Wednesday, December 5, 2007

Yuhuuu wa bertukarrr

Sepertimana yg semua kurang maklum hehehe...
saya akan bertukar ke kementerian lain mulai Isnin 10 Disember 2007.

Saya dah tak boleh skodeng Pak Lah dahhh
lepas ni saya nak skodeng Pak Sy. Amid laaa pulokkkk

Mungkin saya tidak akan berposing.... ehhh silap! berposting untuk beberapa ketika kerana yelahhhh bertukor rumah laa katakan... tatau lagi umah baru tu cam nerrr....

Harap semua mendoakan kesejahteraan dalam karier yg saya pilih ini... saya sanggup mengetepikan 'kekananan' saya... juga ke'pegawai'an demi cinta ni cehhh (mcm yerrr jer bercinta)

Apapun ini yg saya pilih, ini yg saya hendak... dan inilah yg saya akan belajar menyesuaikan diri untuk meneruskan kerjaya.

Ni adalah cita-cita saya yg terakhir telah saya capai.... so saya akan listkan cita-cita baru selepas ini (korang dijemput untuk turut serta mencadangkan cita-cita tersebut ahaaaakkss)

Jadi... jika saya tidak muncul... bukan kerana saya tak mo... tp kerana keadaan mungkin tidak mengijinkan yer ibuk-ibuk dan bapak-bapak sekalian...

Doakan saya... dunia dan akhirat... saya harap saya tidak memilih jalan yg salah.....

12 comments:

eycha tan said...

echa doakan semua yang terbaik untuk kak eta...sejauh mana pun kak eta...jangan sesekali lupakan kawan2 di sini ok.

harhtan said...

alhamdulillah tercapai juga apa yg k. eta hajati..peh ni kalau kena posing, eh posting ke mana-mana, jgn lupa bgtau ek, mana ler tau tabung kengkawan dah penoh..ler ler save budget part hotel tu..kekeke
-kiter tumpang gumbira bila kengkawan gumbira..-

Anonymous said...

wah tahniah Eta..
semoga lebih success di 'umah' baru.

nath,
klinda setuju dgn mu. bole la gi mkn angin sesamer.."Obersea Reunion"..pehhh

Anonymous said...

Eta

Ni kak mariati ni, eta nak g mana lak? Sy ni agak ketinggalan zaman, tp nak lah tau gak.....Apa2 pun semoga lebih ceria, gembira, murah rezeki dan bahagia selamanya....AMIN

Dr. Kak Mariati

Anonymous said...

Tahniah dan selamat maju jaya. walau kemana kita,ingat ketimuran kita. assalamualaikum

Anita said...

Terima kasih pd semua...

Mungkin ada yg kurang jelas, kesian Kak Mariati... saya akan bersama Kem. Luar Negeri, sekali saya melangkah.. maka kaki saya akan terikat di situ sehingga saya pencen/ajal menjemput.

'RUMAH' ni bermaksud kakitangannya akan bertugas luar negara... 8 tahun di rantauan, 2 tahun di tanahair.. dan begitulah seterusnya...

Seperti mana nasihat En Matzlan... saya ingat sampai mati.. saya tetap orang Muslim Malaysia walau ke mana saya pergi... InsyaAllah

harhtan said...

k. eta belum lagi berangkat, tp aku dah terasa bahangnya. sedih rasanya bila ingat nanti lagi susah nak jumpa. harap2 internet ni boleh penyambung kita...rajin2 ler citer kisah hidup diperantauan kat sini nanti...sob..sob..

Anonymous said...

tahniah k.eta.... nanti sebelum pegi mana2 bagi tau yerk...

Anonymous said...

Waa! tahniah le buat Eta..kirim2 le buah tangan oversea tu n pandai2 la bawak diri, cubaan di tempat orang memang banyak cuma kita la yg pandai membawa diri nak ketengah ke nak ketepi ke..semuanya di tangan sendiri tak boleh salahkan orang lain (melalui pengalaman sendiri nih!)..bon voyage

Anonymous said...

Kak eta..TAHNIAH.

Anonymous said...

Kak Eta,
Tahniah ye..moga kak eta bahagia dan terus bahagia..
Sayonara...

Anonymous said...

Tahniah buat Kak Eta. huhu.. pasni kena posting jauh2 lah yer.. takpelah.. kami trylah kumpul duit supaya boleh melawat kak eta nanti. Amacam geng, jom reunion jauh sikit pasni. hehehe