Tuesday, July 31, 2007

Gambar Masa Pi Penang (26 Julai 2007)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....


Seperti yang dijanjikan... kat sini zury sertakan gambar kami berempat (k.linda, marina, jenny & zury) ada sekeping je ler... yang lain tu... kawan zury tak bagi lagi...


Ni masa zury buat lawatan ke usm.. so k.linda, marina & jenny pi ler hotel zury duduk semata-mata nak jumpa zury... rasa terharu gitu...

Hari Setiausaha Polisas Meriah



Tajuk keratan akhbar dari Berita Harian diatas adalah Hari Setiausaha Polisas Meriah.. oleh kerana scanner tak muat so yang tu jerlah yg nampak. Ia disiarkan dlm bulan October 1995. Ada dlm gambar adalah Ziana, Lin, Nana, Jenny, Nath, Peng Peng, Mei Lain, Marina (aku lagi.. hehehe) dan lagi sorang yg gambarnya tak muat masuk dlm scanner iaitu Yin Fuan. (sorilah kak linda, gambar hang tak dak.. hehehe)

Dari Marina..

Gambar Addlin Kahwin pd 30 Nov. 1996



Ni adalah gambar kawin member baik aku yang juga merangkap Class Rep DSK iaitu Addlin. Dia adalah dikalangan member yg mula2 kawin dalam kelas kita. (Hajat di hati nak kutuk.. tapi simpanlah.. takut kang kena bebel.. hehehe). Kahwin lak tu ngan pensyarah Polisas.. aku kureng ingat sapa yg ngorat sapa dulu.. ermmm rasa2 Badli ngorat Lin dulu kot.. hehehe. Masa Lin kawin tak ramai yg datang. Ada pun cuma aku (Marina lah.. sapa lagi..hehehe) dan Kak Linda.

Dari Marina

Gambar Linda Kahwin pd 29 May 2005


Ni pulok gambar kak Linda kahwin dgn suami nya Hamid (takde dlm gambar.. sori.. hehehe). Ana, Ika dan Jenny pun datang jugak tapi tak sempat bergambar bersama so yg ada cuma Marina, Kak Linda dan Lin.
Dari Marina

Gambar Ika Kahwin pd 26 March 2005


Ni gambar reunion yang bertemakan Ika Kahwin bertarikh 26 March 2005 (baru jer tadi call Ika tanya tarikh). Kawan2 yg dtg adalah Marina, Icha, Jenny, Kak Mariati, Ana, Kak Linda dan Nath dan pengantinnya Ika dan Nazri.
Dari Marina

Beware bila beli kasut BATA

Kawan-kawan.. just nak syere ngan korang my real xperience ek.

Minggu lepas ke kedai kasut Bata kat Seksyen 18 Shah Alam, yg depan Giant tu. Nak beli kasut sekolah anak. Bila dah kat kedai kasut, baru dpt gaji plak tu, teringin ler nak beli sandle baru. So kiter pun try ler semua sandle2 kat situ tengok yg mana paling selesa. Ada 2 yg lastnya jd pilihan. Compare punya compare which one the best, lastnya pilih yg ni....


dan yg ni..


Masa nak bayar kat kaunter tu. Tetiba jer baru nak teringat, kulit ke tak sandle yg dibeli ni. Rasanya kulit tiruan kot..sbb tak de label kat situ. Then pandang plak sandle yg tak jd beli. (yg light brown size 5 tu).. belek2 ler bahagian atas tu..tetiba terpandang bahagian atas tapak kasutnya tu...Masyaallahhhh..abis ler kena samak ler balik nanti...


Rupanya atas atas tapak kasut tu dari kulit BABI. buktinya dia ada bintik :. mcm piramit tu. corak bintiknya berselerakan. mmg semua bintik2 tu dlm bentuk mcm tu...trade mark kulit BABI..


Terus ckp kat adik tu, mintak bgtau bos dia. kalau nak jual, asingkan dan letak label. tp muka adik tu selamber jer.. budak melayu bertudung. Islam la kan?...


Aku nak buat aduan ngan kementerian pengguna pasal nih..

Monday, July 30, 2007

Reunion ke 2

Reunion yg pertama aku tak hadir. Bertempat di Sanway Lagoon. Date bila entah aku tak ingat dah. Rasanya 2,3 thn lepas grad kot.

Ni gambar2 masa reunion ke 2. Tahun 2003. Bertemakan Back To School. Bertempat di Cherating, Pahang. Tak ramai yg dpt hadir sama. Nath, Marina, Echa, Ikha, K.Linda, Lin, Zuri. Sapa lg ek..ada yg tercicir nama?
Sebagai kenangan ada sesiapa nak upload gambar masa reunion pertama?
Reunion ke 3? Dah cuba di organisekan pd tahun 2005 hari tu sempena 10 thn grad. AJK dah berusaha kuat untuk merialisasikan hari tersebut. Tp malangnya masih tidak mendapat sambutan hangat dan asyik2 feedback dari org yg sama jer...akhirnya reunion tersebut ditangguhkan sehinggalah ke tahun ini....So kengkawan..bila lg? Ada brani nak reunion?







Nostalgia


Sesajer je tempek gamborr.. bagi yg jejauh tu telan ayior liur nengok Kuantan...

Thanksss Nathrah...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Terima kasih buat nath & marina coz ada idea nak buat blog nie. Bukan apa... bagus gak ada blog nie sebab leh tengok gambar2 waktu dolu2... Untuk pengetahuan... gambar zury tak kat mana entah... almaklumlah...org selalu pindah rumah (bak kata nath org nomad) hehehehehe....

Nanti kalau zury ada gambar... zury letak le kat blog nie. Memang ada pun gambar masa zury pi penang jumpa jenny, marina & k.linda. tapi tak sempat nak download. insyallah zury akan usahakan... so tunggggguuuuuuuuuu....

Ok ler... nanti kalau ada masa.... kita berjumpa di lain siaran...

Surprise...!

Ada org nak buat announcement. Mcm nak buat announcement pembentangan belanjawan. (Bukan budget tau..). Sejak aku announce ada org nak buat announcement ni..ada yg dah tak sabar2 dok korek ngan aku apakah bendanya tu. Yg tukang nak announce ni plak cool abis. Macho la plak..oppps..kontrol ayu...kekekeke..
Yg dah tau..tolong dok diam2 ek..mulut tu zip ketat2. Nak tau, jumpa jumaat ni time lunch kat KL Sentral.

Bila dah betul2 announced nanti, aku publish kat sini. Kita sama-sama war-warkan..- nath

Nak nyibukk gakk


Hahaha... tak kira nak nyibukkk gakkk

owang tak bagi pun kita nak gakk nyibuk

meh teka.. saper kita?
Cesssssss mcm gila glamer lak aku neh! ahhakkss

Terima kasih Nathrah!


Kerana Nathrah maka lahirlah blog DSK ni. Penghargaan buat Nath. Hidup Nath.. !! hehehe. Semoga kawan2 yg lain manfaatkan blog ni dgn sebaik2nya dan jgn lupa save dlm favourite tau. Berkawan biarlah sampai kehujung nyawa..


Sedikit tentang DSK Dec. 93/Dec. 95...

Tanggal 14 Dec. 1993 lapor diri di Polisas (masih simpan lagi surat tawaran.. tu yang ingat tu.. hehehe) dan bertemu buat pertama kali. Bertegur sapa hanya dengan senyuman.. Kemudian mula mengenali kawan2 dengan lebih dekat dalam semester pertama dan enjoy giler bila dapat pinjaman JPA buat pertama kali... siap keluar beramai2 lagi. Semester ke 2 lak.. bertambah rapat bagai isi dan kuku. Semester ke 3, berpisah selama 6 bulan selama menjalani latihan industri. Macam2 pesanan diterima dari lecturer kesayangan.. En. Mat Zlan supaya jaga diri dan jangan ada citer2 negatif tentang DSK. Alhamdulillah balik dari praktikal dan masuk semester ke 4, takde langsung citer negatif.. masing2 pandai jaga diri. Tapi bahang2 kesedihan dah terasa kerana tak lama lagi akan berpisah. Perpisahan terjadi akhirnya tapi persahabatan masih kekal sehingga kini.. Rupanya2 dah 14 thn kita bersahabat. Semoga semua kawan2 bahagia..

Dari.. Marina 553/DSK/93

Cuba ambil kesempatan..

Tiap kali ada peluang-peluang pertemuaan, cuba ambik kesempatan diatas peluang-peluang tersebut. Bukan ambik kesempatan apa pun...ambik kesempatan untuk mengabadikan kenangan pertemuan jer...Baca sampai abis dulu sebelum pk yg bukan-bukan. kekeke -nath



ketika wedding adik2 nath baru-baru ini. 7/7/2007

Kata-Kata Aluan dari Pentadbir Blog..

Saya amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh kawan-kawan semua untuk mencipta (create) blog ini khas untuk tatapan anda semua..(padahal aku discuss ngan Marina jer..)

Dan saya juga amat berbesar hati kerana diberi penghormatan untuk merasmikan blog ini. Oleh itu dengan ini...

Saya, dengan rasminya merasmikan blog ini untuk tatapan anda semua....

Amin.