Assalamualaikum wm wb
Kali ini saya bawa berita duka lagi.......
Pulangnya ayahanda saya, Abdullah bin Mohammed ke rahmatullah pada pagi 30 Jun 2008 (Isnin) jam 5.52 am.
Saya terima call dalam jam 6.30 am, capai apa sahaja yang boleh..
Terus menuju Kuantan....
Pertama kali dalam hidup saya, memandu tanpa ditemani muzik yg berdentam-dentum... hanya airmata yang berjujuran diselangi ayat-ayat suci yg mohon supaya perjalanan saya dipermudahkan sehingga saya sampai ke Kuantan...
Pertama kali juga dlm hidup saya, tidak saya endahkan berapa kelajuan yang saya bawa.. jika selama ini saya berhati-hati takut kena saman.... tp kali ini... itu tidak lagi penting
Semasa saya isi minyak di Petronas Bentong.... belum habis minyak dituang saya sudah angkat pam... minyak berjijiran keluar.... tidak juga saya peduli.... waktu itu dlm kepala saya mmg kosong.. tak boleh register apapun.....
Saya hanya sempat sms Lin sahaja, maaf saya tak boleh nak maklumkan kepada semua.
Masa itu fikiran saya hanya nak sampai cepat Kuantan... nak segerakan apa yang patut disegerakan...
Saya tidak pernah kehilangan org terdekat dlm hidup saya.... kehilangan dalam bentuk kematian ini rupanya meninggalkan ruang yang teramat kosong dlm jiwa saya..... rasa kehilangan dan rasa kerinduan.... rasa kosong yang teramat sangat...
Saya mohon rakan-rakan semua agar dapat mensedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayahanda saya dan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin.
Wassalam
9 comments:
Eta
Semoga tabah menghadapi segala yg dilalui....dan utk Ayahnda Eta semoga ditempatkan dikalangan org yg sentiasa dibawah lindungan dan rahmatnya serta ditempatkan dikalangan umat2nya yg beriman...Insyakallah.....Kak Tie
Takziah utk Ita sekeluarga.
Semoga Rohnya ditempatkan disisi org2 yg soleh di Syurga. Setiap kali lepas solat, sedekahkan Selawat Nabi SAW, Kulhuwallah dan Al-fatihah pd Ayahanda. Tabahkan hati, setiap dr kita akan menghadapiNYA, cuma kita tak tau bila.
Salam dr klinda sekeluarga.
Takziah lagi sekali dari Nath untuk Kak Eta sekeluarga. Maaf tadi banyak bertanya. Ingatkan saya org pertama yg mendapat khabar berita. Masuk ke blog kononnya ingin update berita ini. rupanya Kak. Eta telah updatekan sendiri..saya yg terlewat rupanya..
Nath mendoakan semoga arwah ayah akak aman dan tenang disisiNya. AL Fatihah..
Tabahkan hatimu Kak Eta..
Takziah dari ina juga. ina faham keadaan & perasaan kak eta... sabar lah ia.
Salam takziah dr saya semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh... Amin
En Matzlan
Takziah juga dari saya utk Kak Nita sekeluarga. Rasanya 3 kali Kak Nita kehilangan keluarga terdekat dalam tahun ni terutama sekali ayah kak Nita sendiri. Semoga kak Nita tabah dan semoga Allah tempatkan ayah kak nita dikalangan org2 yang beriman. Amin.
Takziah...
Al-Fatihah...
Takziah untuk kak eta dan keluarga..semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yg disayangi Allah. Al-Fatihah. Amin.
Takziah kak eta dan keluarga..tabahkan hati menempuhi ujian Allah SWT.
Al-Fatihah
Post a Comment