang pun menjadi pemenang untuk lomba yang kedua ini. Kali ini anjing menghampiri belalang dengan rasa kagum.

“Hebat. Kamu menjadi pemenang untuk perlombaan kedua ini. Tapi pemenangnya belum ada. Kita masih harus mengadakan lomba ketiga“, kata si anjing.

“Tidak perlu“, jawab si belalang. “Karena pada dasarnya pemenang dari setiap perlombaan yang kita adakan adalah mereka yang menentukan standard perlombaannya. Pada saat lomba pertama kamu yang menentukan standard perlombaannya dan kamu yang menang. Demikian pula lomba kedua saya yang menentukan, saya pula yang menang.”

Intinya adalah, kita semua mempunyai potendi dan standard yang berbeda tentang kemenangan. Adalah tidak bijaksana membandingkan potensi yang kita miliki dengan yang lain. Kemenangan sejati adalah ketika dengan potensi yang kita miliki, kita bisa melampaui standar dirimu sendiri.

Teman-teman, berapakah tinggikah kita ‘melompat’? Dalam kehidupan, seringkali tanpa sadar kita mencoba membandingkan kemajuan dan perkembangan diri kita dengan standar orang lain. Dan seringkali lebih banyak kekecewaan daripada kebahagiaan yang didapat. Mengapa? Karena kita masing-masing dilahirkan dengan potensi yang berbeda, dengan bakat yang berbeda, dalam lingkungan yang berbeda, dan cara pandang yang berbeda tentang kehidupan. Cara yang tepat untuk mengukur seberapa jauh diri kita telah berkembang dan maju, adalah membandingkan diri kita saat ini dengan diri kita dimasa lalu. Apakah kita hari ini lebih baik dibanding setahun yang lalu? Apakah kita hari ini lebih bisa mengontrol emosi dibanding bulan lalu? Apakah kita hari ini lebih sehat dibanding kemarin? Apakah kita hari ini lebih bijaksana dibanding setahun yang lalu? Kemenangan sejati bukanlah kemenangan atas orang lain, namun kemenangan atas diri sendiri.

Pk pk kan lah...

DSK 1st Reunion


Aku tak ingatlah bila tarikhnya.. tahun pun tak ingat.. rasa2nya mcm thn 1996 kot. Dah lebih 10 thn dah... masa tu gi Sunway Lagoon pastu gi makan kat Sun & Serve Cafe kat Sunway Hotel. Best giler masa tu.. tak sangka lak ramai yg datang. (Sorrylah Nath.. gambar hang tak dak.. hehehehe.. nasib baik kak linda ada.. kui kui kui)

Gambar kawin Marina pada 23 May 1999














Alamak.. segan lah pulok.. nak post gambar kawin? Nie semua Nath punya idealah ni. Hehehe.. segan gak ni.. tu yg ambik masa lama sangat tuh. Jangan kutuk tau.. kalau tak... nanti ku remove jer gambar nih. Bukan apa.. mak andam aku tu suka sgt bagi pakai rambut pelesu.. tu yg nampak pelik tu. Aku akad nikah pada 22 May 1999 tapi kenduri pada 23 May 1999. Masa kenduri tu yg hadir sama adalah Kak Linda, Lin, Nathrah, Jenny, Fida, Kak Mariati, Ana, Yudi SMD, Along Fazlina SMD dan tak ingat lagi dah sebab dah lama doh. Layannnnn the photo.

Monday, August 20, 2007

Family kLinda



Gambo anakanda Muhammad Norhamim Najwan bin Hamid dan gambo kawen klinda (gambo ni jer yg ada dlm pc, album kawen entah simpan kat mane.....ilang ingatan ler...hehe)

Thursday, August 16, 2007

teka teki lg

1-kalau pecahkan mentol, apa yg keluar?

2- Kira. tp jgn gunakan culculator ek. awak bawak bas dari KL ke Johor. dlm bas ada 10 org. sampai sungai besi, turun 1, naik 8 org. sampai ke alor gajah, turun 9 naik 3, sampai air itam, turun 2 naik 14. sampai pagoh, turun 3 naik 9. apa nama pemandu tu?

3- ayah campur ibu jadi anak. kalau ibu tolak ayah jadi apa?

tu je lah dulu. nak balik. nanti pk lagi...

hari ni bosan...

Askum..kengkawan..hai busy ke keje. Ke atau busy bergayut jee..serupa yang cam kat ZOO tu..

Apsal ari ni ngantuk semacam.. nak kata kurang tido dah telebih tido dah ni....

Kengkawan tak de apa2 cite ke baru ke...Story laa..

Boss tengah takde ni Overseas..keja tak banyak..dah beres dah... tinggal tunggu petang punya shift aje..kang jap lagi nak main game lak..Hantar laa cite2 ke gambar2 ke..

Adoi laaa.... ngantuknye mate.....

Wednesday, August 15, 2007

Gambo Ika n Daughter




Gambo Ika dan anak dara suntinya (sweet 16 months) - Durrah Idwani binti Ahmad Nazri. klinda send on behalf sbb Ika mmg bz, dia masuk gak website kita ni, cuma tak sempat contribute the latest story. Gambo Durra yg terbaru - pakai baju putih. Mama Ika kata comot sikit sbb minum milo...hehe...

Tuesday, August 14, 2007

Cerita Lama

Entah kenapa, cerita lama ni masih lagi diingat. Diingat sbb aku rasa aku telah melukakan hati seorang kawan.

Citernya mcm ni. Dulu..Dulu aku penah mencintaimu. Eh silap. tu tag line filem Linda Onn belakon ngan si Dr Fazli tu...kekeke

Dulu.. (yg ni betul). Dulukan, masa kiter tengah cari-cari syarikat apa untuk kita nak buat praktical tu. aku telah berselisih dengan Ziana. (aku harap ziana dpt baca citer ni)

Ziana marah aku. Katanya, semua syarikat yg ada elaun ko nak bolot. (lebih kurang gitu ler ayat dia) aku tak ingat ayat2 yg digunakan. tp membawa maksud lebihkurang gitu ler..

Aku terkedu. Kenapa sampai sebegitu kawan aku sanggup berkata-kata? adakah mmg aku bolot semua tanpa disedari? Tidak. itu aku pasti. aku hanya berkira-kira. melihat-lihat list-list syarikat2 yg ada menawarkan elaun praktikal. Mmg aku mencari syarikat yg menawarkan elaun. itu mmg benar. tp aku tak bolot semua. aku hanya meLIHAT. Bukan memBOLOT.

Kenapa aku mencari yg menawarkan elaun? kenapa aku cari elaun? kenapa aku cari elaun? eh mcm iklan petronas plak.

Sbb aku nak tampung perbelanjaan seharian aku dengan elaun2 tersebut. Aku datang dari keluarga yg susah. aku tak sanggup nak mintak duit belanja dengan keluarga di kampung. Sudah tentulah kehidupan masa praktikal nanti akan menggunakan belanja yg besar. Tambang ke tempat kerja, makan, sewa rumah/bilik dan sebagainya. Pd aku, elaun itulah yg akan digunakan. Itu penjelasan aku.

Sambung cerita. Mungkin tindakan aku yg menyebut-nyebut syarikat apa yg ada elaun, membuatkan Ziana menyangka semua syarikat itu aku telah booked lebih dahulu. Tidak. Aku tak book. Aku tidak setamak itu. aku cuma berkira-kira. masih lagi dlm pertimbangan. bukan pasti lagi. kalau ada yg kata dia nak pilih syarikat tu, aku tarik diri. itu cara aku.

Akibatnya, aku telah berperang mulut dengan ziana. Kata aku, kenapa? ko takut aku kalahkan ko ker? Ish..aku sendiri tak sangka perkataan tu kluar dari mulut aku. Dan aku sendiri tak paham apa maksud aku tu. Aku dan Ziana ditenangkan oleh kawan rapat.

Ziana plak yg terkedu dengar kata-kata aku tu. Aku tahu dia terguris. akhirnya pergaduhan tu berlalu mcm tu saja. Meninggalkan titik-titik hitam antara aku ngan Ziana.

Selepas insiden itu, aku terfikir, gangster kah aku kat poli dulu? Kenapa ramai org mcm takut kat aku?

Jawapan aku, bukan gangster, tp muka aku yg masam dan sombong membuatkan ramai org takut hendak bercakap dengan aku. Kalau dulu aku sentiasa manis muka, sentiasa tersenyum dan look friendly, maybe peristiwa ni tak akan terjadi.

So, bagi aku wpun tu cerita lama, tp aku rasa insiden ni masih lekat dihati ziana. Betul tak ziana? Aku tidak aman selagi aku tidak melahirkan apa yg terbuku di hati.

Apa pun, aku harap ziana tak simpan cerita ini di hati . Dengan rendah hati, aku ingin katakan pada ko, MAAFKAN AKU. jika ko masih terasa sakit dihati dengan kata-kata aku tu, aku mintak maaf.

Pd Ziana, aku harap sikap ramah tamah dan friendly yg ko tunjukkan pada aku sepanjang kita contact mengontact dan berjumpa selepas belajar selama ini adalah yg seiklasnya dari hati ko. Begitu juga aku. Mmg keramahan dan kemesraan yg aku tunjukkan adalah iklas dtg dari hati aku, malah persahabatan ini juga iklas kepada semua teman yg lain...

Sememangnya semasa 1st time aku contact ko dulu, aku masih gugup. Sudikah ko terima aku sebagai kawan? Mahukah ko berbual dengan aku. Tp dari kemesraan dan ramah berbual ko itu, aku tahu, ko terima aku sebagai kawan..

Hati aku lega.. aku telah luahkan apa yg selama ini ingin aku nyatakan pd ziana. Sorry ek..

p/s: Kawan-kawan semua..I LUV u All..

(over la plaks...ahaksss)

Lunch Date 10/08/2007

Kali ni lunch ngan ana plak. Ana yg beriya2 mengajak since rancangan spa kitorang dibatalkan. (alhamdulillah...). Masa tengah daki tangga kat stesen LRT tu si echa tepon tanya aku lunch kat mana. aku ajak ler echa join lunch sekali kat KL sentral tu.

Kitorang makan kat Chiken Rice Shop kegemaran lin...makan kat sini aku mesti ingat lin. hehe

Citer2 biasa sesambil flash back balik citer2 lama kat poli dulu. almaklumlah...bahang kehangatan topic2 di web kita ni masih membara..

tp sayang, aku tak lupa nak abadikan pertemuan tersebut dlm bentuk gambar. Tak pe la ek, sure later kitorang jumpa lagi.

Ana pun dah antar sms balas masa dlm perjalanan pulang tu. "nice 2 meet u all, n hope 2 c u next month".

Jom jenjalan

Weh kengkawan..since nath dah khabarkan aktiviti jom jenjalan ke putrajaya tu, ada sesiapa yg interested nak join ke sana on the date yg diwar-warkan tu?

Tp ada masalah skit (masalah pd Nath je lah), from 6-10 sept nath akan menghadiri BTN-biro tata negara. So tak dptlah nak join korang ke sana. Unless date tu dipercepatkan. atau dilewatkan lagi...(tu pun kalau korang nak nath join sekali ler..)

Any suggesstion? Apa kata korang?

Still proceed bagai dicadangkan? No harm bg nath.. nanti balik citer tau apa K Eta masak. sedap ke tak. cantik ke tak rumah dia..hehehe

Monday, August 13, 2007

Jenny and Family





Ni gambo Jenny n family, klinda snap masa Zuri mai Penang. Sorry la kalau kabur, sbb snap guna hp jer.
Hello!!1!! hello!! kawan-kawan semua. amboi...amboi.... amboi... semua dah besaq-panjang la ni no. Yang dulu montel2 dah jadi slim-mlin, yg dulu kurus jerongkiang dah jadi pisang montel (aku le tu... ada lagi sapa-sapa yg join club montel? phone mai kat aku no..) .

dok tak dok, dah 11 thn lebih kita grad. cepat2 buat reunion. tak sabaq nak jumpa hampa semua. buat la kat penang pulak, asyik kat KL ja. kalau kat Penang, don't about penginapan, aku volunteer bagi hampa duduk kat rumah aku. Marina ngan Kak Linda pun boleh sponser rumah depa gak kot????

okey, nanti senang aku coret-coret lagi no......

Jenny/019-5787299

Friday, August 10, 2007

Photo I laa..

Ni laaa aku.... kenal tak?



Ni gambar masa kat opis..



Ni gambar masa kat umah..





Ni gambar I ngan my love... jangan terkejut lak yee.. dan kat bwh ni gambar anak-anak I laa..

Ni gambar anak sulung, Muhammad Danish Hilman, 8 yrs


Ni gambar anak yang 2nd, Dania Nurin Qistina, 6 yrs and....


Ni anak yang last....yg paling nakal skali...Hanny Batrisyia, 2+ yrs....ha..tu je laa

Ujian speed kat MPSP

Semalam aku cuti sebab dapat surat dari Majlis Perbandaran Seberang Prai suruh gi peksa. Aku ingatkan peksa pasal pengetahuan am... so aku pun pulunlah baca pasal menteri2 dan pasal malaysia... termasuklah berapa panjang jambatan pulau pinang. Tapi rupa2nya semalam peksa lain lak.. Ada sorang mamat ni bacakan teks punyalah laju nak mampus... terketar2 aku ambik trengkas.. maklumlah dah 14 thn tak praktis tapi nasib baik ingat gak sikit2. Pastu taip balik kat dlm Word. Haprak sungguhlah.. byk missing words.

Kalau ada rezeki aku maka dapatlah keje tu.. kalau takde takpelah mungkin rezeki budak2 muda. Lagipun yg pegi tu semuanya muda dr aku... byk yg baru habis belajar. Tak macam aku ni.. dah 14 thn dah habis belajar. Tapi kira ok gaklah sebab ramai sungguh org yg apply job tu adalah dlm 900 org dan yg dapat gi peksa tu cuma 17 org jer.. (tua-tua aku pun dorang nak gak bg peluang kat aku). Ada sorang budak sebelah aku tu lagilah kesian.. dia study kat UITM, tapi tak belajar trengkas sebab UITM skrg dah takde course Setiausaha. Course tu dah di replace kepada Office Management.. dorang add few subjects dan keluarkan subjek trengkas tu. Menggelabah dia ambik long hand smlm... kesian kat dia.

Semoga aku pun dpt join gomen cam member2 aku Kak Nita, Nathrah, Zuri, Lin, Junana, Icha, Rosliza, Rosma, Jenny, Marinah, Kak Yuhiza dan Kak Pah. Aminnn...

Kak Linda, tunggu apa lagi.. jom ah apply. Malam masih muda beb... hehehe.

Sepetang bersama Reineetang

woit korang
ptg smalam aku chat ngan reinee sesambil webcam ngan dia. Lama gak ler.
Citer2 hal biasa jer... dah sah nya aku tanya soklan boombastik. "Ok ker berjauhan ngan hubby?" hehehe.. dia kata OK jer. janji sesama caring. Cayalah ngan reinee ni... Aku solute.

Hubby dia banyak buat projek kat luar negara. Sekarang hubby dia ada kat Afrika. Dah 6 months tak berjumpa. Dah citer2 gitu gini ngan reinee, aku ajak ler dia jumpa next week. Katanya tak boleh sbb dia ada klass yoga ngan cousin. Ajak next 9/9 yg plan nak ke rumah K.Eta pun dia tak boleh jugak sbb dah plan ke Brussel untuk jumpa hubby dia kat sana. Bestnyer..sesekali jumpa buah hati mcm tu, mesti loving giler nih..

Dia masih lagi cantik mcm dulu. Bila dia senyum..alahai so sweet...Anyway, she's happy bila dpt tahu lates info pasal kawan2 DSK melalui website kita ni.

Apa khabar rakan-rakan chinese kiter yg lain ek? Last time ada gak contact Peng Peng. Tp dah lost contact lama....

Ada sesiapa dpt contact kawan lama, update ler kat sini..

Charlie Angels..

macam charlie angels lak ek... bezanya tak pegang pistol..kekekee

Gambar sapa plak ni?

Korang tahu ker gambar sapa ni ek? aku terjumpa lam cd lama. Mcm kenal ek?

Thursday, August 9, 2007

Nak kongsi jerrr


Ermm jgn salah sangka plak kenkawan sumer. Ni sekadar nak kongsi jer apa yg telah wa lewati sepanjang meninggalkan alam student berbelas tahun dulu. Pd yg tahu.. wa telah pun selamat grad pd September 2006 yg lalu di UPM dan kini telah pun memiliki seguluh ijazah (BcScHRD). Ramai gak yg tak tahu.. wa travel Bangkok-KL hanya untuk mengapai impian (cewahhhh kelas gitewww nyah!)


Untuk gapai impian setinggi ni, terlalu byk rintangan.. ada masanya rasa nak mengaku kalah jer. Ini sekadar satu inspirasi pd semua rakan yg disayangi.


kata org NAK SERIBU DAYA, TAK MO BYK LA HELAHNYA...


Naper wa study?...


1. Wa dah janji ngan my mum dulu nak belajor setinggi mungkin, tp yelah kita hanya merancang dan Allah Swt juga yg menentukan... jodoh wa sampai awal.. dah la sampai awal, pendek lak tu (Innalilahirojiun)


2. Time climax crisis, wa amik kesempatan twistedkan wa nyer otak yg 'tingtong' during that time ngan study.... nasib baik laa wa tak meroyan... Alhamdulillah


3. Wa tak termasuk dlm golongan 'beauty with brain' but I wanna be a SEXYTARY with brain (keh keh keh... siott jer statement tu kan?)


4. Kesimpulannyer ialah.. u guys kalau korang rasa aper yg korang wat tu baik untuk diri korang dan masa depan korang.. u just go for it regardless ngan apa juga rintangan dan bebenda yg melintang kat depan korang..


Beb wa letak ni sebagai satu simbol... aper juga korang hadapi dalam hidup ni.. korang leh berjaya... penghalang korang ialah "korang nak ke ... korang tak mo"


Peace... make love.. no war hehehehe

Announcement susulan

Hehehee...

Hari jumaat lepas, secara sahnya seorang kawan kita telah announcekan perkahwinan beliau...

Beliau adalah..........ZURY!

depan aku n echa zury announced berita gembira tersebut. Wpun pada dasarnya apa yg dia nak announce tu mmg telah dijangkakan oleh kitorang.. Tp bak kata pepatah, biarlah yg empunya diri bagitau sendiri berita baik ni..

Zuri ada minta maaf sbb tidak menjemput kawan2. Majlis hanya untuk keluarga terdekat jer..(ceh. Mcm celebrity plak) :)

Kepada Zuri, semua kawan-kawan mengucapkan TaHnIah...!dan sentiasa mendoakan kebahagian yg berkekalan kepada ko. Semoga panjang jodoh dimurahkan rezeki.

Dan harapan aku, ko masih lagi available untuk jumpa aku mcm dolu-dolu...

Ada announcement bonus. Apa benda tu? Tanya lah empunya diri ek...aku announce yg ptt2 jer..

X-Faxtor yg bleh mempengaruhi korang

Woiii... sampai wujud swimming pool hanya kerana nak gi umah wa ke?.. ekekke kelass gitewww. Meh sini nak pastekan panorama yg leh korang tgk dari umah wa.. (faktor ini boleh mempengaruhi korang nyerrr minat arrr gitewww)






1. Leh tgk tasik n masjid Putrajaya dari umah den.
2. Sebab pintu bilik air den ada gambor popuan Sexytary hehehe

Beb.. datang 9 September 2007 arrr... bulan Ogos tak leh arrr... jadual penuh
19-23 Ogos wa jadi instant mummy (jaga anak sedara arrr)
24 Ogos wa gi cuti-cuti Langkawi...
31 Ogos wa dah booking otel arr kat PDickson.. huhuhu



Giler glamor..

Aku tak puas hati tengok gambar ni kecik2. Meh aku tempek yg besor..

Usahawan Teh Tarik

Eh korang semua ingat tak? Masa kiter kat semester 4 dulu kiter buat projek usahawan masa konvokesyen senior?

Yg aku ingat, kiter jual air dan jual nasi lemak, keropok lekor ada gak ek? Nasi lemak tu buat sendiri. Berjaga ler kiter sampai tengah malam tanak nasik tu kat bilik rehat depan blok A tu kan?

Gerai kiter pepagi lagi dah terima kunjungan. Semua kena pakai unifom kelas. dah tu tambah plak nombor apa tah yg semat kat pinggang tu...kekekek ala-ala miss world. Perasan semua. Kuat berangan.

Aku ingat lagi masa jual air tu kan, kita jual teh tarik guna teh boh. mana nak ada warna bila campor ngan susu. sampaikan ada yg komplen. "Dik, abg mintak tehtarik, apsal dtg air susu?"

boleh jawab plak tu."Abg rasa dulu, baru tau tu teh tarik ke air susu"

Bila ramai sngat yg tanya benda yg sama, lastnya lin terkocoh2 p beli teh khas utk buat teh tarik. teh cap 888 rasanya. Betul tak lin?

Lepas tu tak de komplen lagi.

Yg bestnyer, semua yg dijual abis... siap ada controversi lagi, kononnya straw air tu kita pakai yg recycle. Hampeh tul. nak sabotaj, buat ler sabotaj yg terhormat skit...Klas mana yg komplen tu? korang ingat tak? meh sini aku nak blasah skit.
Dan yg terujanya, klas kita diumumkan sebagai juara. Kutipan paling banyak. Tak sangka sungguh.

Tu ler penangan teh tarik anak-anak dara DSK!

Kenangan Dikejar 'Dinosaur'

Dah tak ingat bila kejadian ni berlaku. Tp rasanya masa tu dah semester 4 sbb aku dok kat Blok D.

Malam tu dah dekat kul 11 mlm lebih. Aku ngan Nana masih lagi dok lepak kat depan bilik tetamu. Bilik tetamu kan sebelah ngan bilik warden. Bukan lepak mcm mana pun, berbual2 sambil berdiri. Dah tengah malam, nak kena masuk bilik masing2 dah.

Yg aku ingat, aku, nana n arwah anjang yg tengah berbual tu. ada lagi sorang 2 yg terlibat rasanya. So lepas borak2 tu, aku ngan nana nak balik ke bilik masing. Anjang n member dah balik jugak. Tetiba jer, warden prempuan panggil dari celah tingkap bilik warden tu. Aku tak ingat warden prempuan tu nama apa. Ko ingat tak nana?

Aku ngan nana ni menggeletar ler. Apa salah kitorang sampai kena panggil ke bilik warden. Aku yg lurus bendul ni, terus jer nak p masuk ke bilik warden. Nana kat belakang aku. Dlm teragak2 kitorang nak ke bilik warden tu, nana bisik kat aku dari belakang. nath, lari je nath, dia bukan kenal kita pun. lari je nath.

Setelah 2,3x nana ckp mcm tu, tetiba jer aku dengar bunyi tapak kaki nana dah lari dlu kat belakang aku, aku pun apa lg, pusing, terus ler ikut jejak langkah dia. Aku toleh belakang. Rupa-rupanya, warden prempuan tu pun ikut lari kejar kitorang...Masa tu tudung labuh warden tu kembang. Terus aku terbayangkan dinasor yg mcm badak, ada kepak boleh kembang tepi kepala tu..apa nama dia ek? chasmosaurus kot.

Aku ngan nana bedezup lari ke blok B, panjat tangga blok. nana lari masuk bilik Fida, aku lari masuk bilik siapa ntah kat tingkat 4 tu. dah lupa dah. Tercungap2 aku panjat tangga. tinggi tu...

Tetiba jer terus ada announcement, SEMUA PENGHUNI BLOK B BERKUMPUL DI BILIK REHAT! aku mengeletar. apa nak buat ni. malu ler kalau kena hukum depan org ramai. Mahu tak mahu aku turun gak berkumpul kat bawah tu. Nana pun ada. aku ngan nana pucat. Ceh! nana siap tukar baju lagi..pandai taktik ko ek..

Bila dah berkumpul tu, warden tu ckp, DSK student tinggal, yg lain boleh naik semula. Alamak! dia kenal rupanya... tahu plak kitorang ni kelas apa ek. Dah tinggal yg DSK jer, baru ler warden tu tanya, siapa yg lari td? Baik mengaku.

Bila dah mcm tu, aku slowly angkat tangan ler mengaku, tak mengaku pun, warden tu dah kenal pun, kalau tak mcm mana dia boleh kata DSK?

akhirnya aku ngan nana kena ikut ke bilik warden. Sampai kat sana aku ngan nana lagi kecut perut. Takut En Mat saad ada . dia kan ketua warden yg garang giler tu..

Kat bilik warden tanya aku ngan nana dlm nafas yg tercungap2. dia pun kepenatan mengejar rupanya. "Naper awak lari?"

Aku ni lurus bendul. bila ada org tanya mesti jawab. aku pun jawab ler: "Ntah"
Warden tu tanya lagi."Awak lari ni mesti ada buat salah kan. Awak tahu ker apa salah awak?"
Aku lurus lg menjawab. Brani plak tu nak menjawab. "Tak tahu cik apa salah kami, Cik dah panggil kami masuk bilik warden, mesti ada salah."

Loyar buruk plak aku.

Warden tu boleh gelak2 lagi bila aku jwb mcm tu. "Penat saya mengejar awak. Saya cuma nak tegur pasal kain awak tu. Jgn pakai kain yg terbelah lagi.." Mmg masa tu aku pakai kain belah depan warna itam. Nana punyer aku tak ingat.

Tu jer? tu jer salah aku ngan nana? kekekeke aku ngan nana bantai gelak depan2 warden tu. tu jer rupanya. yg sampai lari2 tu apa hal..

Kelakar tul. aku ngan nana kluar dari bilik warden ngan perasaan geli hati. buat penat jer lari lari. kecoh satu asrama. tp harap2 tak de org tahu pasal ni...

Esoknya tu, arwah ada tanya aku pasal mlm td. "Naper cik Nath mlm td?"
Rupanya benda tu kecoh satu asrama. Semua org tahu adegan kejar mengejar tu. Kena ler aku citer kat dia jugak...kekekke

Tu citer 14 tahun yg lepas.

Rupa-rupanya ada lg yg aku tak tahu. Alkisahnya, masa adegan kejar mengejar tu, ada org lain yg sama2 lari ngan aku n nana. kekeke kelakar tul bila dengar citer ni.

Echa cerita kat aku, dia ngan siapa tah aku tak ingat, sama2 lari bila tengok aku ngan nana lari. aku tanya apasal korang lari? echa kata, sbb kitorang lari, diorang pun ikut lari. kekekekke kelakar... kelakar tul..sampai sekarang time aku tulis ni, aku gelak giler. sampai keluar air mata aku ni gelihati sbb korang lari..kekekeke

tp apa pun.. mmg ini satu pengalaman. Pengalaman yg tak boleh dijual beli. pengalaman seumur idup. Indahnya zaman persekolahan

Rupanya..ada lg rupanya tu..

Rupanya, aku ni dulu2 nakal gak ek...kekekeke.

p/s: kengkawan yg terlibat dlm insiden ni, sorry ek kalau story ni tak brapa accurate. aku dah tak ingat detail sngat, yg aku ingat insiden tu mcm tu jer... nana, nak tambah apa?

*****aku post komen nana kat sini, at least boleh syer apa yg nana add in.

SHANANA said...

wei nath....kah kah kah kah kah.......waahaaa......... ko ni cite lawak pekung kite....aku dok gelak ni.. smpi orang opis ni kata aku giler.. laa....ko sama la ngan aku nath. Asal ingat cite ni.. mesti gelak sakan. Apsal kite camtu haa..aku pun pelik laa..hahahahahahahahhaha...

Bengong tul la kita..waden tu tanya apsal kitorang lari..aku boleh jawap sebab cik kejar kita laa.. pastu kita tanya apasal cik kejar kita? dia jawap sebab korang lari laa...hahahahahahaha.......agaknya ada lagi tak student2 yang terejal cam kita yek sekarang ni..aku memang tak leh nak ingat la kisah ni. Mesti gelak gila babi punya..Satu orang utara satu selatan boleh jumpa kat tengah2 pastu buat pasal lak tu.

Ni ko punya pasal la.. nak mentenet ngan arwah tu malam2 wat pa? Lagi satu pengikut2 yang ikut lari tuuuu..pun sama bengong jugak..kitorang sesaje joging mlm2 diorang pun nak ikut jugak bak pe. Dah terbabit sama. Nasib baik takde yang sakit jantung, kl tak lagi gamat bueknya...

Aku pun leh tepikir nak tukar baju, terus pakai baju kurung ayu lak tu.. nasib baik tak nyorok dalam loker terus. Kesian budak2 lain terbabit...habis satu Blok B tu kena panggil yek. Hahahahahaha.......... adoi semput aku ketawa....tapi masa tu..aku tak gak kurus2.

Syok yek bila ingat cite2 lama tu. Insiden tu le yang tak leh aku lupa smpi sekarang dan bila2. Bila orang tanya ko study kat mana? Aku dah stat gelak dah. sebab aku ingat balik cite tuu le...hahahahaha........

Aktiviti Paranormal

Pepagi lagi aku gempar..rupanya ada aktiviti mcm ni kat bilik ofis aku.

Pg td aku dtg awal, tak awal sngat, dlm kul 8am mcm tu jer. tp malas nak buka bilik bos lagi. Ingatkan dia dtg lambat mcm biasa.

Tetiba pukul 8.20am bos aku dah masuk. Gelabah ler aku. Tengah makan sarapan dlm bilik. dah tu, bilik dia aku tak buka lagi. Slalu tu tugas aku ler buka bilik dia n pasang semua aircond n lampu.

Aku biarkan je lah dia buka sendiri semua tu. Sekali dari dlm bos aku intercome suruh masuk bilik. Aku masuk jer dia terus tanya: "U ada usik barang2 tu tak?"

Aku phm apa yg dia maksudkan tu. Barang-barang kemas n surat2 cinta x wife dia yg nak dipulangkan. Dia letak dlm almari kaca dlm bilik dia di belakang frame sijil2 yg dimenangi PTj.

Aku jawab: Tak. Sambil aku pandang almari kaca tu untuk tngok ada apa2 yg terjadi ker? Ait? frame sijil tu mcm dialihkan. letaknya dah tak sama mcm mana bos aku letak dulu.

Dia tanya aku lagi: Kalau tak usik, naper frame sijil tu boleh bralih tempat?

HAH! bulu roma aku terus meremang.. siapa masuk bilik bos aku? yg ada xcess cuma aku jer. dan of coz ler bos aku sendri. Tp yg peliknya mmg frame sijil tu berubah tempat. Mcm ada org ubah untuk tengok apa yg ada kat belakang frame tu. Seram aku.

Bos aku dah lama syak x wife dia ada guna bomoh2 ni. Tp pengakuan dari x wife bila mencurahkan sedih hati kat aku ari tu, dia kata dia tak lakukan semua2 tu.

Tp kalau tak de menda2 mcm tu, Mcm mana frame tu boleh brubah tempat? yg tahu benda tu kat situ hanya aku ngan boss jer...

Mmg wujud ker aktiviti paranormal kat bilik bos aku tu? Tak mungkin tikus, sbb almari tu tertutup rapat.

Mmg betul ker surat2 cinta yg x wife bos aku bagi tu berhantu?

ish... bulu romer aku meremang nih...

Wednesday, August 8, 2007

Reply to K.eta

K.eta ooiii... jangan salah sangka pulak yee.. yang sy maksudkan 2 hero tu sorang anak bujang sulung. Umurnya 8 tahun dan yang sorang lagi tuu.. bapak anak la.

Apa ingat sy ni kilang kee.. tak larat ooi.. 3 orang pun dah cukup. Tension tau..bila balik keje jee.. rumah bersepah. Pas tu bebudak bertekak laa ada yang nangis... tuu yang buat kurus tuu...

Tapi sebenonya best ada anak nii..sebab ada orang selalu peluk ngan cium kite..tau

Tea Time bersama Lin - 4/08/07

Td aku dah post pasal dating aku ngan Lin ari sabtu lepas kat restoran Maisya sebelah hotel Lin nginap tu. Tp entah mcm mana tak update kat sini plak.

No hal, aku tulis lg sekali ek..

Aku jumpa Lin kat restoran ni, kul 4.30 petang. Pandai2 jer lin ni nak puji aku yg dah mcm nyonya jual sayur ni.. Slim nyer ko lin..bila ler aku nak slim mcm ko ek... kalau ikut petua2 tu, aku rasa mmg betul aku kurus kot..;P

Lin bawak buah tangan utk aku, keropok-keropok, sate ikan, ikan kering, sotong kering. abis satu kedai dia borong utk aku... aku ucap terima kasih banyak2 kat ko Lin, aku tak siapkan mende pun utk ko. Sorry ekk..

Tak cukup tu, dia bg plak brooch...cantik brooch tu lin... timakaceh banyak.

Dlm penat2 baru abis perlawanan sukan pun, Lin masih lagi mampu untuk meluangkan masa jumpa aku. Aku mmg terharu dengan setiakawan Lin nih..

Dan aku juga berterima kasih ngan cik abe aku yg sudi menghantar aku untuk berjumpa Lin. Timerkaceh sayang... (ambik ati jer tu)kekeke

Sekurangnya terubat gak ler rindu aku kat kengkawan semua nih..next..sapa nak dating ngan aku plak?

malangnya, gambar yg aku ambik ngan hp aku ni tak dpt nak upload ke sini. dah puas aku sent gambar tu, tp failed jer...

Lin ko tolong uploadkan aku gambar dr camera canggih ko tu...aku pun nak sambar satu ler mcm tu.


updated by:nath

Meh kiter sesamer...

Sesamer perkenalkan keluarga masing2..
next-next month kiter bg tajuk lain plak..
nana - dah paste..
klinda - unofficially dah paste ler jugak.
kak Eta - mu tak yah nak paste lagi dah..kang ada org kata giler glemer..(nak paste lg pun tak pa.. ta dak sapa nak marah eh..)
yg lain? meh ler sesama paste..meh..meh...
nah..ni cek punyer..



(gambar cik abe cek tak mo letak. kang ramai yg terpesona.. :P )

Petua-petua kurus ala-ala DSK

petua-petua yg diturunkan oleh otai2 DSK:
1- Gaya Atkins - banyakkan makan makanan berprotin, dan kurangkan makanan berkarbohidrat
2- 3 Days diet - Kawal pemakanan untuk selama 3 hari, makan dlm kuantiti yg sangat sedikit. Bak kata org, berlapar ler.. next 4 days lantak la makan sepuasnya yg anda mahu.
3- Melakukan excercise - Jaga pemakanan dan lakukan xcercise sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 3x seminggu.
4- Berpuasa - Niat puasa sunat, bukan niat puasa untuk kurus. (Bg anda yg belum melunaskan puasa ganti, niat puasa ganti dahulu..)Tp time buka puasa tu, jgn ler melantak tak hengat dunia..
5- P dok kat Sudan @ Dafur, gerenti anda akan kurus semula jadi. (Dapat jadi duta bersama Mawi world)
6-Gaya Maryner - Makan, lepas tu terus p b***k

Tp aku rasa yg betulnya ini: Banyak-banyak ler branak. Mesti kurus punyalah. Korang cuba ler tengok contoh kawan2 kiter yg banyak anak. Semua kurus-kurus kan...kan...kan... :)(sbb tu aku tak kurus-kurus sbb anak aku baru 2)kekeke

p/s: catatan diatas hanyalah rekaan semata, tiada kena mengena dengan yg masih idup atau sudah meninggal...

gambo aku


Asskum... untuk yang dah lama tak nengok aku... ni le gambo aku tapi bukan terkini...ini raye taun lepas kat kampung. Kalau ada yang terkini aku akan post kan kat sini. Don't worry...tapi dua orang takde... hero2 aku le...

Tuesday, August 7, 2007

BOLE JOIN SKALI KE...

Askum.... Ni testing jer ni... aku pun tak reti lagi nak buat. Yahoo.... menjadi laa.... tq Nath.

Untuk kengkawan lama... sorry aar.. sbb dah lama menyepi diri. Aku ni kira mcm duk dlm gua laa... Bru nak kuar. Tak tau pun korang dah buat Blog ni.. best le dpt tengok gambo lama2.

SHANANA

Monday, August 6, 2007

Tea time ngan Lin 4/08/07

Petang sabtu tepat kul 4.30 - 5.30ptg bertempat di restoran Maisha. Wpun sekejap, tp aku rasa rindu aku pada kawan aku yg sorang ni terubat ler...

Pandai-pandai jer Lin ni nak puji aku yg mcm nyonya jual sayur ni. Aku yg lebih terpaku melihat kesliman Lin.. alahai bila ler aku boleh dpt body mcm lin ek...(Lin,apa petua ko ek?.

Peramah dan baiknya tak berubah mcm dulu2. Aku plak yg rasa malu bila lin yg dari jauh datang bawa buah tangan untuk aku. Ada sate ikan, keropok2, sotong kering dan ikan kering pun ada...(ko betul-betul borong satu kedai ye Lin..)
Tak cukup itu, diberinya plak brooch2 comel. bak kata pak Ali Astro: Macam-macam adaaaa...

Dah ler tu, masa minum tu pun dia jugak yg bayar. Ish..ish...baik sungguh..kalau aku tahu Lin yg nak bayar, nak aku order satu restoran..kekekeke

Timer kasih ye Lin...mudahan makin murah rezeki ko ...dan jgn serik yer jumpa aku...

p/s: Kengkawan lain, jika ada apa2 program di area KL, rojer2 la aku...ada kesempatan, boleh jumpa...

Hai Kengkawan....

Assalammualaikum,
Camno? Korang nampak tak aku dlm tv? Hehehheh....
Hari kelmarin aku jumpa nath...cute lagi si nath tu! Cam cikgu je aku nengok dia. Matured je muka... Sronok betul dpt jumpa member lama. Tu baru jumpa sorang...kalau jumpa 4...5..9..10..16 lagi best! Bila ni weh kita nak bejumpa. Aku dah rindu kat korang. Nak nengok muka masing-masing muda remaja lagi tak? Hehehehehe

Aku...Lin...

Friday, August 3, 2007

Jom jenjalan Putrajaya

Sebagai org bujang... nak gak laaa ajak korang jenjalan Putrajaya... nak wat gathering kat umah akak pun buleh.. tp MAK & ANAK jee arrr...

Errr agak-agak korang leh kerr datang hanya ngan anak-anak?... al maklum ler kan kan kan umah org bujang...

Kena wat swimming pool ke? ehh.. silap kena wat pool ke?

Lunch Date 3/08/2007

Lunch time td dating ngan Echa n Zuri... ada berita yg ingin dikhabarkan. Tp rasanya buat sementara waktu, berita gempar itu biarlah dirahsiakan dulu..

Kami makan kat kenny rogers. Echa tak abis makan, Zury org pertama yg abis makan. Aku plak tak cukup2 makan, abis yg si Echa aku bantai jugak. (hehehe buruk bebenor)

Chating-chating biasa sambil cerita masalah masing-masing. Tp happy ler dpt jumpa sesekali ni...

Esok nak jumpa Lin. Dia datang Shah Alam untuk kejohanan sukan. Katanya sabtu petang ada freetime. Nanti apa2 cerita kiter update lg yer..

Keberkatan Kenaikan Gaji

Keberkatan kenaikan gaji
Oleh: MOHAMAD YAZID ISAI
BERMULA penghujung Julai lepas kakitangan kerajaan telah menikmati apa yang sesetengah pihak mengatakan sebagai “peristiwa terbaik dalam sejarah perkhidmatan awam” iaitu setiap daripada mereka menerima kenaikan gaji di antara 7.5 peratus hingga 35 peratus.
Sejak pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri pada 21 Mei 2007, kita sebenarnya lebih ‘emosional’ dengan isu- isu seperti peningkatan harga barang tetapi tidak ramai yang ‘emosional’ dengan tanggungjawab lain yang sememangnya berkait rapat dengan kenaikan gaji.
Kenaikan gaji ini dari segi prinsipnya bukan sahaja menguntungkan kakitangan awam malahan golongan fakir dan miskin yang sepatutnya turut menerima tempias daripada kenaikan gaji ini. Ini semua dapat dizahirkan menerusi tanggungjawab menunaikan zakat; kewajipan yang telah disyariatkan oleh agama Islam lebih 1,400 tahun dahulu.
Persoalan zakat bukanlah suatu yang asing, malah ia merupakan suatu urusan ibadah yang utama bagi setiap individu Islam. Ini terbukti memandangkan bahawa zakat merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang bersifat taabudiyyah (pengabdian kepada Allah) dan menjadi asas pembinaan sebuah masyarakat Islam yang sempurna.
Sebagai seorang yang mengaku dirinya Islam sewajarnya tanggungjawab menunaikan zakat tidak dilupakan atau sengaja dilupakan. Tambahan pula al-Quran telah menyebut sebanyak dua puluh tujuh kali hubungan antara kewajipan mengerjakan solat dan kewajipan menunaikan zakat.
Antara ayat al-Quran yang menyentuh perkaitan ini ialah firman Allah yang bermaksud; Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat serta rukuklah bersama orang-orang yang rukuk (al-Baqarah 43).
Dilihat dari makna zakat itu sendiri, ia bermaksud bersih dan membersihkan. Oleh itu ia berperanan dalam membersihkan harta seseorang daripada percampuran dengan hak-hak orang miskin, diri pemberi dan penerima zakat daripada sifat keji seperti kedekut, tamak, hasad dengki dan sebagainya.
Zakat bertindak sebagai instrumen kewangan yang berfungsi menyalurkan sebahagian harta golongan kaya kepada mereka yang memerlukan iaitu lapan golongan yang berhak menerima zakat seperti yang dijelaskan oleh Allah s.w.t (al-Taubah 60).
Jika ditinjau enam daripada lapan golongan yang disebut dalam al-Quran ini adalah terdiri daripada golongan yang ada kaitan dengan kemiskinan.
Sehubungan itu zakat dilihat sebagai satu instrumen yang mampu memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi umat Islam kerana ia dapat membantu menyelesaikan masalah kemiskinan yang merupakan salah satu daripada penyebab kepada kehancuran hidup manusia.
Di samping itu juga zakat berperanan dalam memberi keberkatan kepada pembayar-pembayarnya sama ada pada dirinya, keluarganya dan hartanya. Walaupun pada zahirnya harta pembayar itu berkurangan tetapi hakikatnya ia diberkati oleh Allah dan dipelihara daripada segala bala bencana ke atasnya.
Jika bersandarkan kepada dalil al-Quran dan hadis, zakat hanya meliputi item seperti emas, perak, binatang ternakan, tanaman, barang perniagaan, barang galian dan harta karun. Namun pembangunan dalam aspek ekonomi telah menyebabkan bentuk kekayaan telah berubah daripada pegangan harta berbentuk fizikal kepada pegangan harta berbentuk bukan fizikal seperti bayaran upah dan pendapatan secara bergaji.
Bagi memenuhi keperluan berzakat bagi kategori harta bukan fizikal ini, terdapat sesetengah ulama yang mewajibkan zakat pendapatan seperti mana yang difatwakan oleh ulama muta‘akhirin antaranya Yusuf al-Qardhawi. Majlis Fatwa Kebangsaan juga memperakui bahawa zakat ke atas pendapatan adalah wajib.
Walaupun begitu, pelaksanaan di peringkat negeri berbeza-beza dan memerlukan pewartaan fatwa dari setiap negeri. Contohnya fatwa yang dikeluarkan oleh Perak, merujuk kepada Subseksen 34(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 (Bil 2 Tahun 1992) menjelaskan : “Bahawa gaji atau pendapatan termasuk dalam kategori yang wajib zakat apabila cukup nisab dan haul itu adalah merupakan syarat yang diittifaqkan oleh Jumhur Ulama dalam mazhab yang empat. Syarat ini tidak berlaku pada gaji atau pendapatan maka gaji atau pendapatan tidak wajib zakat.” (Rujukan Pewartaan No: 165 Jil:57 Bil:5)
Zakat pendapatan bermaksud sejumlah bayaran yang dikenakan ke atas gaji dan pendapatan bebas. Secara ringkas gaji bermaksud pendapatan penggajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contohnya gaji tahunan, pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat) dan lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian).
Manakala pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Contohnya bayaran guaman, khidmat nasihat, juruperunding, rawatan perubatan dan lain-lain yang berkaitan.
Secara ringkas terdapat tiga metod dalam mengira zakat pendapatan. Yang pertama membayar zakat 2.5 peratus atas jumlah pendapatan kasar setahun. Yang kedua membayar zakat 2.5 peratus atas jumlah pendapatan bersih setahun (setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan).
Yang ketiga membayar zakat 2.5 peratus atas perbelanjaan bersih setelah mengambil kira perbelanjaan sebenar. Perlu juga dimaklumkan bahawa kewajipan berzakat hanya tertakluk jika pendapatan yang layak dizakat itu melepasi kadar nisab (kadar nisab semasa ialah RM6,800).
Terdapat pelbagai kemudahan disediakan oleh institusi zakat bagi menggalakkan pembayaran zakat di kalangan umat Islam terutama kakitangan awam di Malaysia. Antaranya ialah kemudahan membayar zakat pendapatan melalui skim potongan gaji.
Mungkin ramai juga yang tidak mengetahui bahawa pembayar zakat di Malaysia sebenarnya layak mendapat penolakan dalam mengira cukai pendapatan mereka. Kakitangan kerajaan seharusnya bersyukur kerana memperoleh kenaikan gaji ini ditambah pula kita juga dikurniakan sebuah negara yang aman serta hasil bumi yang melimpah-ruah. Rasa syukur ini boleh diterjemahkan menerusi komitmen kakitangan awam dalam menunaikan kewajipan berzakat.
Perangkaan menunjukkan kerajaan akan membelanjakan RM6.8 bilion setahun bagi menampung peningkatan gaji ini dan cuba bayangkan jika 2.5 peratus daripada jumlah ini dijelaskan oleh setiap kakitangan awam sebagai bayaran zakat.
Secara kasar, ratusan juta dapat dijana bagi membantu ekonomi umat Islam (ini belum mengambil kira gaji sebenar sebelum kenaikan serta gaji kakitangan swasta – jumlah pembayaran zakat pendapatan pasti mencecah berbilion setahun!). Tidak mustahil ekonomi umat Islam dapat dibangunkan menerusi sumber kekayaan sebesar ini.


Pesanan penaja (hari Jemaat ni kita bagi ceramah la sket kan kan kan) ..... kuarkan la zakat, baru hidup berkat... kena ingat dlm gaji kita ada bahagian org lain sama.... wa baru je ari tu balik kuantan... dah pi tambah potongan zakat... alhamdulillah ada rezeki lebih.. kita share juga ngan sesama islam..

Ni pendapat Otai (eh otai ke???)

Ni pendapat akak laa kan since dah lama service (cehh ye ye ooo je aku ni) in various dept dan dan pi abroad... (ngengada sungguh)

Nak join gomen ni purposely untuk jangkamasa panjang sebenornya... kalau pikirkan gaji.. stay jer ngan kerja skrang. Join gomen bermakna.. jaminan masa tua.. masa susah yelah we can't expect what will happen sooner or later kan kan kan.

Kemudahan dlm gomen bila tua esok... pencen, pinjaman perumahan dgn kadar yg rendah and etc etc etc bla bla bla . Yeap dlm swasta korang ada KWSP yg mungkin ribu riban when the times up for retirement kan kan kan... tp sayang-sayang sekalian, please take note yg masa berubah, value of monies pun may increase satu masa nanti. Satu hari nanti, 1K means nothing.. beli satu troli groceries pun entah berapa ratus RM plak nanti. Skrang kita spend RM 50 pun... cam tak de apa... (ni thru my observations laaa dek non sumer)

itu satu hal....

Mena, theres never too late to try something new kata omputeh... dan kata org Siam.. mai phen rai.. (ekekeke cam ye ye jer aku nih!)

So ahkak rasakan laaa... u just follow tips ni wokkeeyy...

1. Tgk surat panggilan temuduga tu... saper yg panggil?.. JPJ ke SPA? Kalau JPJ yg panggey, itu bermakna... Mena kena kerja ngan JPJ tau... tp masih tertaluk pada SPA nyer rules n regulations dlm Perkhidmatan Awam.

2. Mena kena tau service ni pelbagai, ada Badan Berkanun such as Perbadanan, Lembaga dan Yayasan... mcm tu juga universities... so tangga gaji bergantung pada kuasa melantik memasing. So dorang ada hak nak kasi gaji yg tinggi sket dari tangga gaji freshies. Tp akak tak sure ngan SPA nyer starting tangga gaji... berapa dorang offer...

3. Mena kena temuduga bertempat di JPJ ke... atau Mena akan bertugas bawah JPJ? Please tolong amik pot!...

4. Gomen pun byk kerja.. tp bergantung kita kerja ngan boss mcm mana... dari segi workload akak rasa kerja memanapun sama... kalau kita bleh carry responsibilites kat swasta.. tentu kita bleh juga kerja kat gomen... attitude kita yg tentukan kita bleh kerja ke tidak...

5. Ni akak nyer pemikiran yg TOTOK lagi KUNO... akak akan kerja gomen.. sebab akak kena fikir masa tua... esok-esok tak de org nak jaga... aku pi duk umah org tua swasta (ceh kelass giteww)... duit pencen boleh byr umah org tua... suruh dorang jaga keh keh keh... duit sewa umah simpan.... bleh gi jenjalan anytime kita nak... (kalau panjang umur laaa kankankan)

apa lagi ekkk..... aku nak pi posting sampai pencen... esok dah tua... aku balik arrr goyang kaki (peace everybody)...

Puan-puan, sekian dulu ucapan saya... saya akhiri ceramah saya dgan kata-kata yg baik... "JANGAN LUFA AFUNDI SAYA DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG"

Afundi C.I.N.T.A dan hantarkan ke 994 (eh! tu nombor Bomba kan???)

Cuba, Try, Test Dulu ler....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Marina... ni sekadar pendapat ler kan.... bagi zury ler... apa kata Marina cuba, try & test dulu... pi dulu interview tu... pastu... baru ler kita tahu... berapa dia offer... kat mana dia nak bagi kerja... apa kelebihan nyer yang lain... tak salah kalau nak cuba... nie sekadar pendapat ler...

macam zury, masuk government pun dia bagi gaji lebih kurang swasta gak... mana ler tahu kan... marina pun sama dia bagi gaji yang lebih kurang sama... sooooo.... bagi zury sekali lagi cuba lah pi interview tu... kalau tak kenapa marina apply...

Thursday, August 2, 2007

Aku dapat interview..

Nak tanya pendapat korang nih.. (nak kena buat poll ke?)

Aku dapat interview under government utk jawatan N17 - Setiausaha. Interview pada 16 Aug. 2007 kat JPJ Alor Star. Aku nak tanya pendapat korang lah... korang tak rasa ke aku ni dah terlewat utk join government? Maklumlah umur dah 32 pastu nanti kena lak gaji kurang byk dr skrg... bukan apa.. risau gak sebab commitment kan dah setara ngan gaji skrg. Lagi satu napelah dorang htr aku interview jauh2 sgt.. rumah aku ke Alor Star tu adalah dekat 2 jam gak. Adakah sebab job tu nanti kat sana? Jauh tuu.... Hmmmmm.. nak gi ke tak nak?

Bersama k.Mariati di JB


Hai semua,

Gambo ni dirakam pd 6 Jan 07, masa klinda balik umah mertua di JB. Tima kasih pd K.Tee sbb sudi dtg jumpa kami sekeluarga di ZONE shopping kompleks, belakang umah mak mertua den. Cuti Merdeka ni klinda n family blik JB.

Wednesday, August 1, 2007

Rindu Tuuuu.....

Asalamualaikum utk semua warga DSK93/95

Apa kabo? Sihat ker korang semua, rindulah lebih2 lagi bila tgk blog yg direka cipta oleh Marina dan Nath ni. (menitis air mata den ni.....) bila tgk gambo lama2 dulu tu..Rindu giler kat korang semua...(klu ingat2 kan semula mcm2 kerenah kita dulu kan, yg best tu waktu kluar ramai2, kecoh giler,sapa tu???? ana suzana lah.....(jgn marah hah....)

Apa2 pun tima kasih dan tahniah utk mereka ber2, klu tak susah jugak kita nak berchatting, sekang ni alhamdulillah lah mudah sikit....(Jasamu dikenang). Insyakallah klu ada rezeki dan x de halangan nak rasanya joint next reunion.

OK, klu ada yg sudi2 nak contact sy ni, kat bawah ni no tel. sy ya....
Tel: 07-2538506 (direct line)
e-mail : mj.mariati@simedarby.com

Oklah sampai sini dulu, sok2 chatting lagi

Asaalamualaikum

Drp: Mariati Bt Jantan

Gambor terbaru...










2 keping cukup la kott.... hehehe
tetiber cam gila glamer la puloookk!

SMS En. Mat Zlan

Tanggal 16 May 2007 yg lepas (bersamaan dengan hari guru)... aku ada send sms kat En. Mat Zlan. Msg berbunyi begini...

"Slmt hari guru buat En. Mat Zlan. Tima ksh krna mendidik sy n kwn2 DSK. smga bahagia dsamping family. Fr Marina Penang"

dan sms berbalas...

"T kasih yg tidak terhingga. Mungkin sya x kan jumpa lg student2 mcm awk2 semua. Slogan Dulu, kini dan selamanya dah x boleh pakai lg. Dulu, kini dah x serupa. Tq."

Kpd semua kawan2 DSK... jgnlah lupakan jasa En. Mat Zlan dan semua pensyarah2 yg pernah mengajar kita semua. Tanpa mereka siapalah kita sekarang.. (nasib baik dorang bagi kita lulus.. buatnya dorang bagi kita gagal.. mau kena repeat semester tiap2 tahun.. hehehe).. By the way, ingat lagi tak kata2 ni "Sekali awak benci saya.. beribu kali saya benci awak" (perghh... takutnya masa tu.. bunyi cam garang giler). Ada lagi.. sapa lah yg dpt gelaran "jari 4 relung" hehehe... baik ngaku cepat..

Dari Marina..