Kalau cakap pasal hujan, banyak lagu yang berkaitan dengan hujan kan..
Lagu Sudirman - HUJAN
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi…
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi…
Lagu kanak-kanak...
rain-rain go away..
come again another day..
little johny want to play..
takat tu jer yg aku tau..hehe. Lagu rakyat dlm Bangau oh bangau pun pun ada.
Hujan oh hujan kenapa engkau turun
macam mana aku tak turun
katak panggil aku..
katak panggil aku!
binatang yg sinonim dengan hujan: Katak. OnG oNg gedek gedek.. mesti tanda nak hujan.
Tapi hujan yg aku nak cerita kat sini ni bukan pasal lagu-lagu hujan. atau cerita katak mati kena gelek dlm hujan.
Tp yg aku risau adalah: Apa khabar agaknya kawan-kawan aku, lecture-lecture aku(malas nak guna lectures..)kat pantai timur tu?
Rumah mek, liza, kak ita, lin tenggelam ke tak? Rumah En. Matzlan? Lembu-lembu cik selamat? kalau LPT pun boleh tenggelam, tak kan rumah depa tak tenggelam ek? Entah-entah lin tengah buat demo buat kotak kat pusat pemindahan tak? maap yer lin, aku buat joke lak masa critikal mcm ni ek.. Kadang-kadang, bila time mcm ni, usik mengusik ni penawar duka. Dari muka moncong mikirkan sofa baru terapung dlm air, keta baru dah nampak bumbung jer, barang nak raya dah hanyut sekali. Apa lagi boleh buat selain senyum je lah mikirkan semua tu kan. Nak tolong, dah jauh. Aku cuma boleh tolong doakan keselamatan korang je..moga-moga rumah korang tak di kawasan banjir. Moga-moga hujan cepatlah brenti.
Apa-apapun, untuk kengkawan dan mereka yang berada di pantai timur, johor dan kawasan-kawasan yg sewaktu dengan musim hujan ni, jaga keselamatan korang yer.. jaga anak jgn kasi main longkang/parit/sungai.
Aku risau tau..
14 comments:
Walaupun hujan lebat, berita dlm tv sarat dgn banjir dipahang namun saya selamat. Lembu2 juga selamat dan saya tak dengar ada yang terlemas atau apa2 musibah dlm banjir. saya tahu kerana saya terlibat dlm operasi penghantaran bekalan banjir kpd mangsa2. RELA katakan mesti sentiasa rela berkhidmat. Siap naik Trak 3tan dan helikopter nuri lagi. Intai2 la dlm berita kot2 keluar tv. pakai baju kuning lg. Walau apa pun Mudah mudahan semuanya selamat. Insyaallah.....sama2 kita berdoa
Assalamualaikum
Nath, tima kasih bebanyak ingat sungguh hang kat kita2 ni ya. Alhamdulillah sy dan Marina Rahmat tidak terlibat ngan banjir & walaupun kat PG ni ujan jer tp keadaan masih terkawal,harap2 begitulah hendaknya sehingga sudah. Sy juga mendoakan moga2kawan2 yg lain2 tu @ sesiapa yg terliapat (kalau ada) sentiasa di dalam lingkungan rahmat-NYA....AMIN
Dr. Kak Mariati
Syukur la semua slmat. Tiap2 mlm tgk berita TV3 tapi tak nampak pun jejaka pakai baju kuning tu, takpa mlm ni tgk lagi. Bulan ni income En mesti masyuk sbb raya Qurban..byk org tempah lembu.
Semoga hujan/ banjir makin reda, dan semoga sentiasa tersenyum menghadapi dugaan Tuhan.
Baju kuning ek? Tak nampak pung.. (Mcm mana nak nampak.. berita pun aku tak pernah tgk..kui kui).
ko ni Meina...brita hal ehwal semasa tak tgk tapi citer cinta Korea sanggup bersengkang mata.ishhh
Masalahnya berita hal ehwal semasa takde yg encom2.. hehehe. Kalau citer korea, pakwe dia encom2.
Alhamdulillah....kalau dah boleh reply tu, confirm selamat ler tu..hehehe
En, baju kuning ek..cerah. senang mata nak tengok ha. Susah nak dpt sukarelawan mcm En. nih. Lembu En. kena naik bot tak?
Kak Ati, jenjangan berkompang dlm banjir ek...hehehe
Marina, sanggup hang bersengkang mata sbb citer korea noo, dolu kutuk-kutuk aku apa kejadahnya minat tengok citer korea. Ha.. la ni hangpa tengok sapa yg angau lebih. muahahaha..
KLinda mesti risau gak musim banjir wpun Penang tak kena. Keluarga mertua kat sana selamat kaaa?
Nath,
klinda dok bygkan lembu naik bot, mesti senget seblah..hehe
family mertuaku slmat sbb depa dok kat flat 5th floor, lagipun area town tak kena
Meina,
ko ni mata keranjang ler..nak yg encom2 jer
Ktee...kompang?? jeng3x
Nath, kekompang lambat lagi insyakallah bulan 3....oooppppsss terlepas lah, tak perlah utk pengetahuan korang 08.03.08, dtg tau jgn tak dtg lak....nak ajak nath, linda dan marina main kompang.....amacam boleh?????
Kak atie, insyaallah...dah tua-tua ni dah keras tapak tangan nak tepuk kompang. tp tak per, anak2 cek ada untuk form team kompang anak2 DSK93/95 kawin nanti. Anak klinda, nana, lin boleh join.
Meana, anak ko tak leh join sbb anak ko pompuan semua, kena dok dapur tolong hidang nasi. kekeke
Kepak kepuk kepak kepuk (tu bunyi kompang...huhu)
Nath, anak klinda dok practise kompang skrg ni. nanti grup depa nak pakai baju kaler apa? hehe
Anak2 Meina sesuai dok dapur tlg mak depa...wakakak
Anak2 aku sesuai jadi pengapit lah.. kenalah tayang muka sikit.. kot2 nanti ada pakwe2 encom yang loaded berkenan.. hehehe. Betul tak besan Lin? (Mana besan aku ni.. kejap ada kejap takde)
meana, besan ko sibuk tolong org angkat barang masa banjir daaa...ko ni tak prihatin langsung. Cari menantu yg kaya jer, yg kayap tak mo ek..mata duitan tul mak mertua ni...
uishh.... tu dah semestinya.. kena pk masa depan anak2.. hehehe. Tapi kalau dah rezeki ngan sapa2 pun lantaklah... Allah yang tentukan jodoh. Anak hang pun OK gak.. encom lah katakan.. hehehe.
Post a Comment