Tuesday, December 18, 2007

Hari ni aku rasa nak berposting lah..

Huarrghhhhhh... ngantuknya keje gomen ni. Kalau ada meeting maka adalah keje aku tapi kalau takde meeting maka takdelah keje aku.. pastu tmpt duduk aku line tak brapa clear.. ada jer yg jeng jeng tgk monitor pc aku.. tu yg tak siok tu. Blog plak cuma leh buka dari kul 12 sampai 2 jer.

Keje aku ni jadi steno jer.. jaga meeting dan prepare minutes.. punyalah boring tahap ayam berak kapur. Time best adalah waktu makan pagi kul 9 dan lunch. Hari Jumaat lagi best.. boleh jalan-jalan window shopping.. lama lak tu. Duduk sini aku jadi suka makan.. asik mengunyah jer mulut aku.. Rasa-rasanya ada chance nak gemuk ni.. takdelah org perli aku mcm tiang lampu dah pasni. (Aku tak ampun dosa korang baru tau..hehehe).

Pastu bila dah keje gomen maka byklah org2 yg menjual dan aku salah sorang pembelinya.. habislah duit aku.. mcm2 brg org jual.. tak beli kesian kat dorang.. tapi bila dah beli kesian kat aku. Aku pun tak paham ngan diri aku ni.

Paling seronok adalah ngan member2 jer.. aku member ngan budak2 muda jer. Alah.. yg lebih kurang baya-baya aku jer.. umur cam 20 dan 24.. hehehe (ni mesti ada org tak sabar nak kutuk aku ni). Dengan dorang ni boleh gak cakap merapu-rapu dan layan kotor sikit.

Skrg ni dah kul 12:40pm, mata aku asik tgk jam jer.. tunggu time lunch dan time balik.. Lagi 20 minit nak lunch so aku nak berenti lah kat sini dulu. Nak gi toilet jap siap2 pakai lipstik dan wiwi dan lain2 lah yg seumpama dengannya. hehehe..

Adios sahabat-sahabatku.. Muahhhhh.

5 comments:

Anonymous said...

Marina, nampaknya kita ni senasib, sebenarnya buat masa ni kita org dpt projek kat Doha, Qatar, so boss dok sana, 3 bulan kat Qatar pas2 balik M'sia dlm seminggu pas tu g balik, cam2 jer lah sampai bulan 5 thn 2008, & staffs dept. akak pun boleh dikatakan 70% kat sana, so kerja aku dok melayan mereka2 yg tinggal kat sini, boring2 pakat2 main ....GAME....thn ni terasa mcm makan gaji buta....heheh, tp klu bos dah balik, mcm ayam berak kapur, tangan dua mcm nak tambah lagi 10....Ok marina cau cin cau.....

harhtan said...

wah wah wah ko meana...ko ni contoh pekerja yg tak produktif. kekekkeke.. ko jgn mare..kang ko cepat kedut.

ko dpt dept yg tak banyak keja..tengok ler nanti bila-bila ko kena tukar jabatan, dpt yg bz giler...haaaa baru tau..

Anonymous said...

Wah best ler korang KTee n Meina. byk masa lapang..sementara ada masa free, buat ler apa2 yg patut kan.
Meina, aku pun nak juai brg kat hg ler...hehe. Weii mana purse aku? ko tanya kat Janet sat.
Harap2 ko gemuk ler Meina.
KTee, insyallah kita bkampung di Johor nanti...tak sabar nak tgk KTee naik pelamin.

Anonymous said...

Purse yillek lah klinda. Takde kaler yg klinda suka. Alah... suh abg Ham beli yg ori lah sbg hadiah hari lahir. Abd Ham kan ke byk duit. Pastu jgn lupa belikan utk aku sekali ek. hehehehe

Kak Tie, best ah blh main game sebab line clear tp saya line tak clear ni. huhu. Btw, betul ke kak Tie nak naik pelamin? (buat2 tak tau plak.. hehehe). Klinda ni kecohlah mulut dia. Cebuk jer bgtau kat org kan kan kan.

Nath, aku ni sampai mati dok sini.. dan sampai mati buat keje steno jer. Kat sini pelik sikit... dulu2 steno2 ni jaga Pengarah tapi 5 thn lepas YDP masa tu kumpulkan semua steno dok satu tempat dan sampai skrg mcm ni lah. Tugasnya tak yah jaga bos tapi cuma ambik minit jer. Tu yg aku cemuih tu.. dah lah aku tak suka karang ayat. Masa meeting tu aku tulis jer semua tapi bila buat minit aku tak tau mana satu yg penting atau tak. Peninglah pala otak aku ni. Rasa cam nak tukar keje je. Hang pulak lah advise aku.

Anonymous said...

waaaaaa...purse ellek.
yg ori mahai sgt. la ni kena jimat cermat. susu anak, lampin, minyak keta semua naik herga...mana nak cekau ooiii.
pembetulan..aku tak kecoh ler, kTee yg bukak citer dulu. aku cuma tambah perasa jer...kekeke
ko ni Meina..dengki tau..(padahal kita dah tau dulu..huhu)