Baik aku ceritakan perit getir dari awal ek mcm mana tabahnya kami semalam mengharungi halangan untuk berjumpa 2 orang insan yang kami sayangi nih. Ini citer dari side aku lah. Dari side kak Eta dah kan.
Ribut beserta hujan lebat melanda Lembah Klang. Dari timur Putrajaya ke selatan Shah Alam.Zappp! kilat sabung menyabung.. Deghummm! Guruh berdentun dentam membelah langit. (triller sungguh nih..).
Dlm hujan lebat begitu, seorang wanita dgn perutnya yg mula membojol menghidupkan enjin keretanya. Berdezub! Dia memandu keretanya meredah hujan ribut tersebut. Wanita itu adalah Zuri..arahnya entah kemana. Hanya mereka yang bersetongkol dengannya mengetahui...jeng..jeng..jeng...
Di pejabat IT sebuah universiti tersohor. Seorang wanita yang dah 'out of cutting' mundar mandir gelisah keseorangan. Sesekali matanya menjeling ke hp di sebelah. Kemudian matanya yg sepet beralih pula ke telefon pejabat di depan. Seperti menanti panggilan yang tak kunjung tiba. Sesekali wanita itu dikejutkan oleh dentuman petir yang kuat. Pang!... wanita itu adalah Nath.
Pada masa yang sama, seorang perawan fasih berbahasa Thai meredah ribut petir itu keseorangan. Memberanikan diri meredah gelap hujan lebat hanya berpandukan papan tanda jalan..entah akan tiba ke distinasi entah tidak. Dia hanya bertawakal. Dia adalah...Eta.
Dalam tempias hujan lebat, sesekali disulam dengan pancaran kilat yang mengejutkan. Seorang ibu memberanikan diri berdiri di tepi jalan. Dalam ketakutan dia menjenguk-jenguk ke arah deretan kereta yang bergerak perlahan di hadapannya. Dengan 1001 perasaan yang bermain di fikirannya, sesekali dia terpikir: Adakah aku telah ditinggalkan? Seorang ibu itu adalah..Marina.
Dan disuatu tempat yang lain, dimana seluruh kewangan negara dibawah jajahannya. Gelisah seorang wanita menanti-nanti suaminya yang tak tiba-tiba. Mungkinkah terperangkap di dalam jem jalan raya dikala seluruh lembah dilanda ribut hujan gegak gempita? Hatinya tertanya-tanya sendiri. dan wanita itu ialah..Echa.
Walau bagaimana keadaan mereka. Walau bagaimana perasaan mereka. tp pada petang itu, arah merekah hanyalah satu... tujuan mereka adalah sama...demi sebuah pertemuan itu...
Mak aiii, panjang lebarnya intro aku. kekekeke. Meh aku fast fwd triller aku nih..
Zuri dtg fetch aku kat ofis. Lepas tu kitorang bersesak-sesak dlm jem bumper to bumper kat federal highway untuk fetch marina plak kat bust stop tepi hway tu. Kesian dia, menunggu dlm kesejukan tempias hujan lebat dan dalam ketakutan. takut kami terlepas bus stop yg dia tengah tungguu...kekekeke kalut sungguh ko marina... Dalam masa yg sama, kak eta dengan berani hati drive sorang-sorang dari Putrajaya hanya berpandukan sign board jalan menuju ke Shah Alam. Alhamdulillah akhirnya dia sampai dulu ke sana dan menunggu kami di tepi masjid besar S/Alam.
Apabila kami sampai ke sana, kak Eta terus drive membontoti kereta Zuri heading ke Hotel Concorde. En. Matzlan menginap di sana. Sampai jer di sana, terus fetch Encik dan aku bagi guideline pada Zuri untuk ke Shah Alam Mall. Memandangkan aku 'tourist guide' yang paling pandai, aku sempat membuatkan Zuri dan K.Eta 'ronda-ronda' S/Alam dulu. Sorry ek korang, aku ni selalu jd 'mem besar' jer, tetiba kena jadi tourist guide, mmg ler sesat jdnya..hehehe Sampai jer kat S/Alam Mall, kitorang decide makan kat Restoran Thai dlm tu. Sembang sambil makan-makan. Macam-macam citer keluar. Tapi sayangnya, Icha masih jem kat hway. belum sampai-sampai. Sampai kami dah abis makan, baru dia sampai. Dia sempat minum jer.. kesian kat ko Icha...
Yang tak bestnyer, patutnya makan-makan tu on us, tp En. dengan murah hatinya nak bayarkan... org kata jangan melawan ckp org tua kan? so, kami dengan malu-malu biarkan En. bayar...timer kasih banyak-banyak yer En. Matzlan....hihihi Masa sembang2 tu, En. ada bagitau Cik Salawati pun ada jugak kat sini. so kitorang decide p jumpa dia kat hotel. Maaf yer Cik.. saya dah terbiasa dengan panggilan 'cik' tu. Nak panggil Puan pun, tak bisa bonar. Sbb Cik masih lagi anggun mcm anak dara sunti lagi.So, melekat ler kitorang pulak kat hotel tu sampai kul 9.30 mlm. tu pun kalau dek kerana anak dan suami masing-masing dah berdering-dering tanya nak balik bila?, mau kami dok melekat kat situ sampai pagi kot..hehehehe sesekali terlepas, lupa status diri...lupa anak suami.
Kami masing-masing sempat bawa buah tangan masing-masing untuk En. Untuk Cik Salawati, kami belikan sepasang jubah. Harap En. Matzlan dan Cik Salawati suker dengan pemberian kami yg tak seberapa tu... Yang penting, perjumpaan itu amat bermakna...yang amat mengharukan aku, setelah sekian lama kita berpisah, En. dan Cik masih ingat kita semua. Bukan sekadar ingat rupa, malah nama penuh kita berserta bintinya sekali!..
Jika mereka yang mengajar beribu-ribu pelajar masih boleh mengingati nama penuh kita sorang demi sorang, adakah kita sebagai pelajar yang menerima ilmu dari mereka masih boleh mengingati mereka sebagaimana mereka mengingati kita? Renung-renungkanlah.. ***maaf yer kualiti gambar kurang memuaskan. maklumlah snap dr hp murah jer...























