Monday, July 30, 2007

Terima kasih Nathrah!


Kerana Nathrah maka lahirlah blog DSK ni. Penghargaan buat Nath. Hidup Nath.. !! hehehe. Semoga kawan2 yg lain manfaatkan blog ni dgn sebaik2nya dan jgn lupa save dlm favourite tau. Berkawan biarlah sampai kehujung nyawa..


Sedikit tentang DSK Dec. 93/Dec. 95...

Tanggal 14 Dec. 1993 lapor diri di Polisas (masih simpan lagi surat tawaran.. tu yang ingat tu.. hehehe) dan bertemu buat pertama kali. Bertegur sapa hanya dengan senyuman.. Kemudian mula mengenali kawan2 dengan lebih dekat dalam semester pertama dan enjoy giler bila dapat pinjaman JPA buat pertama kali... siap keluar beramai2 lagi. Semester ke 2 lak.. bertambah rapat bagai isi dan kuku. Semester ke 3, berpisah selama 6 bulan selama menjalani latihan industri. Macam2 pesanan diterima dari lecturer kesayangan.. En. Mat Zlan supaya jaga diri dan jangan ada citer2 negatif tentang DSK. Alhamdulillah balik dari praktikal dan masuk semester ke 4, takde langsung citer negatif.. masing2 pandai jaga diri. Tapi bahang2 kesedihan dah terasa kerana tak lama lagi akan berpisah. Perpisahan terjadi akhirnya tapi persahabatan masih kekal sehingga kini.. Rupanya2 dah 14 thn kita bersahabat. Semoga semua kawan2 bahagia..

Dari.. Marina 553/DSK/93

1 comment:

eycha tan said...

Kawan yang pertama aku jumpa masa tu Lin...dia beratur betul2 depan aku. So no gilirannya dekat dekat je dgn aku. Dialah yang bgtahu aku kat Polisas ni kena pakai tudung...sebab masa aku dtg tu aku memang tak bertudung