Monday, September 24, 2007

Cerita makan-makan

Hari ni masuk hari ke 12 kita berpuasa. Diam tak diam, dah 1/2 bulan ek. Masing-masing pun dah sibuk beli persiapan nak raya. Kuih biskut dah start tanya bila nak dpt. Baju dah start tanya dah siap blum. Yg menjahit pulak dah start kecut perut bila tengok banyak lagi yg tak disiapkan (aku ler tu..)
Anak-anak pun dah start nak beli bunga api. Yg gilir2 balik kg, dah start O som nak balik kg siapa. Kalau yg kerja tu, dah start jeling2 borang cuti bos dah sign ke belum.

Cuti raya aku bos dah approve sblum puasa lagi. Lg tepat sebelum cuti Merdeka ari tu. Baju raya, thn ni aku pakai baju BTN jer...kuih-kuih aku tempah 1,2 jer yg mana feberet tu. banyak2 pun buat tak abis mkn jer. Order tu pun sbb tak nak org kecik hati.

Balik citer makan-makan, rumah aku masih lagi bersepah dengan periuk besar2 yg digunakan hari sabtu lepas. Sempena birthday kak ipar aku, Yong aku buat majlis berbuka ramai-ramai. Macam2 ada.. Pulut kuning, rendang, sayur, sambal udang, mertabak, ketayap pedas, keteaw goreng, kastard jagung..etc la. tak cukup meja makan yg besar kat rumah aku, meja sekolah anak aku jd habuan lg.

Dgn air jagung, honey due, cincau, teh, iceblend tembikai...fuh kalau boleh scan perut tu, nampak pelangi dlm tu..

End up dengan majlis potong kek. Sesekali makan-makan dgn keluarga mcm tu, meriah juga ek.

Tengah malamnya tu, cik abe aku balik ajak bersahur kat luar la pulak. Dia ingat nak bersahur kat satu restoran kat kg baru tu, bila kat sana tengok tak de parking, lastnya dia terus pandu kluar dari KL menuju ke PJ. Bersahur la kitorang kat Jln 222. Sahur dengan laksa. Esok pagi, 4x aku kluar masuk tandas. kekekeke

1 comment:

Anonymous said...

hemm mmg best kalu kumpul ramai2 bukak posa, tapi bab nak kemas semula tu penat la sikit. tambah penat kalu ramai yg volunter utk nganga depan tv jer...kekeke
teringin nak tgk pelangi dlm perut nath tu...wakaka