Tuesday, December 30, 2008

YESS!!!

Aku nak bgtau korang. It's a good news! (utk aku jer..)ahaks. tak kira, aku nak bgtau korang jugak.

Aku dah lulus PTK 1!..aras 4! boleh dapat anjakan gaji! yeeeeeeaaaaahhaaaaaa....

hehehhe poyo jer aku ni kan. tp ni berita gumbira bg aku untuk dikongsi sama dengan korang. mana tak gembiranya sbb mmg tak sangka aku boleh dpt aras 4 setelah cubaan bertama hanya dapat aras 3 jer. Masa ambik exam kali ke2 tu pun mmg aku tak confiden langsung. lgpun bila aku semak semula lepas exam tu, banyak plak yg aku tau salah. so bila result keluar dpt aras 4. mmg satu kejutan bg aku la. Thn depan boleh cuba PTK2 plak. hehe

Wednesday, December 17, 2008

Merayu Bantuan

Aku terpanggil untuk post kat sini apa yang aku reply kat member aku. Bukan nak tunjuk baik or anyting. tp atleast ni pendapat aku bila bab derma menderma ni. Nak tulis semula kat sini dlm topic yg sama malas. hehehe so aku copy paste kat sini je lah.

Member aku nak tahu lebih lanjut pasal detail bil dlm email merayu bantuan yg aku fwd kepada ramai kawan-kawan lain. Asalnya aku pun dpt email tu dari kawan lain juger..so ni pendapat aku. Apa pendapat korang bab derma menderma ni?


"Oh ye ker? nath pun tak perasan sbb main fwd dari kengkawan jer. nak buka attachment tu malas. Tp td nath dah tengok skit bil 03 ngan bil 04 yg ada penyata statement tu. agaknya tu nak bg contoh bil tak? ye la, apa yang nath tahu, biasanya org yg sakit jantung or penyakit kronik lain ni bukan sekali operate terus baik. kdg2 6,7 kali operate pun tak baik2 jugak, kalau dah dpt jantung baru pun, ubat kena makan seumur hidup, f/up tu mmg kena sentiasa la.

Gomen pun tak tanggung semua kos kalau staf sakit. ada certain item yg kena bayar sendiri. inikan pula swasta.

dlm bil statement tu pun ada yg bil dari 2002 tu. banyak kos perubatan ni kak. GL tu maybe company cover, tp kalau bil dah banyak, mungkin dah abis entitlement tak? kalau sykt swasta biasanya ada limit/yr kan? mana ada sykt bg GL tak de limit. nak plak bil kat IJN. mahal kos2 rawatan ni. nath dah xperience kakak ipar nath dptkan rawatan canser sekarang. tu kat gomen hospital tu. sekali jumpa doktor jer dah $100 melayang. tu tak masuk apa-apa rawatan. jumpa jer. kalau ada ubat, ada rawatan, kdg2 sekali buat $1000 abis. sebulan plg tidak 3x jumpa doktor jer. Tu nasib baik kak ipar lain tolong duhulukan sebelum dia claim balik dari kwsp ngan socso. tu pun kalau ada caruman 2-2 tu.

Kalau org bergaji kecik or keje sendiri mmg suffer kena mcm ni kak . Ni masa diorang, time kita nanti? tak tau apa cerita pulak kan

Apa yg kita boleh bantu, bantu la. kalau sangsi, yg cara-cara email ni, tak yah bagi. or siasat dulu kalau rajin. tak dpt bg duit, dpt tlg sebarkan mcm ni pun jdlah. mungkin ada insan or hamba Allah yg nak menderma. Yg penting niat kita ikhlas. Yg meminta tu bohong ke tipu ker, tu hal dia ngan tuhan. Tp nath kalau melalui email ni mmg nat selalu tlg fwdkan jer. kalau jumpa tepi jln, org org dtg minta, or mmg tahu dari kawan2, hulur gak apa yg termampu jer. Niatkan jer sedekah. yg lain tu berserah pd tuhan je lah. Dia yg maha mengetahui.."

Monday, December 15, 2008

Jumpa member

Ahad semalam. Marinah R datang Shah Alam. Dia bawa anak2nya berjalan-jalan cuti sekolah. Hari ni program diorang katanya ke sunway lagoon. Wah sure best giler mandi manda kat sana kan...

So, sempena kedatangan Marinah. Icha dan aku jumpa dia kat S/A Mall. Marinah belanja pizza hut. makan-makan sambil sembang-sembang. Anak aku suka usik anak Icha.Nangis2 dibuatnya budak tu. Anak Icha tak sihat semalam. tu yg moody jer.

Lepas tu, icha singah rumah buruk aku. Kat rumah ada permainan, baru anak Icha nak senyum sikit. Budak mana yg jumpa mainan tak senyum ek.hehehe

Tuesday, December 9, 2008

Happy Belated Birthday utk Nathrah.

Salam buat semua especially Nath,

Aku nak wish happy belated birthday buat Nath. Maafkan aku sebab terlupa sebab aku memang pelupa. Semoga Nath dimurahkan rezeki, dipanjangkan jodoh dengan Man dan hidup bahagia selamanya.

Salam sayang dari aku.
Marina

p/s: Hari ni Selasa (9.12.08) sampai Ahad (14.12.08) aku ada kat Tmn Medan, PJ.

Friday, November 21, 2008

Fun Activity

Tadi. Tengah hari. Lunch time. Aku p beraerobic ngan bersama pihak pengurusan. Free. hihi.

Saja jer, since ada office mate yang mengajak kan. Tak ramai. ada la dlm 20 org kot.Bayangkan ek. Last aku buat aerobik workout ni, 15 thn yg lepas kot. sendiri mau pk la brapa lama punya lemak yg aku simpan. huhu

Td. Mula-mula buat gerakan poco-poco. aku yg 1st time belajar step ni, terkial2. terbelit2. last sekali aku main hentam je la labu. Janji aku gerak. Habis 1/2 hr gerakan poco-poco, terus sambung ngan hard workout. Mak ai... semua xtream ler bg aku yg 1st day baru nak gerakkan otot2 aku yg dah keras ni. Tak sampai 15 minit aku dah pancit. lagi tinggi instructor suruh angkat kaki, lagi slow aku bergerak. Naik sejuk kepala aku mcm nak pitam. Serender.

Ingatkan aku sorang jer, rupanya dah ramai yg menyandar kat tepi dinding ha. hehehehe.

Tak kesah ler, yg aku sure, mln nanti mmg aku tidur tak sedar diri punyalah. hahaha

Wednesday, November 19, 2008

Gambar baby baru Marina












Gambar anak2 dara aku.. (pilih jer yg mana satu nak buat menantu.. tapi nak bagi peringatan.. semua garang2 wooo.. mcm aku gak.. hehehehe)

Tuesday, November 18, 2008

Marina dah mai keje dah....

Salam bollywood... hehehe..

Ni ha.. aku dah mai keje hari ni bersamaan 18 Nov. 2008 selepas cuti 2 bulan. Cuti 2 bulan tu sungguh nikmat.. boleh bangun lambat tiap-tiap hari. Tapi celik-celik jer bijik mata terus buat keje sampailah malam buta. Maklumlah anak dah 4 owang.. (banyak tuh).

Terima kasih kat semua kawan-kawan atas hadiah yang korang sumbangsih kan... Nanti ler aku post gambar anak baru aku (itupun kalau aku rajin download).

Kepada kak Nita, tahniah dapat anak baru. huhu... tak sangka cpt tul dapat anak no...

Kak Linda, tima kasih lah ulang alik rumah aku sebab hadiah nyer pasal. Lepas ni giliran aku pulak.. p/s: CD korea My Girl aku wei.. dah tgk ke belum?

Nath, kalau ada keje kosong kat UM, kasi tau sama aku ok. p/s: aku nak balik PJ!!! uwaaaa!!!!

Icha, tima kasih hadiah tu. Lepas ni giliran ko pulak bersalin.. selamat lah herndaknya yer.

Kak Tie, tlg riki2 keje kot2 ada utk Zam ke.. kitorang ni kemana2 pun takpe.. Johor pun belasah lah.. dah boring dok Penang. (jgn marah aku yer kak linda). Aku ni cpt boring.

Addlin Zainal Abidin gi mana? Senyap sunyi jer dia.. tak abis2 pening lalat lagi ke?

Wokeh.. salam sayang tuk semua..

Monday, November 17, 2008

Happy Belated Birthday!

Happy Belated Birthday Kak Linda - 31 Oct

Happy Belated Birthday Ika - 6 Nov

Happy Belated Birthday Junana - 8 Nov

Happy Belated Birthday Anna -15 Nov

May your birthday give rise to more achivements, more happiness, joy & love to you!

Friday, November 14, 2008

Hello.., it's me again... LoLa

Hihi.. LOLA nak enterframe lagi... jgn mare kenkawan....
Suker dgr citer K.Lin pasal kucing neighbour dia..... kucing ni teman kala suka dan duka. Mostly yang adopted kucing ni... orang yg berstatus 'seorang orang yg sorang' haaaaa lebih kurang arrr..

Mlm td mandikan Lola.. dia sukerrr bebenor mandi ayak panas... pheww lepas ni mummy lola kena pakai water heater laaa kot dlm bilik ayior.... kelas kucing mak.. Nyahhhh!

Pas mandi, kasi blow dry... bulu dia yg kembang tu... humakaiii... amik masa gak laa nak mem'blow' nyerr... but worth it... lepas tu bau wonggiii woooo, kembang bulu dan lembut phewww sungguh mengumbirakan untuk diGOMOL.....

pon! pon!.... sila beri laluan untuk LoLa....


Thursday, November 13, 2008

Meow Meow Meow

Salam semua...

Lama tak menyumbangkan cerita. Biasalah sibuk ngan tugas-tugas seharian. Ari tu den pg kursus kat PD. Hari ahad ni nak gi Rompin, ada wedding member opis.

InsyaAllah, December nak gi Chiang Mai, bukak secretariat kat sana, mebe dlm seminggu kot.

ni nak share yang den dan dapat buah hati baru... huhuhu

Nama dia Lola... persian, smlm bawak gi klinik coz dia sakit mata dan selsema..... letih duk main kejor-kejor ngan lola tiap hari.

Skrang member opis panggey den, MUMMY LOLA............... cesss.. mcm sesuatu jerrr kan nama tu. hehehe

Ok adiosssss

Tuesday, November 11, 2008

Miau...

Woooo sepi sesepinya ek...

Almaklumlah semua sibuk ngan hal dan kerja masing-masing. Yang aku tau, adlin tengah induksi seminggu, Klinda sibuk ngan closing acc. dan fail-fail. Marina ngan baby baru. Dah abis pantang belum? Ana dengan sakit giginya. Sakit lagi ke ko? P ler jumpa doktor, kalau tak bleh buat apa, cabut jer semua, pakai gigi palsu. Nanti boleh jd model iklan gigi palsu. ahaks

Kawan-kawan yang menanti org baru pun bertambah. korang semua dah tahu siapa kan? tak yah ler tertanya-tanya lagi. hehehe

Aku? aku tengah sakit hati tak de bos. bos ganti plak mcm antu..I wish for a new bos immediatly. Dpt yg gentlemen, keje cekap, berkaliber, berkarisma...dpt yg ensem? Bonus tu. tp hopefuly muka ensem, perangai pun ensem. huhu

Cuti sekolah hujung minggu ni dah start. Korang semua dah ada plan apa2 ker? aku tak de apa2 plan kali ni. Fulus tadak. One man income jer sekarang, so kena kemut sehabis mungkin. huhuhu.

Wah..cuti-cuti ni, kalau dpt cuti tepi pantai kan best...dengar bunyi ombak, pokok kelapa melambai2 ditiup angin, tengok sunset/sunrise tepi pantai, snorkeling, berendam dlm pool, main pasir halus, cari kulit siput/cengkerang. wah syoknyer!
sesapa ada rumah tepi pantai mcm ni, bgtau ler. kot2 boleh tumpang makan angin. huhu

Friday, October 10, 2008

SELAMAT HARI RAYA


Assalamualaikum..sume.

SELAMAT HARI RAYA..JEMPUT DATANG RUMAH..BILA-BILA MASA.

SORRY TAHUN NI TAK BUAT OPEN HOUSE..BUDGET CIPUT..HE HE


LOVE..SHANANA

Wednesday, October 8, 2008

Jangan bank in ke MAYBANK!

Memasing tengah mood raya lg ek. Ni mesti tengah kira duit raya anak masing-masing kan. hehehe sure tengah congak-congak nak bank in ke acc anak atau nak masuk poket sendiri nih. hahaha

Sebab anak-anak aku dah ada account SSPN, aku bank in ke situ je lah, selalu tu masuk ke akaun ASB aku je. kekekeke

Ni aku nak tanya ni. Sesiapa ada bank in duit kat aku? RM60.00 pada 26/9/08 ke maybank acc aku. tolong bgtau aku ek, sbb samada aku dah lupa bila org tu bgtau, atau aku mmg tak tau langsung. hehehe maklum lah, makan rendang, ketupat banyak sngat. lupa semua. hehehe

Lagi satu. aku nak bagitau korang. JANGAN bank in duit ke acc MAYBANK aku lg ek. sebab aku tak pakai acc tu lagi. acc maybank aku tu dah tak aktif sebab aku dah hilang buku dan kad atm. nak dpt replacement punya la mcm2 caj depa nak impose kat aku, nak tutup pun nak caj aku gak. Last aku biarkan jer acc tu inactive.

So lepas ni, jgn bank in kat maybank lg ek. sapa yg masih bank in ke maybank, nanti aku caj denda RM10.00 tau. transfer caj untuk ke CIMB acc aku. kekekeke cekik darah tuuu..


wassalam...

Monday, October 6, 2008

Belum Terlambat Untuk Mengucapkan Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya....

Rasanya masih belum terlambat untuk Zury dan family untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.


Monday, September 29, 2008

Salam Lebaran

Kampong halamanku

Kepada geng DSK dan pensyarah2,
Selamat Hari Raya AidilFitri. Semoga raya tahun ni disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah. klinda ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita.
Berhati-hatilah dalam perjalanan. Ingatlah keluarga yang tersayang.


Klinda, Hamid dan Najwan


Message dari Marina Mustapa :
Marina dan famili ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang diberikan untuk baby baru Nor Alyssa Damia. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin sepanjang persahabatan kita semenjak tahun 1993.


Marina, Zam, Atikah, Atirah, Atasya dan Alyssa

Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA UTK SEMUA TEMAN2 DSK

Assalamualaikum semua

Wah semua sibuk menghantar ucapan hari raya, aku gak yg tertinggal. Bz memanjang jer minggu ni, maklumlah nak cuti lama. So, kesempatan ni diambil utk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin, klu ada termakan dan terminum harap dihalalkan........Kak Tie

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya...

Assalamualaikum w.b.t..

Rindunya kat korang sume..sorry laa dah lama tak join. Tapi lebih banyak jadi pemerhati aje..Aku agak korang sume mesti dah ready nak sambut hari raya ni..maklumlah lagi 4 hari aje to go..

Bagi aku taun ni biase2 aje.. sama cam k.ita juga baru kehilangan seseorang (bapa mertua)..wlwpun bukan darah daging tapi tumpang bersedih juga.

Eeh..nath ..ko mesti bizi yek skg nih..banyak tempahan dapat?..tu rezeki raya. Baju raya ko sefamily dah ready ke?..aku punya lom lagi. Masih menjahit lagi..Apsal taun ni tak post fesyen2 terkini baju raya..

Untuk pengetahuan kengkawan..taun ni selain jahit baju..kita dah ada cabang hobi lain lak..buat hamper raya..ala sikit2 jer. Buat permulaan aje..

Barang-barang ni aku import dari Air Hitam..mse balik kg dulu..kebetulan opis punya hamper Boss aku tak nak yg biase2 beli supermarket.. dia nak yang classic skit..so aku pun mengasah bakat yang dah lama berkarat ni laa..amacam ok tak?

Any way kat sni aku pung nak wish kengkawan sume Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin..Tata

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan. Terlebih dahulu saya nak minta maaf kerana dah lama tidak bergiat aktif di sini............... cewah!.. skema kan ngeh ngeh ngeh.

Kebizian saya sangat mencapai tahap melampaui angkasa.... errr kelentong jer tu... Tp mmg bizi pun.... sebab uols tau laaa... wa ni kat external relations dptment... jadi terlalu byk hubungan luar yang halal terpaksa dibuat........... haaaaaa gitew.

Ni pun.. boss tarak gi Nyork. Naik raya nanti... duk seminggu... boss gi Bgkok plakss. Wa tak rehat sangat time boss tak der... sebab boss suwuh update mcm2 time dia tak der... agak-agak surat penting.. sumer kena scan pehtu.. email kat dia....

Pastu aritu kejab ada krisis umahtangga plak antara wa ngan boss sampai tahap wa confront dia tauuuu.... mencii!! Korang pepaham laaa.. boss wa ni bangsa asing... fomfuan plak tu kannnnn.... tau tak fe'el fomfuan cam ner? menciii mak tau uols.... Tp skrang dah ok dah... nak menapos laa tu!

kannnnnn... dah kurus pahala poser ari ni... ngeh ngeh ngeh

Ok lah... raya ni wa raya kat Kontan... biasak laaa kan. Lin tolong ckp ngan org Kontan... jgn masuk Kontan ari Senin ni, sebab wa nak settle byk urusan ari Senin... kang jam plak Kontan tu... tak suker arrrrrrr (ces mementang duk Putrajaya tak jem)

Esok balik Kontan... sesiapa nak dtg umah, dipersilakan dgn segala hormatnya.... tp kalau nak dtg, tefon dulu tau.......

Raya tahun ni sederhana sahaja, sebab arwah ayahanda baru je pergi, 8 Oktober ni genaplah 100 hari arwah pergi. Jd tahun ini rutin hari raya akan berbeza seperti tahun-tahun sebelumnya.

Dulu masa arwah ada, lepas jer balik dari Masjid.... kami adik-beradik terus jerr pergi rumah arwah, walaupun kami dah makan awal ngan mak.. tp tak laa sampai kenyang.. sebab lepastu kami gi umah arwah plak untuk makan bersama.

Cenggitu laa rutin saya sejak dulu..... arwah ni hanya tunggu masakan mak saya je. Jd apa saja yg arwah suka masak, biasanya mak saya tetap akan masakan atas permintaan anak-anak.

Mungkin saya akan ke Terengganu mengziarahi pusara arwah, tp semua bergantung pd keadaan memandangkan byk lagi barang-barang arwah yang terpaksa saya uruskan. Barang-barang arwah skrang 'park' dkt umah mak, so.... mebe raya ni kami amik kesempatan untuk berbahagi barang-barang tersebut.... hermmmm

Di sini saya mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap saya dari dulu, kini dan selamanya. Jika ada termakan dan terminum dan segala mcm terrr lagi, juga harap maafkan saya.

Saya tak buat rumah terbuka (Putrajaya) pd thn ini, namun kedatangan rakan-rakan semua amat-amat dialu-alukan. Kalau nak dtg berkonvoi.... pun dialu-alukan, tp dgn syarat tefon awal tau.....

Semoga rakan-rakan semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan dapat merayakan hari yang mulia ini di samping keluarga tercinta.

Salam hormat,


Thursday, September 25, 2008

Wednesday, September 17, 2008

Ahli Keluarga Baru

Salam
Untuk pengetahuan semua, Marina selamat melahirkan seorang baby girl petang smlm 16 September 2008 pada jam 5.05 petang. Semoga dia cepat sembuh. Rasanya dia masih kat spital tu. TAHNIAH untuk Marina dan Zam, 4 orang anak dara depa. Duit hantaran masyuukkkkk....$$$$
Nath....kita dah dpt anak sedara baru, ko bole la buat apa yg patut....kekekeke

Klinda
(Ps: weii ari ni Nuzul Quran, tapi kompeni gua keja...huk huk)

Tuesday, September 16, 2008

Siapa ni? kenal tak?

Ada org add aku as friendster dia. aku accept jer. aku kan friendly... (ye ye or jer..)

bila aku view balik friendster tu, aku perasan org tu mcm aku kenal, tp macam bukan. Eh kenal kot?

Korang boleh bgtau aku tak siapa ni? Ni gambar yg aku extract dari album org tu.

betul ke dia kawan kita yang langsung tak de kabar berita tu...?

Thursday, September 11, 2008

1/3 Ramadhan

pejam celik pejam celik dah 11 hari kita puasa kan. dah 1/3 Ramadhan lepas. tinggal lagi 2/3. Harap-harap kita dapat terus berusaha menambah amal ibadat di bulan yang mulia ni.

Kalau p shoping2 complex, dari 1st week puasa pun dah penuh ngan mcm macam jualan kuih dan baju raya. Weekend lg la, bersesak-sesak sampaikan nak memilih pun hilang mood. Nasib baik ler aku thn ni tak siapkan apa sngat. Apa yg boleh pakai lg tu, pakai je lah. Perbelanjaan berhemah la katakan. Kan pak lah kata ubah gaya idup..kekeke budget tak cukup sebenarnya.

Hari ni tetiba teringat nak berposting ni pun sbb pg td dengar topik di radio Era pasal blog. Teringat blog kita yang dah mula sepi dan suram ni.

anyway, pagi ni aku kalut baca buku. Nak exam katakan. ni kali ke 2 aku ambik exam PTK. kekekeke otak dah bersawang la. Sekali ambik tak dpt aras 4. tak puas hati tul aku.

dah la. nak p dewan exam. ada 1 topik aku tak baca lg. apa pun wish me luck ek...

chau

Friday, August 29, 2008

Assalamaulaikum sahabat2ku

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan, '' Ya Allah abaikan puasa umat Muhammad, apabila
sebelum memasuki Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yg berikut:-

* Tidak memohon maaf kepada kedua org tuanya (jika masih ada)
* Tidak bermaafan antara suami & isteri
* Tidak bermaafan dengan org2 sekitarnya

Maka Rasulullah pun mengatakan amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita membayangkan, jika yg berdoa itu adalah malaikat dan yg mengaminkannya adalah Rasulullah dan para sahabat dan ia nya dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu sy terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan baik yg sengaja atau yg tidak disengajakan. Semoga kita sama2 dapat menjalani ibadah puasa dengan kusyuk, dibekati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyakallah..........

Selamat Berpuasa
Wassalam.................................Kak Tie

Monday, August 25, 2008

New Poll!

Aku dah buat poll baru since Marina happening dengan PRK Permatang Pauh, meh kita vote/teka siapa menang kat sana esok ek. Sila la undi. Anda-anda yang tumpang membaca pun boleh undi gak. No hal punya.

OK, dari poll yang lepas, apa sumbangan akan kita berikan dari tabung DSK kita ni, keputusannya adalah serti berikut:
  1. Khairat Kematian (RM100.00)
  2. Kelahiran bayi baru (RM100.00)

Buat masa sekarang, 12 ahli telah bersetuju untuk menabung dan 2 sumbangan khairat kematian telah disumbangkan. Nampaknya Marina bakal menjadi penerima sumbangan kelahiran bayi baru pertama! dan setahu aku, thn depan ada 2 lagi penerima!

Meriah di Permatang Pauh

Assalamualaikum..

Aku rasa aku beruntung sebab dapat menyaksikan hari-hari bersejarah dan perkara-perkara yang berlaku di Permatang Pauh (mengalahkan hari rayo puasa, hindu dan cina). Rumah aku memang terletak di kawasan Permatang Pauh iaitu berhadapan dengan Politeknik Perai. Tempat keje aku iaitu Majlis Perbandaran Seberang Perai secara langsung memang ada terlibat dalam pilihanraya tersebut. Bayangkanlah setiap hari biasa jalan yang aku lalui tak pernah jammed tapi semenjak nak dekat pilihanraya ni jalan sokmo jer jammed. Tambah pulak lagi dengan pembukaan Jaya Jusco baru yang memang menjadi tempat orang berpusu-pusu membeli belah macam semut. Terlalu banyak plat no. kereta-kereta luar di jalanan. Meriah sungguhlah di Permatang Pauh tapi aku tak mengundi di sini sebab aku tunggu balik PJ nanti baru nak mengundi. Nanti bila-bila aku tangkap gambar untuk tatapan korang ek.

By the way, aku ni tinggal lagi 21 hari nak bersalin. Doakanlah aku selamat bersalin sebab aku takut dah 5 tahun takde anak kecik. Chow my fren....

Thursday, August 14, 2008

Mendung jer...

Pesanan penaja: Sebelum baca entry ini, pastikan anda betul-betul ada masa lapang. Pastikan semua ganggang talipon anda diangkat bagi memastikan tiada gangguan.

Kat luar opis aku ni terang menderang. Panas terik la org kata wpun baru pukul 10.30 pagi. Yang mendung dlm internet ni ha. Dlm blog kita ni. Mendung jer... tp biasa la fenomena ni. Hukum alam. Ajal maut ditangan tuhan. Dekat-dekat Ramadhan ni, berita-berita kehilangan ahli keluarga, sahabat handai, kenalan mmg banyak. Kita sedekahkan Al Fatihah pada mereka.

Tp mendung bagi aku lain pulak. Mendung aku ditimpa malang. Tu lah, aku ni baik hati sngat.(ye ker?) Mudah sngat nak kesian kat org kan. Tp org tak kesian kat aku pun. Tak peduli pun.

Panjang sangat intro aku ek. Ok, back to main point aku nak post hari ni. Aku nak citer pasal pengalaman aku masuk court. HAH! kan betul, aku penah ckp C U in Court!.

OK, citernya gini. Kena la flash back skit kan supaya korang phm asai usul citer aku ni.

10 thn yg lepas, aku jd penjamin kepada member pejabat aku. Setelah dipujuk rayu, dibuat pertimbangan, dan segala benda yg ptt dipkkan, aku pun setuju jg penjamin. Banyak jugak pinjaman yg lahabau ni mintak. (Aku panggil dia lahabau sekarang sbb dia sanggup buat aku mcm ni. dah tak layak dipanggil member.). Aku setuju sbb aku yakin lahabau ni tak buat onar. Rupanya tidak, apa yg paling ditakutkan oleh semua penjamin telah terjadi pd aku.

Drag punya drag kes pinjaman ni, lastnyer hujung bulan lepas, Julai aku terima surat sebutan kes dari lawyer bank. So, aku telah pergiatkan lagi langkah untuk mengesan mana peginya lahabau ni. Semua contack no yg aku ada semua not in svc, aku tepon gak penjamin ke 2, pun uncontacted. Aku manage cakap ngan mak penjamin ke 2, tp tak manage dpt latest contact no. Alasan: Tak tau no hp anak dia. Logic tak? tak per, aku sabar lagi. Aku contact pulak member2 lama yg mana ada. Mana tau depa tau mana lahabau tu. Lastnya, alhamdulillah, dlm banyak2 tu, aku managed dpt contact no dia. Dpt ckp dengan dia. Rupanya dia di Sabah. Tak keje dan dok belajar ilmu agama kat pondok di sana. Wallahualam lah.

Bila dah dpt contact tu, aku mintak tolong dia buat apa yg ptt. Dan lahabau ni janji dia akan minta abg dia tolong sattlekan hutang dia tu. Dia kata abg dia outstation ke overseas, lg 2 weeks balik. OK. next 2 weeks tu aku follow-up, dia kata pulak abg dia kat jakarta, lusa balik. OK. aku tunggu lusa. Lusa tu hari isnin smalam lah. Hari isnin, aku call dari pg utk f/up, tak angkat, sms tak jawab. Biasanya sms dia cepat jawab. Satu hari aku cari, tak dpt kesan. Petangnya, aku dpt sms. Lahabau ni marah aku pasal dok sms/tepon dia. Aduh.. aku rasa aku yg ptt marah dia, ni terbalik pulak, aku yg kena marah. Akhirnya aku mmg frust betul. Mmg betul2 frust, bila kawan mkn kawan mcm ni, tak sangka org boleh ambik kesempatan atas kebaikan/lembut hati aku ni.

Dalam pada tu, aku dah call bank. Buat apa yg patut dan f/up dengan bank mcm mana jalan penyelesaian. Lgpun, kebetulan pula aku nak ambik loan tak boleh sebab nama aku dah black list sbb kes lahabau ni.. So dalam pada bincang2 tu, bank adv aku. Nak ambik loan boleh, tp duit loan tu diorang akan tolak dengan amount hutang lahabau ni. Klau mcm tu apa guna aku ambik loan untuk bayar hutang org. Betul tak? Tp sebab aku mmg nak pakai duit, aku tanya ada cara lain tak? Bank bagi satu cara lagi: Minta pelepasan sebagai garentor. Kalau mcm kes aku ni, mungkin aku kena bayar 1/3 dari baki pinjaman. Aku pun ingat nak pejam mata je la buat surat mintak pelepasan sebagai garentor. Sbb aku pk kalau 1/3 dari baki pinjaman lebih kurang +-6K. Bukan mampu bayar, tp terdesak, boleh la aku tebalkan muka untuk pinjam org dulu sementara nak dpt loan tu.

Peh tu aku f/up pula ngan bank pasal pelepasan tu, outcome dari bank mengejutkan aku. Dari estimation +-6k tu, dah jadi 11K plak nak kena bayar. Dah double amount. Bila aku tanya naper banyak?, officer bank tu kata ada la cara pengiraan yg diorang gunakan. so, dpt la amount tu. Bila aku mintak detail, dia kata tak boleh sebab tu urusan bank. Mana boleh mcm tu, aku garentor, aku ada hak untuk tahu detail. Lagi satu, dia officer bank, sure dia banyak pengalaman urusan mcm ni, kalau tahu apa cara pengiraannya, pasti dia boleh agak dari baki pinjaman banyak tu, brapa yg akan aku kena bayar kalau aku mintak pelepasan. Kenapa dia hanya cakap +-6k jer? Pelik kan?

Aku kecewa betul dengan bank. Lastnyer aku ckp, kalau banyak mcm tu, mana aku mampu. Nak jelaskan yg +-6k tu pun aku pinjam sana sini, inikan pula amount banyak tu. Org pun takut nak pinjamkan pada aku. Aku nak pinjam dengan org pun tak brani.

So, 13/8 smalam, aku cuti sbb nak p mahkamah kes ni lah. Sebelum aku cuti tu, aku tepon kawan2 kita yang rapat. Tanyakan siapa ada pengalaman p court mcm ni. Aku nak tau apa protokol dan apa tip2 yg boleh membantu aku. Alhamdulillah. Member2 semua banyak bagi sokongan moral pd aku. Sekurangnya aku tau ler apa nak jawab nanti. Tp aku la pulak takut. Sbb aku ni bukan nyer cerdas sngat berpk bila kena jawab onthe spot ni, nak pulak depan audience yg tak dikenali, mahkamah pulak tu. Gementar seh... dah seminggu aku rasa mcm nak terkucil jer. Dah tu aku kena p sengsorang plak tu. huhuhu... takut...

Pagi smalam, aku cuma pakai baju kurung biasa, tudung biasa tak de lip lap batu kristal, bawa handbag mengkuang jer (ni tip2 kengkawan la ni).aku sampai paling awal kat mahkamah. Dah dekat kul 9 pun mahkamah belum buka lagi. Teruk betul. Sebab ni 1st time aku p mahkamah, aku tertanya-tanya dan tercari2 la. Mana satu ler bilik yg aku nak masuk, katanya bilik 1, tp yg ada cuma bilik 2,3. Ish rupanya kena tengok kat papan kenyataan tepi bilik tu. Kat mana ada no rujukan fail mahkamah kita, kat situ la kena masuk.

So, masa dok kat kerusi luar bilik mahkamah tu, aku nampak ler sorang mamat ni, rupa mcm lawyer, so aku pun tebal la muka p tanya. Mmg betul lawyer, so dia adv ler aku, masuk dlm nanti, jumpa interpreter (entah betul ejaan ke idak, abaikan lah ek) tu, daftar kehadiran/kes then tunggu je lah dipanggil. Sempat gak ler tanya apa yg patut aku buat bila kes mcm ni. Bila pintu bilik mahkamah tu buka jer aku pun masuk la bersama-sama dengan lawyer2 yang lain. Wah...masa ni rasa bangga la pulak sebab boleh berdiri berbaris sama lawyer yg lain. hampeh ...

Dalam kul 9.30 pagi tu baru ler aku dpt jumpa dengan lawyer yang handle kes aku ni. Bila dah jumpa tu baru aku tau rupanya, bulan Mei hari tu dah dapat surat saman untuk dptkan perintah mahkamah untuk kes ni. Peliknya, mcm mana aku tak dpt surat apa-apa pun. padahal aku dengan bank sentiasa berhubung dari dulu. semua contact no aku depa tau. So bank dah dpt perintah mahkamah untuk proceed mintak utang melalui lawyer. Sepatutnya sebutan kes semalam untuk penghutang saja. Jd, aku sebagai penjamin tak perlu hadir. Kalau aku hadir pun, tak de apa2 yang boleh diambil tindakan terhadap aku.


Fuh! aku tarik nafas lega dalam selut semalam. Tak payah kena bicara. tak yah jumpa hakim, tak yah jawab soklan depan semua org. Huh! lega. Hilang nerves aku.Tapi...soon or later, kalau bank tak dpt kutip hutang dengan peminjam, mmg depa panggil aku lg sekali masuk mahkamah. alahai.... lemah semangat aku bila kena aniaya mcm ni. Dengan kawan pulak tu..sakit hati tul!

Jadi, sebab aku dah ambik cuti, sebab aku nak ubat hati aku yang kuciwa ni, smalam aku ronda-ronda sengsorang. Mula-mula aku round komplex, p buat facial, rebonding. abih kul 4 ptg, aku p gulatis pulak cari kain nak buat baju raya. Tp frust, kain yg mcm aku nak tak de kat situ, lastnya masuk supermarket, beli mee kuning. Balik masak mee hailam sebab aku dah lapar sangat. Badan dah gigil-gigil sebab dari pagi aku tak makan mender sbb takut nak masuk mahkamah!

Ok. tu la cerita aku. Untuk kengkawan yang pagi-pagi lagi dah ym aku nak tau cerita, haaa, penat korang nak baca kan? bayangkan lah, kalau aku citer kat korang melalui ym tadi tu, Fuh! mau bengkak jari aku. 5 org tanya, 5x nak kena cerita. haaaa penat woooo silap2 aku salah citer plak. ahaks...

Tp aku ucapkan terima kasih banyak-banyak atas sokongan moral yang korang berikan. Terima kasih juga sebab concern/prihatin atas nasib malang aku ni. Mmg bertuah aku dapat kawan-kawan macam korang ni. so... kalau aku nak mintak tolong korang jd penjamin loan aku nanti, boleh tak? hahahhaa

Tu lah ceritanya.. Moral of the story: Kalau bab duit, jgn percayakan org, hatta 'teman sebilik' pun, adik bradik ker..smalam ada abg tu kena saman saman sebab anak buah tak bayar loan. kesian kan? Hati-hatilah..

Wednesday, August 13, 2008

Aku nak bercerita lagi.............

Assalamualaikum semua

Memandangkan ruangan blog kita ni dah lama menyepi, so aku dgn gatal tangannya cuba memecahkan kesunyian blog kita ni ya......kali ni masih ngna cerita sedih lagi, bukan apa, klu dak aku pun dah kering idea tp memandagkan aku baru jer menghadapi saat kematian sorang lagi ahli keluarga, maka kira2nya aku ni tgh ada ideal lah ni apa yg nak diceritakan......

Gini citernya......ceh mcm ya2 jer aku ni. Pada hari Jumaat lepas (08.08.2008) kul 9.30 pg kat ofis tgh meeting aku dpt panggilan mengatakan pakcik aku meninggal (Isteri arwah adik bungsu sebelah ayah).
Pakcik aku ni tgh menghadiri kursus utk Guru2 Besor kat Genting.....

Menurut citer kwn2nya pada hari Khamis mlm dia org ramai2 kuar g mkn(termasuklah pakcik aku ni), balik bilik (+-) kul 9.30. Besok pg dia org tgk pakcik aku ni tak der masa sarapan sampailah bila class dah mula pun dia tak der. So dia org start bukak bilik dia dgan pihak Hotel.

Bila dia org bukak bilik, rupanya dia elok terbaring atas katil tp kat tangan ada gengaman pil, (arwah mmg ada sakit darah tinggi) mungkin arwah ni tak sempat nak makan. Air milo dan biskut pun ada lagi atas meja blum sempat minum. Dia org anggarkan sekitar 11 ke 12 mlm dia meninggal. So adik aku yg kat KL lah uruskan bawak balik jenazah ke kg (Jasin, Melaka).

Nak dijadikan cerita aritu majlis kenduri sepupu aku (anak pakngah aku, ). So korang boleh lah bayangkan camner hebatnya kelam kabut kita org aritu. Dpt jer cal kita org ngan pakngah aku sekali trus cabut ker umah arwah. Duk umah arwah smpi kul 4 ptg (sempatla 2 kali wat majlis tahlil kat umah arwah) trus kita bertolak g umah pak ngah balik. Tgk2 apa yg blum settle, nasib baik ada jiran2 dia yg uruskan dgn adik-beradik isteri pakngah aku dr Muar yg uruskan umah dia.

Si sepupu aku ni kau tak yah ckp lah dah nak pitamlah, dgn tak makan........penat dr hari sebelum majlis, terperanjat dan mcm2 lg. Last2 muka yg bersolek pun nampak suram jer, tak sempat pun nak bersanding2. Semuanya tinggal bontang jer wat apa yg wajib jer. Semua dah tak kisah lagi dah.

Mlm lepas maghrib kita org wat tahlil lagi sikit kat umah pakngah aku ngan berbekalkan apa jer balance lauk pauk majlis yg tinggal, dlm kul 9.30 (masih ada org lagi yg tgh mkn) kita org tinggalkan jer umah sekali lagi dan bergegas ke umaha arwah semula lepas dpt cal dr adik aku yg mengatakan dia dan jenazah dah tiba kat alor gajah. (jarak umah pakngah dan arwah ni +- 35 km) Alhamdulilah semua dpt jumpa. Dan Mak busu aku ambil keputusan utk kebumikan jenazah suaminya mlm tu jugak memandangkan arwah dah meninggal dr mlm khamis lagi. nak tunggu sok pagi sian mayat. So, settle semuanya urusan kebumi (+-) kul 12.30 mlm.

Tu lah citer yg dpt aku kongsi dgn korang semua. Moral of the story kita hanya mampu merancang Tuhan juga yg menentukan.......Majlis kenduri bercampur kenduri arwah......apa nak buat semua atas kehendakNYA juga.........Ceh sesekali dpt berckp pjg nor aku membebel ya, sian koran larat tak laratlah nak membacanya........Ok, Akhir kata pecah kaca pecah gelas, dah baca harap balas........hehehhee, gurau jer........Kak Tie

Thursday, July 31, 2008

Kemahiran hidup

Amacam? cun tak keje projek kemahiran idup aku ni? mcm subjek budak sekolah ek. Hehe... ni lah hasil kerastangan aku nih. Budak baru belajar katakan... herot petot. sampaikan ada member tu, memula ckp nak suruh aku buat kat baju dia juga, peh tu bila dengar ni baru cubaan kali ke 4, terus suruh aku mahirkan dulu, dah mahir nanti baru dia tempah. Takut baju mahal rosak ek...wakakaka jangan mare...arini aku pakai baju ada manik herot petot...

Tuesday, July 29, 2008

Allah lebih menyayangi mereka... Al Fatihah

Lama tak baca blog. Rupanya di sebalik perkabaran sedih Kak Atie diatas pemergian mertua tersayang, Marinah juga membawakan perkabaran yang sama. Baru pagi tadi mendapat berita dari Kak Linda.

Ayah Marinah kembali ke Rahmatullah pada 25/7 (Jumaat) yang lepas kerana berbagai kompilasi. Takziah kami semua ucapkan kepada beliau. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka. Moga mereka aman di sisiNya..Al Fatihah.

Saturday, July 26, 2008

Mak Mertua pulang ke Rahmatulallah.............

Assalamualaikum semua

Actually sy baru jer naik kerja arnini, pada 23.07.2008 kul 5.45 pagi, sy dapt panggilan tel. dr. Kakak Ipar di Segamat mengatakan emak mertua saya dah meninggal lebih kurang dlm pukul 4.30pagi ari yg sama.

Sebenarnya dlm bulan 4 aritu, mak mertua sy pergi berjalan ke rumah akak ipar di segamat. Duduk sana lebih kurang dlm seminggu dia jatuh kat dapur. Abg dan kakak ipar bawak g berurut, nampak gaya ada perkembangan.....beransur sihat, boleh berjalan mcm biasa, pelik tp tu lah org kata, angin ahmar klu baru2 kena, lebih baik diurut selalu, alhamdulillah akhirnya mak berjalan seperti biasa. Siap boleh berjalan kat kebun belakang umah akak lagi.

Agaknya mmg dah tertulis tu penyakit terakhir sebelum dia meninggal, akhirnya dia kena sekali lagi, jatuh kat dapur gak tp kali ni nasib baik kakak ipar ada, dan dia sempat sambut mak. Lepas drp tu tangan dan kaki mak sebelah kiri longlai lg, ibarat mati sebelah badan lagi.

Hingga lah pada 12/07 tetiba lepas zohor mata mak terpejam dan mulut dah tak boleh bercakap2 lagi. Kami bergegas lagi balik ke segamat......mcm tu lah rutin kami setiap sabtu hinggalah akhirnya mak menghempuskan nafas terakhir pada 23.07.2008 kul 4.30 pagi.


Walaupun sy baru bersama mak mertua, tp ada juga beberapa pengajaran dan tunjuk ajarnya yg boleh sy simpan sebagai kenangan......Masa majlis perkahwinan sy, suami dah kata nak wat doa selamat jer kat umah sendiri tp mak mertua sy berkeras gak nak buat sikit kenduri sambut menantu kat umahnya. Akhirnya hajat dia dipenuhi oleh kakak2 ipar dan abg ipar sy. Walaupun dlm keadan serba ringkas dptlah juga memenuhi kehendaknya. Skang abg2 dan kakak2 ipar sy semua berbunyi padanlah mak sibuk dan beria2 benar nak buat majlis sambut menantu dirumahnya, rupanya dia nak pergi.

Dia pun ada ajar sy camne nak wat Nasi Impit....akak2 ipar sy kata mak terror wat nasi impit.....klu time raya jiran2 yg dekat2 umah mak akan tempah nasi impit mak. Kiranya mak mertua sy ni terkenal ngan nasi impitnya lah bila time raya. Masa sy dtg pd 05/07 aritu dia ajar sy camne nak wat nasi impit tu....ooooo rupanya senang jer, tp sampai ari ni tak wat2 jugak....menantu rajinlah katakan....Masa sy dtg umah akak aritu, ada lori apek jual kain baju tu terpekik berteriak kata ada jualan murah kain baju kat segamat.....kita org terdengar.....pas tu sy ckp kat suami sebelum kita balik PG apakata kita belikan baju raya mak suruh kakak ipar jahitkan. Sy tanya mak, suka baju camner, colour apa tp dia kata tak yah lah susah2 tie, mak ni entahkan smpi entahkan tak, mana tau 2/3 ari lagi mata mak ni pejam, sy pujuk dia sy kata, mak jgn ckp mcm tu, insyakallah ada rezeki kita raya sama2 thn ni. Dia senyum jer, pas tu dia pulak yg ckp ngan sy, buat lah nanti nasi impit yg mak ajar tu,nanti boleh kita makan raya reramai kat sini (Kat Segamat), sedih gak bila kenang kan apa yg mak ckp tu, tp apa nak buat hukumnya dah smapai, kita yg idup ni tak tau lagi bila masanya. Doa jer lah moga2 bila tiba waktu kita segalanya berjalan lancar dan dlm keadaan baik2 belaka....Insyakallah

Semoga mak mertua sy di tempatkan dikalangan org yg beriman dan sentiasa dibwah limpahan rahmatNYA....Insyakallah.....AMIN.....Kak Tie

Tuesday, July 22, 2008

Shhhh...

Mak aku cakap, kalau buat baik jgn cerita kat org. Ada pepatah kata , kalau tangan kanan memberi, jgn sampai tangan kiri tahu. Cam ner tu ek? 2-2 tangan tu kan kat satu badan. Badan yang sama, dan biasanya bila kita memberi, kita gunakan 2-2 tangan untuk memberi. Tangan kanan biasanya yg pegang apa yg nak diberi, dan tangan kiri akan menyokong tangan kanan. Saling bantu membantu ye tak?

Ha... aku simpang skit la dari pesanan mak aku dan pepatah tu yer. Ni sbb melibatkan duit org, so aku terpaksa juga beritahu.

Seperti yg semua telah tahu, Kak Eta telah bawakan perkabaran sedih ari tu. So, seperti yang telah dipersetujui oleh semua semasa gathering yang lepas, dan sebagai salah satu faedah tabung ditubuhkan; selaku pemegang amanah Tabung DSK dan bagi pihak penabung, aku telah bank inkan sumbangan khairat kematian untuk Kak Eta. Semoga sumbangan ikhlas kita yang tidak seberapa ini dapat meringankan sedikit bebanan keluarga Kak Eta dan diberkati Allah.

Amin..

Thursday, July 17, 2008

Say...Cheeeeesssssseeee

Weh kengkawan. Dah tengok blog hari ni? Perasan tak apa yg berubah? Haaaa tu ler...aku ni gatei tangan sikit. dan sbb aku ni cpt jemu, so aku godek2 ler apa yg patut...

Korang perasan tak apa yg tak cukup pada perubahan yg baru tu? Ada yg tak cukup kan.... oleh yang demikian, aku nak mintak tolong kawan-kawan semua yg pegi gathering ari tu supaya dapat mengirimkan aku semua gambar2 apa saja yang related dengan event tu yang ada dalam kamera korang. Tak kesah ler gambar tu comot ke, tak clear ker, candid ker, mmg posing ala2 holywood ker.. tak kesah. Aku nak semua. Dah dpt semua, nanti aku pilih la mana2 yang sesuai untuk load kat sini. Dan jika sampai niat aku, dpt ler korang sorang sekeping cd.. aku tak janji, tp aku akan cuba.

korang emaillah gambar2 tu kat jelitaz@yahoo.com. ye... lg cepat korang bg, lg bagus...

chau!

Friday, July 11, 2008

Tension di tempat keje

Assalamualaikum..

Hari ni rasa terpanggil juga utk coretkan luahan hati kat sini setelah sekian lama takde apa2 posting dari aku.

Aku bukannya apa... aku rasa tension sangat dengan keje aku sekarang. Dah lah asik keje masuk meeting dan buat minit jer... lepas tu ada pulak sorang kakak 'wire' or 'mental' asik MC dan emergency leave. Orang lain yang kena masuk meeting dia termasuklah aku. Aku dah masuk tahap geram cipan yang membuak2 ni.... (sebab hari ni aku kena masuk meeting dia.. tu yg geram tu).

Dah lah steno tinggal 4 orang jer kat tempat keje aku ni. Bila sorang asik buat hal tinggal 3 orang jerlah yg asik cover meeting yang melambak2. On average sebulan ada dalam 35 meeting Jawatankuasa yang tetap dan ad-hoc tu tak terkiralah banyaknya... Meeting-meeting tu dibahagikan kepada 4 org steno termasuklah aku (sebab jawatan aku steno). Ad-hoc tu kadang-kadang buang masa jer attend sebabnya kadang2 meeting tu cuma half an hour ataupun sejam jer tapi itupun dorang nak panggil steno rekod apa dorang cakap... buang masa dan karen kitorang jer. Chit....

Kalau ikutkan hati aku yang panas mcm gunung berapi ni... sekarang juga aku berenti tapi dengan penuh kesabaran yg tinggi aku stay gak sini sebabnya aku dah nak bersalin bulan 9 nanti.... lepas jer bersalin aku nak terus tender surat resign.. biarlah aku tak keje kerajaan, janji hati aku senang walaupun kena keje swasta balik. Keje swasta pun tak tension camni tau.

Cukuplah luahan hati aku utk hari ni... sekian terima kasih. Wasalam.

p/s: Guna tulisan kaler merah sebab merah lambang marah. (Aku tgh marah ni).

Monday, July 7, 2008

Ayahanda pulang ke Rahmatullah

Assalamualaikum wm wb

Kali ini saya bawa berita duka lagi.......
Pulangnya ayahanda saya, Abdullah bin Mohammed ke rahmatullah pada pagi 30 Jun 2008 (Isnin) jam 5.52 am.

Saya terima call dalam jam 6.30 am, capai apa sahaja yang boleh..

Terus menuju Kuantan....

Pertama kali dalam hidup saya, memandu tanpa ditemani muzik yg berdentam-dentum... hanya airmata yang berjujuran diselangi ayat-ayat suci yg mohon supaya perjalanan saya dipermudahkan sehingga saya sampai ke Kuantan...

Pertama kali juga dlm hidup saya, tidak saya endahkan berapa kelajuan yang saya bawa.. jika selama ini saya berhati-hati takut kena saman.... tp kali ini... itu tidak lagi penting

Semasa saya isi minyak di Petronas Bentong.... belum habis minyak dituang saya sudah angkat pam... minyak berjijiran keluar.... tidak juga saya peduli.... waktu itu dlm kepala saya mmg kosong.. tak boleh register apapun.....

Saya hanya sempat sms Lin sahaja, maaf saya tak boleh nak maklumkan kepada semua.

Masa itu fikiran saya hanya nak sampai cepat Kuantan... nak segerakan apa yang patut disegerakan...

Saya tidak pernah kehilangan org terdekat dlm hidup saya.... kehilangan dalam bentuk kematian ini rupanya meninggalkan ruang yang teramat kosong dlm jiwa saya..... rasa kehilangan dan rasa kerinduan.... rasa kosong yang teramat sangat...

Saya mohon rakan-rakan semua agar dapat mensedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayahanda saya dan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin.

Wassalam

Thursday, July 3, 2008

Program Cuti Sekolah!

Senyap sunyi jer semua org. Tekun bekerja ker?....atau semua memasing on mute mode?

OKlah, direct to the point je lah ek. Cuti sekolah start dari 16-24 Ogos. So apa kata kita buat apa-apa program cuti sekolah yg simple.

Kawan-kawan yg kat KL/Selangor ni, ramai kat sini, tp nak jumpa korang...ya ampun...susah nor. Apa kata cuti sekolah ni kita ambik kesempatan untuk berjumpa together gether? Kalau korang kata nak balik kampung? Balik la mana2 satu weekend, other weekend tu kita jumpa ler. Yg luar KL/Selangor, nak join mari la jugak. Mana ler tau suami2 korang tu sepoting abis....

Kalau ada budget besar, kita bermalam,kalau budget ciput, kita buat balik hari je lah. Waterfall/pantai- tempat free, kita portluck jer makanan. Klu tak mo masak, biar kawan yg suka masak buat. Betul tak?

Apa lagi kawan jom la

Wednesday, July 2, 2008

Tukar hangin


ada org memanaskan hati aku pagi2 lagi... aku rasa mcm nak hunus pedang dan ajak dia main pedang jer... ada brani ka?

tp... baik aku letak gambar2 ni.. kasi tukar sama hangin aku ni...

Monday, June 23, 2008

cerita dari Putrajaya

Salam buat semua...

Lama saya tak bercerita. Kebizian dgn kerja, ditambah dengan kesihatan yang kurang mengizinkan semenjak dua 3menjak ni... ditambah pulak lagik dgn ketiadaan mood yang konsisten untuk jari jemari saya menari di atas keyboard.... maka membuatkan tak derr cerita sesangat dari saya sebelum ini.

Hari ni saya nak kisah kan cerita sedih......

Pakcik saya, Al-Rashid pulang ke rahmatullah pada pagi Jumaat lalu. Ini merupakan berita kematian kedua dalam tahun ini buat bonda saya yang tercinta. Pada Februari lalu, adiknya Harun Al-Rashid meninggal dan kini selang 139 hari, seorang lagi adiknya pulang ke rahmatullah.

Meninggal dlm selang masa yang singkat, dan berkongsi nama yang lebih kurang sama.... Allah lebih menyayangi mereka.

Berita saya terima jam 2.25 pagi, terus terang semasa no pemanggil tertera di telefon, fikiran saya hanya tertumpu pada ayahanda saya sahaja. Otak saya tidak boleh register nama lain. Panggilan dari sepupu saya itu, membawa kisah duka pulangnya pakcik saya pada pagi Jumaat yg mulia.

Pakcik saya menetap di PJ dan selamat dikebumikan sebelum Solat Jumaat di Kota Damansara.

Beliau tidak pernah dikurniakan cahayamata, tapi saya bersyukur dihujung hayatnya, anak-anak saudaranya ada untuk membantu menguruskan jenazah dan mengebumikannya.

Saya esok bagaimana? InsyaAllah anak sedara lelaki ramai...... harap mereka juga memainkan peranan sebagai seorang anak.


Berbalik pada persoalan pencen oleh Nath..........

Ermm, akak dah sign opsyen 58 tahun. Lama ke kerja? ermmm InsyaAllah, bila umur dah capai 53 tahun, pinjaman perumahan gomen dah selesai.. jadi ada laaa baik 5 tahun lagi nak merasa duit banyak sket menjelang usia senja..... kalau panjang umur.

Esok dah umur 58..... errmm tak tau laa idup ke idak.... pencen den tak ke mana... den tak de waris.

Harap-harap kalau umur panjang pun... tidak laa sampai sakit pening terlantar tiada org nak jaga...

byk lagi nak tulis ni.......... tp mcm tak tertulis... berlegar-legar dalam otak jerrrrr

Nenek nenek sibongkok tiga...

Hahaha mesti korang terbayangkan apa rasionalnya tajuk aku tu ek.

Ni ha aku nak membebel pasal opsyen persaraan umor 58 tahun ni. Kat opis aku sekarang tengah kluarkan surat tu. Kengkawan gomen yg lain pun dah terima ker borang2 opsyen ni?

Aku tak tau ler sempat ke idak nak capai umor 58 tu. sekarang pun rasanya mcm esok jer 'jalan'. kekeke. dan kalau umor aku panjang, aku terbayang aku dok naik turun bas pegi keje pakai tongkat. hahahaha

Kalau org lelaki, aku rasa depa larat lagi umor gitu nak keje, silap-silap time tu ler nak tambah lagi bini. ye dak? tp kiter2 pompuan ni, rasanya time mcm tu dah time kubur kata mari, mari... rumah kata pergi!..pergi!...time gini ler nak tambah amal ibadat untuk kemudian hari. silap2 dok rumah kena jaga cucu pulak. kekeke

Untuk korang yg masih congak2 mana nak, nak stick 56? nak extand 2 thn sampai 58? tak banyak beza pun... tp sebagai panduan korang, untuk yg dilantik selepas april 1991, kalau korang pilih 58, dan later korang cdg pencen awal dari umor tersebut, bayaran pencen bulanan hanya akan dibayar bila umor korang mencapai 58 tahun. Ini untuk yg pilih pencen la, kalau pilih kwsp, tak de isu apa2 pun...

Pd aku, kalau korang rasa korang banyak duit untuk tampung perbelanjaan dan hutang piutang selepas bersara awal, boleh lah terus stick dengan pilihan pencen 56 thn. Tapi pada mereka yg ada hutang rumah nak kena bayar, hutang belajar belum abis, baik pilih 58.


tu je lah..rasanya bila umor aku 58, gini ler rupa aku. Kayuh basikal pegi kerja sbb nak jimat minyak. time tu sure minyak RM10/liter. hehehehe

Friday, June 20, 2008

Happy Birthday to Sweet Mom



Dear Marina...
Selamat Menyambut Harijadi - 22 June (Ahad)
Semoga sihat, happy dan diberkati Tuhan. Amin.
Hadiah dr kengkawan....












Thursday, June 12, 2008

Menceceh macam mak nenek..

Hari ni aku sampai awal kat ofis mcm biasa. tp sebab tak kluar beli sarapan, so aku banyak masa dan ada mood untuk membebel kat korang. baca je la.... senyum sorang-sorang depan pc tu dah biasa la kan...

Hari ni aku sarapan roti cicah kari. Kari daging masak sendiri. Sedap la pulak sampai tak cukup roti. sampai menjilat jari. (saja jer nak up-up diri sendiri...)mana tak sedapnya sbb kari dah dipanaskan berhari-hari. hehehehe. Kalau korang nak tau, tu ler petua mamak nasi kandaq yg korang suka makan tu. kari dipanaskan jer berhari-hari. kurang, topup kuah baru, kurang..topup baru. Tp salah topup, merasa ler korang dok wad berminggu-minggu.

Smalam aku dpt berita gembira dari salah sorang member kita. Dia bakal penyumbang populasi penduduk rakyat Malaysia. Siapa dia? pepandai ler korang berteka-teka. Si pengantin barukah? Pengantin lamakah? Pengantin yang dah suam-suam kukukah? ha...teka..jgn tak teka...Yang sahnya bukan dari akulah. Aku? korang boleh andaikan dah tutup kedailah. hahaha

Ada sesiapa lagi yang ada berita gumbira? Berita duka banyaklah. Ni semua sebab PakLah, abis semua barang naik tak sudah-sudah. Minyak naik, barang lain apa lagi..tumpang kaki 2 belah. Nasib baik event gathering kita dah sudah, kalau tak, mau ramai yang awai-awai lagi ckp tak jadi nak berkelah-kelah.

Ni hal nak kutip-kutip duit pulak ek.. aku publishkan no akaun aku kat sini. korang bank in kan lah nanti. start gaji june ni, $20/sebulan seperti yang dipersetuju. Survey terbaru pun 90% setuju dengan kadar begitu. So, kalau dah bank in tu bagi tau yer...senang nak monitor, yang ada banyak lebihan kewangan rasanya nak bank in untuk 2,3 bulan sekali, sila bagitau jugak. Aku prefer mcm tu, sbb kalau bank in dari bank lain ke bank yg berlainan, ada service charge. so untuk mengelakkan korang rugi bayar svc charge tu, better bank in untuk berbulan-bulan terus gitu...sekadar apa yg mampu ler... tu pandangan aku jer..
ok..no akaun aku begini: CIMB: 1440009950XXXX Maybank:1020276XXXXX.
Korang tulis no akaun ni tau, later bulan depan aku nak delete no ni dari posting ni. Sebagai security purposes jer.. beringat-ingat sebelum terkena kan...dan jgn lupa lepas bank in, bgtau aku...

OK dah..time out. Masa untuk keje pulak. chau!

Friday, June 6, 2008

alooo.......alloooo.........sana ada olang kah......

Salam semua, aku ni mcm kwn kita yg sorang tu, siapa ek, sapa lg klu bukan si mena tu........tp si mena tu mengidam nak berenti kerja.....aku lak mengidam nak bersembang kat blog kita ni......ari2 aku bukak blog pagi ptg, tp senyap sunyi jer, so, ari ni aku dah tak tahan tahap maksima dah ni(kepala bengang minyak naik oooiii) bukak blog sunyi jer.........dipendekkan ceta, aku pun bukaklah lembaran baru nak berposting ni.......aku sebenornya tak tau nak mengarut apa tp memandangkan 2/3 ari ni sibuk dok citer pasal minyak.......so aku ambik kesempatan ni nak mengucapkan selamat menyambut kedatangan erga minyak yg naik melambong tu...........apa lagi dah naik, emmmm mcm2lah naik, beras, minyak, eletrik dan tak ketinggalan ada segelintir ibu2 yg perutnya pun naik......heehheehhe..........jgn marah hah......

Waaiii korang, korang yg duk KL untung ekk tak nak bwk keta leh naik LRT @ KOMUTER, kitaorang yg kat sini nak tak nak terpaksalah juga bwk keta, dah lah boleh dikatakan highway PG tu ari2 jam.......ingat nak budget2 tp klu dah ari2 jam sama gak melecet budjetnya. Ingat nak ikut saranan pak lah berjimat cermat.....tp rasanya mcm kena suruh pak lah usulkan semulalah apa yg dimaksudkan ngan berjimat cermat tu.........mkn ubi kayu ker? ingat ni zaman jepung ker? Ker nak suruh naik keta lembu kongsi ramai2.........
Baru cadang2 nak berenti kerja.....klu camne punahlah harapan aku ngan si mena tu.....kejolah smpi ketua jawabnya........Kak Tie

Thursday, May 29, 2008

KLU KORANG NAK TAU............

Assalamualaikum

Korang sema, semalam aku emergency leave, sbb kemarin balik kerja aku accident kat highway PG. Aku sampai kat Tmn. Rinting dlm kul 5.30pm trus g umah mak, duduk2 jap, sbb kul 6.00 nak ambik anak aku tuisyen(kat area umah mak aku jer). Pas ambik anak kita org nak g Kulai, ada hal sikit. Kuar dr Tmn Rinting upanya jam yg td tak abis lagi,so kitaorg pun bersesaklah dlm jam sekali lagi. Dlm pada bersesak2 tetiba jer dengor bunyi berdentum, upanya van rempuh keta aku, kata breaknya tak makan. Berdentum punya lah kuat smpi kepala aku pun sengal, abg harun tak der apa2 tp anak aku kakinya luka sbb terkena bawah kerusi (tp cikit jer).

Yang aku geram tu, bila kitaorg ajak g wat report dia tak nak, dia kata nak settle tepi jer, ingatkan nak settle tepi dia nak settle semua upanya dia nak bagi abg harun kau cuma Rm100, mana cukup. Dia ingat tin sardin kemik ker.......yg langgor aku tu cina......bising punya bising abg harun kau kata anto workshop berapa kena lu bayar lah, dia masih tak nak lagi.....dia ingat murah ker,bleh dpt Rm100, abg harun umpan nak wat report dia tak bagi lak.......dia nak aku bersuara terima berapa yg dia bagi tu......mana bleh.......last2 aku geram aku kuar, ngan berani campur takutnya (dlm ati ckp apa nak takut bukan salah aku, dia yg langgar kita, dia lak nak tinggi2 suara kat laki aku, mcm laki aku lak yg salah langgor dia) aku kuar trus ambik gambor dia dan no. plat keta dia, muka dia menyinga jer tgk aku, cepat2 aku masuk dlm keta balik......nasib ada 2/3 org yg kuar dan tolong betah sama ngan abg arun. Dia org pun ckp klu lu taknak bayar bawak report polislah.....pandai lak dia berlembut ngan laki aku......tp dia cuma suruh anto kat workshop anak buah dia, bila anak buah dia nilaikan hrgnya dlm RM650. Byk cantik dia nak bagi laki aku RM100 mula2 tu. Aku kesian gak kat dia tp klu dia bagi laki aku RM100 sapa yg nak bayo Rm550 lagi tu.....kesian lak kat aku kan..........Sebenarnya anak buah dia yg kuarkan chq RM650 tu. Dah lah gitu chqnya branch Tmn Ungku Tun Aminah, puas lak aku ngan laki aku g cari CIMB Tmn Ungku Tun Aminah nak cashkan chq tu, dah lah kita org tak pernah pergi situ, sampai 5/6 kali pusing dan tanya org baru dpt. So skarang dah settle.....tp keta aku boleh kuar workshop ari Sabtu ni, so kita org g kerja bawak keta abg arun lah plak..........Yg bestnya dpt pujian dr laki aku tu.....nasib baik ayang ambik gambo dia dan plat keta dia.

Malang tak berbau, .......tuk semua kawan2 ku pandu kereta berhati2 (tp kekadang kita berjaga2 org lak yg langgor kita dr belakang) apa nak buat.........Kak Tie

Tuesday, May 27, 2008

Mari lah mari... kita mengundi

Wassup semua...masih lagi dlm gathering mood ker?..Bagus...bagus...Kali ni masih lagi dengan isu gathering kita yang tak abis di sebarkan lagi. Masa kat Kuantan hari tu kita dah berbincang dan basically dah ada persetujuan semua yang hadir. Namun untuk mengofficialkannya..nath announcekan kat sini ek...

Hasil dari perbincangan kita tempohari, perkara-perkara tersebut telah dipersetujui:
1- Kutipan monthly sebanyak RM20/sebulan akan dibuat mulai bulan Julai 2008.
Tujuan kutipan ini untuk mengisi tabung DSK93/95. Tabung ini kita akan gunakan untuk kebajikan ahli-ahli. Contohnya: Sumbangan kelahiran baby baru, khairiat kematian.. dan sebagainya. Lagi satu, kalau ada next gathering/reunion, tak perlu lah lagi kita mengeluarkan belanja yang besar tiba-tiba.
Korang telah amanahkan Nath utk manage akaun ini kelak. Segala penyata berkaitan akan diupdate dari semasa ke semasa. Oleh itu, dlm next post, nath akan publishkan no acc. yg korang boleh transfer secara online...senang kan.

Secara automatik, semua member DSK93/95 adalah ahli.

2- Gathering akan diadakan 2 tahun sekali.
Seawalnya lah. Tp perancangan yang lain tu terpulang pada kelapangan kita sendiri. Next gathering/reunion akan diadakan di kawasan Utara. Dimana? itu akan dipertimbangkan kelak. . InsyaAllah....

So, kengkawan boleh ler vote di pool sebelah kanan tu. Itu untuk mengesahkan lagi perkara diatas.

Untuk pengumuman semua, ada beberapa trip jalan-jalan jumpa kawan sudah ada dlm perancangan. Antaranya...
a) Genting Highland (27 Okt 2008)
b) Port Dickson (belum ada tarikh)
c) Kuantan/Trengganu...(Dec 2008)

Siapa berminat nak join? Jgn malu-malu, jgn segan-segan, angkat tangan bgtau nak ikut...hehehe

Friday, May 23, 2008

Buat Teman-teman Tersayang...


Ika mohon maaf kerana tak sempat nak berborak panjang dan bermesra dengan kawan2 semua. Maaf sangat dan maaf juga kerana banyak tak involve dalam aktiviti. Terima kasih Ika pada semua terutama Lin, Nath dan semua. Terima kasih sangat. Maaf juga jika ada yang tersinggung ye.


p/s: klinda ni mewakili Ika sbb dia tak leh memblog. setakat baca bole ler...ni cheq copy n paste kata2 ika.

Untuk Ika...
Jgn la sedey…Ika dpt hadir dgn Durra pun dah kira baik sgtttt.
Happy dpt jumpa Ika n Durra. Klinda rasa kwn2 yg lain pun akan sependpt dgn klinda.

Mari kawan-kawan dengar ini cerita..

Hahaha... cek kembali lagi!.. kali ni dengan cerita gathering di rumah Lin pulak.

Tulisan yang lepas lupa nak cerita kita konvoi ramai-ramai p POLISAS. Kena tulis POLISAS. kalu tak depa tak tau kita belajaq kat mana no... hehehe. Pesat membangun betul POLISAS kan? besar sangat. Siap ambil bangunan maktab lagi. rasanya kalau dulu masa kita belajar kat situ, poli dah sebesar mcm tu..mak ai...mau longgar lutut nak jalan p kuliah ha..bangunan perdagangan dulu dah jadi bangunan Elektrik. Padang depan surau dah jadi asrama-asrama, bus stop luar pagar besar tu pun dah dlm pagar. ish..ish..is... banyak betul perubahan dan pembangunan. Tapi... sedihla... tempat lepak kitorang dulu dah tak de...alah, bangku batu tepi lambang poli depan bangunan perdagangan tu ler...ha.. tempat tu lah dulu kitorang jd tukang banci pelajar poli. dok situ, perati jer org lalu lalang sambil kutuk-kutuk.. korang ingat tak?

kenangan semua tu kan... la ni semua dah branak pinak. kekeke

Ok. lepas balik dari poli terus singgah makan t/hari kat rumah Lin. Makan ikan masak asam pedas, sayur campur, telur goreng, ikan masin panas-panas...fuh! sampai tuan rumah lalu belakang pun tak nampak!...hahaha. Silap-silap time tu ada yg lupa nak baca bismillah tak?

Sebelum makan tu sempat ler belek-belek bilik kraftangan Lin. Mak aiii, mcm kedai alatulis ha. semua ada. Sempat gak ler Lin demo 1, 2 hasil kerastangan dia tu. Kalau korang nak tau, frame kertas yg dlm pek cenderahati kita tu.. tu lah hasil kerja Lin. Cantik tak? Kalau cantik, apa lagi? order la lagi.Bagitau jer bentuk apa korang nak, sure boleh punyalah.. ha Lin, promo free ni... so kalau aku order harga agent la yer...(pandai tul aku ambik kesempatan ek..kikiki) Time ni semua suami kita sibuk berborak ngan bapa lin kat depan rumah.

Petang tu jenjalan pula ke Tanjung Lumpur pekena satar dan kopok lekor. Kopok lekor tu sedap tul. nyesal tak beli bawa balik. Lepas balik tu, singgah pula ke Pantai Sepat. Pasir kat pantai tu.. halus tul. Sayang tak de hotel/resort kat area tu. Anak-anak aku teruja tengok lubang ketam kat pantai tu. Hehehehe anak bandar ler katakan... tengok lubang ketam pun teruja. Jakun tul. kekekeke

Balik malam dah. Lin n the family sibuk lagi sediakan makan malam. Kali ni Lin jamu steamboat pulak.. Kesian aku tengok lin & family berpeluh2 sediakan makanan. Dok rumah lin mmg keje makan jer... tu pun dia ada hati nak jamu mufin plak tu.. nasib baik tak jadi buat, kalu tak.. mau demam lin seminggu lepas tu sbb penat layan tetamu. hehehee


Steambot sedap!.. laki aku yg tak penah makan pun makan bertambah. Aku yg suka ni lg ler... mmg tak pandang kiri kanan dah.

Abis makan malam... sambung balik sesi gebang-gebang sampai pagi... para suami di depan rumah lin, para isteri di dalam bilik. keekeke time ni semua anak-anak dah lena keletihan jalan-jalan.

Next day tu, makan lagi. Breakfast la pulak. Bihun ada, karipap pusing ada, popia goreng ada.. macam-macam ada...sempat la juga korek-korek petua memasak ngan mak lin. Aku yg tak penah gulung popia ni sempat la tengok demonstrasi menggulung popia. hahahaha mahal ilmu tu...

Lepas makan-makan, kitorang dah nak balik...lepas kemas-kemas barang masuk bonet, terus shoot ke TC kejap. Pusing-pusing TC tengok tempat berdating dulu.. (aku ler tu..hihihi). Banyak perubahan jugak kat TC ek. Pantai mcm tu jugak. cuma sekarang jln nak ke 2nd bay tu dah ada jln pintas cantek..dah ada jambatan tu.. dulu kena panjat batu batan situ. Klinda belanja sunday mcD, Lin belanja jambu. Lama gak kan kita kat situ... dengan angin yg bertiup.. redup bawah pokok ru tu... rasa macam nak dok lama jer kat situ.

Dah puas makan angin TC tu, tibalah masa bertolak balik...tp...singgah lagi... singgah beli keropok dan buah tangan kat mana ek? aku tak ingat ler nama tempat tu.. tp kat jalan gambang gak ler..aku borong keropok banyak tul. maklumlah..sedara ramai.. kang ada yg tak dpt buah tangan kecik hati pulak.

Lepas tu terus speed balik S/alam... abis dah...dah balik rumah ni... rasa rindu plak nak p jalan-jalan mcm ni lagi. Apa lagi kawan-kawan? meh ler kita plan next trip pula ek...

ha...kalau korang nak tengok gambar-gambar sepanjang kita bergathering, sila ler cklik kat sini...http://photobucket.com/dsk9395

Wednesday, May 21, 2008

Yuhuuuuu... me in the houseeeeee



Nak enterframe gak kat sini huhuhu
kenangan manis kau dan aku
tak kan terluput
duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia
sayang menyanyang
cinta dikenang
perasaan menjadi rindu oooooooooooooooooooooo
lihat lah diri ku yang kesorangan
hehheh tapi tetap gak nak join

nak upload gambar kat sini.. nanti beratttttttt sangat
so tolong view kat sini ek kenkawan
saya dah upload...
gambor tak cantik sangat sebab kekurangan profesionalisme giteww
nway... enjoyyyyyy

--------------> http://eta-abdullah.fotopages.com/

Jangan lupa bagi komen yer kenkawan kat fotopages tuuuu.

Post mortem Gathering 2008

Wah... semua tak sabar-sabar ek...aku pun.. tp sbb kesibukan keje ofis yg banyak terbengkalai minggu lepas, so minggu ni kena ler sattlekan dulu...jd proses nak upload/dload gambar2 gathering kita dikemudiankan kejap yer... kejap jer... tp dari camera nath tak banyak mana pun, sikit jer... baik kita tunggu dari main camera dari cik nana kiter...

OK. apa perasaan korang semua? teruja kan..happening sesangat. sampaikan anak aku tak mo tidur malam jumaat tu. Anak aku kata: Ibu, malam ni kita tak yah tidurlah, nanti kita terus gi kuantan jumpa kawan2 ibu. Hehehe..

Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Perjalanan ke Kuantan mengambil masa 3jam lebih. Maklumlah, semua perhentian disinggah. hahaha. Disebabkan telah lama tak ke Kuantan, kami sesat. Cari punya cari TUDM mcm yg dipetua oleh Lin, tetiba jer kami dah berada di tengah-tengah Kuantan. kekekeke salah masuk tol rupanya. Akhirnya Lin terpaksa dtg escord kitorang ke resort. Sampai resort, Zuri, Kak Atie dan Kak Eta dah check in. Anak2 aku dah nampak pool. Terus....kedebusssshhhh.. berendam sampai kecut kulit-kulit gigil-gigil sejuk tak mo naik. Then bila semua dah sampai...anak2 kiter jer semua dlm kolan tu. hahahaha seronok tengok diorang main kan...

Then, malam, kita buat bbq dinner seperti dirancang. Gayat juga aku sbb cuaca mcm nak hujan, tp alhamdulillah... tak jadi. Makanan malam tu... walllaaaaa... sedap. dan banyak sampai tak terhabis, aku yg dah debab ni... makan tak hingat dunia. hahahaha. Abis dlm pinggan, tambah... abis.. tambah...huh.. hancus diet aku mlm tu... hahaha.

Masa makan2 tu kita sesambil bagi sourvenir khas untuk semua. Dan goodies bag untuk anak2 kita.



Tak ketinggalan juga kita sambut besday Nana malam tu... seronok anak2 tumpang tiup lilin kek Aunty Nana. hehehe..


Lectures yg dtg, Pn. Salawati, Pn. Salimah. Pn Che Ariza dan... Encik Matzlan. Terima kasih jer Encik dan Puan-puan semua kerana sudi hadir pada majlis kami yang tak seberapa tu..

Lepas tu ada sesi gambar bergambar bersama keluarga dan juga lectures... seronoknyer... semua perangai macam masa kat poli dulu ek..hihi

Next day hari ahad tu pagi2 lagi anak aku dah terjun kolam lagi sekali... ish anak aku pantang nampak air. mmg nak berendam jer.Sambil kita breakfast nasi lemak di tepi kolam tu, acara sukaneka dijalankan... hadiah pun banyak, semua anak2 merasa. Dah habis semua sesi sukaneka tu, sesi bergambar lagi. Puas bergambar kali ni...maklumlah... kita ada jurufoto khas ler katakan....hahaha

Dan akhirnya....last sekali apa lagi, sesi mak ayah la pulak terjun dlm kolam tu... hahahaha mcm budak-budak. Sampaikan kak eta pun terjun dgn jeansnya. Tak tahan godaan ler tu...hihihi...

Then, tibalah masa yg paling sedih sekali...nak berpisah dengan korang semula... kena check out dari hotel tu...sedih ler....aku mcm nak nangis jer time tu.. tp bila pk akan jumpa lagi di rumah lin kemudian, hilang rasa sedih tu..

Next posting aku citer pasal cerita-cerita kat rumah Lin yer..

OK. Dikesempatan ini saya..(ceh saya ler pulaks...heehehehe) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih diatas kehadiran kawan-kawan semua. dan terima kasih juga kepada suami-suami korang semua yg mmg sporttttiinnggg abis (laki aku pun sporting gak..heheheh tq sayang!)Timakasih kepada Shanaz & Nana, yg menjadi jurufoto tak bertauliah. Timakasih kepada Anna & Ajim yang menjadi org kuat sukaneka, org kuat kipas...kipas masa BBQ la.. bukan "kipas" tu..hehehe.. Kepada Cik Bad & Lin, yang bekerja keras angkut mengangkut segala keperluan makanan dan arrangement sepanjang gathering tersebut. Dan terima kasih juga kepada Papa dan Mama Lin yang banyak membantu menyediakan makan minum kami semasa di sana..Terima kasih banyak-banyak.

Dan..

Terima kasih juga kepada mereka yang sponser hadiah-hadiah, uwang dan juga tenaga kudrat. Timakasih En Matzlan, Lin, Echa (wpun tak datang), Kak Linda, En Bad, Anna, Kak Eta, Nana, Kak Atie, Zuri, Marina, Marinah, Ika dan Liza....

TERIMA KASIH pada korang semua! kerana telah menjayakan gathering kita nie...

ni petikan chat husband nath semalam:

hazman997: rasa tak puas la pergi Kuantan......
jelitaz: hhehheee tu dia penangan kuantan
jelitaz: kekeke
jelitaz: next time kita p lagi ek
jelitaz: syok ka?
hazman997: syokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk