Assalamualaikum semua
Memandangkan ruangan blog kita ni dah lama menyepi, so aku dgn gatal tangannya cuba memecahkan kesunyian blog kita ni ya......kali ni masih ngna cerita sedih lagi, bukan apa, klu dak aku pun dah kering idea tp memandagkan aku baru jer menghadapi saat kematian sorang lagi ahli keluarga, maka kira2nya aku ni tgh ada ideal lah ni apa yg nak diceritakan......
Gini citernya......ceh mcm ya2 jer aku ni. Pada hari Jumaat lepas (08.08.2008) kul 9.30 pg kat ofis tgh meeting aku dpt panggilan mengatakan pakcik aku meninggal (Isteri arwah adik bungsu sebelah ayah).
Pakcik aku ni tgh menghadiri kursus utk Guru2 Besor kat Genting.....
Menurut citer kwn2nya pada hari Khamis mlm dia org ramai2 kuar g mkn(termasuklah pakcik aku ni), balik bilik (+-) kul 9.30. Besok pg dia org tgk pakcik aku ni tak der masa sarapan sampailah bila class dah mula pun dia tak der. So dia org start bukak bilik dia dgan pihak Hotel.
Bila dia org bukak bilik, rupanya dia elok terbaring atas katil tp kat tangan ada gengaman pil, (arwah mmg ada sakit darah tinggi) mungkin arwah ni tak sempat nak makan. Air milo dan biskut pun ada lagi atas meja blum sempat minum. Dia org anggarkan sekitar 11 ke 12 mlm dia meninggal. So adik aku yg kat KL lah uruskan bawak balik jenazah ke kg (Jasin, Melaka).
Nak dijadikan cerita aritu majlis kenduri sepupu aku (anak pakngah aku, ). So korang boleh lah bayangkan camner hebatnya kelam kabut kita org aritu. Dpt jer cal kita org ngan pakngah aku sekali trus cabut ker umah arwah. Duk umah arwah smpi kul 4 ptg (sempatla 2 kali wat majlis tahlil kat umah arwah) trus kita bertolak g umah pak ngah balik. Tgk2 apa yg blum settle, nasib baik ada jiran2 dia yg uruskan dgn adik-beradik isteri pakngah aku dr Muar yg uruskan umah dia.
Si sepupu aku ni kau tak yah ckp lah dah nak pitamlah, dgn tak makan........penat dr hari sebelum majlis, terperanjat dan mcm2 lg. Last2 muka yg bersolek pun nampak suram jer, tak sempat pun nak bersanding2. Semuanya tinggal bontang jer wat apa yg wajib jer. Semua dah tak kisah lagi dah.
Mlm lepas maghrib kita org wat tahlil lagi sikit kat umah pakngah aku ngan berbekalkan apa jer balance lauk pauk majlis yg tinggal, dlm kul 9.30 (masih ada org lagi yg tgh mkn) kita org tinggalkan jer umah sekali lagi dan bergegas ke umaha arwah semula lepas dpt cal dr adik aku yg mengatakan dia dan jenazah dah tiba kat alor gajah. (jarak umah pakngah dan arwah ni +- 35 km) Alhamdulilah semua dpt jumpa. Dan Mak busu aku ambil keputusan utk kebumikan jenazah suaminya mlm tu jugak memandangkan arwah dah meninggal dr mlm khamis lagi. nak tunggu sok pagi sian mayat. So, settle semuanya urusan kebumi (+-) kul 12.30 mlm.
Tu lah citer yg dpt aku kongsi dgn korang semua. Moral of the story kita hanya mampu merancang Tuhan juga yg menentukan.......Majlis kenduri bercampur kenduri arwah......apa nak buat semua atas kehendakNYA juga.........Ceh sesekali dpt berckp pjg nor aku membebel ya, sian koran larat tak laratlah nak membacanya........Ok, Akhir kata pecah kaca pecah gelas, dah baca harap balas........hehehhee, gurau jer........Kak Tie
4 comments:
Ramai sungguh org meninggal sejak akhir-akhir ni. Asik dengar org meninggal jer kat blog kita yer. Ahad lepas suami kakak kat opis aku ni meninggal. Kesian dia.. dah lah anak yg paling besar pun baru 21 thn. Aku tgk muka suami dia tu mcm nak senyum jer. Masa aku gi melawat suami dia tu aku ternampak Anwar Ibrahim baru keluar dari rumah dia.. hensom you..
Apa pun, sorilah geng aku ni bz buat minit jer skrg.. aku pulun buat minit bagi habis sebab takut esok lusa bersalin. Kalau ikut date doktor bagi dlm 15 Sept. tapi maybe cpt berdasarkan past experience. Tentang hadiah aku dah citer dah kat kak linda nak suruh dia beli apa. hehehehe.. Memandangkan aku lah org pertama yg menerima hadiah kelahiran dari kutipan club DSK kita.. aku sgt2 berterima kasih lah. Muah.. muahhh.. sayang kat korang semua. Chow n take care.
K.tie...sempat patun lg tu dlm berita sedih ni..apa pun, takziah dari kami. Dlm bulan-bulan banyak barakah ni mmg la banyak berita sedih yg kita terima. Naknya dah nak masuk Ramadhan ni..sabar yer..
Marina,
mak aiii ko ni, tak sabar2 nak hadiah. Bersalin dulu, anak ko dah tumbuh gigi, baru aku bg dana utk beli hadiah ko. kekekeke
Takziah utk K.Tee and family.
Wei Nath, kesian member kita, dpt hadiah lambat..ye la kena tunggu anaknya tumbuh gigi baru dpt, tup2 time tu, dia dah mengandung yg baru pulak...alamak..terlebih sudah!! hehe
Nat
Maklumlah blog kita ni sik suram jer.....so tu yg berpantun sikit.
Nak try cuba test, tp yg kuar pantun zaman hingusan gak.....nak cari yg thrill tak muncul2 lg....
Post a Comment