Friday, November 9, 2007

Kisah Main Dam

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, terpaksa dia
menumpang di rumah bapa mertuanya...

Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan.
Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah
habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya...
cepat sangat barang-barang
dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...'
Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal
sembahyang.
Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan
tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu
makan...
lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi...
bersembang, sampai tengahari.
Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam,
berborak mengalahkan orang politik.Kerana sama-sama ada kekurangan ni
lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan
bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia
terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni..
Bengang betul dia...
dah lah tak kerja...melantak kuat pulak tu...
Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat..
"Samat, mari kita main dam
haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga..."
kata Samat tanpa mengesyaki
sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh
Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi...
hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi...
"Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya
tersenyum..
"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni...
mentang-mentang aku kuat
makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa...
Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur...
dia tak makan... hulur
lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah
bijak sikit...
Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji
tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa mertuanya dapat melangkah
hingga ke haji...
Apa lagi....
"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?" perli
Samat

Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi
dia yang terkena....

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi
alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah
kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa...

Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk
kebaikan...

No comments: