Wednesday, December 26, 2007

Hello...

Assalammualaikum,

Pekabo kekawan, sory lama doh tak kecek kat sini, tp ambo baco!


Takde idealah nak kecek gapo.


Weh nath, takpe yek aku tumpang blog ni



nak promote aku punya kotak...Hehehhe...nanti aku bayolah royalti kat ko!

New Pencil Holder & Photo Box Design



Last Saturday, aku ngan family badli (13 adik bradik Badli - 1 jg bini dlm pantang - 1 tak sihat) main boling...Booking 10 lane tu...wah...haru biru dibuatnya. Sronok giler...(anak aku cakap)Papa,DD & Tira pun join. They all rapat gok ngan family Badli.







Kak Nita nanti balik Kontan jgn lupa contact Lin, kita g yap seng kat kedai depan rumah Lin tu.

Ok geng, nanti aku anto lagi brita....

Cau Cin Cauuuuu AAAAAA

Wednesday, December 19, 2007

Angan-angan mat jenin

Semua bermula dari e-mail k.Linda pasal Putera Sultan Brunei ni..
Anak raja kita atau org besar-besar kita tak pernah nampak dokong
anak macam tu. Anak mau bagi pengasuh je jaga. Tapi yang ini dokong sambil
melawat,dokong sendiri pulak tu ..perlu di contohi. Sukalah tengok diorang
nih.....

ada la attachment gambar tu. tp malas aku nak letak.Lepas tu berlakulah balas-berbalas e-mail antara aku ngan klinda...

aku tulis..
betul tu.. mak aiii, handbag jade, gelang jade, fuh...tp pengiran tu mcm halim othman la pulak...kekeke

k.linda balas..
Ya ka handbag jade, tak perasan lak. Halim Othman...pandai ler nath, tak terpikior lak

aku reply lagi..
klin baca tak newspaper baru2 ni? citer pasal putera sultan brunei hadiahkan cincin berlian 20juta++/satu kepada artis2 hollywood yg dia rapat. mak aii beli cincin mcm beli cincin tikam jer. mmg tak de mende dah nak pk apa nak buat dengan duit la tu. entah2 tilam ngan bantal dia pun isi duit tak? kaya btul...

k.linda reply balik..
Wuuiii ya ka.. Awat cheq taktau pun, cheq pung artis Hollywood gak tapi bahagian
bancuh kopi...wakakakak
Klinda dah lama tak baca paper ler.. mmg sultan taktau nak buat apa
dgn duit dia, bagi la kat kita sorang sejuta pun jadi ler. Bole settle utang2 keliling pinggang wa tu


aku clik reply lg..
betui tu..kalau sultan tu mmg sultan yg pemurah, dia mesti derma kat
kita dah nooo...tp masalahnya, rakyat dia pun dia tak bantu mcm tu, tambah kita
yg rakyat jiran jer ni wakakakaka...kalaulah aku kaya mcm tu...kekeke


klinda reply balik..
Kalau ko kayo camtu, jgn lupa kat klinda dan 1 juta tu noooo

last reply dari aku..
wakakaka...gila la tu nak bagi org duit senang2...kekeekeke
kalau cek kaya, cek nak jadi 'along' kat kengkawan. riba 200% ssehari.
(tu sbb tuhan tak bagi kaya tu wakakaka)


hahahaha tu lah angan-angan mat jenin namanya...tp kalau aku kaya...aku kata: kalau. Kalau aku kaya, aku tolong kengkawan...stakat mintak tolong sattlekan hutang cr card tu, apa ler hal sangat... tu pun kalau kaya mcm Sultan Brunei ler...kakakaka

Aidil Adha 1428


Assalamualaikum..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1428 Hijrah.
Semoga kita semua diberkati oleh Allah.
Kpd yang buat Qurban tahun ni, asahlah parang, kapak dan pisau dari skrg...hehe
Kalu ada yang drive balik kampung, drive safely.
Kalu ada yang sambut raya dlm banjir...tabahkan hati nooo.

Klinda dan family
Balik Pulau, Penang

Tuesday, December 18, 2007

Tolong advice aku..

Baru-baru ni aku nampak UiTM ada kerja kosong. aku ingat nak pohon. Apa pendapat korang?
Kenapa aku nak mohon? Sebab utama adalah sbb Uitm sebelah rumah aku jer, penat ler keje jauh-jauh ni, buang masa atas jalan jer. jem plak tu hari-hari. Peh tu aku ingat nak cuba mintak gred yg lebih tinggi skit. Gred tinggi, starting pun tinggi kekeke..dan...aku masih pasang angan-angan untuk sambung study, at least kat situ, kalau nak buat outcampus, aku sempat lagi nak ke class. Jalan kaki jer lepas kerja.
Tp aku muskil. takut yg dikendung berciciran yg dikejar tak dapat. Mana lah tahu management Uitm tak sebagus tempat sekarang ..aku tak tahu enviroment kat situ mcm mana pulak. kena dok jabatan apa nanti, kalau mcm kat tempat sekarang pusat IT, bagus lah, serba serbi ada. (tu yg aku dok pulun tengok citer korea online jer tu).
Kalau aku dpt post yg lebih tinggi, sure leasure yg aku kecapi sekarang dah tak de lagi. Dah tak sempat nak berposting, berchating, dah tak boleh nak huha huha lagi, dah tak boleh nak jalankan aktiviti hobi aku (menjahit time keje la tu..) dah tak boleh nak rehat-rehat lagi dah.
So, apa pendapat korang? Tempat sekarang better atau Uitm better? Kalau korang mana satu korang pilih?
note:
Mintak tolong korang jgn tulis nama tempat aku keje sekarang ek. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan yg mungkin timbul. aku ni kan pelarian...fugitive ler katakan....muahahahaha
-posted by Nath ler..maleh nak tukar id

Hari ni aku rasa nak berposting lah..

Huarrghhhhhh... ngantuknya keje gomen ni. Kalau ada meeting maka adalah keje aku tapi kalau takde meeting maka takdelah keje aku.. pastu tmpt duduk aku line tak brapa clear.. ada jer yg jeng jeng tgk monitor pc aku.. tu yg tak siok tu. Blog plak cuma leh buka dari kul 12 sampai 2 jer.

Keje aku ni jadi steno jer.. jaga meeting dan prepare minutes.. punyalah boring tahap ayam berak kapur. Time best adalah waktu makan pagi kul 9 dan lunch. Hari Jumaat lagi best.. boleh jalan-jalan window shopping.. lama lak tu. Duduk sini aku jadi suka makan.. asik mengunyah jer mulut aku.. Rasa-rasanya ada chance nak gemuk ni.. takdelah org perli aku mcm tiang lampu dah pasni. (Aku tak ampun dosa korang baru tau..hehehe).

Pastu bila dah keje gomen maka byklah org2 yg menjual dan aku salah sorang pembelinya.. habislah duit aku.. mcm2 brg org jual.. tak beli kesian kat dorang.. tapi bila dah beli kesian kat aku. Aku pun tak paham ngan diri aku ni.

Paling seronok adalah ngan member2 jer.. aku member ngan budak2 muda jer. Alah.. yg lebih kurang baya-baya aku jer.. umur cam 20 dan 24.. hehehe (ni mesti ada org tak sabar nak kutuk aku ni). Dengan dorang ni boleh gak cakap merapu-rapu dan layan kotor sikit.

Skrg ni dah kul 12:40pm, mata aku asik tgk jam jer.. tunggu time lunch dan time balik.. Lagi 20 minit nak lunch so aku nak berenti lah kat sini dulu. Nak gi toilet jap siap2 pakai lipstik dan wiwi dan lain2 lah yg seumpama dengannya. hehehe..

Adios sahabat-sahabatku.. Muahhhhh.

Friday, December 14, 2007

Hujan oh hujan...

Kalau cakap pasal hujan, banyak lagu yang berkaitan dengan hujan kan..

Lagu Sudirman - HUJAN

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi…

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi…


Lagu kanak-kanak...
rain-rain go away..
come again another day..
little johny want to play..

takat tu jer yg aku tau..hehe. Lagu rakyat dlm Bangau oh bangau pun pun ada.
Hujan oh hujan kenapa engkau turun
macam mana aku tak turun
katak panggil aku..
katak panggil aku!


binatang yg sinonim dengan hujan: Katak. OnG oNg gedek gedek.. mesti tanda nak hujan.

Tapi hujan yg aku nak cerita kat sini ni bukan pasal lagu-lagu hujan. atau cerita katak mati kena gelek dlm hujan.

Tp yg aku risau adalah: Apa khabar agaknya kawan-kawan aku, lecture-lecture aku(malas nak guna lectures..)kat pantai timur tu?

Rumah mek, liza, kak ita, lin tenggelam ke tak? Rumah En. Matzlan? Lembu-lembu cik selamat? kalau LPT pun boleh tenggelam, tak kan rumah depa tak tenggelam ek? Entah-entah lin tengah buat demo buat kotak kat pusat pemindahan tak? maap yer lin, aku buat joke lak masa critikal mcm ni ek.. Kadang-kadang, bila time mcm ni, usik mengusik ni penawar duka. Dari muka moncong mikirkan sofa baru terapung dlm air, keta baru dah nampak bumbung jer, barang nak raya dah hanyut sekali. Apa lagi boleh buat selain senyum je lah mikirkan semua tu kan. Nak tolong, dah jauh. Aku cuma boleh tolong doakan keselamatan korang je..moga-moga rumah korang tak di kawasan banjir. Moga-moga hujan cepatlah brenti.

Apa-apapun, untuk kengkawan dan mereka yang berada di pantai timur, johor dan kawasan-kawasan yg sewaktu dengan musim hujan ni, jaga keselamatan korang yer.. jaga anak jgn kasi main longkang/parit/sungai.

Aku risau tau..

Wednesday, December 12, 2007

December datang lagi...

Tiap kali december, aku akan makan banyak kek. bukan sebab ada banyak duit nak beli kek hari-hari, tp sbb terpaksa beli. Besday aku, anak sulung dan suami sambut dlm bulan ni. Ni gambar kek besday aku baru-baru ni....

peh tu isnin ari tu aku ambik cuti bawa anak jenjalan. ingat nak p waterfall. Sbb cik abe aku malas nak drive jauh-jauh, dia antar aku ngan anak-anak kat Wet World jer. Mana-mana jer la labuuuu..janji ada air, anak2 aku suka brendam.
ni kat aquarium yg terletak bersebelahan dengan Wet World tu. tak banyak jenis ikan, tp boleh ler untuk pembelajaran budak-budak sekolah ni.
ingat org jer yg ada kembar siam, ikan pun ada kembar jugak.
garang tak ikan ni? garang mcm aku...

Wednesday, December 5, 2007

Yuhuuu wa bertukarrr

Sepertimana yg semua kurang maklum hehehe...
saya akan bertukar ke kementerian lain mulai Isnin 10 Disember 2007.

Saya dah tak boleh skodeng Pak Lah dahhh
lepas ni saya nak skodeng Pak Sy. Amid laaa pulokkkk

Mungkin saya tidak akan berposing.... ehhh silap! berposting untuk beberapa ketika kerana yelahhhh bertukor rumah laa katakan... tatau lagi umah baru tu cam nerrr....

Harap semua mendoakan kesejahteraan dalam karier yg saya pilih ini... saya sanggup mengetepikan 'kekananan' saya... juga ke'pegawai'an demi cinta ni cehhh (mcm yerrr jer bercinta)

Apapun ini yg saya pilih, ini yg saya hendak... dan inilah yg saya akan belajar menyesuaikan diri untuk meneruskan kerjaya.

Ni adalah cita-cita saya yg terakhir telah saya capai.... so saya akan listkan cita-cita baru selepas ini (korang dijemput untuk turut serta mencadangkan cita-cita tersebut ahaaaakkss)

Jadi... jika saya tidak muncul... bukan kerana saya tak mo... tp kerana keadaan mungkin tidak mengijinkan yer ibuk-ibuk dan bapak-bapak sekalian...

Doakan saya... dunia dan akhirat... saya harap saya tidak memilih jalan yg salah.....

Birthday Puan Editor 5 Dis 2007


Assalamualaikum geng...

Penggumuman penting...Ari ni Besday Pn Editor kita Nath.

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rejeki dan diberkati Allah selalu.

Happy Birthday Nath
LOVE U,
Klinda

Tuesday, December 4, 2007

NAK 767

Td tengahari time balik umah... ada satu lorong tutup... lorong kanan, pastu ada laaa sejibik keta ni cuba nak masuk... saya tak kasi laaa masuk... kot ye pun nak masuk... bagik arr signal... baru saya kasi masuk... haaaaaa nak masuk umah org... bagik la salam.. tul tak?

Peh tu.. dia wat cubaan lagik... dia ke depan sket dan dapat laaa masuk lane kiri tu..... peh tu saya mcm terkesima kejab... cewaaahh ayat!... saya mcm biaser jer tgk no keta ni.. tp di mana ya?

ermmmm tetiber saya teringat... keta ni satu masa dulu milik sebuah proton wira kot kalau tak silap warna biru.... ermm skrang keta ni dah ubah kalerr jadik keta import warna silver metalic...

bila saya cam jerrkk keta tu... ingat nak honk!... tp tak jadik..
1. sebab dia tak kenal saya
2. saya takut dia sakit jantung kerana tokojut
3. sebab dia pakai spek itam... mcm kontrol macho gitewww
4. er er er... apa lagik ek....

cuber teka keta saper yg saya jumpa.... soklan ini ditujukan kepada mereka-mereka yg ingatannya sihat dan waras sahaja.... pada yg kurang ingatan... tak yah arrr jawab... tp kalau nak nyebok... wokey jer.

Sori laaa ari ni saya terlebih ober la plak wat posting... gasak laaa kan kan kan .... saper suruh baca .......... haaaaaaaa

Citer time balik laaa plak

Time pergi dah citer... time balik nyer citer la plak kan...

time balik tu.. saya sms member opis tanya laluan balik... sebab laluan pergi tu pakai redah jer.. so laluan balik pun pakai redah laa juga kan...

dia jwb sms saya..... "kalau tau ikut jalan pergi, kalau tak tau ikut jalan KL"...... haaaaaa amik engko hehehe...

Sebab saya bebetul tak tahu jalan arah datang, saya pun ckp ngan Zuri saya jalan dulu dan nak ikut KL sebab alkisah takut salah masuk jalan... dah ler masa tu malam (9.40mlm) dan jalan agak licin.....

Memula tu saya dah salah masuk jalan... tp sket jer.. dlm 200 meter kot, peh tu saya wat u-turn... pas tu nampak sign board Lebuhraya Persekutuan/KL...... apa lagik... gamble jer laaa

Peh dah amik jalan tu... tetiber nampak susur ke kiri tulis Johor Bahru (highway)... ermmm saya pun rasa mcm nak amik jer jalan tu... sebab ianya menuju ke selatan...

Peh dah amik susur tu.... pastu terus je nampak signboard Cyberjaya/Putrajaya... Alhamdulillah, perkiraan saya tepat... tapiiiiiiiii

hati kecil saya ni berdebar... sebab saya pasti jalan tu sunyi sket... eh bukan sket.. tp teramat sesangat sunyinya... jd saya risau.. bukan takut antu... tp takut manusia yang ada tandukkk muahahahaha....

Jadi saya tawakal ajelah.... sebab perjalanan itu amik masa 30 minit jer.... kalau saya ikut KL... tatau arrr jam berapa sampai umah.

Bila dah sampai umah... saya sms Marina untuk maklum yg saya dah pun sampai... at least sorang kena tau laa yg saya selamat... haaaaa bukan aper, sebab saya sorang so tetau jelah kan kan kan....

Kalau ada boipren tu.. leh gak lapor diri beritahu selamat... dah tak derr boipren so kita contact laa gepren .....

wokeyyy... adios amigos.. yepa yepa hungreeeeey

Friday, November 30, 2007

Pertemuan Itu..

jeng..jeng..jeng...Mendebarkan. Nak cerita semula. Tp debar bercerita mesti tak sama debaran perjumpaan semalam.. Terharu sungguh aku tengok kesungguhan kawan-kawan aku mengharungi rintangan untuk merialisasikan perjumpaan semalam. Dan terima kasih juga ke'understanding'an pasangan masing-masing untuk memberi laluan isteri-isteri mereka ini berjumpa lelaki lain. kekekeke Lelaki ini ialah...jeng..jeng..jeng...En Matzlan kiter lah...siapa lagi? hehehe.

Baik aku ceritakan perit getir dari awal ek mcm mana tabahnya kami semalam mengharungi halangan untuk berjumpa 2 orang insan yang kami sayangi nih. Ini citer dari side aku lah. Dari side kak Eta dah kan.

Ribut beserta hujan lebat melanda Lembah Klang. Dari timur Putrajaya ke selatan Shah Alam.Zappp! kilat sabung menyabung.. Deghummm! Guruh berdentun dentam membelah langit. (triller sungguh nih..).

Dlm hujan lebat begitu, seorang wanita dgn perutnya yg mula membojol menghidupkan enjin keretanya. Berdezub! Dia memandu keretanya meredah hujan ribut tersebut. Wanita itu adalah Zuri..arahnya entah kemana. Hanya mereka yang bersetongkol dengannya mengetahui...jeng..jeng..jeng...

Di pejabat IT sebuah universiti tersohor. Seorang wanita yang dah 'out of cutting' mundar mandir gelisah keseorangan. Sesekali matanya menjeling ke hp di sebelah. Kemudian matanya yg sepet beralih pula ke telefon pejabat di depan. Seperti menanti panggilan yang tak kunjung tiba. Sesekali wanita itu dikejutkan oleh dentuman petir yang kuat. Pang!... wanita itu adalah Nath.

Pada masa yang sama, seorang perawan fasih berbahasa Thai meredah ribut petir itu keseorangan. Memberanikan diri meredah gelap hujan lebat hanya berpandukan papan tanda jalan..entah akan tiba ke distinasi entah tidak. Dia hanya bertawakal. Dia adalah...Eta.

Dalam tempias hujan lebat, sesekali disulam dengan pancaran kilat yang mengejutkan. Seorang ibu memberanikan diri berdiri di tepi jalan. Dalam ketakutan dia menjenguk-jenguk ke arah deretan kereta yang bergerak perlahan di hadapannya. Dengan 1001 perasaan yang bermain di fikirannya, sesekali dia terpikir: Adakah aku telah ditinggalkan? Seorang ibu itu adalah..Marina.

Dan disuatu tempat yang lain, dimana seluruh kewangan negara dibawah jajahannya. Gelisah seorang wanita menanti-nanti suaminya yang tak tiba-tiba. Mungkinkah terperangkap di dalam jem jalan raya dikala seluruh lembah dilanda ribut hujan gegak gempita? Hatinya tertanya-tanya sendiri. dan wanita itu ialah..Echa.

Walau bagaimana keadaan mereka. Walau bagaimana perasaan mereka. tp pada petang itu, arah merekah hanyalah satu... tujuan mereka adalah sama...demi sebuah pertemuan itu...

Mak aiii, panjang lebarnya intro aku. kekekeke. Meh aku fast fwd triller aku nih..

Zuri dtg fetch aku kat ofis. Lepas tu kitorang bersesak-sesak dlm jem bumper to bumper kat federal highway untuk fetch marina plak kat bust stop tepi hway tu. Kesian dia, menunggu dlm kesejukan tempias hujan lebat dan dalam ketakutan. takut kami terlepas bus stop yg dia tengah tungguu...kekekeke kalut sungguh ko marina... Dalam masa yg sama, kak eta dengan berani hati drive sorang-sorang dari Putrajaya hanya berpandukan sign board jalan menuju ke Shah Alam. Alhamdulillah akhirnya dia sampai dulu ke sana dan menunggu kami di tepi masjid besar S/Alam.

Apabila kami sampai ke sana, kak Eta terus drive membontoti kereta Zuri heading ke Hotel Concorde. En. Matzlan menginap di sana. Sampai jer di sana, terus fetch Encik dan aku bagi guideline pada Zuri untuk ke Shah Alam Mall. Memandangkan aku 'tourist guide' yang paling pandai, aku sempat membuatkan Zuri dan K.Eta 'ronda-ronda' S/Alam dulu. Sorry ek korang, aku ni selalu jd 'mem besar' jer, tetiba kena jadi tourist guide, mmg ler sesat jdnya..hehehe Sampai jer kat S/Alam Mall, kitorang decide makan kat Restoran Thai dlm tu. Sembang sambil makan-makan. Macam-macam citer keluar. Tapi sayangnya, Icha masih jem kat hway. belum sampai-sampai. Sampai kami dah abis makan, baru dia sampai. Dia sempat minum jer.. kesian kat ko Icha... Yang tak bestnyer, patutnya makan-makan tu on us, tp En. dengan murah hatinya nak bayarkan... org kata jangan melawan ckp org tua kan? so, kami dengan malu-malu biarkan En. bayar...timer kasih banyak-banyak yer En. Matzlan....hihihi Masa sembang2 tu, En. ada bagitau Cik Salawati pun ada jugak kat sini. so kitorang decide p jumpa dia kat hotel. Maaf yer Cik.. saya dah terbiasa dengan panggilan 'cik' tu. Nak panggil Puan pun, tak bisa bonar. Sbb Cik masih lagi anggun mcm anak dara sunti lagi.So, melekat ler kitorang pulak kat hotel tu sampai kul 9.30 mlm. tu pun kalau dek kerana anak dan suami masing-masing dah berdering-dering tanya nak balik bila?, mau kami dok melekat kat situ sampai pagi kot..hehehehe sesekali terlepas, lupa status diri...lupa anak suami. Kami masing-masing sempat bawa buah tangan masing-masing untuk En. Untuk Cik Salawati, kami belikan sepasang jubah. Harap En. Matzlan dan Cik Salawati suker dengan pemberian kami yg tak seberapa tu... Yang penting, perjumpaan itu amat bermakna...yang amat mengharukan aku, setelah sekian lama kita berpisah, En. dan Cik masih ingat kita semua. Bukan sekadar ingat rupa, malah nama penuh kita berserta bintinya sekali!.. Jika mereka yang mengajar beribu-ribu pelajar masih boleh mengingati nama penuh kita sorang demi sorang, adakah kita sebagai pelajar yang menerima ilmu dari mereka masih boleh mengingati mereka sebagaimana mereka mengingati kita? Renung-renungkanlah.. ***maaf yer kualiti gambar kurang memuaskan. maklumlah snap dr hp murah jer...

PeRjUmPaaN SeMaLaM

Smlm seperti yang dirancang, kita worang... Nath, Marina, Zuri dan Echa gi jumpa En Matzlan kat Shah Alam.
Saya yang first time drive dari Putrajaya ke Shah Alam ni pakai redah jelah... tunggu si Zuri, Nath dan Mena dtg guide kat Masjid Shah Alam.

Hujan selebat-lebatnya... risau tul takut banjir... mmg sepanjang jalan tu saya risau sgt sebab jalan tak berapa clear... pakai ikut jer keta depan nyer lampu...

Peh tu, kita worang gi jemput En Matzlan kat Concorde youuu! Kelas giteww duk Concorde... hehehe. En Matzlan naik keta Zuri..

Peh tu, kita worang gi makan makanan Siam... ermm tak ingat nama restoren tu.. eh kat mana ek ko worang?

Pas makan-makan tu kita worang heading to concorde balik... sesi lepak-lepak kat lobby dan kita worang jumpa gak ngan Puan Salawati... ala yang ngajor kita komputer tuuuuuu...

Pergghh... maintain tu mcm anak dare walaupun anak dah ompek (4).

Kita worang borak mcm-mcm... ko worang-ko worang yg tak update sini tu, pls la contribute sumthin'... sebab En Matzlan baca tau... peh tu kita worang pun ada ajak Pn Salawati masuk gak sini... ececeh.. semua worang mau jadi bloggers... kelassssss.

Liza ngan Ma... haaa En Matzlan tanya koworang tauu... koworang kan kat Kuantan... kontek arr En Matzlan tu, mana tau dpt daging free dalam 500kg. eh silap 500 gram hehehe

Ecah pun bawak baby girl dia... tomeii arr anak echa... ngan sumer worang dia nak... senyap jer... kompem baik tul budak neh!
OK laaa... yg lain tu biarlah koworang yg lain plak sambung...

Wednesday, November 28, 2007

Soal Jawab Guru dan Sin Chan...

kalau td echa bg cerita muthu, ni aku bagi citer sin chan plak...


Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-


Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu. Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10
tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*



Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku
secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*



Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam
dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat
sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah
awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu
ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di
karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

Tuesday, November 27, 2007

Mengimbau kenangan bersama mu

ni aku ada jumpa gambar2 masa reunion kat pahang hari tu. aku dah penah upload gambar2 ni tak?

Dan korang, kalau ada gambar2 candid bersama kawan2 masa belajar dlu, paste2 lah kat sini, boleh tengok album masing2. hehehe

layan...yezzzaaaa




Jumpa si jantung hati DSK

Walla...tajuk...boleh bikin hati terguda..kekeke

OK, aku dah tepon-tepon semua kengkawan yg ada di central area ni. So conclusionnya mcm ni:

Tarikh: 29/11/2007 (Khamis)
Masa: 6.00 petang (lepas ofis hours)- estimated
Tempat: Shah Alam Mall (mungkin chicken rice shop)

Kehadiran: tiada paksaan.
Tema: Baju uniform dsk 93/95 yg lama warna merah putih tu...

kakakaka tentu dah ramai yg tak boleh pakai ek...
acah jer tu...

Tp tempat dan masanya adalah seperti berikut. tak ler tepat2 kul 6 ptg tu, tp estimated ler..

Bg kengkawang lain, kalau ada masa, join ler perjumpaan ni, alang2 En Matzlan dah ada kat central area ni, meh ler kita jumpa dia. Nak jumpa lagi tak tahu bila, tak tahu panjang umor ke tidak kita2 ni. Anggap jer mcm En. Matzlan melawat kita masa kita tengah buat praktical dulu. hehehe

En Matzlan kat Shah Alam!


Weh korang...En Matzlan kat Shah Alam laaa. sampai jumaat nanti. sapa nak jumpa dia? Angkat tangan cepat! jgn angkat kaki dulu...kang sesat. Telepon aku segera untuk atur perjumpaan. Dail no aku dgn jari korang, jgn guna kaki, kang busuk tepon tu...kekeke

hey...hey..hey...aku ada nampak ziana post comment kat mana ek td? dlm diam-diam dia bg salam ek...wellcome ziana...join ler berposting kat sini.

Kak Ati...kabare mas...sihat? Muka nampak berseri jer sekarang ni... pakai aura seri ker? atau dah mandi naikkan seriii niiiii...hihihi...

Siapa ada dengar khabar zury? ilang ker dia tu?

Saturday, November 24, 2007

Haiii......

Assalamualaikum semua

Hai semua apa khabar? Lama tak masuk blog ni, tgk2 hah tu dia, sedozen berita2 terkini & luahan rasa hati....

Sesama ni akak tempekkan gambo terkini ngan member2 ofis.

Seronok tgk gambo korang ngan family, lin adik tiga org tu comel2, tp mamanya mengancam lagi tak berubah2, cik nath, linda, cik marina dll pun sama.

Bebaru ni g TESCO jumpa Marina Rahmat, tullah jalan ngan anak2 2 org cam jln ngan adik2 je.
Korang ni pakai botox ke??????(Hehehe jgn marah) masing2 makin cun melecun, apa rahsia ek....

Tgk blok ari ni, byk tul luahan rasa hati sepanjang kita di POLI, ya lah dulu2 kita sama2 muda, darah muda, pantang ada yg tak kena, tp Alhamdulillah dlm mengejar hari tua, kita rupanya masih diberi sedikit ruang utk lebih menyedari akan kesilapan2 kita yg lepas, sebenarnya dugaan dan cabaran yg lepas2 tu lah yg semakin mematangkan kita dan menjadikan kita lebih mengasihi, menyayagi dan menghargai org2 disekeliling kita, iaitu ibu bapa, keluarga, adik-beradik dan TEMAN2 kita. Bak kata org2 tua entah sempat entah tak nak mengecap apa yg bakal dilalui di depan kita, dan klu boleh yg dulu2 punya cerita bereskan dulu, supaya kita lebih tenang dan gembira tuk hadapi apa yg baru nak bermula, akak pun tak kurang banyak salah dan silapnya pada korang, ngan tu mintak maaf ler bebanyak dr hujung rambut sampai ke hujung kaki. Lelebih lagi kat 2 org roomate akak iaitu Zury,Kak Pah dan adik comel sorang ni Rohaidah (apa kabo depa ber3 ya???). Klu sesapa ada jumpa dia org kim salam ya.

Ok lah insyakallah sambung lagi lain kali. Assalmualaikum.....

Dr sy....Mariati Bt. Jantan (013-7277965 - tuk yg sudi mengontac.hehehhe)

Friday, November 23, 2007

Tiada 2 dlm 1


Hi Geng,

ni ada satu article yg sgt2 berguna utk kita kongsi bersama. Klinda sebenarnya ngantuk tahap cipan ni...tapi utk ilangkan rasa ngantuk, cheq masuk blog everlasting. tima kasih utk kwn2 semua kerna dpt mengubat rasa "ZZZ" ku..


nak gi solat la..cuci muka dan ati..

Biar jelah....


Assalammualaikum,


Hmm..aku paham mesti kawan-kawan yg 'ingat kawan-kawan' geram *#&^% kat kawan-kawan 'just kawan' sebab tak involve dlm blog EVERLASTING kita ni...

Senang kita ambik mudah...anggap je diaorg tak perlukan kita and maybe tak peduli pun kat kita...apa susah...kita ni perlukan "KUALITI" dari "KUANTITI"...Kualiti dari segi pemahaman tentang 'persahabatan yang ikhlas dan jujur'...daripada kuantiti untuk 'persahabatan semasa nak ambik kesempatan'....amacam nath...pedas tak? Idok-idok...anggap je diaorg terlalu sibuk + _ = tak minat...tu je... Kita yg ada kat sini yg penting...yelah...dah lah tak bleh masuk blog...nak sms pun susah ke??? Atleast contact member kamceng dia...pastu kim salam kat kita me(ckp org Pahang) ni...Bukan kena bayar pun...(kena kena..byr 1sen utk sms)

Hadapi Dengan Senyuman




Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Reff
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

kEBIziAN TerLaMpaU


ermm.. bizi ek?
24/7... pun kita tak bleh nak managed ek?
kena gi amik kursus time management neh!

ke.... ada inferiority complex (teruntum) yg perlu dirawat? ermm

tahap KEGABANAN biZi kita berada di aras yg mana?




SeGABAN manapun KEbiZiaN kita... tentu kita punya sedikit waktukan...

Menjejak kasih yang hilang

Klise jer ek tajuk post aku kali ni.

Tp korang jgn penat mata nak membaca pulak. Panjang aku nak tulis ni. Tiap kali aku masuk web kita ni, mesti aku terbayang muka korang semua. tiap kali aku baca posting korang yang dah posted kat sini, mesti aku terbayang muka mereka-mereka yang tak pernah post apa2 kat sini. Nak berposting tu mungkin ambik masa lama. tp put note kat bawah tu pun tak de.

Antara nama-nama mereka yang pernah posting kat sini: Nana, Marina, K.linda, K.Eta, Echa, Jun, K. Ati, Lin, Zuri. Kalau ada mereka yg tersebut namanya tu, maaf ek, mungkin terlalu 'kerap' berposting, sampai terlupa pulak. kekeke

Mana perginya yang lain? Depa-depa tu tahu tak kewujudan web kita ni? Tu aku muskil. Tapi selepas ini, jika mereka terbaca karangan cacamerba aku yg panjang ni, harap dapatlah menyahut sedikit di sini. tak yah nak masuk2 posting. dpt put note kat 'Nak tokok tambah" tu pun jadilah. Tak de login ID? tak de masalah. masuk jer as "Anonymous" tu. dah tulis apa yg nak ckp, letak jer initial pendek kat ujung sekali. mcm Jun dah buat pd posting yg lepas.

Sekurang-kurangnya, kami yg sentiasa terluang waktu untuk berposting ni dpt tersenyum gembira melihat nota korang tu.

Dah banyak kali aku bangkitkan isu tu. kalau dibebel tepi telinga, mau cayaq taik telinya eh..ekeke

Apa khabar agaknya depa-depa tu ek.

Kalau yg diutara, aku ingat kak Yuhiza, yg aku tahu dia di UUM. last aku contact dia bila invite kenduri kawin adik aku tu. Jenny, di USM. sesekali ada gak dia menyampuk di sini.

Kak Linda, Marina, tolong check K. Yuhiza tau tak pasal web kita ni?

Di selatan ada K. Ati yg sesekali menyampuk. Apa khabar kakak aku ni ssekarang ek? Masih cun mcm dulu ker?

Marinah R sesekali ada tepon aku. Bertanya khabar, last jumpa dia di KL Sentral beberapa bulan yg lepas dengan anak2 dia. Bila aku tengok dia ni, bergetah lagi rupanya, jln ngan anak mcm jln ngan adik2 jer..hehe

Ada siapa lagi di selatan aku lupa?

Di pantai timur, Ada lin. Makcik ni mmg aktif. tak yah citer pasal dia sbb dia pun baru jer posting beberapa hari yg lepas. Yang aku nak citer ni pasal Rosmawati ngan Rosliza. Mana korang hilang? dengar kata dekat2 ngan Lin jer. Lin cuba ko cari Roses ni mana p? Depa tau ker pasal web kita ni?

Kalau di central ada ramai. Aku, echa, zuri, nana. ni yg aktif berposting/reply. Ziana tak penah. tp rajin join bila sesekali sub reunion. Anna, dulu masa aku aktif berchating, hari2 dia chat ngan aku. tp ssekarang aku hadkan keaktifan aku sbb nak more concentrate kat keje skit. So tak dengar khabar berita dah ler. Dia tahu pasal web ni, tp alasan dia menyepi sbb dia tak sempat nak tengok.

Zuri pun dah lama aku tengok diam jer sekarang.

Yg diam tak berberita adalah Rafida dan K.Syarifah. yg aku tahu K.Pah ada di area klang. Keje kat salah sebuah sekolah. Rafida? yg ni aku tak tahu langsung mana p. Last aku contact dia untuk call for reunion. Dengan dia aku paling ralat sbb dia mcm membawa diri dan menjauhkan diri dari kita. Kenapa ek? ada sesiapa yg bergaduh dengan dia? baik korang mengaku. kekeke. Sbb aku pelik dan hairan kenapa dia tak nak langsung bercontact dengan kiter2.

Lagi sorang aku tertinggal. Rohaida. Mana dia p ek? Last berita aku dengar dia tukar kerja, so lost contact kat situ jer... hmmmmnnnmm..

Mcm mana dengan kawan-kawan chinese kita? ada sesiapa yg bercontact dengan diorang? Tang Jah Chin, last aku chat dengan dia pun 2,3 bulan yg lepas. Dia kata kadang2 dia baca. Tp dia tak brapa phm sbb kita tulis bahasa pasar. Hahaha

Thursday, November 22, 2007

Dari Meja Editor...(ceh..ceh..cehhh....)

HAH! mcm ni la baru besssss...balas berbalas. kejar mengejar. post mengepos. usik mengusik.

Tahniah..tahniah..untuk kiter2 semua.

Tp ralat jugak masih ada member2 kita menyepi tak berbahasa. Sudi-sudilah, put comment skit kat nota tu jadilah...wpun tak sempat mengepos....tp aku phm masing2 sibuk, so tak boleh nak paksa ek.

Marina, K.Linda,
betul ker korang tahu apa yg aku tahu? Kalau K.Linda, aku rasa apa yg akak tahu, sama ngan apa yg nath tahu, tp ko marina? aku rasa tak pasti kecuali..kecuali apa yg ko tahu tu dari k.Linda.kekekeke

apa kata ko sms aku apa yg ko tahu. clue pun jdlah. kalau sama, betul lah. Dari mana aku tahu? tak per... tu jgn risau.... maklumat informer adalah dilindungi. Identitinya adalah dirahsiakan...kekekeke mcm kes video hakim tu la pulak...kekeke

Kak Eta,
Betul kata-kata akak tu. Masa dan usia mematangkan pemikiran kita. Lagipun, kalau korang nak stay awet muda... bersih2kan lah hati..jgn ada hasad dengki..jgn simpan2 di hati...buang yg keruh, ambil yg jernih, be positive and implement positif thinking...dan ceria2 selalu....ekkeekke tunjuk pandai plak aku ni...

At Last...



Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Weh kekawan...sory ler...aku tau korang mesti bising kat aku sebab tak penah pun reply kat everlasting ni...tp aku sokmo baca tau!!! Macam-macam cete ada yek! En Mat Zlan pun sokmo nengok tau! Macam baru baru ni aku jumpa dia..aku bagitau yg Marina (kepoh) nak tuko keje...dia kata dia tau doh...dlm everlasting. Tahniah ler wat mereka yang create everlasting! Cayalah!

Dikesempatan ini, aku masih ingin memohon kemaafan dari kalian, yelah dulu aku ni sokmo sakitkan hati korang, skrg je takleh sebab tak jumpa...aku sayang korang tau...sehinggakan life aku ni..memang kat poli je.. korang yg bahagiakan sebahagian dr hidup aku ni..selain dari life tae kwon do..badminton..sekolah rendah..sekolah menengah..taman beringin..pakwe.. suami..anak..keluarga.. kotak..kucing..catering..koperasi..eh eh banyak rupanya life aku..Aku memang sayang giler kat korang..
Hmm...perancangan aku...aku ingan 'merancang' taun 2008 ni nak berusaha supaya dingandungkan...tak gitu Marina(kepoh lagi)?Aku ngan marina insyaallah akan melahirkan anak akhir tahun 2008 atau kalau hormon tak stabil awal 2009.

Pastu kan kawan kawan...aku masuk paper hari kelmarin!Hahahah!Sebagai usahawan...wah kembang kempis punggung (bahasa molek) aku ni. Alah setakat paper Sinar Harian (Area Ktn). Adalah gambo aku kat situ. Tp Cik Bad kata dia tak bangga pun...sebab bukan aku yg masak semua tu...mak aku...hek hek hek
One more thing...aku skrg ni sibuk concentrate ngan hobby/income box aku. (Aku akan poskan pada korang bila aku dah siapkan semua tempahan. Ni aku bagi korang nengok dulu gambaran box tu...Nanti korang jangan lupa masukkan alamat korang kat sini yek...kalau teringin ler..kalau tak teringin...(tak ler penat aku wat) dok dok...bagiler alamat korang yek..yg dlm negara Malaysia je ler...RM pos mahal kalau overseas. Macam-macam box boleh buat. Kalau korang nak anto anak korang belajar ngan aku..no problem..korang boleh lah anto form kat aku..tak charge mahal..harga kawan kawan je...hehehheh...(Asha sokmo tolong aku wat keje...kekadang tolong naikkan darah aku sekali)

Pastu kan kawan kawan...bilalah nak jadik reunion kita yek! Oh ye...ada newz..polisas sedang berusaha tuk wat reunion POLISAS nanti. Make sure korang boleh datang...sedangkan aku pun boleh g..korang apatah lagi. heheh...
Aku dah pandai rupanya anto newz...so lepas ni korang mesti boring baca...sebab aku akan hantar sokmo. Ok kawan-kawan....c u all nanti...jgn lupa bagi aku address...boiiiiiiiii.....

Wednesday, November 21, 2007

Yoooo.. apa makna persahabatan pd kita?


Kata orang...... dari sekeping gambar boleh menceritakan segalanya. Gambar ini menceritakan segalanya
dulu kita muda remaja.. apa kita buat, ikut kepala gila
pertimbangan kita seringkali tak waras...
almaklum laaa muderrr remajerrr

sumer ikut emosi aku ngan cara aku
korang.. ha ha ha gasak korang, kini kita sudah dewasa dan dah lama kita tinggalkan alam yg giler-giler itewww
sudah lama kita tinggalkan gaya pakaian kita yg kuno iteww
sudah lama kita tinggalkan kasut kita yg kalau anjing tengok... lari tak cukup tanah
sudah lama kita tinggalkan alam curi-curi keluar hostel
ermmm tentu kita rindu kan masa-masa lepak kat atas katil member, berjalan bilik member sampai tak reti nak balik bilik...
ingat tak?
ermm tak ingat?
elleehh sajer je tak mo ingat tu...
Sekarang kita sumer dah dewasa...
ada dah jadi mak budak
ada dah jadi mak dot dot dot (adeh sakit perut gelak)
ada kerja gaji besor
ada kerja gaji kecik
ada kerja ngan boss besor
ada kerja ngan bos kecik

tapi........
kenapa setelah sekian lama, kita tetap menyimpan rasa yg TAK BEST berpenghuni di hati kita?
Untuk hidup BEST kita kena singkirkan perasaan TAK BEST itu keluar dari jiwa (perghh mcm pakar motibasi la plak)
Macam mana nak buang benda TAK BEST ni ek?.. ermmm pakailah AURA SERI... (eh silap!)
Kenkawan, bersihkan hati dan minda. Once I was the one who really keras kepala ngan baran bagai nak rakkk.. remember? Yuhuuu times fly and people changed!
Saya pernah lalui satu perasaan TAK BEST dlm hidup... and I decided tak mo hidup dlm TAK BEST forever... so saya join BEST club (keh keh keh)
Sori laaa melalut, cengini cerita dia. Kita semua dah besor, dah matang dan pandai menilai yg baik dan buruk. Kita semua dikurniakan akal untuk kita guna dan bukan guna emosi untuk selesaikan masalah.

Dan usia yg 30an ni, patutnya kita dah matang dalam menilai erti persahabatan, dilukai dan terluka zaman remajerrr itu adat, saper yg tak pernah terluka dek kata org lain?.. semua pernah tp sama ada kita nak terus terluka atau kita nak wat dunno dan memaafkan dalam diam... haaa cengitu.

Geng... perasaan sakit ati, tak pueh hati, geram huhuhu semua tu adalah bebanan jiwa yg tak boleh kita galas selamanya... berat tau duk galas ke hulu dan ke hilir...

Just forgive and forget, yg lepas tu sudah-sudah laaa woiiiii. InsyaAllah jika panjang umur... jauh lagi benda kita nak kejor, pelbagai ragam manusia lagi kita nak belajor....

Naper tak kita lalui kehidupan kita dgn gumbira dan tenang jiwa. Kita tumpang gumbira tgk kenkawan kita gumbira.... haa mcm aku ni laa kan. Dedulu ada gak rasa rendah diri bila time korang cerita pasal anak-anak... yelah aku nak nyampuk celah mana... dah aku ada anak tekak, anak rambut dan yg seangkatan dengannya..

Skrang korang nak cerita aper pongg gasak korang laa kan... sebab wa dah boleh control my emotions... skrang nak wat aper-aper gunakan akal dulu baru guna emosi... cewahhh

Cuba korang test try tgk... korang amik gambor time tgk hangin... huh! huduh sepangg tau.

Cuba plak korang amik gambor time korang cool ala-ala perasan cantik pulokkk?... perghhh cun tu weh..

errr rasa-rasa dpt tak apa yg cuba saya sampaikan?...


kalau tak faham.... korang siapkan laaa aper yg patut seperti tempah kubur ke, batu nesan ke, kain kapan ke... haaaa mana tau kan

Macam-macam citer daaa...

Weiii... syahdunyer hari ni.. si Icha ngan luahan perasaannya (sadis sungguh baca) manakala si Nath lak rahsia BESARnya... Eleh Nath, mcm lah aku tak tau.. aku taulah tapi saja jer takmau bagitau... sebab aku takmo org lain tau. (Ye ke aku tau?? hehehe.. aku agak2 jer)

Apa pun.. hargailah nilai persahabatan. Kita ni dah tua.. bukannya muda lagi... Entahkan kejap lagi dah jadi arwah dah.. (sapa tau kan). Dari itu maafkanlah semua kawan-kawan dan berbaik sangkalah dengan semua orang. Lagipun kita ni dah macam adik beradik.

Beruntung sebenarnya dapat kenal korang semua di DSK, Polisas. Dulu masa muda remaja memang byk benda yg kita tak serasi. Ada gaklah sesetengah yg menjadi mangsa kutukan kitorang masa dulu-dulu contohnya kitorang selalu kutuk Ana eksen sgt (jgn marah ah), Zuri kasut tak kena gaya (kalerful bangatlah kak), Marinah Rahmat ngan gaya jalan 8, 8 lagi, Icha yg kureng matured (jgn marah yer Icha), tapi aku tak ingatlah apa yer kitorang kutuk Nath.. nanti aku tanya kak linda balik ek.. hehehe.

Anyway, bagi pihak Kak Linda, Lin dan aku sendiri, aku minta maaflah sebab kutuk korang dulu.. harap korang maafkanlah kami semua. Bukan apa.. masa dulu free sgt.. suruh study malas.. Lin lak sibuk berpakwe jer.. hehehe (mau kena marah ni kalau Lin terbaca).

Untuk makluman, semalam aku dating ngan kak Linda, belanja kak linda lunch kat Oldtown sempena besday dia hari tu. Pastu belikan rantai tangan yg murah jer (perghh.. nasib baik murah) hehehe.. Dan belikan jugak 1 utk sahabatku kat Kuantan tu.

Oklah... apa pun yg kita or kawan-kawan kita pernah buat salah dulu... kita lepaskan.. ataupun kata omputih let go jer.. toksah ingat dah. Ingat yg indah2 jer... supaya kita akan sentiasa tersenyum bila mengenangkan zaman kita belajar dulu... Salam sayang utk semua kawan2 DSK ku. Jaga diri baik2.. Yezzaaaaa

Jeng..Jeng..Jeng..

Ini bukan jengkarung, atau jengkaut atau jerangkung dan bukan juga jenny...jgn salah baca. kekeke

Ini adalah untuk kesuspenan korang semua. Aku pun suspen gak bila dengar. Tp aku nak biarkan korang semua suspen lebih skit dari aku. hahahaha

Aku dah ada sedikit info apa kesuspenannya itu..tp aku telah di WARNING..ya! di W A R N I N G supaya kunci mulut dahulu. ATAU... jgn nak sibuk2 tanya lebih2. Dan aku juga telah di LARANG supaya tidak pandai2 nak direct tanya soalan2 yg tengah berlegar2 dlm kepala aku ni. Jadi, minta maap, aku tak boleh nak bagi tau sbb aku belum dengar dari tuan punya diri lagi.

Aku tak tahu dan tak pasti dah ada yg tahu atau belum. Tp dari pengalaman aku, pasti dah ada antara kawan-kawan kita yg dah tahu apa yg aku tahu ni. Sbb ramai kawan2 kita yg pandai simpan rahsia. Dan pada korang yg tak tahu...hahaha.. mesti giler-giler nak tahu nyer lah apa rahsia BESAR yg aku tahu ni....

Pd korang yg nak tahu...tungguuuuuuu.......

* hal ni tak de kena mengena dengan citer Echa kat bawah ek...kekeke