Tuesday, August 25, 2009

Lola letihhhhhh







Salam Ramadhan semuaaaaa

Semoga semua menyambut Ramadhan dgn suasana yang gembira. Amacam persiapan raya?... Kita ala kadar jerrrrrrr... owang bujangg hehehe, baju 5 pasang, kasut 3 pasang, langsir 7-8 pasang, bag tangan 10-15 pasang...... ala raya sethn sekali ngeh ngeh ngeh

Thn ni kita poser sensorang... eh! silap... berdua dgn lola
thn lepas mak kita poser ngan kita
thn ni dia tak mo dtang... pertengahan poser baru nak datang
So.. kurang meriahlah time buka poser kaedahnya Cik Yah!

Raya thn ni sebenarnya buat pertama kali laa nak bawak si anak gebu kita balik kampung... Uwan dia laa beria-ia suruh bawak balikkk.... kita pun mcm nak wat balik laaa kan

Tp bila difikir-fikir... kita terpaksa laaaa tinggalkan anak kita kat PLKN (Pusat Latihan Kucing Negara).... bior dia kena berdisplin skettttttt!

Skrang ni dia kurenggg berdisiplin... jam 2/3 pagi kejut kita suoh bangun! Bangun teman dia makannnnn..... padahalll boleh ajer gi makan sendiri.

Antara sebab musabah tak bleh bawak dia balik Kontan ialah:-

i) Dia tak pernah travel jauh... paling jauh, klinik kucing kat Bangi... Cyberjaya (PLKN), setiap kali masukkan dia dalam carrier.... dia melepek muka dia kat carrier tu sambil ulur tangan dia minta bawak keluarrrrr

ii) Dia tak pernah jejak tanahhhhh, umah uwan dia atas tanah.... umah mummy dia tinggi kat tingkat 8... dia plak ala-ala DIVA suka melepak nikmati angin sepoi-sepoi bahasa kat balkoni sambil ngadap Masjid Putrajaya.....

iii) Dia jadik rebutan di kalangan anak-anak sedara..... asal dtg umah jerrr... jantung lola mcm nak pecah.... jd untuk mengelakkan dia kena serangan jantung... baik tak yah!

Jd untuk tahun ini.... mummy terpaksa spare budget lebih sbab terpaksa antor lola kat PLKN.



Friday, August 21, 2009

Selamat Menjalani Ibadah Puasa..........

Salam buat semua kawan2 yg tersayang.........

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
 
"Ya Allah tolong abaikan puasa  umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang
meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat dan dilakukan pada
hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika ada kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan, halalkan apa yg termakan dan terminum, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk,
diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
 
                      SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


Kak Tie

Monday, August 10, 2009

Cerita aku....................

Asalamualaikum semua

Lama dah aku tak menulis kat blog kita ni ekk.....cuma mencelah2 jer sekejap2. Asyik senyap jer, mesti korang boringkan, meh aku bercerita sesekali ekk.

Bukan nak minta simpati, tapi just nak share cerita dgn kawan2, harap2 mana yg baik dpt diterima pakai.

Pada 27hb July, aku dan suami apply cuti sbb ada benda yg nak disettlekan. Lepas settle semua, kita org tiba umah dlm kul 3.30++ ptg, masuk jer umah aku rasa kaki sebelah kanan ni tetiba jer sakit , aku biarkan jer dan dlm masa yg sama suami lak ckp dia mcm kena bisul. Kita org biarkan sampai ke ptg. Dlm kul 5.00++ ptg aku rasa kaki aku tetiba mcm kebas, rupanya dah bengkak, sampai buku lali pun dah tak nampak (klu korang tgk mesti ingatkan bengkak tu dah lama dalam seminggu) aku naik takut sbb nak berpijak pun dah tak boleh...

Malamnya dlm kul 8.30++ aku g umah jiran sebelah minta tolong dia urutkan (dia mmg tukang urut). Paginya ari Selasa 28/7 aku g gak kerja dlm sakit2 tu, pas tu baru ambik MC (arini aku dan suami sama2 MC, aku dgn sakit aku dan dia dgn sakit dia) doktor suspek aku kena gaut,tp bila buat blood test, darah aku ok tak der gaut. Doktor pun suruh aku berubat kg. Dpt MC aku trus g umah mak, kebetulan jiran aku pandai 'tgk2' katanya aku dan suami terpijak atau terlangar sesuatu @ bahasa org tua2 kena denah (layan jer lah, sbb sebenarnya aku first time dgr perkataan denah tu)x caya pun susah gak.

Soknya 29/07 aku g klinik sbb bengkaknya masih tak surut lagi, doktor bagi cuti samapi 31/07, abg pun sama sbb bisul dia tak baik2.

3/8 aku dah start naik kerja dgn jalan terdengkut2 (malu sbb dah seminggu cuti, g lah gak kerja). Abg masih di rumah, tetiba dlm kul 10 dia call aku, katanya dia tak tahan sakit sgt(mengerang). Klu korang nak tau yg suami aku kena bisul tu antara kerandut ker lubang dubur dia (maap ler)dlm pada malu2 dah lama cuti, akhirnya aku akur kena apply cuti lg sbb nak bwk abg g klinik.

Ingatkan bisul biasa, rupanya kena operation gak, so 4/8 abg kena operation, dlm keadaan tak berapa sihat tu aku terpaksa lak jaga abg yg baru lepas operation, duk sepital sampai khamis baru boleh balik, jumat aku naik kerja dan sabtu aku cuti lg 1/2 hari sbb nak anto abg g hospital lg. Ari ni sebelum g hospital balutan abg tu terbukak, so aku konon2nya nak tolonglah bersihkan dan tampal cantik2 sebelum jumpa doktor.

Ya Allah terkejut besar aku, selama ni aku bayangkan buah kerandut abg tu setelah dioperation doktor jahit (bayangkan mcm mana nak jahit, mana ada kulit kat situ) tp rupanya dibiarkan gitu jer tak berjahit. Ibarat mcm buah epal yg di korek separuh, mcm tu lah keadaan abg sekarang, dibiarkan jer, cuma di letak ubat dan ditampal dgn kain. Aku yg tgk ni terduduk sekejap, aku mula risau, dgn kencing manis abg yg bacannya asyik 15 @ 20, dan aku mula terbayang yg bukan2,arini pun dia masih di umah.....aku takut luka dia tak baik, maklumlah dia ada kencing manis...doakan ya kengkawan......berat badan dia pun dah turun dari 73 tinggal 62kg jer skang...makin kurus....

Kekadang aku tercakap sorang2 jgnlah jadi apa2,aku redalah skang ni dgn apa yg berlaku, cuma minta yg baik2 jer utk kami berdua.....walaupun kekadang aku bimbang tp bila depan dia aku selalu cuba kuatkan diri dan semangat aku sendiri, maklumlah aku ni jenis penakut sikit.....

So, tu jerlah cerita yg aku dpt kongsi dgn korang semua, hargailah saat indah bersama keluarga dan suami tersayang .......

Wednesday, August 5, 2009

Next step pls..

Jap..jap.. aku nak curi tulang jap. hahaha korang yg tengah baca ni pun curi tulang la gak kan..kan..hahaha kantoi!.

Ok. Next steps pls...
Tolong!.. Tolong!.. tolong pre-sah kan kehadiran korang.:D
nak angkat tangan boleh, nak angkat keyboard pun boleh. masalahnya aku tak nampak la kan...hehehe. Mcm biasa, reply balik kat sini. and the gud news is...Naziroh a.k.a Jenny dah angkat tangan nak hadir sama. Insyaallah...
Lg satu aku nak mintak tolong korang. Contact la korang punya gud buddies masing2 n bgtau pasal event ni. Aku maksudkan yg tak pernah or jarang masuk blog ni ler...
Aku nak pengesahan awal sbb nak arrangekan hotel/budget yg lain tu. Sbb event kita tu time cuti sekolah, hotel sure kena book awal, kalau tak...melopeh kito.

Dan jemputan khas untuk pensyarah-pensyarah kesayangan kita...
Tuan/puan adalah dijemput hadir sama untuk memeriahkan majlis kami ini. Dengan kehadiran tuan/puan, sure majlis kami lagi happening dari yg lepas. Hehehehe

Ha. apa lagi? startler mereply.. ;P