Saturday, July 26, 2008

Mak Mertua pulang ke Rahmatulallah.............

Assalamualaikum semua

Actually sy baru jer naik kerja arnini, pada 23.07.2008 kul 5.45 pagi, sy dapt panggilan tel. dr. Kakak Ipar di Segamat mengatakan emak mertua saya dah meninggal lebih kurang dlm pukul 4.30pagi ari yg sama.

Sebenarnya dlm bulan 4 aritu, mak mertua sy pergi berjalan ke rumah akak ipar di segamat. Duduk sana lebih kurang dlm seminggu dia jatuh kat dapur. Abg dan kakak ipar bawak g berurut, nampak gaya ada perkembangan.....beransur sihat, boleh berjalan mcm biasa, pelik tp tu lah org kata, angin ahmar klu baru2 kena, lebih baik diurut selalu, alhamdulillah akhirnya mak berjalan seperti biasa. Siap boleh berjalan kat kebun belakang umah akak lagi.

Agaknya mmg dah tertulis tu penyakit terakhir sebelum dia meninggal, akhirnya dia kena sekali lagi, jatuh kat dapur gak tp kali ni nasib baik kakak ipar ada, dan dia sempat sambut mak. Lepas drp tu tangan dan kaki mak sebelah kiri longlai lg, ibarat mati sebelah badan lagi.

Hingga lah pada 12/07 tetiba lepas zohor mata mak terpejam dan mulut dah tak boleh bercakap2 lagi. Kami bergegas lagi balik ke segamat......mcm tu lah rutin kami setiap sabtu hinggalah akhirnya mak menghempuskan nafas terakhir pada 23.07.2008 kul 4.30 pagi.


Walaupun sy baru bersama mak mertua, tp ada juga beberapa pengajaran dan tunjuk ajarnya yg boleh sy simpan sebagai kenangan......Masa majlis perkahwinan sy, suami dah kata nak wat doa selamat jer kat umah sendiri tp mak mertua sy berkeras gak nak buat sikit kenduri sambut menantu kat umahnya. Akhirnya hajat dia dipenuhi oleh kakak2 ipar dan abg ipar sy. Walaupun dlm keadan serba ringkas dptlah juga memenuhi kehendaknya. Skang abg2 dan kakak2 ipar sy semua berbunyi padanlah mak sibuk dan beria2 benar nak buat majlis sambut menantu dirumahnya, rupanya dia nak pergi.

Dia pun ada ajar sy camne nak wat Nasi Impit....akak2 ipar sy kata mak terror wat nasi impit.....klu time raya jiran2 yg dekat2 umah mak akan tempah nasi impit mak. Kiranya mak mertua sy ni terkenal ngan nasi impitnya lah bila time raya. Masa sy dtg pd 05/07 aritu dia ajar sy camne nak wat nasi impit tu....ooooo rupanya senang jer, tp sampai ari ni tak wat2 jugak....menantu rajinlah katakan....Masa sy dtg umah akak aritu, ada lori apek jual kain baju tu terpekik berteriak kata ada jualan murah kain baju kat segamat.....kita org terdengar.....pas tu sy ckp kat suami sebelum kita balik PG apakata kita belikan baju raya mak suruh kakak ipar jahitkan. Sy tanya mak, suka baju camner, colour apa tp dia kata tak yah lah susah2 tie, mak ni entahkan smpi entahkan tak, mana tau 2/3 ari lagi mata mak ni pejam, sy pujuk dia sy kata, mak jgn ckp mcm tu, insyakallah ada rezeki kita raya sama2 thn ni. Dia senyum jer, pas tu dia pulak yg ckp ngan sy, buat lah nanti nasi impit yg mak ajar tu,nanti boleh kita makan raya reramai kat sini (Kat Segamat), sedih gak bila kenang kan apa yg mak ckp tu, tp apa nak buat hukumnya dah smapai, kita yg idup ni tak tau lagi bila masanya. Doa jer lah moga2 bila tiba waktu kita segalanya berjalan lancar dan dlm keadaan baik2 belaka....Insyakallah

Semoga mak mertua sy di tempatkan dikalangan org yg beriman dan sentiasa dibwah limpahan rahmatNYA....Insyakallah.....AMIN.....Kak Tie

4 comments:

Anonymous said...

Takziah dari Linda sekeluarga.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh.

Anonymous said...

Takziah untuk K.Atie n Abg Harun sekeluarga..moga beliau aman disisiNya..

Anonymous said...

Takziah buat kak Tie dan abg Harun sekeluarga. Tak sempat kak tie nak beraya ngan mak mertua kan. Semoga Allah tempatkan arwah mak mertua kak tie di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Anonymous said...

Takziah dari ina juga. Ina pun baru kehilangan ayah kak T. Ayah ina meninggal hari jumaat lepas 25/7/08. Kat umah ina lagi. Allah lebih menyayangi mereka. Al-Fatihah.