Tuesday, September 11, 2007

I'm back!..I'm back!...

Aku start masuk keje ari ni, kalau ingat badan yg penat ni, aku ingat nak brenti jer. tp kalau aku brenti sapa nak bagi aku pitih?. so aku kena ler kuatkan kudrat terus mai keje.

Aku baru balik dari BTN. program yg disediakan mmg menarik, yg tak menarik, penginapan dan makan minum semua hampeh. Korang bayangkan lah, 5 org sebesar badak syere dlm satu bilik kecik berkatil 2 jer. 1 double 1 single.

Nasib baik aku ni kecik skit yg lain. kiranya mcm badak yg tak cukup brendam ler...dah tu, yg aku bengang, ada plak minah ni, sedap2 jer tidur kat katil aku yg dari awal2 lg aku dah letak beg aku kat situ. tanda aku book katil tu ler. Masa aku angkat beg letak tepi untuk kemas katil tu nak tidur, sedap jer minah sekor ni naik tidur. Hampeh! rasa mcm aku nak tarik jer rambut dia tu.

pas tu katil double bed yg lain sedap2 je 2 org lagi tu tido. Selesa betul diorang ek. yg tak selesa, aku ler. kena syere 1 tilam single ngan sorang gajah ni. tersepit aku kat celah katil tu. Memburukkan lagi keadaan, tak de selimut plak tu. Huh...mmg menguji sifat sabar aku tul.

Makanan? Makanan punya ler hampeh. buat bubur caca rupa mcm caca masak ngan kuah gula jer.. kuih mmg out, nasi mentah, sayur hari2 sama, lauk tak cukup, air manis mcm gula tumpah selori. mmg out lah bab makan nih.

Aktiviti/program kursus? OK bg aku. cuma bab dengar pembentangan kertas kerja je yg mampu membuatkan aku tersenguk2. bosan weh.. 1 hari suntuk dengar ceramah jer, tak gerak2. naik kematu bontot besar aku nih.

Masa LDK-latihan dlm kelas tu, OK jugak. tak de la happening sngat, tp boleh ler membuat aku segar mata berdebat.

Aktiviti2 riadah/kerohanian lite je lah. Tazkirah2 subuh/magrib cuma dengar diorang baca teks jer. tp ramai yg tido sbb mengantuk. riadah dia tak de lah ala2 tentera wpun diselia oleh bekas2 tentera, mmg kelakar giler pakcik2 tu.

Ada exam hari akhir tu. yg kelakar, tak tau boleh tanya. Silap2 dpt jawapan sekali. kekeke. pandai tak kitorang? hehehe

apa yg aku belajar dari kem ni? banyak yg aku belajar. terutama pasal semangat patriotik, semangat kenegaraan, dan yg paling penting, kem ni berjaya membuka hati aku untuk mendaftar sebagai pemilih. untuk mengundi masa pilihanraya nanti.

Kalau korang dpt p BTN ni, p lah, tak rugi...

Kat kem, aku dipilih sebagai penghuluwati. kecut perut gak bila kena pikul t/jawab besar mcm tu. tp alhamdulillah semua bereh...

Masa penggulungan penutupan kem, aku kena bagi ucapan penutup. alhamdulillah lancar ucapan aku. baca teks jer..aku ni tak de tokoh nak jd MB. hehehe

Tp yg kelakarnya..masa urusetia tu bg ucapan, dia ckp apa tau, dia kata: tuan-tuan mesti kena balik. Tp puan-puan balik mesti kena.

pandai2 la korang nak phm apa maksud pakcik tu. mmg aku kena pun...hahaha

Gambar2 masa kat kem tak ada. Yg ada masa aktiviti kembara akhir tu sebab dah dpt balik h/p ngan multimedia gajet yg depa simpan tu. kami dilarang untuk bawa sebarang alat canggih masuk dlm bilik kuliah. HP pun depa ambik simpan. so lost contact ler aku ngan laki/anak aku selama aku kat sana tu.

tu je lah citer aku pasal BTN nih..ni gambar masa kitorang dlm aktiviti jungle tracking. tp sbb tempat tu tak de kemudahan untuk tujuan tu, jd kitorang cuba kebun tracking je lah
yg ni pulak gambar ufuk subuh dari balkoni bilik penginapan aku. nampak tak bintang timur kat situ?

4 comments:

Anonymous said...

Ko buat aku gelak lah Nath pagi2 Selasa ni.. apa2 pun welkam bek Nath. Hang tak dak sunyi sepi ym aku dan blog ni.

Anonymous said...

wahh semangat nath utk mengundi. utk pengetahuan hgpa semua, klinda baru sekali jer mengundi...hehe.
kwn2 yg lain, contohi la nath. p/s: ayat "balik mesti kena" lawak tul...wakakaka

Anita said...

Nath.. dulu akak BTN kat Kuala Kangsar... besh gak arrr tp terlalu byk politeknik.. eh silap POLITIKUS!

harhtan said...

K.Eta, group lain masa LDK tu mmg berkobar2 bercerita pasal parti. Tp fesi group nath ambik pendekatan berkecuali. dia bincangkan pasal semangat patriotik jer. tp dia tak kata apa2 pasal politik, mesti sokong sapa. bagus la cara fesi tu. at least dia tak sentuh isu sensitip.