Wednesday, December 12, 2012

Nana dah pulih

Salam kawan-kawan
update terkini, nana dah semakin kembali pulih dan telah dibenarkan pulang.
mari kita sama-sama dokan dia kembali sihat sediakala.

terima kasih yg sudi memberi sumbangan dan melawat beliau di hospital. sesiapa yg nak melawatnya di rumah pula, silakan...

Monday, December 10, 2012

Norhazanah di ICU

Salam kawan-kawan,
utk makluman semua, kawan kita Nana@Norhazanah telah dimasukkan ke ICU HKL kerana demam virus dan jangkitan kuman di paru-paru. Saya hanya ada maklumat setakat itu sahaja. dan cadangnya nak p melawat dia petang nanti. tp belum dpt detail dari Nass (suami nana).

Oleh itu saya lancarkan tabung nana. Pada kawan2 dan kenalan/sahabat yg ingin hulurkan bantuan kepada beliau, boleh bank in ke acc Nath: CIMB 14400099509528. sila reply kat comment jika ada beri sumbangan supaya saya noted yg masuk tu dari siapa. atau sms saya terus bg yg mengetahui no hp saya.

Harap sumbangan ini dpt membantu apa yg perlu untuk rawatan nana.

Mohon juga kerjasama semua kenalan/sahabat/kawan-kawan untuk mendoakan keselamatan nana dan segera sembuh seperti sediakala. Semoga nana dan keluarga tabah dan sabar hadapi ujian.

Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”


Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman :
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”. (QS. Al-Baqaroh : 155-157).

Monday, October 22, 2012

SELAUT RINDUKU BERTAMU

Tatkala ku tatap komputer pagi ini,
teringin aku menjenguk ke zaman silam.. mencuri ruang menyingkap kenangan, foto-foto mahupun nukilan teman-teman buat santapan rindu yang datang. Ah... sungguh aneh rasanya pagi ini apabila rindu itu menelusuri ke segenap kotak memori yang ada. Hampir kesemuanya ku buka... lantas aku tersenyum sendirian... kita sudah cukup dewasa rupanya, kita sudah punya rumahtangga, sudah beranak pinak dan sudah ada tanggungjawab. Ku tersenyum lagi... betapa hari ini rinduku datang bertamu dan aku tahu kalian pun begitu.

Wednesday, May 9, 2012

Anyone dare to join?

Me berangan-angan dan planning nak  ambil kesempatan jalan2 ke luar negara ke negara kawan kita yg posting kat luar negara nun..kalau ada sesiapa nak join, reply sini yer..korang mesti tahu siapa kawan kita yg sedang berposting kat luar negara tu kan? dan korang mesti dah tahu juga mana destinasi yg dimaksudkan tu kan?

dari kajiselidik yg di buat, budget dlm 7-8k seorang. ni anggaran kasar termasuk tiket penerbangan (3x flight return) makan dan penginapan dan shoping2 skit. kalau kita bernasib baik, mungkin penginapan free. terpulang pd destinasi akan dituju. Bila nak pergi? Kawan kita tu akan ada di sana sehingga pertengahan 2014. so anytime inbetween jan-jun 2014 lah. kalau kawan kita xtend, maybe kita lewat lg skit..insyaallah...

so, masih ada masa yg cukup untuk kumpul2 budget bg org mcm me ni..so anyone interested?