Tuesday, December 18, 2007

Tolong advice aku..

Baru-baru ni aku nampak UiTM ada kerja kosong. aku ingat nak pohon. Apa pendapat korang?
Kenapa aku nak mohon? Sebab utama adalah sbb Uitm sebelah rumah aku jer, penat ler keje jauh-jauh ni, buang masa atas jalan jer. jem plak tu hari-hari. Peh tu aku ingat nak cuba mintak gred yg lebih tinggi skit. Gred tinggi, starting pun tinggi kekeke..dan...aku masih pasang angan-angan untuk sambung study, at least kat situ, kalau nak buat outcampus, aku sempat lagi nak ke class. Jalan kaki jer lepas kerja.
Tp aku muskil. takut yg dikendung berciciran yg dikejar tak dapat. Mana lah tahu management Uitm tak sebagus tempat sekarang ..aku tak tahu enviroment kat situ mcm mana pulak. kena dok jabatan apa nanti, kalau mcm kat tempat sekarang pusat IT, bagus lah, serba serbi ada. (tu yg aku dok pulun tengok citer korea online jer tu).
Kalau aku dpt post yg lebih tinggi, sure leasure yg aku kecapi sekarang dah tak de lagi. Dah tak sempat nak berposting, berchating, dah tak boleh nak huha huha lagi, dah tak boleh nak jalankan aktiviti hobi aku (menjahit time keje la tu..) dah tak boleh nak rehat-rehat lagi dah.
So, apa pendapat korang? Tempat sekarang better atau Uitm better? Kalau korang mana satu korang pilih?
note:
Mintak tolong korang jgn tulis nama tempat aku keje sekarang ek. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan yg mungkin timbul. aku ni kan pelarian...fugitive ler katakan....muahahahaha
-posted by Nath ler..maleh nak tukar id

3 comments:

Anonymous said...

Nath, hang toksah blah lah.. dengaq kata hujung bln ni ada nak pakai Pembantu Tadbir utk Jab. Agama Islam. Aku ingat nak apply lah sebab aku nak balik KL. Dah tergedik2 nak balik ni.. Pastu nanti aku carilah rumah sewa kat Shah Alam ke.. so bolehlah pi keje sekali. Ada setuju?

harhtan said...

mai la balik sini...makin ramai ler kengkawan yg boleh aku ajak lepak time lunch...hahahaha...

Klinda sure nangis giler ler kalu ko pindah sini...

mas said...

kat uitm shah alam ada nak pakai steno.. tp gred N17 jerk.... saper yg keje bawah kerajaan negeri or badan2 berkanun tu bolehler apply..tak ralat sgt macam mazni yg under krjn persekutuan ni. nak kene mula dari 0 kalau masuk sana... huh.. rugi rugi...
setahu mazni kalau staff uitm nak sambung blajar kat situ, dpt half price... utk Program Luar Kampus ler... fooohh.. jimat sih.. yuran 800 satu sem tinggal 400 jerk.. apapun, mana2 sama jer ... bawah satu kerajaan gak.. gaji sama jerk...elaun pun sama jer..hehehe....