Friday, November 23, 2007

Menjejak kasih yang hilang

Klise jer ek tajuk post aku kali ni.

Tp korang jgn penat mata nak membaca pulak. Panjang aku nak tulis ni. Tiap kali aku masuk web kita ni, mesti aku terbayang muka korang semua. tiap kali aku baca posting korang yang dah posted kat sini, mesti aku terbayang muka mereka-mereka yang tak pernah post apa2 kat sini. Nak berposting tu mungkin ambik masa lama. tp put note kat bawah tu pun tak de.

Antara nama-nama mereka yang pernah posting kat sini: Nana, Marina, K.linda, K.Eta, Echa, Jun, K. Ati, Lin, Zuri. Kalau ada mereka yg tersebut namanya tu, maaf ek, mungkin terlalu 'kerap' berposting, sampai terlupa pulak. kekeke

Mana perginya yang lain? Depa-depa tu tahu tak kewujudan web kita ni? Tu aku muskil. Tapi selepas ini, jika mereka terbaca karangan cacamerba aku yg panjang ni, harap dapatlah menyahut sedikit di sini. tak yah nak masuk2 posting. dpt put note kat 'Nak tokok tambah" tu pun jadilah. Tak de login ID? tak de masalah. masuk jer as "Anonymous" tu. dah tulis apa yg nak ckp, letak jer initial pendek kat ujung sekali. mcm Jun dah buat pd posting yg lepas.

Sekurang-kurangnya, kami yg sentiasa terluang waktu untuk berposting ni dpt tersenyum gembira melihat nota korang tu.

Dah banyak kali aku bangkitkan isu tu. kalau dibebel tepi telinga, mau cayaq taik telinya eh..ekeke

Apa khabar agaknya depa-depa tu ek.

Kalau yg diutara, aku ingat kak Yuhiza, yg aku tahu dia di UUM. last aku contact dia bila invite kenduri kawin adik aku tu. Jenny, di USM. sesekali ada gak dia menyampuk di sini.

Kak Linda, Marina, tolong check K. Yuhiza tau tak pasal web kita ni?

Di selatan ada K. Ati yg sesekali menyampuk. Apa khabar kakak aku ni ssekarang ek? Masih cun mcm dulu ker?

Marinah R sesekali ada tepon aku. Bertanya khabar, last jumpa dia di KL Sentral beberapa bulan yg lepas dengan anak2 dia. Bila aku tengok dia ni, bergetah lagi rupanya, jln ngan anak mcm jln ngan adik2 jer..hehe

Ada siapa lagi di selatan aku lupa?

Di pantai timur, Ada lin. Makcik ni mmg aktif. tak yah citer pasal dia sbb dia pun baru jer posting beberapa hari yg lepas. Yang aku nak citer ni pasal Rosmawati ngan Rosliza. Mana korang hilang? dengar kata dekat2 ngan Lin jer. Lin cuba ko cari Roses ni mana p? Depa tau ker pasal web kita ni?

Kalau di central ada ramai. Aku, echa, zuri, nana. ni yg aktif berposting/reply. Ziana tak penah. tp rajin join bila sesekali sub reunion. Anna, dulu masa aku aktif berchating, hari2 dia chat ngan aku. tp ssekarang aku hadkan keaktifan aku sbb nak more concentrate kat keje skit. So tak dengar khabar berita dah ler. Dia tahu pasal web ni, tp alasan dia menyepi sbb dia tak sempat nak tengok.

Zuri pun dah lama aku tengok diam jer sekarang.

Yg diam tak berberita adalah Rafida dan K.Syarifah. yg aku tahu K.Pah ada di area klang. Keje kat salah sebuah sekolah. Rafida? yg ni aku tak tahu langsung mana p. Last aku contact dia untuk call for reunion. Dengan dia aku paling ralat sbb dia mcm membawa diri dan menjauhkan diri dari kita. Kenapa ek? ada sesiapa yg bergaduh dengan dia? baik korang mengaku. kekeke. Sbb aku pelik dan hairan kenapa dia tak nak langsung bercontact dengan kiter2.

Lagi sorang aku tertinggal. Rohaida. Mana dia p ek? Last berita aku dengar dia tukar kerja, so lost contact kat situ jer... hmmmmnnnmm..

Mcm mana dengan kawan-kawan chinese kita? ada sesiapa yg bercontact dengan diorang? Tang Jah Chin, last aku chat dengan dia pun 2,3 bulan yg lepas. Dia kata kadang2 dia baca. Tp dia tak brapa phm sbb kita tulis bahasa pasar. Hahaha

3 comments:

Anonymous said...

Ziana ke, Kak Yuhiza ke, Fida ke.. semua tu aku ada contact dorang.. sblm entry hang ni keluaq aku baru jer lepas contact Ziana dan Kak Yuhiza. Maka sempat gaklah aku membebel kat dorang berdua ni.

Ziana, tima kasihlah sbb ko sudi kata "Hi" jer.. hehehhe. janji ada dpd takde lgsg kan.

Kak Yuhiza kata dia takleh masuk blog kita wlupun dah byk kali try. Aku srh dia try lg Monday depan. Dia kata dia bz tp aku kata kitorang tak terima alasan bz..(Padan muka akak kena bebel kan.. hehehe).

Fida lak.. nantilah dia.. lagi sekali aku call dia aku bebel kat dia lagi ek.

Roosliza lak entahlah mana pegi.. bz gak kot (kitorang tetap tak terima alasan bz). At least kata "Hi" mcm Ziana pun oklah.

Rosmawati.. yg ni lagilah aku tak pernah contact dan tak tau citer. Manalah pegi Mek sorang ni.

Sesekali aku contact gak Teoh dan Yoke Mooi. Teoh dah pindah kat Senai, Johor. Yoke Mooi single lagi.

Sekian berita utk hari ini.

it's us.. said...

Nasib baik ada "Squard DSK"....

Anonymous said...

Cam Squard Hot.fm ler...HANGAT...
ari ni kitanye blog pun dpt respon hangat gak...