MAAFKAN CIKGU
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang
baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya
tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya
hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali menganggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya...
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati
menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di
depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah
berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu
sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sekolah sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut sekolah yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya.
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul
kamu?” ” Emak saya berpesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya
setakat yang termampu.
Cerita-cerita begini boleh membantu melembutkan hati kita yang keras. Kata seorang guru lain teman saya,
Sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan amalan perkara-perkara berikut;
i. Banyakan Solat sunat
ii. Amalkan puasa sunat
iii. Banyakan berzikir
iv. Amalkan bersedekah
v. Mengusap rambut anak yatim
vi. Mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain
vii. Membantu orang susah
Semoga Amalan Ibadat dan Amal Kebajikan Kita akan berterusan dalam bulan-bulan yang lain.
4 comments:
sedihnye
Salam Nath
Ya Allah, bayangkan klu terjadi kat anak2 kita.....sedihnya. Apa2 pun cerita ni mmg bleh buat hati kita tersentuh bila membacanya....
sedih kan..kita kadang2 pandang sesetengah benda tu pd pandangan kasar jer kan..harap2 cerita ni bg peringatan untuk kita berhati-hati sebelum menjatuhkan hukum pd sesuatu kejadian/keadaan. mesti ada sesuatu di sebalik apa yg terjadi. mcm yg tersurat dan tersirat la..hanya Allah yg maha mengetahui...
Ya lah Nath, kekadang tu, kita selalu kata org ni apalah mcm tu macam ni....tp disebaliknya kita tak tau apa alasan dia org terpaksa ambil tindakan yg kurang betul pd pandang mata kita (sebenarnya pasti ada alasan tersendirikan)
Sebenarnya bila ingat cerita Nath ni, akak pun ada satu cerita yg agak lebih kurang samalah mcm cerita ni.....
Begini, satu hari dlm pukul 7.00+++ akak tgh menyapu kat depan rumah, masa tu akak anak beranak dah pun siap bersarapan, pastu selang 3 buah rumah dr umah akak ada org Sabah....tgh duk menyapu tu akak tgk anak perempuan dia dlm darjah 3 duk makan putik mangga depan umah akak.....
Pastu akak tanya dia, kenapa pgi2 mkn putik mangga ni, tak elok nanti sakit perut, g balik makan sarapan yg mak buatlah kata akak....
Pastu dia menjawab, katanya acik kat umah kita tak der satu benda pun nak makan....lah masa tu rasa nak berjurai air mata.
Kebetulan masa tu akak ada goreng mee, tp faham2 jer lah nath sekali mengadap habis terus.....sbb kita org tak ramai 4 beranak jer, so agak2 cukup jerlah masaknya....tu buat hati ni lg rasa terkilan sesgt, gagahkan juga cari apa yg ada dlm peti ais.....
Rasa sedih sgt, sbb anak kita pg2 dah sarap, cari punya cari nasib baik ada roti potong tu, jadi akak pun bagilah kat dia dan sedikit duit.....bapak dia mmg tak kerja sbb sakit....Kadang2 bila tgk nasib org, teringat mcm mana nasib kita esok2 ekkkk......??????
Doa yg terbaik lah selalu utk diri sendiri dan sentiasa beringat2 dan muasabah diri....langit tak selalunya cerahkan.....takutttt
Post a Comment