Thursday, December 24, 2009

Review Gathering DSK93 2009: PD

Ampun..kesuntukan masa tak dpt nak update awal...hehe.

alhamdulillah..gathering yg kita rancang berjalan lancar. semput skit2 tengah jalan tu tak pe la kan...nak buat cam ner, aku hanya mampu rancang, tuhan yg tentukan semua.

Timerkasih pada korang yg sudi hadir meramaikan majlis. Mcm biasa agenda kita serupa wpun tak sama. hehehe

Hari sabtu check in tu hujan.. hway kat seremban pun jem..tp alhamdulillah semua selamat sampai. Ptg tu tak leh nak buat aktiviti apa pun,sbb hujan. so semua tunggu dinner mlm tu je. sib baik mlm pun tak hujan.

Dinner BBQ. sbb dah ada org yg bakarkan, so kita enjoy makan je la..makanan banyak.. masa dinner kita buat tukar2 hadiah, pemberian cenderahati kepada kengkawan dan yg specialnya ada surprise! untuk menghargai suami-suami yg sudi drivekan isteri diorang ni untuk bergathering... kita bagi bunga ros dan cekelat. then sematkan love kat dada diorang...Untuk echa yg suaminya tak dpt hadir sama, kengkawan semua mintak aku bagikan. Echa, ko jgn serik yer...kami semua bangga ngan ko yg sanggup susah payah drive ngan anak kecik ke sana. Ko mmg kawan yg hebat! solute la kat ko!

Masa diner tu pun ada karaoke. rmai yg tunjuk kehebatan suara masing-masing. Kira sedap la tu sbb tak hujan pun kan..kan..heheheh :P.


Mcm biasa, mcm2 personal token dari kawan-kawan. sampaikan beg yg besar tu pun tak muat nak masuk semua. Ada pulak yg kata, dtg 1 beg, balik berbeg-beg. hahahaha

The next day, kita buat telematch. simple2 ajer...hadiah banyak tp gamesnya tak de. kekekeke lastnya kita buat la apa yg boleh. Mula ngan susun puzzle, peh tu teka coklat dlm balang, peh tu lompat katak anak2, baling kasut, last sekali bawak lari anak kan? hehehe kelakar bila ingat korang kokka (bahasa utara ni. sapa tau apa makna?) anak korang. dah tu anak masing2 dah besar lak tu. sampai ada yg mengaduh sakit pinggang. sib baik ler 1 round jer, kalau buat banyak round then jarak lg jauh..mau ada yg masuk spital tu. hehehehe


Anak aku punya la sibuk nak berendam, sampaikan tak mo join telematch. Haih..dah jumpa air, tak ingat makan minum pun. dari pagi sampai la t/hari nak check out tu baru kluar. dari yg tak pandai berenang sampai dah pandai. dari takut air dalam sampai tak takut dah.


Wpun gathering kali ni simple jer, tp aku puas hati sbb dpt jumpa korang semua, dpt sembang2, dpt kenal keluarga masing2 lebih rapat, dpat pilih anak dara korang nak buat menantu/madu aku nanti..(marinah, laki aku kata anak dara hang lawa...sopan mcm maknyer..)hahahahha. anak Junana lelaki semua. tp punya la menurut perintah mak/ayah...tak penah pun aku nampak anak Jun melasak mcm anak aku tu. Jun apa petua hang?

Eh, dah besar anak2 kita kan... bila berkumpul mcm tu, terasa diri dah tua, kalau sesama korang jer, rasa muda sbb perangai huha tu tak buang-buang. wakaka..

Ok. ni bab tabung. Wpun korang nak aku teruskan jaga tabung DSK tu, tp aku rasa aku kena tolak jugak la tanggungjawab tu. Aku tak sempat dah nak buat partime jaga duit ni. Bos aku yg baru ni energertik sngat, so aku pun terpaksa getik la. kekekeke

Jdnya, duit korang yg tak pergi tu aku akan pulangkan.. nanti bila aku dah bank inkan semula kat korang, aku sms/call ek.

Next time gathering? kitorang tak discuss bila nextnyer. nanti kalau nak bergathering lg next time, sampaimasanya kita just buka pool mcm slalu la, then vote. tp tentative tempat tu mungkin kat utara atau sebelah selatan la ek.

ok tu je lah update dari aku. gambar dari camera aku tak banyak dan tak menarik skit. enjoy je la apa yg ada ek. hehehe








17 comments:

klinda said...

nath and geng semua.
tima kasih byk kerna menjayakan reunion kita, w/pun tak byk penyertaan. Harap2 next reunion ramai yg dpt join.

nath...cantek gambo2 tu, teruih teringat mlm bbq dan games kita tu ari. tima kasih la sbb selama ni jadi bendahari tabung cap ayam kita...hehe

tq dgn hadiah2 sumbangsih dr kengkwn semua. Nath...yg dlm beg pink tu (sabun mandi), cheq tak dpt pun...or tu hadiah tukar2 ke? kepo jer aku ni...wakakak

Lin said...

Wahhhh!!!!!
Huargggg!!!Ruginya aku tak dapat join korang. Mintak maaf ye kawan2, Insyaallah pasni aku join...
Tahniah utk mereka yang menjayakan reunion kita kali ni.

ayusari said...

terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kpd nat yg menjadi orang kuat dan teraju utama kpd perjumpaan ini. terima kasih juga kpd rakan2 seperjuangan yg sudi meluangkan masa untuk sama2 berkumpul bagi mengerat lagi tali silaturahim dikalangan dsk/93. harapan agar ianya tidak akan terkubur dan dapat diteruskan hingga ke akhir hayat. INSYAALLAH. lagi ramai dtg lagi seronok. kalau lecturer kami ada lagi bermakna.... terima kasih juga buat shanana yang sudi ambil gambar kita orang. tak sabar rasanya nak tunggu hang up load kat blog kita ni...

segala kenangan sepanjang 19-20/12/09 akan tetap tersemat dalam ingatan. banyak perkara yang ina x leh lupa... pengorbanan icha (aku terharu ko tetap hadir untuk bertemu kami walaupun dengan pelbagai dugaan), kak linda (sungguhpun jauh tetap melapangkan diri), rasa biskut tat kak T yang sedap (kak t sorry tak sempat hantar kak t balik, ina terkandas atas sebab2 yg tak dapat dielakkan), keletah ana (i love ur style, ko selalu buat aku ketawa. ha ha ha....), keharmonian famili jun and sayup mata memandang, betul kata nat. anak mu berdisiplin. cam ner hang didik. daging kambing bakar... emmm.... enak...

kak lin... ina pun tak dapat sabun yg dlm beg pink tu... maybe tu tukar2 hadiah kot. ina dpt turtle.... tapi anak dara ina dah cop dulu tuk letak kat bilik dia...
huk! huk!

kekawan... meh la kita planning tuk taun depan... plan awal2 boleh stanby ape2 yg patut....

lin.. hang mmg patut join... rugi kalau tak ikut sama....

Suzanna said...

uish korang ni, ayat dalam ni pun dh macam ayat2 surat rasmi jer...hehehe :)

apa2pun...mmg best!....walau kurang penyertaan tp tetap meriah. seriously want to say thanks to nath kerana merealisasikan majlis...tanpamu takkan ade gathering Dec 09. Buat Marinah, thanks for your contributions (in many ways especially $$$ and sore) sbb jd pengerusi majlis malam tu...Buat Kak Linda, anna tabik spring pada kak linda sbb sudi dtg walaupun jauh.....im so happy to see you n your family....begitu juga kak Tie and Marinah, glad you all can make even its far away from your home...

Buat Icha, thanks for coming with your two adorable children. For Ju, hehehe...mmg tak de kata lain nk ckp....hang mmg terrer mendisiplinkan anak2 teruna hang... mmg ptt bg petua kat kami2 ni...n look forward to see you in future gathering..

LAst but not least, Pn Nana kita, aku tak sbr nk tgk gmbr2 yg ditangkap tu....i lap u la babeh!

junana said...

Jun pun nak say Thanks to nath gak...Ikhlas, tanpa usaha nath yg rancang dan jaga a/c tentu reunion ni belum tau jadik. Jun pun seronok gak dapat jumpa kekawan semua.. cuma demam tu buat jun rasa kurang selesa dan akan rasa bersalah sekiranya ada yang dijangkiti pulak. Walaupun Jun kurang bercakap tp dihati berbunga aje memerhati kekawan semua..tetap meriah dan masih terserlah keayuan masing2.

and...alahai..kekawan, jgn le puji byk2. Jun bukannya bagus sgt pun. cuma anak2 tu dah kena warning awal2 aje. Macam kata ana masa lunch tu..kesian gak si abang tu kena tegur.

Ingat masa first sem kat poli dulu.. ramai yg takut nak kawan ngan Jun ...muka tu nampak garang ..macam Cikgu Bedah beb...tp sbenarnya aku takle mcm tu. and last sekali.. Jun nak bg tau JUN love u all...

eycha tan said...

hikhikhik....aku seronok tgk member semua seronok cuma time tu aku penat sgt..kena drive dgn anak2kecik aku yg dok bising dan menangis dlm keta...terganggu konsentrasi aku. Dah tu anak aku masih berdukung sampai nak kebas tangan aku nih...adooii...Thanks kepada semua kawan2, anak2 dan suami2 kengkawan yg yg tolong jaga dan dukong/melayan Liyana dan Raziq dan juga kepada mak marinah yg rajin pegang Raziq.Budi baik korang tak mampu aku balas.
Thanks to nath dan suami yg sanggup convoi dgn aku masa pergi dan ana dan suami escort aku masa balik...hikhikhik.
Aku suka sangat time karaoke tu...ada yg kata aku nangis sb suara aku sedih...anyway aku nyanyi lagu sedih, kenalah bersedih..emosi beb...emosi! lebih2lagi bila Jun dan Marinah datang nyanyi sama-sama aku...terus aku beremosi...Layan emosi sampai rasa betul2 nak nangis lah! Anyway tak reti aku nak nyanyi lagu sedih dgn nada gembira...hahahah...
Untuk segala gift tu terima kasih. Aku dapat tupperware besar yg aku dah guna serta merta time kat PD tu. Thanks pada kak linda. Kepada Ana, aku tak sempat beli apa-apa yg special tapi apa yg aku harap ko suka dgn apa yg aku bagi.

Suzanna said...

suke sgt icha!...mana tau one day nanti aku bleh jadi jutawan ngan jual benda tu...hehehe

Just Kiding!

ayusari said...

ish! ish! ish!... nak jadi jutawan sorang ia... aku nak jugak.... ana aku tak kira... ko kena kongsi ngan aku jugak...

KakYang said...

mak aiii banyaknya comment. baru pg td aku tengok tak de mender pun. anyway, tq untuk tq-tq korang tu, aku gagah buat sbb korang kawan aku...happy bila tengok korang happy jumpa kawan2. tp still aku minta maap sbb banyak yg kurang ek..hidup korang!

KakYang said...

ait? pg td nat ada reply comment dari klinda tu, tp apsal tak update ke sini ek? takpelah tulis lg sekali yer..

Klinda,hadiah sabun tu tukar hadiah dpt dari ana. dlm uncang tu ada shower gel, losyen n garam mandi? siap ada net gosok badan lg...wangi..sayang nak pakai. hehehe.
pas tu dlm pack yg sama ad kain. yg ikat kat pinggang tu... apa namanya org panggil kain tu ek? alah, yg mcm org pakai nak cover bikini kat pantai tu...heheheh
timerkasih yer Cik Ana, dpt double gitu!

Sapa dpt hadiah Nath ek? lupa dah. maap la yer, tak tau nak belikan apa. ;P

Marina said...

huhu... bestnya korang. rugi aku tak dpt pi this time. Lain kali buat reunion lagi ek.. and hopefully aku tak pregnant anak no. 6 masa tu.

eycha tan said...

seingat aku masa Gathering kat Kuantan 2003 dulu ko tgh sarat pregnant gak kan? boleh ajer ko pergi...hikhikhik

Suzanna said...

lately ni aku suke menatang2 yang keperempuanan gitu...yang boleh buat aku rasa pompuan sesgt... tu yg hadiah tu lebih ke arah sana...

ala2 pampered yourself ler....hehehe

and kain tu...utk ko letak kat badan klu laki ko x kisah ler...klu tak, letak jer kat atas kerusi tepi pantai/swimming pool sementara ko tunggu anak2 ko main dlm tu...hehehehe

pendek kata...selalu2 la pegi bercoti!....tak pun bergathering!

KakYang said...

mana si nana ni..tak sabaq aku nak tengok gambaq dari camera pro. hehehe

SHANANA said...

assalamualaikum...jangan mare beb..aku baru je ada time nak baca blog..itu pun lepas laki aku membebel suruh baca. He he syoknya baca post korang2 sume..tapi lagi syok memori gathering tu.
Wlwpun ada more and less skit sana sini tetap happening juga kan..

Nath tq, tq, and tq atas usaha yg memang berbaloi utk kawan2 sume. Aku memang berpuashati dengan perjalanan gathering kita. Utk kengkawan yg lain2..tunggu aku upload gambar2 tu ye..tapi firstly aku nak mintak maap sesangat pada sapa2 yg tak ada dlm gamba ye..sbb ada sesetengah foto tu tak jadi. Camera tu dah beralih tangan kat anak2 aku dok berebut2 nak pegang..setting pun dah lari.

Anyway mana yg ada aku upload nanti. Mana yg takde so sorry ye..
Haa..nath tq utk hadiah tu..aku yg dapat and aku memang appreciate terus masuk dlm koleksi vantage aku tak kira lah bukan vantage pun blh jugak..

K apa2 pun mana2 yg tak senang dimata dan tak kenan dihati time tu..aku mintak maaf ye..harap2 kita blh jumpa some other time dlm gathering yg lebih happening dengan penyertaan yg lebih ramai..ta ta

Marina said...

icha.. dulu pregnant pun aku leh pegi sebab laki aku ada cuti tapi kali ni takleh lah nak pegi sebab zam tak dpt cuti.. tak larat aku nak drive sebab anak dah bertambah.. pastu dlm perut ada lagi.. lain kali aku mesti mau join.

klinda said...

Echa..tima kasih sbb terus guna tupperware tu...hehe

Nath, ooo rupa2nya tu hadiah tukor2. kain yg ikat kat perut tu org panggil PARIO..hehe (rasa cam salah eja jer)

Tuala tu dari Ina ke? tq sesgt

K.tee hadiah dr mu cheq tak guna lagi..sayang ler..hehe..nenek Spore dah sihat ker?

Ana,Ju,Nana,k.Tee,Echa,Nath,Ina thanks a lot and I lap u tooo

p/s: Marina... ko mmg murah rezki ngan anak..reunion jer pregnant...hehe. Reunion Kuantan1 (Pantai Cherating)..prenant no-3, Kuantan2(B.Hitam) pregnant no-4. Reunion P.Dickson=pregnant no-5.