Wednesday, April 30, 2008

Mari belajar matematik..

Kepada yg telah bank in kpd Lin, dia ucapkan terima kasih banyak-banyak. Oh ya, dia terima RM250 hari ni, tp tak tahu dari siapa. Sesiapa yg dah bank in amount ni, tolong tepon dia ek..

Lin, kalau tak de yg mengaku, ko anggap je tu sebagai upah ko keje keras..ada ler hamba Allah nak buat amal jariah tu..kekekeke

Bagi kengkawan yang tak menginap di resort, tp akan join untuk dinner bersama, tolong bank-inkan juga yer. Cara kiranya adalah seperti berikut:

berapa yg hadir(dewasa sahaja, anak2 bawah 12 thn free) x RM35 = jumlah perlu bayar.

Datang, jgn tak datang sebab ada buah tangan special untuk semua. Kalau tak datang rugi tau!

Untuk acara picnic pagi ahad tu, aku rasa nak buat 1@2 program sukaneka untuk anak2 ler..apa kata korang?

Ha... lg satu, jangan lupa untuk sediakan hadiah untuk program tukar2 hadiah kita ek. rasanya kita buat cabutan hadiah tu masa dinner mlm tu. Atau korang nak masa picnic? Budjet hadiah tu RM10.00 jer. lebih mahal? sangat di alu-alukan...hehehe..

Ada cadangan lain? suarakan..moga-moga program kita makin meriah!

Monday, April 21, 2008

Gathering DSK93/95 2008

Terlebih dahulu Nath bagi pihak kawan-kawan semua ingin mengucapkan TAKZIAH kepada Nana & Shanaz sekeluarga diatas pemergian ayah mertuanya tanggal 12/4/2008 yang lalu. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada arwah. Al-Fatihah...

OK. back to our gathering. Disenaraikan secara ringkas agenda gathering dan kos yang terlibat pada hari tersebut.

Agenda gathering-
SABTU (17/5/2008 )
2-5pm - ketibaan dan check-in Black Stone Resort
5-6pm - mesyuarat ringkas DSK93/95
8-11pm- Dinner/BBQ

AHAD (18/5/2008)
7-10am- breakfast/picnic di pantai
12-2pm- check-out



Kos penginapan mengikut bilik yg telah disahkan terdahulu:
1) Chalet RM160/nite
2) Bilik Deluxe RM130/nite
3) Bilik Family RM220/nite


Dinner/BBQ + breakfast: RM35/head.

Member yang kompem akan hadir:
LINDA
MARINA
MARINAH
MARIATI
NATHRAH
NORHAZANAH
ANITA
ZURI
ZULAIKHA
ROSLIZA
ROSMAWATI
ADLIN


Oleh itu kawan-kawan, untuk melancarkan lagi program kita ini, sila ambil tindakan-tindakan seperti berikut:
1- Sila emailkan saya nama & umur ahli-ahli keluarga anda ke jelitaz@yahoo.com;
2- sila bank-in RM200**kepada Nor Addlin Zainal Abidin di CIMB akaun no: 06120031290527 sebelum 30 April 2008.

**sebarang kekurangan/kelebihan bayaran anda akan diberitahu disana kelak.

Untuk pengetahuan anda, Lin telah menggunakan dananya sendiri untuk booking penginapan kita. Jadi..cepat-cepatlah bank-in kat dia semula..kesian kawan...kering kontang poket bulan nie...hehehehe. TQ Lin..Sayang ko! :*

SUKA + DUKA

Asslamualaikum...semua kawan2..

Aku memang gembira dengor kabor Reunion yang hampir menjadi nyata tuh.. aku ngan family aku memang excited tul nak pergi...especially my husband..

Tapi dengan takdir tuhan pada 12/04/2008 yang lalu kami terima berita sedih. Pak mentua aku meninggal mengejut.. tak de sakit apa2... sihat walafiat sebab minggu sebelumnya dia ada datang KL jenguk cucu2 dia. Dia memang happy sangat..pas tu aku pun kesian sebab dia dtg KL kitorang tak dapat layan dia sangat memandangkan kami sibuk kerja.

Tup..tup pagi Sabtu tu..mak aku call kt dia tak sedar diri masa bangun dari tido..dia rebah kat riba mak aku and.......sob sob sob....

Lepas tu laa..aku rasa terkilan sangat tak layan dia dengan elok masa dia datang sini. Kalau aku tau nak jadi macam ni sure aku tak bagi dia balik kg hari tu...Kami semua masih dalam keadaan terperanjat. Lagi2 anak2 aku..diorang still kata atuk pergi vacation jauh belum balik lagi..kl time makan tu..kt dia nak tunggu atuk duduk makan dulu...

Kemarin masa aku masih cuti kat kg aku dapat pergi kubur dia hari2 sebab kubur tu dekat sangat ngan rumah, pagi-pagi jalan kaki jee..tapi sekarang...aku dah jauh sangat kat sini. Cuma kami sekeluarga yang menanggung rindu aje..

Aku lagi tak tahan tengok mak aku..sekarang dia ada kat kg sorang2, nak makan terpaksa pujuk. Aku dah pujuk duduk kat rumah aku je..tapi memandangkan baru lagi..so, better dia duduk kat rumah dulu sampai insyallah 40 hari nanti...

Sekarang ni hati aku berbelah bagi nak pegi reunion atau tak dalam keadaan ini...memandangkan waktu reunion nanti belum sampai pun 40 hari pemergian arwah.

So kawan2... aku perlukan nasihat dan pandangan kawan2 ye..apa yang patut aku buat...sebab aku tak mau kawan2 kecik hati dan aku tak mau mak aku pulak terasa hati...

Please....

Thursday, April 17, 2008

Gathering DSK93/95 2008

Korang perasan tak apa yg lain? Sikit jer kelainan tu.. ha..pandai pun... anak sapa la tu..
Yang lainnya hanyalah pada perkataan reunion. Saya tukarkan kepada GATHERING. Amacam ok tak? Bagi saya, gathering perkataan yang tepat bagi perjumpaan kita Mei nanti.

OK. Ni ada info terkini pasal gathering kita nanti. Sesiapa yang turut serta, terima kasih diucapkan. Penyertaan anda semua amat bermakna. Bagi yang tak dapat turut serta, diharap gathering akan datang dapatlah kiranya meluangkan masa bersama.

Baiklah, semua kami dah uruskan untuk gathering nanti. Penginapan, makanan dan aturcara. Basically tak de apa-apa program yang khusus pun. Kalau ada yg dulu terkeruh, boleh jernihkan semula. Kalau dulu ada tertawar, boleh dimaniskan semula. Kalau yg dah manis, kita kenang-kenang semula. Janji gathering nanti dpt mengeratkan lagi tali persahabatan kita semua.

T/hari sabtu kita check-in dan pada petangnya akan diadakan satu mesyuarat untuk semua. Mesyuarat ringkas untuk membincangkan halatuju (cewah..halatuju. mcm conduct EGM meeting pulak. Ahaks..). Mesyuarat ni nanti kita akan bincangkan apakah program-program yg boleh kita adakan akan datang.

Kemudian, pada malamnya, kita akan adakan BBQ dinner. Insyaallah... harap-harap tak hujan. Nampaknya pengantin baru kena ler bawa baju buruk untuk dicampak atas bumbung hotel tu. Petua hindar hujan. Hehehe...

Pagi keesokan harinya, Ahad, kita akan bercanda di tepi pantai. Makanan kami akan sediakan. Then, t/hari check-out.

Oh ya, memandangkan isnin tu public holiday, saya sekeluarga bercadang untuk stay 1 more night lagi. So, ada sesiapa nak join?

OK. Next bab money..money..money..!
Buat permulaan, kami akan collect RM200/family. Ini termasuk charge penginapan (ikut jenis bilik yang telah disahkan haritu) dan yang selebihnya untuk makanan. Tapi bagi member yang stay hotel lain, kami akan charge untuk makanan saja nanti. Charge untuk makan/kepala dewasa sahaja, anak-anak FOC.

Jika ada lebihan atau tambahan, kami akan collect di sana. OK? Nanti kami akan bgtau apa no acc untuk korang bank-inkan..

Secara ringkas gathering kita nanti saya akan publishkan di next posting. Kalau ada apa-apa pertanyaan, sila hubungi saya, atau post jer kat sini…adios.

Tuesday, April 8, 2008

ECHA BIRTHDAY




HAPPY BELATED BIRTHDAY

TO ECHA 1 APRIL 2008

Moga dirahmati Allah selalu.


p/s : sorry la terlewat 8 hari...hehe
Klinda Penang

Monday, April 7, 2008

Jadilah Wanita yg Paling B.A.H.A.G.I.A


Jadilah Wanita yang paling B.A.H.A.G.I.A....
Bahagia terlalu subjektif sebenarnya.... lingkungan bahagia itu luas ertinya, bergantung pada diri sendiri bagaimana bahagia itu ditafsirkan... Untuk semua saya mendoakan kebahagiaan, dari dulu, kini dan selamanya.... dunia dan akhirat.
Adios!

Tuesday, April 1, 2008

GILA KUASA ..............

Alhamdulillah dgn sekali lafas aku sah menjadi isteri kpd Harun Abd. Kadir.............
JOM MINUM...........

saat yg aku tunggu.............lega rasa dpt minum air..............panas giler aritu..........

outdoor kat tasek pasir gudang sebelah masjid jamek.............atas paksaan mak andam & camerawomen..........layan jerlah


GERAM TUL............MAKAN LAUK YG PALING DEKAT NGAN AKU JER.............RUGI2......

ANAK2KU ALIF FARHAN & FATIN ATIQAH

NGAN MAK AYAH,ADIK BERADIK, SEPUPU & MAKCIKKU

NGAN MAK & AYAHKU

GERAMNYA KEK KAT DEPAN NI ............PENGABISNYA DPT RASA SECUBIT YG ABG SUAPKAN, PASTU SEMUANYA LESAP............PIRANA RAMAI ARI TU.......HEHEHHE


OVER BETUILAH BILIK PUN NAK TUNJUK EK..........LAYAN

aaauuuuwww shy2 cat...............


layan jer lah kehendak camerawomen aku ni sok2 tak merasa lagi....................

sepatah kata eta.................melangkah dgn SELAMAT

MERAJUK JAP..........DUK JAUH2, MLM BAIK SEMULA.......HEHEHEHE


ALAMAK KAIN TERANGKAT LAK............SEPOIL TUL LAH


1st TIME CAMERAWOMEN SUH DUK ATAS KATIL .............MALU U, JANGAL RASANYA

SLPS BERSIAP UTK KE MASJID....................BERDEBAR2



Ceh wah ceh wah tajuk aku arini, macam ya ya or je ek. Mmg giler kuasa pun, sbbnya puas aku masukkan dlm satu folder & nak cuba paste tp tak leh, makanya upload satu persatulah jawabnya. Bukan apa semuanya sekadar memenuhi janji pd korang utk menempek gambo2 aku kat blok kita ni.

So, sudi2kanlah menengoknya ya.......................

Kak Mariati