Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.................

Assalamualaikum semua...........

Sempena menyambut kedatangan Aidilfitri, akak sekeluarga ingin mengambil kesempatan di ruangan blog DSK kita ni utk memohon jutaan maaf zahir dan batin dari semua kengkawan, andai selama perkenalan ada perbuatan yang kurang menyenangkan atau ada tutur kata yang menyinggung perasaan, begitu juga, minta dihalakan segala makan dan minum.

Seperti tahun2 yg sudah, pada hari ni (Khamis-09/09) akak sekeluarga akan bertolak balik ke Jasin, Melaka untuk menyambut hari raya bersama nenek di kampung. Sepatah kata ayah akak, selagi ada orang tua2 di kg. kita kenalah balik beraya dgn mereka. Sok2 klu dah tak der sesapa kat kg. nampaknya beraya kat Pasir Gudang jer lah. Sbb tu kena praktikkan kenikmatan balik kg beraya, selagi boleh balik ni. Sok2 kena beraya kat Pasir Gudang jer, mesti boring, sbb PG klu time raya lenggang giler, sbb PG kebanyakkannya semua orang yg berhijrah. Seperti tahun2 sudah, giliran tetap disebelah akak sbb mak dan ayah abg dah meninggal. Jadi tak yahlah nak main opesom......kerana giliran sentiasa menyebelahi akak.......hehehehe........gamaknya den tak pernah lah dpt merasa beraya di rumah mak mertua.

Kemana pun arah balik beraya kita, akak sekeluarga mendoakan semoga kengkawan semua selamat sampai ke kg halaman memasing dan bergembira dipagi raya bersama adik beradik, atuk nenek dan kaum keluarga yg lain. Sesapa yang balik beraya ke Johor, jemputlah datang ke rumah. No.H/P akak (019-7765052).

Sekali lagi SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...........LUV U ALL.....

Daripada: Kak Mariati, Abg Harun dan Fatin Atiqah

7 comments:

MIDDLE OF THE YEAR said...

Hai akak..

Selamat Hari Raya. Nampak berseri-seri semuanya. Al-maklumlah Raya ler katakan. Seronok tengok, merah gitu, ceria and loving.

Salam Lebaran.

Anonymous said...

Salamat hari raya maaf zahir batin tuk akak sekeluarga juger...

ikhlas dari nath

Suzanna Arif said...

Selamat hari raya Kak Atie n family...

bestnye balik kg dia je....heheh dh lalu kg kita x nk plak singgah. Dh dekat sgt dh tu.

Salam lebaran,
Suzanna Arif

kak tie said...

Nath....

Balik mana? lama x dgr citer....apa2 pun slmt ari raya ekkk....

kak Tie said...

Salam Ana

Selamat ari raya, alah kita tak tau address. awk ler, biasanya akak masuk tol tangkak, so lalu kat tangkak, dekat ke dgn umah ana, area mana tu....???/mana tau lain kali bleh singgah....

kak Tie said...

Middle of the year ni sapaer ekkk, pe2 pun slmt ari raya.....

Anonymous said...

nath balik sabak dulu, raya ke3 baru utara nun...saje jer menyepi kak. tak de apa nak diceritakan. hehehe