Thursday, July 31, 2008

Kemahiran hidup

Amacam? cun tak keje projek kemahiran idup aku ni? mcm subjek budak sekolah ek. Hehe... ni lah hasil kerastangan aku nih. Budak baru belajar katakan... herot petot. sampaikan ada member tu, memula ckp nak suruh aku buat kat baju dia juga, peh tu bila dengar ni baru cubaan kali ke 4, terus suruh aku mahirkan dulu, dah mahir nanti baru dia tempah. Takut baju mahal rosak ek...wakakaka jangan mare...arini aku pakai baju ada manik herot petot...

Tuesday, July 29, 2008

Allah lebih menyayangi mereka... Al Fatihah

Lama tak baca blog. Rupanya di sebalik perkabaran sedih Kak Atie diatas pemergian mertua tersayang, Marinah juga membawakan perkabaran yang sama. Baru pagi tadi mendapat berita dari Kak Linda.

Ayah Marinah kembali ke Rahmatullah pada 25/7 (Jumaat) yang lepas kerana berbagai kompilasi. Takziah kami semua ucapkan kepada beliau. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka. Moga mereka aman di sisiNya..Al Fatihah.

Saturday, July 26, 2008

Mak Mertua pulang ke Rahmatulallah.............

Assalamualaikum semua

Actually sy baru jer naik kerja arnini, pada 23.07.2008 kul 5.45 pagi, sy dapt panggilan tel. dr. Kakak Ipar di Segamat mengatakan emak mertua saya dah meninggal lebih kurang dlm pukul 4.30pagi ari yg sama.

Sebenarnya dlm bulan 4 aritu, mak mertua sy pergi berjalan ke rumah akak ipar di segamat. Duduk sana lebih kurang dlm seminggu dia jatuh kat dapur. Abg dan kakak ipar bawak g berurut, nampak gaya ada perkembangan.....beransur sihat, boleh berjalan mcm biasa, pelik tp tu lah org kata, angin ahmar klu baru2 kena, lebih baik diurut selalu, alhamdulillah akhirnya mak berjalan seperti biasa. Siap boleh berjalan kat kebun belakang umah akak lagi.

Agaknya mmg dah tertulis tu penyakit terakhir sebelum dia meninggal, akhirnya dia kena sekali lagi, jatuh kat dapur gak tp kali ni nasib baik kakak ipar ada, dan dia sempat sambut mak. Lepas drp tu tangan dan kaki mak sebelah kiri longlai lg, ibarat mati sebelah badan lagi.

Hingga lah pada 12/07 tetiba lepas zohor mata mak terpejam dan mulut dah tak boleh bercakap2 lagi. Kami bergegas lagi balik ke segamat......mcm tu lah rutin kami setiap sabtu hinggalah akhirnya mak menghempuskan nafas terakhir pada 23.07.2008 kul 4.30 pagi.


Walaupun sy baru bersama mak mertua, tp ada juga beberapa pengajaran dan tunjuk ajarnya yg boleh sy simpan sebagai kenangan......Masa majlis perkahwinan sy, suami dah kata nak wat doa selamat jer kat umah sendiri tp mak mertua sy berkeras gak nak buat sikit kenduri sambut menantu kat umahnya. Akhirnya hajat dia dipenuhi oleh kakak2 ipar dan abg ipar sy. Walaupun dlm keadan serba ringkas dptlah juga memenuhi kehendaknya. Skang abg2 dan kakak2 ipar sy semua berbunyi padanlah mak sibuk dan beria2 benar nak buat majlis sambut menantu dirumahnya, rupanya dia nak pergi.

Dia pun ada ajar sy camne nak wat Nasi Impit....akak2 ipar sy kata mak terror wat nasi impit.....klu time raya jiran2 yg dekat2 umah mak akan tempah nasi impit mak. Kiranya mak mertua sy ni terkenal ngan nasi impitnya lah bila time raya. Masa sy dtg pd 05/07 aritu dia ajar sy camne nak wat nasi impit tu....ooooo rupanya senang jer, tp sampai ari ni tak wat2 jugak....menantu rajinlah katakan....Masa sy dtg umah akak aritu, ada lori apek jual kain baju tu terpekik berteriak kata ada jualan murah kain baju kat segamat.....kita org terdengar.....pas tu sy ckp kat suami sebelum kita balik PG apakata kita belikan baju raya mak suruh kakak ipar jahitkan. Sy tanya mak, suka baju camner, colour apa tp dia kata tak yah lah susah2 tie, mak ni entahkan smpi entahkan tak, mana tau 2/3 ari lagi mata mak ni pejam, sy pujuk dia sy kata, mak jgn ckp mcm tu, insyakallah ada rezeki kita raya sama2 thn ni. Dia senyum jer, pas tu dia pulak yg ckp ngan sy, buat lah nanti nasi impit yg mak ajar tu,nanti boleh kita makan raya reramai kat sini (Kat Segamat), sedih gak bila kenang kan apa yg mak ckp tu, tp apa nak buat hukumnya dah smapai, kita yg idup ni tak tau lagi bila masanya. Doa jer lah moga2 bila tiba waktu kita segalanya berjalan lancar dan dlm keadaan baik2 belaka....Insyakallah

Semoga mak mertua sy di tempatkan dikalangan org yg beriman dan sentiasa dibwah limpahan rahmatNYA....Insyakallah.....AMIN.....Kak Tie

Tuesday, July 22, 2008

Shhhh...

Mak aku cakap, kalau buat baik jgn cerita kat org. Ada pepatah kata , kalau tangan kanan memberi, jgn sampai tangan kiri tahu. Cam ner tu ek? 2-2 tangan tu kan kat satu badan. Badan yang sama, dan biasanya bila kita memberi, kita gunakan 2-2 tangan untuk memberi. Tangan kanan biasanya yg pegang apa yg nak diberi, dan tangan kiri akan menyokong tangan kanan. Saling bantu membantu ye tak?

Ha... aku simpang skit la dari pesanan mak aku dan pepatah tu yer. Ni sbb melibatkan duit org, so aku terpaksa juga beritahu.

Seperti yg semua telah tahu, Kak Eta telah bawakan perkabaran sedih ari tu. So, seperti yang telah dipersetujui oleh semua semasa gathering yang lepas, dan sebagai salah satu faedah tabung ditubuhkan; selaku pemegang amanah Tabung DSK dan bagi pihak penabung, aku telah bank inkan sumbangan khairat kematian untuk Kak Eta. Semoga sumbangan ikhlas kita yang tidak seberapa ini dapat meringankan sedikit bebanan keluarga Kak Eta dan diberkati Allah.

Amin..

Thursday, July 17, 2008

Say...Cheeeeesssssseeee

Weh kengkawan. Dah tengok blog hari ni? Perasan tak apa yg berubah? Haaaa tu ler...aku ni gatei tangan sikit. dan sbb aku ni cpt jemu, so aku godek2 ler apa yg patut...

Korang perasan tak apa yg tak cukup pada perubahan yg baru tu? Ada yg tak cukup kan.... oleh yang demikian, aku nak mintak tolong kawan-kawan semua yg pegi gathering ari tu supaya dapat mengirimkan aku semua gambar2 apa saja yang related dengan event tu yang ada dalam kamera korang. Tak kesah ler gambar tu comot ke, tak clear ker, candid ker, mmg posing ala2 holywood ker.. tak kesah. Aku nak semua. Dah dpt semua, nanti aku pilih la mana2 yang sesuai untuk load kat sini. Dan jika sampai niat aku, dpt ler korang sorang sekeping cd.. aku tak janji, tp aku akan cuba.

korang emaillah gambar2 tu kat jelitaz@yahoo.com. ye... lg cepat korang bg, lg bagus...

chau!

Friday, July 11, 2008

Tension di tempat keje

Assalamualaikum..

Hari ni rasa terpanggil juga utk coretkan luahan hati kat sini setelah sekian lama takde apa2 posting dari aku.

Aku bukannya apa... aku rasa tension sangat dengan keje aku sekarang. Dah lah asik keje masuk meeting dan buat minit jer... lepas tu ada pulak sorang kakak 'wire' or 'mental' asik MC dan emergency leave. Orang lain yang kena masuk meeting dia termasuklah aku. Aku dah masuk tahap geram cipan yang membuak2 ni.... (sebab hari ni aku kena masuk meeting dia.. tu yg geram tu).

Dah lah steno tinggal 4 orang jer kat tempat keje aku ni. Bila sorang asik buat hal tinggal 3 orang jerlah yg asik cover meeting yang melambak2. On average sebulan ada dalam 35 meeting Jawatankuasa yang tetap dan ad-hoc tu tak terkiralah banyaknya... Meeting-meeting tu dibahagikan kepada 4 org steno termasuklah aku (sebab jawatan aku steno). Ad-hoc tu kadang-kadang buang masa jer attend sebabnya kadang2 meeting tu cuma half an hour ataupun sejam jer tapi itupun dorang nak panggil steno rekod apa dorang cakap... buang masa dan karen kitorang jer. Chit....

Kalau ikutkan hati aku yang panas mcm gunung berapi ni... sekarang juga aku berenti tapi dengan penuh kesabaran yg tinggi aku stay gak sini sebabnya aku dah nak bersalin bulan 9 nanti.... lepas jer bersalin aku nak terus tender surat resign.. biarlah aku tak keje kerajaan, janji hati aku senang walaupun kena keje swasta balik. Keje swasta pun tak tension camni tau.

Cukuplah luahan hati aku utk hari ni... sekian terima kasih. Wasalam.

p/s: Guna tulisan kaler merah sebab merah lambang marah. (Aku tgh marah ni).

Monday, July 7, 2008

Ayahanda pulang ke Rahmatullah

Assalamualaikum wm wb

Kali ini saya bawa berita duka lagi.......
Pulangnya ayahanda saya, Abdullah bin Mohammed ke rahmatullah pada pagi 30 Jun 2008 (Isnin) jam 5.52 am.

Saya terima call dalam jam 6.30 am, capai apa sahaja yang boleh..

Terus menuju Kuantan....

Pertama kali dalam hidup saya, memandu tanpa ditemani muzik yg berdentam-dentum... hanya airmata yang berjujuran diselangi ayat-ayat suci yg mohon supaya perjalanan saya dipermudahkan sehingga saya sampai ke Kuantan...

Pertama kali juga dlm hidup saya, tidak saya endahkan berapa kelajuan yang saya bawa.. jika selama ini saya berhati-hati takut kena saman.... tp kali ini... itu tidak lagi penting

Semasa saya isi minyak di Petronas Bentong.... belum habis minyak dituang saya sudah angkat pam... minyak berjijiran keluar.... tidak juga saya peduli.... waktu itu dlm kepala saya mmg kosong.. tak boleh register apapun.....

Saya hanya sempat sms Lin sahaja, maaf saya tak boleh nak maklumkan kepada semua.

Masa itu fikiran saya hanya nak sampai cepat Kuantan... nak segerakan apa yang patut disegerakan...

Saya tidak pernah kehilangan org terdekat dlm hidup saya.... kehilangan dalam bentuk kematian ini rupanya meninggalkan ruang yang teramat kosong dlm jiwa saya..... rasa kehilangan dan rasa kerinduan.... rasa kosong yang teramat sangat...

Saya mohon rakan-rakan semua agar dapat mensedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayahanda saya dan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin.

Wassalam

Thursday, July 3, 2008

Program Cuti Sekolah!

Senyap sunyi jer semua org. Tekun bekerja ker?....atau semua memasing on mute mode?

OKlah, direct to the point je lah ek. Cuti sekolah start dari 16-24 Ogos. So apa kata kita buat apa-apa program cuti sekolah yg simple.

Kawan-kawan yg kat KL/Selangor ni, ramai kat sini, tp nak jumpa korang...ya ampun...susah nor. Apa kata cuti sekolah ni kita ambik kesempatan untuk berjumpa together gether? Kalau korang kata nak balik kampung? Balik la mana2 satu weekend, other weekend tu kita jumpa ler. Yg luar KL/Selangor, nak join mari la jugak. Mana ler tau suami2 korang tu sepoting abis....

Kalau ada budget besar, kita bermalam,kalau budget ciput, kita buat balik hari je lah. Waterfall/pantai- tempat free, kita portluck jer makanan. Klu tak mo masak, biar kawan yg suka masak buat. Betul tak?

Apa lagi kawan jom la

Wednesday, July 2, 2008

Tukar hangin


ada org memanaskan hati aku pagi2 lagi... aku rasa mcm nak hunus pedang dan ajak dia main pedang jer... ada brani ka?

tp... baik aku letak gambar2 ni.. kasi tukar sama hangin aku ni...