Monday, August 25, 2008

Meriah di Permatang Pauh

Assalamualaikum..

Aku rasa aku beruntung sebab dapat menyaksikan hari-hari bersejarah dan perkara-perkara yang berlaku di Permatang Pauh (mengalahkan hari rayo puasa, hindu dan cina). Rumah aku memang terletak di kawasan Permatang Pauh iaitu berhadapan dengan Politeknik Perai. Tempat keje aku iaitu Majlis Perbandaran Seberang Perai secara langsung memang ada terlibat dalam pilihanraya tersebut. Bayangkanlah setiap hari biasa jalan yang aku lalui tak pernah jammed tapi semenjak nak dekat pilihanraya ni jalan sokmo jer jammed. Tambah pulak lagi dengan pembukaan Jaya Jusco baru yang memang menjadi tempat orang berpusu-pusu membeli belah macam semut. Terlalu banyak plat no. kereta-kereta luar di jalanan. Meriah sungguhlah di Permatang Pauh tapi aku tak mengundi di sini sebab aku tunggu balik PJ nanti baru nak mengundi. Nanti bila-bila aku tangkap gambar untuk tatapan korang ek.

By the way, aku ni tinggal lagi 21 hari nak bersalin. Doakanlah aku selamat bersalin sebab aku takut dah 5 tahun takde anak kecik. Chow my fren....

5 comments:

Anonymous said...

Permatang Pauh rugi satu undi...ekekekek.
Meana..klinda doakan ko slmat bersalin. Jgn lupa post gambo2 hot Permatang Pauh nooo. Syok noo esok hgpa cuti.

harhtan said...

ait bukan istihar cuti seluruh penang ker?

eycha tan said...

marina...aku doakan ko dan baby selamat, sehat dan sempurna segala2 nya....

Anonymous said...

Marina

Assalamualaikum, akak doakan selamat utk Marina dan baby.....Kak Tie

Anonymous said...

Pagi ni tentu semua org dah tau keputusan undi kan. Rakyat Permatang Pauh telah buat pilihan dan aku pun tumpang gembira sebab dpt cuti free.. hehehe. Aku ronda naik motor ngan laki aku smlm dan jalam jammed gile dimana-mana. Seronok tgk gelagat org. Terlalu byk penyokong Anwar yg dtg dr pelbagai pelusuk negeri. Smga dia menjadi pemimpin yg baik dari segi agama dan akhlak. Bila dah menang, dia bkn shj pemimpin parti PKR tp pemimpin bg Permatang Pauh tanpa mengira parti.

p/s: ttg kes liwat tu, tak payahlah kita terus percaya krn klu fitnah kita dah dpt dosa free tp klu betul, itu urusan Allah dan dia. Lu pikirlah sendiri!