Tuesday, July 22, 2008

Shhhh...

Mak aku cakap, kalau buat baik jgn cerita kat org. Ada pepatah kata , kalau tangan kanan memberi, jgn sampai tangan kiri tahu. Cam ner tu ek? 2-2 tangan tu kan kat satu badan. Badan yang sama, dan biasanya bila kita memberi, kita gunakan 2-2 tangan untuk memberi. Tangan kanan biasanya yg pegang apa yg nak diberi, dan tangan kiri akan menyokong tangan kanan. Saling bantu membantu ye tak?

Ha... aku simpang skit la dari pesanan mak aku dan pepatah tu yer. Ni sbb melibatkan duit org, so aku terpaksa juga beritahu.

Seperti yg semua telah tahu, Kak Eta telah bawakan perkabaran sedih ari tu. So, seperti yang telah dipersetujui oleh semua semasa gathering yang lepas, dan sebagai salah satu faedah tabung ditubuhkan; selaku pemegang amanah Tabung DSK dan bagi pihak penabung, aku telah bank inkan sumbangan khairat kematian untuk Kak Eta. Semoga sumbangan ikhlas kita yang tidak seberapa ini dapat meringankan sedikit bebanan keluarga Kak Eta dan diberkati Allah.

Amin..

3 comments:

Anonymous said...

Moga diberkati...Amin..
Tima kasih Tuan Tanah ehh silap...Puan Bendahari Nath.

Anonymous said...

Nath

Tahniah....teruskan usaha anda Puan Bendahari....tu ler antara faedah2 yg dpt kita kongsi bersama sbg kekawan ya.....Saling ingat mengingati semasa susah atau senang........Insyakallah.....Kak Tie

Anonymous said...

Aku dah vote.. org pertama yg vote. Sekian terima kasih.