Pesanan penaja: Sebelum baca entry ini, pastikan anda betul-betul ada masa lapang. Pastikan semua ganggang talipon anda diangkat bagi memastikan tiada gangguan.
Kat luar opis aku ni terang menderang. Panas terik la org kata wpun baru pukul 10.30 pagi. Yang mendung dlm internet ni ha. Dlm blog kita ni. Mendung jer... tp biasa la fenomena ni. Hukum alam. Ajal maut ditangan tuhan. Dekat-dekat Ramadhan ni, berita-berita kehilangan ahli keluarga, sahabat handai, kenalan mmg banyak. Kita sedekahkan Al Fatihah pada mereka.
Tp mendung bagi aku lain pulak. Mendung aku ditimpa malang. Tu lah, aku ni baik hati sngat.(ye ker?) Mudah sngat nak kesian kat org kan. Tp org tak kesian kat aku pun. Tak peduli pun.
Panjang sangat intro aku ek. Ok, back to main point aku nak post hari ni. Aku nak citer pasal pengalaman aku masuk court. HAH! kan betul, aku penah ckp C U in Court!.
OK, citernya gini. Kena la flash back skit kan supaya korang phm asai usul citer aku ni.
10 thn yg lepas, aku jd penjamin kepada member pejabat aku. Setelah dipujuk rayu, dibuat pertimbangan, dan segala benda yg ptt dipkkan, aku pun setuju jg penjamin. Banyak jugak pinjaman yg lahabau ni mintak. (Aku panggil dia lahabau sekarang sbb dia sanggup buat aku mcm ni. dah tak layak dipanggil member.). Aku setuju sbb aku yakin lahabau ni tak buat onar. Rupanya tidak, apa yg paling ditakutkan oleh semua penjamin telah terjadi pd aku.
Drag punya drag kes pinjaman ni, lastnyer hujung bulan lepas, Julai aku terima surat sebutan kes dari lawyer bank. So, aku telah pergiatkan lagi langkah untuk mengesan mana peginya lahabau ni. Semua contack no yg aku ada semua not in svc, aku tepon gak penjamin ke 2, pun uncontacted. Aku manage cakap ngan mak penjamin ke 2, tp tak manage dpt latest contact no. Alasan: Tak tau no hp anak dia. Logic tak? tak per, aku sabar lagi. Aku contact pulak member2 lama yg mana ada. Mana tau depa tau mana lahabau tu. Lastnya, alhamdulillah, dlm banyak2 tu, aku managed dpt contact no dia. Dpt ckp dengan dia. Rupanya dia di Sabah. Tak keje dan dok belajar ilmu agama kat pondok di sana. Wallahualam lah.
Bila dah dpt contact tu, aku mintak tolong dia buat apa yg ptt. Dan lahabau ni janji dia akan minta abg dia tolong sattlekan hutang dia tu. Dia kata abg dia outstation ke overseas, lg 2 weeks balik. OK. next 2 weeks tu aku follow-up, dia kata pulak abg dia kat jakarta, lusa balik. OK. aku tunggu lusa. Lusa tu hari isnin smalam lah. Hari isnin, aku call dari pg utk f/up, tak angkat, sms tak jawab. Biasanya sms dia cepat jawab. Satu hari aku cari, tak dpt kesan. Petangnya, aku dpt sms. Lahabau ni marah aku pasal dok sms/tepon dia. Aduh.. aku rasa aku yg ptt marah dia, ni terbalik pulak, aku yg kena marah. Akhirnya aku mmg frust betul. Mmg betul2 frust, bila kawan mkn kawan mcm ni, tak sangka org boleh ambik kesempatan atas kebaikan/lembut hati aku ni.
Dalam pada tu, aku dah call bank. Buat apa yg patut dan f/up dengan bank mcm mana jalan penyelesaian. Lgpun, kebetulan pula aku nak ambik loan tak boleh sebab nama aku dah black list sbb kes lahabau ni.. So dalam pada bincang2 tu, bank adv aku. Nak ambik loan boleh, tp duit loan tu diorang akan tolak dengan amount hutang lahabau ni. Klau mcm tu apa guna aku ambik loan untuk bayar hutang org. Betul tak? Tp sebab aku mmg nak pakai duit, aku tanya ada cara lain tak? Bank bagi satu cara lagi: Minta pelepasan sebagai garentor. Kalau mcm kes aku ni, mungkin aku kena bayar 1/3 dari baki pinjaman. Aku pun ingat nak pejam mata je la buat surat mintak pelepasan sebagai garentor. Sbb aku pk kalau 1/3 dari baki pinjaman lebih kurang +-6K. Bukan mampu bayar, tp terdesak, boleh la aku tebalkan muka untuk pinjam org dulu sementara nak dpt loan tu.
Peh tu aku f/up pula ngan bank pasal pelepasan tu, outcome dari bank mengejutkan aku. Dari estimation +-6k tu, dah jadi 11K plak nak kena bayar. Dah double amount. Bila aku tanya naper banyak?, officer bank tu kata ada la cara pengiraan yg diorang gunakan. so, dpt la amount tu. Bila aku mintak detail, dia kata tak boleh sebab tu urusan bank. Mana boleh mcm tu, aku garentor, aku ada hak untuk tahu detail. Lagi satu, dia officer bank, sure dia banyak pengalaman urusan mcm ni, kalau tahu apa cara pengiraannya, pasti dia boleh agak dari baki pinjaman banyak tu, brapa yg akan aku kena bayar kalau aku mintak pelepasan. Kenapa dia hanya cakap +-6k jer? Pelik kan?
Aku kecewa betul dengan bank. Lastnyer aku ckp, kalau banyak mcm tu, mana aku mampu. Nak jelaskan yg +-6k tu pun aku pinjam sana sini, inikan pula amount banyak tu. Org pun takut nak pinjamkan pada aku. Aku nak pinjam dengan org pun tak brani.
So, 13/8 smalam, aku cuti sbb nak p mahkamah kes ni lah. Sebelum aku cuti tu, aku tepon kawan2 kita yang rapat. Tanyakan siapa ada pengalaman p court mcm ni. Aku nak tau apa protokol dan apa tip2 yg boleh membantu aku. Alhamdulillah. Member2 semua banyak bagi sokongan moral pd aku. Sekurangnya aku tau ler apa nak jawab nanti. Tp aku la pulak takut. Sbb aku ni bukan nyer cerdas sngat berpk bila kena jawab onthe spot ni, nak pulak depan audience yg tak dikenali, mahkamah pulak tu. Gementar seh... dah seminggu aku rasa mcm nak terkucil jer. Dah tu aku kena p sengsorang plak tu. huhuhu... takut...
Pagi smalam, aku cuma pakai baju kurung biasa, tudung biasa tak de lip lap batu kristal, bawa handbag mengkuang jer (ni tip2 kengkawan la ni).aku sampai paling awal kat mahkamah. Dah dekat kul 9 pun mahkamah belum buka lagi. Teruk betul. Sebab ni 1st time aku p mahkamah, aku tertanya-tanya dan tercari2 la. Mana satu ler bilik yg aku nak masuk, katanya bilik 1, tp yg ada cuma bilik 2,3. Ish rupanya kena tengok kat papan kenyataan tepi bilik tu. Kat mana ada no rujukan fail mahkamah kita, kat situ la kena masuk.
So, masa dok kat kerusi luar bilik mahkamah tu, aku nampak ler sorang mamat ni, rupa mcm lawyer, so aku pun tebal la muka p tanya. Mmg betul lawyer, so dia adv ler aku, masuk dlm nanti, jumpa interpreter (entah betul ejaan ke idak, abaikan lah ek) tu, daftar kehadiran/kes then tunggu je lah dipanggil. Sempat gak ler tanya apa yg patut aku buat bila kes mcm ni. Bila pintu bilik mahkamah tu buka jer aku pun masuk la bersama-sama dengan lawyer2 yang lain. Wah...masa ni rasa bangga la pulak sebab boleh berdiri berbaris sama lawyer yg lain. hampeh ...
Dalam kul 9.30 pagi tu baru ler aku dpt jumpa dengan lawyer yang handle kes aku ni. Bila dah jumpa tu baru aku tau rupanya, bulan Mei hari tu dah dapat surat saman untuk dptkan perintah mahkamah untuk kes ni. Peliknya, mcm mana aku tak dpt surat apa-apa pun. padahal aku dengan bank sentiasa berhubung dari dulu. semua contact no aku depa tau. So bank dah dpt perintah mahkamah untuk proceed mintak utang melalui lawyer. Sepatutnya sebutan kes semalam untuk penghutang saja. Jd, aku sebagai penjamin tak perlu hadir. Kalau aku hadir pun, tak de apa2 yang boleh diambil tindakan terhadap aku.
Fuh! aku tarik nafas lega dalam selut semalam. Tak payah kena bicara. tak yah jumpa hakim, tak yah jawab soklan depan semua org. Huh! lega. Hilang nerves aku.Tapi...soon or later, kalau bank tak dpt kutip hutang dengan peminjam, mmg depa panggil aku lg sekali masuk mahkamah. alahai.... lemah semangat aku bila kena aniaya mcm ni. Dengan kawan pulak tu..sakit hati tul!
Jadi, sebab aku dah ambik cuti, sebab aku nak ubat hati aku yang kuciwa ni, smalam aku ronda-ronda sengsorang. Mula-mula aku round komplex, p buat facial, rebonding. abih kul 4 ptg, aku p gulatis pulak cari kain nak buat baju raya. Tp frust, kain yg mcm aku nak tak de kat situ, lastnya masuk supermarket, beli mee kuning. Balik masak mee hailam sebab aku dah lapar sangat. Badan dah gigil-gigil sebab dari pagi aku tak makan mender sbb takut nak masuk mahkamah!
Ok. tu la cerita aku. Untuk kengkawan yang pagi-pagi lagi dah ym aku nak tau cerita, haaa, penat korang nak baca kan? bayangkan lah, kalau aku citer kat korang melalui ym tadi tu, Fuh! mau bengkak jari aku. 5 org tanya, 5x nak kena cerita. haaaa penat woooo silap2 aku salah citer plak. ahaks...
Tp aku ucapkan terima kasih banyak-banyak atas sokongan moral yang korang berikan. Terima kasih juga sebab concern/prihatin atas nasib malang aku ni. Mmg bertuah aku dapat kawan-kawan macam korang ni. so... kalau aku nak mintak tolong korang jd penjamin loan aku nanti, boleh tak? hahahhaa
Tu lah ceritanya.. Moral of the story: Kalau bab duit, jgn percayakan org, hatta 'teman sebilik' pun, adik bradik ker..smalam ada abg tu kena saman saman sebab anak buah tak bayar loan. kesian kan? Hati-hatilah..
6 comments:
Nath
Sian kau, kita pernah mengalami masalah yg sama.
Ni citer dulu2, masa kat tmpt kerja lama. Ada sorang kakak ni suruh aku jadi penjamin. Dia wat loan +- 15K, lepas dpt duit, +-8 ke 9 bulan dia resigned plak.
Mcm kau gak, surat dr bank smpi umah, sebagai remider, aku dpt surat reminder tu lebih kurang 3 / 4 kali lah jugak.
Tp aku masih lum tahap kena g mahkamah cam kau nath, sbb bila dpt surat tu jer aku trus g cari dia, upanya dia bukak kantin kilang, so mungkin mula2 berniaga agaknya ada perit sikit, tu yg tertunggak tu, dia tak bayar lebih kurang tuk 6 bulan.
Bila aku jumpa dia, mmg dia janji akakn settlekan lah, cara mana dia dptkan duit tu aku tak pastilah. Alhmadulillah semuanya settle. Tp kembang kuncup lah gak idung aku ni bila bayangkan klu apa2 terjadi.....seram U.
Insyakallah lah Nath, moga2 dia cepat bertanggungjawab, klu tak apa guna dia g belajar kat pondok klu nak menganiaya kawan....ya tak
Sabar dan doalah byk2 Nath moga2 kita tak teraniaya......Kak Tie
Baru baca hari ni... kesiannya kawan aku kena anaya. Lepas baca ni lagilah aku tak nak jadi penjamin sapa2. Mmg byk manusia tak leh dipercaya.
Sorry to hear bout your case Nath. Same with me. Naik turun court. Personal pon ada, company pon ada. Tapi kita ada law. Don't be afraid of the law. make use of it. Sometimes you have to "bend" the law to suit you. And finally, we won the case of USD50K just few days back.
Anyway, Nice to hear about all of you. Quite surprised that boleh lak terjumpa your blog. Some of you ada la terjumpa kat pasar ke, kat tepi jalan ke, yg lelain tak tau kat mana lagi. Ada yg kenal, ada yg dah tak ingat. Len kali kalu ada kat area Pasir Gudang nih, try2 la contact kite kat sini. Itu pon kalu tak kena transfer KL lagi laa :)
dinas (at) eskyglobal (dot) com, SEP 93/95
Salam
Sapa si dinas ni? klu member2 dsk, sy minta maaf bebanyak, maklumlah memasing pakai nama glamor.....mana nak kenal tp klu pakai nama asal sure kenal nyer.....setahu sy yg kat area PG ni cuma sy dan Marinah Rahmat jer.....bagitaulah sapa ni.....boleh jumpa2....Kak Mariati
rasanya dinas suhadi putra, kalau tak silap lah. ingat tak budak elektrik tu. yang ambik video shoot masa majlis2 poly. setau ina dia mmg kat pasir gudang kak t.
Dinas kalau betul tolong comfirmkan.
Pandai pon Marinah teka.. Sorilah mencelah kat blok korang nih. Saje test kot2 ada org kenal lagi ke tak.
Post a Comment