anak kunci nak masuk ke dalam rumah pun dah lupa letak mana. godek-godek dlm poket, dlm beg, celah buku, rupanya ada lagi. buka pintu.. terkuak isi dalamnya yg dah bersawang. debu-debu tebal menyaluti cerita-cerita lama dlm sini. wajah teman-teman sekursus terbayang satu persatu. ada yg dah bercucu kini, ada yg masih menambah ahli keluarga selagi mampu.ada yg dah jd usahawan, ada yg dah jd hartawan. ada yg telah bawa diri ke benua asing, ada juga yg bawa diri tak mahu didekati.
apa pun, dimana korang, doa aku yg baik2 sahaja. semoga diberi kesihatan yg baik utk terus berbakti, utk terus menjalankan ibadah kepadaNya. diberi rezeki melimpah ruah utk dinikmati bersama.
Kalau boleh rajin2lah muncul diri, rajin2 lah menyapa sesekali wpun di medium mana pun. kerana korang masih di hati... sayang korang!