Wednesday, March 26, 2008

Alumni POLISAS

Assalamualaikum.. sahabat2 yang disayangi,

Aku dapat email ni dari seorang member POLISAS yang aku sendiri pun taklah kenal sgt. Email dia adalah seperti di bawah... (tak taulah betul ke tak yer). Harap2 betullah tapi yang bestnyer tarikh dia tu kena lak ngan Reunion kita. Amacam?


Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,

Alumni politeknik sultan haji ahmad shah (POLISAS) yang baru ditubuhkan bercadang mengadakan majlis makan malam secara percuma untuk semua lepasan POLISAS. Majlis dijangka akan diadakan pada17 Mei 2008. Selaku wakil alumni POLISAS, saya ingin mendapatkan maklumat NAMA PENUH, ALAMAT DAN NO. TELEFON semua lepasan POLISAS.

Harap disebarkan perkara ini kepada lepasan POLISAS yang lain. Emailkan kepada email sayaelfin_77@hotmail.com tentang maklumatberkaitan.

MOHD FADHIL ABDULLAH
Jabatan Perdagangan POLISAS

Nazar Bin Mohd Salleh
Juruteknik
Pejabat Canselori
07-4538385
nazar@uthm.edu.my


Sedikit Info pasal Alumni Polisas

Alumni polisas ditubuhkan apabila jabatan pendidikan teknikal berhasrat menubuhkan alumni politeknik seluruh malaysia. Namun, disebabkan pelbagai masalah untuk menubuhkan alumni politeknik semalaysia, maka alumni polisas ditubuhkan. Setakat ini, hanya PUO yang memiliki alumninya sendiri sedangkan politeknik lain tiada alumni yang sah dan berdaftar.

Pegawai alumni polisas telah dilantik secara sementara iaitu En Zamrin telah ditugaskan untuk menubuhkan AJK penaja alumni polisas bagi menggerakkan penubuhan alumni polisas. AJK penaja ini diketuai oleh En Hj Sharif iaitu Kaunselor Polisas dan pensyarah-pensyarah setiap jabatan yang mana pernah belajar di politeknik.

Oleh itu, diharap dengan adanya Jamuan makan malam alumni polisas ini maka penubuhan alumni polisas akan berjalan lancar. Sokongan daripada semua lepasan Polisas amatlah diharapkan.

Sunday, March 23, 2008

BABY EDRIANA


Assalamualaikum...


Hi.. semua... Sihat... Zury kat rumah nie alhamdulillah sihat. Kat sini Zury sertakan gambar baby zury RAJA NURAFIZAH EDRIANA BINTI RAJA HAZLIN. Masa gambar nie diambik lebih kurang 4 jam lepas lahir.
Oklah.. nie pun ada rezeki sebab dapat internet masa kat rumah adik tapi sekejab2 jerk... lain kali kalau ada masa Zury masuk lagi k....

Wednesday, March 19, 2008






Ni hau ma...





Assalammualaikum kawan-kawan,ni ha aku ada souvenir tuk korang...gambo gambo aku...hehehhe bukan tak nak beli..tp beg aku dah sendat wehhh...
Kat sana barang memang murah giler.Sapa sapa yg banyak meja tu...memang untung g sana,table cloth,table runner,tissue cover murah murah giler..sampai aku pun naik giler..
Bila balik Mesia ni, rasa rugi tak angkut semua tu...rasa cam beli banyak doh,tp tak cukup jugak!
Gelang jade n batu batan ni pun murah murah...tp aku tak minat (selamat duit laki aku) aku sibuk cari stationary...tp sebab sikit je org kepala cam aku ni...tak dapat lah aku cari! Ciss...aku kena g sogolah nampaknya!
Dok sana aku turunlah dlm 1 kilo kut..makan tak lalu langsung.Sekadar alas perut.Beza betul ngan chinese food kat sini.Aku rasa org cina Mesia pun tak lalu kut makan kat sana...hehehhe
Pembangunan...wahhhh fantastic! Seni betul! Tingkap diaorg pun senget benget! Classlah!
Great Wall...memang greatlah.Nak muntah aku panjat tangga...
Cuaca kat sana...tengah sejuk....kalau ari siang dlm 10-18c malam 4-9c.Tengah berdebu kat sana..kering...

Monday, March 17, 2008

DETIK BAHAGIA 08/03/2008




Semekum....

SORRY... SORRY...SORRY sebab dah lama tak masuk blog tapi sentiasa mengikuti tau...actually orang baru pindah keje..so takkan dah nak tunjuk belang pulak..sibuk pun memang sibuk...laa..

Buat semua kengkawan yang desperate sangat nak tengok gambo k.atie kat jinjang pelamin..... haa ni orang upload kan...guna orang punya kamera.. tengoklaa..tapi tak berapa nak clear laa..


Rugi woo tak datang...k.atie lawa sangat tau...tapi walaupun saya dah lama tak jumpa k.atie dan k.atie pun sibuk malu2 kat atas pelamin..dia masih kenal orang lagi..


Dari jauh lagi dia dah senyum kat orang walaupun orang kat celah-celah hadirin yang sibuk nak amik gambar dan nak salam ngan pengantin...


FYI k.Atie... walaupun saya orang Johor tapi sesat gakla.. nak gi umah k.atie tuu..tanya orang sampai 4 kali.lepas tu dah sampai tambak johor lak tu..


Lepas tu.. bila balik senang je rupanya nak cari umah k.Atie...Any way...SELAMAT BERBAHAGIA...haa best tak?...

Melangkahlah dengan selamat


Kak Tie & Suami.....

Melangkahlah dengan selamat
Di sampingnya, semoga hidupmu berkat

Melangkahkah dengan selamat
Semoga kehidupanmu penuh rahmat

Melangkahlah dengan selamat
Bersama berdua sehingga akhirat

Melangkahlah dengan selamat
Doa dari kami semua sebagai SAHABAT .........





Thursday, March 13, 2008

PRU vs Kenduri Kak Atie

hehehe...tak abis2 lagi bab PRU ngan majlis kak atie ni. Kalau PRU, BN sibuk buat postmoterm kehilangan 5 negeri serentak kepada pembangkang. Selangor sampai hari ni tak lantik MB baru lagi. Pakcik aku plak sejak parti sokongan dia menang, cakap dia makin gegak gempita. sampaikan jiran sebelah tak yah nak pekap telinga kat dinding lagi dah kalau nak tau apa2 cerita politik ni.

Kebetulan aku balik kampong pd hari mengundi smalam tu, aku bagi korang tengok betapa happeningnya perang poster kat kampong aku.





Ni bab kawin kak atie ni, pasaipa tadak sesapa nak upload gambar majlis bersejarah gilang gemilang ni? Kalau gambar dari pengantin sendiri, pengantin mesti tengah sibok honeymoon nih...pi honeymoon kat mana la tu...heheheh. Dengar kata ada surprise kat sana. apa dia tu? boleh cerita skit ka? atau nak kena tunggu reunion?

sori la noo, baru balik dari kampung asai usui la katakan... lorat tu tak boleh nak tune balik lagi. minggu depan mesti ok semula ni. hehehe

Thursday, March 6, 2008

Bayar hutang

Akhirnya, berakhir jugak kegersangan kat blog nie ek.... aku dok tengok hari-hari, tp tak de plak sesapa nak posting. Aku sendiri nak post pun tak sempat. Ye lah bab karang mengarang ni bukan boleh buat laju2. tak salah eja, salah ayat, salah perkataan. kang ada plak yg tersalah tafsir. ha.. tak pasai2 kena sound pulak. hehehe

Post terakhir yg aku tengok dari kak atie jemput makan nasi minyak dia hari mengundi nanti....Kak Atie, maap yer, tak dpt datang, kiter balik kampung. Hadiah kawin akak insyaallah hari reunion nanti.so, kalau nak hadiah yg special dari nath, dtg ler hari reunion ek.... amboih mcm umpan akak plak..ahaks..

Baru td buka blog nampak posting dari kak eta. tajuknya jgn pandang belakang? menoleh ke belakang? tak sempat nak baca betul-betul lagi sbb baru ada kesempatan nak berposting hal aku jugak. banyak yg aku hutang post kat korang nih. Maklumlah sibuk... dan kengkadang sesaja buat2 sibuk. hehehe

Oklah.. minggu lepas satu minggu yg paling sibuk untuk aku. anak aku yg sulung kena denggi. so ulang alik spital hari2. dah tu spital gomen, korang tau je lah brapa lama nak kena tunggu. tiap2 hari aku berkampung jer kat spital tu. mintak admitkan jer anak aku tu, tp doktor tak kasi plak. Kalau jd apa2 kat anak aku, mmg sah I sue you!...last saturday, anak aku kena cucuk sampai 4 tempat kat tangan dia semata2 tak kluar darah. dah la kena cucuk banyak, dikorek2nya pulak urat darah anak aku tu. sbb serik tengok anak aku kena cucuk mcm tu hari2, aku stop pegi spital, baru smalam aku f/up kat klinik panel jer untuk tahu blood count dia. Alhamdulillah... anak aku dah sihat dan blood count dia pun dah naik balik.

abis kes anak aku, sambung kes kakak ipar aku plak admited. aku ulang alik spital lagi. Adik ipar yg baik...mcm tu la kan.. hehehe

Then, ni lagi satu utang aku nak buat announcement kat korang. Aku dah dpt baby girl!...eh aku pulak...Zuri sebenarnya. Zuri selamat melahirkan baby girl pd 5/3/2008 di HUKM. berat baby 2.97kg. Lahir pada 5.15am. Berita gembira untuk kita semua kan?..dah sepasang anak zuri ek... bila ler aku nak dpt anak pompuan gak nie...hehehe
Zuri, sori ek...kali ni aku tak boleh jadi member prihatin. tak dpt melawat ko. sbb aku dah melawat hospital lain dulu. kekekeke. anyway, TAHNIAH... mesti doktor ko ucapkan "Tahun depan jumpa saya lagi yer..." hihihi

Next, ni aku attached gambar terbaru kawan kita, Marinah Rahmat dan anak2nya. Amacam? Cun tak kawan kita nih?... mcm anak dara sunti lagi.. sori ek marinah, aku lambat dload gambar ko..


Ok..dah la tu skit2. aku tau korang semua tu bosan dok baca bebel aku nih...hehehehe tp apa aku pedulik. wakakakaka..

Menoleh ke belakang





Berapa kerap kita menoleh ke belakang dalam hidup kita?
Menoleh untuk melihat benda yg telah berlalu
Menoleh untuk memperbaiki kembali sesuatu yang mungkin kita kesali
Menoleh untuk menilai kembali kesilapan lalu
Ramai berkata, jgn menoleh ke belakang dan teruskan kehidupan....
tapi bukankah.... sesekali menoleh itu, perlu juga
Belajarlah menoleh, jika tidak selalupun
biarpun seketika cuma
sekurangnya kita pernah belajar dari sejarah silam






** gambar di Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuantan **
Kala Senja... 060208

Tuesday, February 26, 2008

JEMPUTANKU...................

Assalamualaikum

Hai kengkawan DSK93.95 semua, terlebih dulu nak minta maaf bebanyak, almaklumlah zaman internet, maka kad yg dapat dikirimkan pun atas angin jer.............
Sebenarnya aku dah cuba sedaya upaya, cal sana sini, kekadang tu sampai ambik masa kerja korang lak,minta maaf bebanyak ya, time korang byk kerja time tu ler aku tepon nak tanya address kawan2 yg lain, bukan apa ajat ati ni nak invite & kumpulkan kengkawan lama tapi sehingga arini, cuma beberapa nama jer yg aku dpt. Mana yg aku dpt, aku kirimkanlah kadnya pd korang, mana yg tak dpt tu korang baca jerlah kad atas angin aku ni. Bukan baca jer ya, ni merangkumi nak menjemput korang semualah seisi keluarga. Tima kasih gak tuk kengkawan yg sudi menolong aku tuk dptkan address @ no hp. kekanwang yg lain (tima kasih kengkawanku). Aku ada cuba tepon, ada yg dpt bercakap dan ada gak yg langsung tak berangkat, tak taulah salah no ker @ dah tukar no.
Aku dah kesuntukkan masa, dipendekkan citer sesapa yg masuk blog & terbaca pasal jemputan aku ni, sudi2lah kiranya utk menyampaikan jemputan aku kat kengkawan yg tak berkesempatan masuk blog kita ni. Maaf dari ujung rambut smpi ujung kaki klu cara aku menjemput korang ni agak brutal..............mak tak sempat nyah................Mak start cuti pada 06/03 sampai 17/03 baru naik kerja semula. Nanti klu dah naik kerja aku pastekanlah gambo2 kat blog ni ya. Ceh perasan macam org nak tgk gambo aku......hehehhehe

P/s: Ada sesapa tau Rohaidah punya no hp atau no tmpt kerja, susah nor aku nak cari mak budak sorang ni.

Syg tuk semua.....................Mariati

Carikan aku hotel atau chalet di Johor

Assalamualaikum..

Aku nak minta tolong kawan2 yg kat Johor suggestkan tempat yg best utk bermalam. Aku akan pegi kenduri kak Tie ngan family aku berserta mak dan bapak aku. Nak sewa chalet atau hotel pun untuk 1 malam jer. Ciri-ciri chalet atau hotel yang aku suka adalah... tak mahal sgt sampai 300 satu malam, tepi pantai, tenang dan menarik. Maybe lepas kenduri kak Tie tu aku pegi jalan2 tapi tak tau nak jalan mana kat Johor tu. Silalah berikan pandangan dan ulasan anda.

p/s: Hadiah untuk Kak Tie tak beli lagilah. Korang dah beli hadiah?

Tuesday, February 19, 2008

Poll closed!

Sah! Terang dan nyata!.

Reunion 2008 bertempat di K. U. A. N. T. A. N.!


So...org Kuantan.. siap sedia untuk diserang oleh DSK93.95!..dan standby ler korang...banyak keje korang nak kena buat sempena reunion kita ni......

tp kan, dari pool...ops.. salah pulak. dari poll tu, 16 org yg vote. ramai gak member2 yg masuk tp diam jer ek....

Apa pun, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog kita ni... dan yang penting, kamilagi berterima kasih sekiranya semua dpt turutserta dalam reunion nanti....

Monday, February 18, 2008

What I had for dinner last night


opssssss.. sorry guys, I did it again hehehe. This was what I had last night for dinner.
Yg ni wa masak sendiri.... my sis tapau-ed for me... wa masak sendiri pakai non-stick pan. Curah worchestsire sos ngan sesikit all spices... walllahhhhhhhhhhh its done.

Coleslaw tu my sis yg buat.. wa cuma rebus brokoli, lobak n bunga kobis tu jerrr.

so?........... lets ngap togeder-geder kat cyberspace muahahahah


Friday, February 15, 2008

Jgn lupa pangkah anak makcik


Omak den posan....

jgn lupa memangkah den heheheh


mekaseyyyyyyyyyyy


Jom makan


Saya teringin nak makan mee goreng... bukan yg beli, tp yg masak sendiri. Jadi pg tadi saya pun ngan gagah perkasa lagi rajin nyerrr... telah menyingsing lengan beradu tenaga menggoreng mee... tak byk sebungkus jerrrrrrrrr



So bawak laaa gi opis makan reramai ngan kekawan opis...

Jom nikmati gambo ini...................



mekaseeeeeeeeeeeyyy.

8hb March 2008 = Hari Mengundi & Kenduri Kak Tie di Pasir Gudang

Mana satu nak pilih ni? Hari tu lah nak kenduri, hari tu lah jugak nak mengundi... Kesian kat laki aku tak dpt mengundi.. aku nie dah tentulah tak mengundi sebab daftar pun belum lagi. Korang lak camner? Untuk yang dok dekat OKlah.. tapi yg jauh ni???

Pengantin pun pegi mengundi gak ke sebelum naik pelamin?

Wednesday, February 13, 2008

Amender bawah meja tu?



Salam...

Pekabor semua....

Elleh Nath tu org tunjuk atas meja... dia pun nak tunjuk gakkk
Nath tunjuk bawah meja... kita pongg nak tunjuk gakkk heheh

Buat masa ini, itu jelah yg ada bawah meja... ni pun dah kira baik laa ni.

Dulu zaman kerja bomba... jgn tak tau.. silap beli rak kasut lagi letak bawah meja hheh.

Perangai huduh yg tak boleh saya tinggal ialah.. berkaki ayam dlm pejabat dan bila boss panggil mencicit cari kasut.... almaklum laaa... kat memana kerja pun pejabat berkarpet.

Dikesempatan ini.... saya pun nak laa menjemput hari rakan-rakan sekalian

ke.............

ke.............

ke.............

masuk la sini JENG JENG JENG

dan jgn lupa masuk SINI JUGA

ermmm Nath letak link kat tepi tu ek... dan yg lelain, jgn lupa add kat fav list tau, itu pongg kalau sudi dan nak tau perKEMBANGGGGGGGAN saya nanti..



Mekaseeeeeeeeeeyyy.

Tuesday, February 12, 2008

Agenda Reunion 2008

Sehingga hari ni, aku dah calling calling tanya siapa boleh attend event kita nih.
so far, ni kawan-kawan yg sukahati nak attend:
-aku (nama aku mesti atas sbb aku sendiri yg tahu. hehehehe giler..)
-nana (tabik ler kat laki ko yg sporting tu!)
-lin (ko tak bleh bagi alasan tak datang ek...)
-marina (ko nak branak lambat lg kan? sempat ler kitorang tengok perut ko tu)hahaha
-k.eta (sambil reunion boleh balik kampung kan..kan..)
-k.linda (suker la tu dpt jumpa lin..)
-k. atie (boleh kenalkan hubby..hehehe )
-marinah (jeng..jeng..jeng..)
-zury (bawak baby baru & si along tau)

yang lain tak tau lagi. aku dah mintak tolong marina contact diorang. Lin, ko tolong ajak si Rosma ngan Liza yer, kat kuantan jer kan..

OK. Apa acara yg kita nak adakan pada reunion kita kali ni? BBQ dinner? sukaneka? sesi suaikenal? main bowling? melawat Polisas? Picnic kat TC? tukar-tukar hadiah?

Aku target event ni 3H2M. Wajib pun 2H1M la. hari ke 3 tu terpulang...Tempat sedang diuruskan. Kemungkinan apartment atau hotel. Kami akan usahakan hotel yg sekurang-kurangnya ada bintang timur. Senang kata, yg mampu semua nak bayar la kan.. bukan semua kawan kita kocek tebal. Nak yg lima bintang, aku awal2 ckp tak mampu. hehehe...Tp kalau ada yg nak buat amal jariah tolong bayarkan hotel 5 bintang apa salahnya ek. Amal sebegitu mmg dialu-alukan. hehehehehe

Salah satu agenda yg aku nak cadangkan untuk kita buat kutipan bulanan/tahunan. at least by the time kita nak buat reunion next time, kita tak perlu kutip duit dah. Setuju tak? itu nanti sesama kita bincangkan ek.

Lagi satu agenda untuk memeriahkan reunion kali ni aku cadangkan kita buat tukar2 hadiah. Hadiah tu kita beli ler sebelum datang Kuantan. Budget jer hadiah tu RM10.00. nanti kita tukar2 ler mcm slalu buat end year party kat ofis tu.
Sapa setuju?


Lain-lain agenda?

Monday, February 11, 2008

Nyaris rentung..

Tengah malam sabtu yg lepas aku terciun bau mcm getah terbakar. aku ingat ada org bakar sampah. bila aku masuk rumah, bau terbakar tu makin kuat. Aku keliling satu rumah cari. Mana tau kot-kot litar pintas kat mana-mana suiz. tak jumpa pulak.

Lagi sekali aku kluar depan rumah nak confirmkan dari mana datang bau terbakar tu. Bila aku pandang jer atas bumbung rumah aku tu, nampak asap. Sah! asap dan bau tu dari rumah aku. Tp kat tingkat atas.

Aku naik tingkat atas, bau terbakar makin kuat, tp tak de asap pulak. Dah abis semua bilik atas aku tengok, last aku buka bilik adik ipar pula. WAH!... berkepul asap hitam keluar dari bilik dia. Aku laung-laung nama dia, takut dia pengsan dlm bilik gelap tu. nak buka lampu aku tak dpt cari suiznya kat mana pulak. Aku ingat dia dlm bilik sbb kereta dia ada depan rumah. Aku panggil lagi nama dia, tp tak jugak berjawab.

Aku dah start panic. Aku tepon laki aku suruh bgtau adik dia biliknya terbakar. Aku nak tepon sendiri tak tau pulak no dia. Tak lama lepas tu laki ngan adik ipar aku balik. Kelam kabut adik ipar aku panjat tangga tak cukup kaki. Mesti dia risau TV,komputer, playstation ngan IT gajet dia yg banyak dlm bilik terbakar. Aku biar dia uruskan sendiri sbb dia pantang org sentuh barang dia.

Rupanya tong sampah dlm bilik dia terbakar sbb dia buang puntung rokok dlm tu...dan alhamdulillah aku ngan anak-anak aku selamat. Kalau aku buat tak endah dengan bau terbakar tu, dah pasti hari ni korang semua terima berita aku dah innalillah....

Dan semalam, aku tengok berplastik beg plastik sampah besar tercongok kat tepi tong sampah depan rumah aku. mesti adik ipar aku dah kemaskan bilik dia tu. aku harap dia dpt pengajaran dari insiden mlm sabtu tu....hehehehe

tiba-tiba aku rasa nak nyanyi satu lagu untuk korang semua...

rumah terbakar panggil bomba
bomba datang berlumba-lumba....


aku tau 2 baris tu jer...hehehe

Wednesday, February 6, 2008

Kong Xi Fa Chai..................

Salam sejahtera

Bagi semua teman2 DSK93/95 yg berbangsa Cina, sy ucapkan Selamat Menyambut Tahun baru Cina. (Harap2 ada yg masuk blog kita hari ni). Hati2 dijalan raya. Semoga tahun tikus kali ni akan lebih membawa keceriaan bersama family masing2, murah rezeki dan sukses didlm segala bidang yg dilakukan. Kong Xi Fa Chai..................

Dr. Mariati

Tuesday, February 5, 2008

Mau lawan?

hahahaha..brutal skit.
wah kak eta, syoknyer dpt baca posting dari akak. posting yg ditunggu-tunggu setelah sekian lama dikuarantin dlm library. agak2nya kalau kena kuarantin dlm library mcm tu, kepala tu dpt serap ilmu2 dr buku kat library tu tak? hehehe syoknyer kalau boleh mcm tu kan. dok jer bertapa dlm library tu sebulan, keluar jer jd org yg paling genius. boleh kalahkan adi putra. hahahaha

kalau kak eta tunjuk ofis yg baru, meh cek tunjuk ofis 'secretary contoh'. amacam cun tak?tu baru atas meja jer, nak tengok yg bawah meja pulak?
hahahaha.... sapa mau lawan?

Jeng Jeng jeng... skodeng sket


Assalamualaikum..

Byk nyer citer..... mintak maap sebab dah lama tak berkecimpung dlm blog neh... bukan malas (eh.. ada gak malas)... bukan tak der masa (kekadang ada gak masa)... tp kekadang tak de idea..

kekadang idea ada tp malas... kekadang rajin tapi tak der mood... kekadang mr mahmood dtg tp mcm nak skodeng jer laaa....


Wokey laa citer sebenornya ialah.. bila tukor kementerian.. wa telah dikuarantinkan dlm library... jd kerana tak sukerrrr nak rebut2 komputer.... wa pun secara otomatiknya tak amik pot laaa pasal blog-blog ni kan haaaaaa.


Wa skodeng gakk laaa cerita situ sana sini...

1... wa tau laa si lin tu sibuk ngan kotak ajaibnyer

2... wa tau laaa mena tu sibuk ngan opis barunya

3... wa tau laaa si nath tu nyibuk ngan reunion jacknyer hehehe

4... wa tau laa si Zuri sibuk ngan perutnyer .. wakakakaka

5... dari skodeng inilah wa dpt tau si Liza dpt anak (dari sudut hati yg teramat halus ini, wa nak ucapkan tahniah yg teramat sangat kerana berkat kesabaran akhirnya Allah SWT kurniakan juga zuriat sebagai penyambung kasih, penenang jiwa dan jambatan laluan doa ke akhirat bagi anak yg soleh/solehah)

6... wa tau gak yea yea yea kak mariati nak kawennn... (kak, i'm really hepi for you kak... bila ingat time belajor dulu... wa rasa sedeyy kak.... wa selalu ckp dlm diri wa... kesabaran kita dlm melalui aper juga ujian akan membuahkan rasa bahagia yg berpanjangan.....wa doakan akak bahagia hingga hujung nyawa kak.)


Bagi yg duk agak-agak sama ada wa idup lagi tak kat bumi Malaya terchenta ini, wa idup lagi beb...... lambat lagik nak torobanggg... tp once wa dah torobang.. uols gonna miss me laaa kan for 8 yrs...


So kalau korang nak wat segala mcm upacara, beranak ke, kawen ke, sambut menantu ke, kenduri kendara anak bersunat ke... silalah antor jemputan dalam tempoh setahun setengah ni... kalau idokkkk, idok ler teman nyibuk sana sini tawwwwwww.


Lagi aper ek?... korang nak wat reunion jack tu kat Kuantan eh?.... boleh laaa kot bulan Mei ni agaknya InsyaAllah jika masih ada nyawa.


Kak Tie kenduri bila?.... 29/3 ni saya dah ada satu jemputan yg saya kena hadir kak... harap-harap tiada pertembungan.... Wedding Kak Tie juga sesuatu yg saya amat tunggu-tunggu............. lama tawww I tunggu.


Mena........... ingat ko kena penyakit aperrr la td.... terus jer den pikir, manusia ni kot ye pun sakit ati kat org jgn laaa sampai berbomoh bagai... ghupernyer ko kena penyakit buatan suami sendiri eh?......... malas nak ulas pepanjang sebab den ni inecent bab-bab gini hehehehe. Pepong Mena... akak doakan ko dpt anak pompuan yg tak langsung berperangai lelaki.... yelah kan ko pun leh tahan ganas gak tahap keperempuanan ko tu!!!!!


Zury... jaga kandungan bebaik tau.... bukan senang nak ngandung (cewahh aku bab nasihat org mcm pernah ngandung)..... jgn drive brutal sangat.... kang jangkit kat anak.


Lagi aper ek?.................... nanti arr sambung. Nah amik gambo opis baru, tak make up lagi... ingat nak wat teknik rebonding... heheeh

Friday, February 1, 2008

NO HP DAN ALAMAT KENGKAWAN DSK93/95

Assalamualaikum

Pn.Editor, Marina, Linda dll, sebenarnya nak minta jasa baik korang mengirimkan @ e-mail no.hp @ alamat kengkawan DSK93/95 kita. Klu ada no hp @ add. En Matzlan sekali ya. Rasa2nya korang pun dah sedia maklumkan cek nak wat per ngan menda2 tu semua. (Nak anto korang kad lerrrr.......)

Kat sini disertakan e-mail add cek:- mj.mariati@simedarby.com HP:013-7277965

Atau bagi sesapa yg terbaca sudi2kanlah mengirimkannya SENDIRI. Besar hati cek klu dpt kumpulkan dan jemput korang semua (tu lah hajat cek sebenarnya). Apa citer ngan Kak Sharipah, Rohaidah, Fidah, Rosmawati, Norliza, Suzana dan Kak izah ya? Akak faham utk mengumpulkan semua mmg agak sukar tp setidak2nya lega rasa hati ni bila dpt mengirimkan korang kad tu. Bagi yg namanya tak disebut disini, jgnlah berkecil hati, tu bukan tandanya akak tak ingat korang, cuma akak x lah risau sgt sbb kekadang korang ada gak menyelah kat blog kita ni, dan harap2 bila korang masuk blog ni, pasti korang tau citer terkini akak ni. Yg akak risaukan ialah mereka2 yg menyepi dan langsung tak timbul2. Minta tolong semua ya ya ya ya ...................

OKlah chau chin chau..........................Dr. sy Mariati

Aku kena buatan orang..... apalah dosaku????

Suspen sungguh tajuk aku ni. Sajer jer nak suspenkan korang. Alah... tajuk jer suspen... yang sebenarnya aku ni positive. Bukan positive HIV tapi positive ujian pregnancy test. Aku test sendiri pagi2 buta semalam kul 5 pagi (bangun nak wiwi sebenarnya). Sebab seminggu ni aku rasa macam lain macam... yerlah.. rasa cam loya2 nak muntah angin. Period pun tak mai. So apa lagi.. test jerlah. Terkejut pun ada... tak tau lah nak habaq lagu mana. Sebab kan ke aku tgh apply keje kat UM tu... so aku berangan2 nak pi keje sana kalau dapat... tapi ni dah pregnant ni. Planning dah lari. Mungkin Allah ada perancangan lain untuk aku dan family aku kot. Takpelah tengok jerlah nanti.

Lin dan Kak Linda... bila lagi? Kan ke kita janji this year sama2 buat anak. Aku masih lagi menunggu korang.

Nath, hang pun dah lama dah no... jomlah join the group ibu2 mengandung.

Tuesday, January 22, 2008

ZURY DAH KUAR WAD...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Terlebih dahulu Zury dan suami ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih di atas kunjungan yang tidak diduga oleh sahabat kut... Puan Nathrah Hanim dan Puan Norkamsiah (Echa ler tu) serta anak-anak dan suami. Dan tak lupa juga untuk yang telah mendoakan Zury agar sembuh.



Untuk pengetahuan semua, penyakit yang Zury alami masih ada lagi cuma doktor bagi balik sebab masih boleh control. Uri masih kat bawah (2.4 cm) dari pintu rahim. So doktor nasihatkan jangan banyak sangat bergerak. So far tak ada apa-apa yang terjadi lah...



Buat masa sekarang 22 - 26 hb Januari 2008, Zury akan berada di Johor untuk menyiapkan Latihan Ilmiah (Projek Sarjana Muda) kira macam tesis kecik je ler....



Tentang reunioun tu... insyallah Zury akan cuba untuk menghadirkan diri, cuma tak boleh nak bagi commitment sebab.... faham2 jer ler... bulan 11hb Mac 2008 due date... insyallah doktor kata boleh beranak normal kalau tak ada apa aral ler...



Ok ler... sampai di sini saya. Sekali lagi Zury ucapkan terima kasih kepada kalian semua....

Reunion! Reunion!

Bila cerita bab Reunion, semua menyepi ek...

Hari ini aku akan tulis guna perkataan 'long hand' sebab aku harap kawan-kawan chinese kita akan sama-sama baca dan paham posting aku ini. Dan impact yang paling besar, aku harap mereka akan dapat sama-sama join reunion nanti.

OK. aku nak cerita pasal reunion kita. Aku dah tengok calendar, tarikh yang paling sesuai untuk reunion:
1) 17-19 May 2008 (sabtu, ahad, isnin 19/5 adalah wesak day - public holiday)
2) 20-23 march 2008 [khamis-public holiday, jumaat kerja, sabtu, ahad]

Tarikh yang paling sesuai aku rasa tarikh no.1. Oleh itu aku gunakan kuasa VETO aku untuk mengistiharkan:

17-19 May 2008 sebagai tarikh R.E.U.N.I.O.N!

Aku harap semua kawan-kawan yang baca posting ini, TOLONG sebar-sebarkan tarikh ini. Speaking London: Spred the news! dan TOLONG convince kawan-kawan rapat/baik yang lain untuk sama-sama turut serta. Semakin ramai yg datang, semakin meriah!
Tempat: Kemungkinan di Kuantan. (bak kata kak Mariati, 'biar yang muda datang cari yang veteren"). Sebab dengan adanya penyertaan dari pensyarah-pensyarah kita, lagi bermakna reunion ini.
OK. Tarikh reunion aku dah tetapkan, yang lain aku serahkan kepada si Marina untuk uruskan. Aku percaya dia boleh satukan kita dlm sebuah reunion yang gemilang!

Monday, January 21, 2008

Reunion DSK93.95


Assalamualaikum


Nath


Hang sayang cek ka? Terharu cek mendengarnya. Bila bukak blog pagi ni, baca pasal

reunion Nath, terus jer akak call Marina Rahmat, suruh dia masuk blog, upanya bukan dia tak nak masuk tp tak ingat Username dan passwodnya. Sian dia. Dia siap ckp nanti dia call akak balik, sbb bila dah boleh bukak blog tu dia tak sabar2 nak baca citer2 kita semua. Dengar happy sungguh suaranya bila dah dpt masuk blog tu. Akak cuba confirmakan gak ngan Marina sesapa lagi kekawan kita yg ada kat Jb, rasa2 kami, cuma kami berdua kot.


Ok Nath klu ada apa2 info nanti kita org bagitau ya. Sesama ni cek sertakan ler gambo yg hang mintak tu.........tp gambo masa cek tunang aritu, boleh ker?????
Dr cek yg nun jauh di Selatan ........Mariati

Friday, January 18, 2008

Project Run Away...

Bila dok dlm bilik ofis aku ni sengsorang sambil berteman lagu2 dari CD anuar zain, aku mesti teringat korang. tetiba aku dpt idea utk buat sesuatu.

Untuk meriallisasikan idea aku tu, aku nak mintak tolong korang boleh? Tolong forwardkan aku gambar tercantik, terbagus, terjelas korang kat aku. Kalau korang ada gambar terbaru kenkawan yang tak penah menyapa kat sini, boleh tak korang fwdkan juga kat aku? contohnya jenny. Meana/klinda, korang mesti ada gambar dia kan? kalau tak pun, mintak ler dia fwdkan kat korang.

Lin, ko tolong dptkan gambar liza & rosma. Kak Atie, boleh tolong dptkan gambar2 member kat selatan?

Kemudian korang antar kat aku by email ek. Later, kalau dah siap, aku present kat korang.

Tolong ek...

The Wedding Planner..

Hahahaha..kalau direct translation dia jadi: Perancang perkahwinan. Wpun sekarang kita semua tengah berangan2 nak pegi kenduri DSK 93/95 of the the year tahun ni, (kenduri kak Atie ler..) tp bukan topic tu aku nak tulis sekarang ni. Aku tak mo citer bab kakak kesayangan (yg lain pun aku sayang jugak) aku tu nak kawin. Nanti ilang seri. Dan aku ni mcm kena sumpah skit, kalau dok cakap2 kata nak pergi, last2 minit nanti mesti tak jadi.

Hari ni aku nak tukar skit ayat tu jadi: The Reunion Planner. Ha.. perancang perjumpaan semula DSK93/95. Selalu yg jadi mastermind reunion ni mestilah Si Cekeding. (Sesuka aku jer nak panggil ko gitu ek..) Aku sebagai Ibu Comel(hahahahah..), selalu jadi assistant je. Kena ler dengan jawatan aku sekarang kan..

Tahun ni korang nak buat Reunion ker? Baik korang pikir betul2. Servey dah buat, tp yg respon dalam tu, semua yg masih keep in touch jer. out of 31, cuma 11 yg respon. kalau korang tengok kat servey board tu ada 12. 1 tu kira fraud. Fraud case ler katakan...hehehe

Kalau nak buat juga, Si Cekeding, ko jd mastermind lagi ek? tp aku tak mo jd assistant lg dah. sbb aku dah frust contact org. bukan putus asa, tp aku tak mo dah nak dengar lagi alasan-alasan tak muhasabah. Eh silap.. munasabah (K.Eta, sori copyrite akak punya style posting kejap.hahahaha) alasan-alasan mcm tu buatkan low blood preasure aku ni tetiba melonjak tinggi lebih dari saham kat board BSKL.

Tp betul ker POLISAS nak buat reunion gak? Ada sesiapa boleh confirmkan hal ni? Lin Si Creative, maybe ko boleh tolong kot hal ni...ko kan spy kat poli..hahahaha

Harapan aku...kalau mmg betul kita nak buat reunion, biarlah semua datang. Baru tercapai maksud reunion yg sebenar. Kalau sekadar 2,3 kerat mcm selalu jer...malu weh nak panggil reunion. hahahaha

Apa kata kalau kita cuba merialisasikan perkara ini? tak kesah bila, dimana, bagaimana dan macammana, janji semua mesti datang. Ada sesiapa berani terima cabaran ni?

Aku cabar korang! Siapa yg berani jadi mastermind Reunion Planner kali ni, aku sanggup bayar harga bilik dia untuk 1 malam. OK ler tu 1 mlm jer..nak banyak malam, buka hotel sendiri ler. hehehe

Dengan syarat: SEMUA DSK93/95 MESTI DATANG!

(betul2 hadir pada hari reunion tu, kalau stakat bg jawapan nak hadir jer, yg tu tak dikira,)

Wah... mcm aku banyak duit...tp aku tak kesah. jika itu hasilnya, aku sanggup!

Bunyinya mcm desperado jer kan sampai ada reward mcm tu...hehehe. Bukan desperado, tp sebagai pembakar semangat...

Ada berani? hihihi..

Matematik kreatif

Tuesday, January 15, 2008

Dah 3 orang kata aku dah gemuk sikit

Yer betulll.... korang tak silap dengar... Hehehehe.. tu bukan cakap2 tipu tu.. betul tu.. dah 3 orang kata aku dah gemuk sikit... berat aku dah naik sikit.. dalam 3 kg jer. So berat skrg... masih lagi tak mencapai tahap yg memuaskan... iaitu baru 48 kg. Kira ok gaklah.. daripada dok maintain 45 jer..

Nak tahu apa rahsia??? hehehe.. aku makan ubat bagi lalu makan... Punyalah lalu makan.. asik nak melantak jer keje.. tgk jer makanan rasa lapar.. pagi2 dah berbunyi perut ni.. nasib baik keje government... ada time rehat... so tepat jer kul 9 pagi aku dah cha alif but (cabut) gi mencekik. Tapi untuk Nath ngan kak linda tak dinasihatkan sebab badan korang dah membesar.. hehehe.. Untuk Lin oklah.. sebab ko semakin mengecut.

Kak Linda, kalau nak jumpa aku mai lah opis aku.. kita gi makan sama2 kat kantin sini. Wokeh.. mailah tgk aku yg semakin anggun nie.... hehehehe

Friday, January 11, 2008

kesinambungan dr tajuk...DSK93/95 PRIHATIN

Assalamualaikum semua warga DSK93/95

Tertarik ngan tajuk si Pn. Editor, maka terpanggillah den utk mencelah kat blog pagi ni.
Tahniah....tahniah.......tahniah buat semua warga DSK93/95, kekadang terfikir gak, bertuahnya badan dpt kawan2 cam korang, sungguh prihatin antara satu sama lain. Korang perasan tak? kita ni mcm lebih mesra selepas abis POLIkan?

Bila difikirkan diri sendiri yg jauh dan kekadang tak berkesempatan utk mengikuti segala mcm
program yg dianjurkan oleh korang, terasa sedih gak, tp utk yg akan dtg, insyakallah klu ada rezeki, panjang umur nak rasanya ikut serta. INSYAKALLAH

Mmg semua kwn2 yg lain juga cukup prihatin, tp mungkin sbb dia org jauh, makanya x dpt lah menjenguk si Zuri kat sepital. (Cthnya mcm akak ni lah......heheheh). Tp ngan adanya si Nath dan Si Icha maka dptlah dia org menggantikan kita semua yg tak berkesempatan ni dan setidak-tidaknya hapylah si Zuri tu. Walaupun terpaksa bersusah-payah tuk meninggalkan anak dan minta tolong hubby antokan......akhirnya korang sampai gak kan. Terima kasihlah bebanyak. Sayang korang semua.....muahhhh.....muahhhh.....muahhhhh
Klu ada sesapa kat KL tu yg nak gi tgk Zuri, minta sampaikan salam kat dia ya. Harap2 kita akan sama2 kekalkan kasih sayang ni sampai bila2 ya......LUV U ALL......

Sayang utk semua.........Kak Mariati

DSK93/95 Tunjuk Prihatin

Ceh! yeye or jer tajuk aku letak tu ek. Mcm tunjuk prihatin kat mangsa banjir plak. Tp ni bukan mangsa banjir, mangsa buatan org. kekekeke

Petang semalam aku ngan Icha p melawat Zury kat HUKM. Alkisahnya ingat nak naik public transport jer, sekali masa mintak izin ngan cik abe aku tu, dia kata nak antar plak...baik ler pulak laki aku ni. (baik ada makna kaaaa?)kekekeke. dan aku ingat nak tumpangkan Icha sekali, tp dia kata nak bawak kreta pulak. Mungkin segan ngan laki aku kot. (aku baru jer pasang angan-pangan nak singgah IKEA lepas hantar icha petang nanti)..

Untuk menghilangkan rasa bersalah aku sebab terlupa nak belikan buah tangan untuk si Zuri, aku pun tapau jer apa jer masakan yg aku masak t/hari tu. Sori ek Zuri kalau aku masak tak sedap. sure ko lapar mlm tu, dah ler anak2 aku kebas spegeti ko. wakakaka buat malu jer...aku pun tumpang merasa kuah spegeti tu. Sedap woi!. patut ler si zuri suka dok lama2 kat sana. Konon merasa jer, abis semangkuk kuah tu aku abiskan. Mak ngan anak sama naik kebas makanan pesakit! muahahaha...

Aku dah sampaikan salam korang pd zuri. Alhamdulillah dia sihat2 jer, saja jer doktor2 tu tahan dia untuk tolong perabihkan ubat2 kat sana tu. hahahaha...

Icha, thanks ek diatas kesportingan ko untuk sesama drive tengok zuri. tinggalkan anak ngan anak mak mertua ko kat rumah tu. Harap2 laki ko tak marah aku pinjam bini dia lama2. hehehe..

ni aksi2 org sakit kat HUKM tu.














zuri kata dia baik jer...jgn risau.












anak aku candid gambar kitorang masa tengah rancak bergosip. kekeke

Wednesday, January 9, 2008





























Assalammualaikum,
Kawan-kawan, bila kita nak wat reunion? Or kita nak tunggu yg Polisas wat tu? Entah jadik ke dok...
Ni aku nak tunjuk korang frame gambo yg baru aku wat ni...Kalau ada sapa-sapa berminat bleh lah order ngan aku...size 4R ni...Rm10 tak termasuk kos hantar. Manalah tau nak bagi cikgu anak korang hari GURU's nanti...Selain dari itu korang jugak boleh bagi brg brg lain..such as note pad box...pencil holder box with photo...letter holder...little cute drawer

Hand phone aku pulak hilang..

Assalamualaikum.. member-member DSK ku,

Tahun 2008 omputih ni mmg tak 'ong' kata org Cina. Tapi harap-harap thn Islam 1429 Hijrah yg akan jatuh pada hari esok ni akan berlaku yg elok2 jer kat aku. Amin....
2 hari lepas 7 Jan. 2008 hand phone yang aku baru beli Nokia 6120 hilang kat opis masa aku gi meeting. Mahal lak tu.. harga dekat seribu hinggit. huhuhu... Tapi takpelah.. aku redha ngan kehilangan hp aku tu.. Alhamdulillah.. Allah bagi aku pakai sat jer.. jadilah kan.

Sementelah ngan itu.. baru semalam aku gi beli henpon baru.. lagi mahal dpd sblm ni.. tulah org kata.. rezeki sapa nak tau. Aku ingatkan laki aku tak bagi lagi dah beli yg mahal2 tapi rupa2nya dapat yg lagi mahal dpd yg lama. Alhamdulillah lagi sekali... Kali ni aku pakai Sony Ericsson.

Kepada korang-korang semua, kalau htr sms kat aku.. tolonglah letak nama korang ek. Aku bukan tau no. sapa2. Tolong ek... Salam.... Adios.

Monday, January 7, 2008

Admited di HUKM

Oh kengkawan ku sekalian
Hamba bawakan perkabaran
Ariakan bermaksud kesedihan
Sahabat kita telah ditahan

Terlantar berseorang kesunyian
Hanya bertemankan teman-teman sepembaringan
Terbaring tidak berdaya bersuka ria
Dengan harapan akan sihat segera

Hampir separuh sepurnama sudah
Patutlah sunyi tak bersuara
Rupa-rupanya sedang menanggung derita
Tiada siapa dikhabarkan berita...

Ha, kalau zaman dolu-dolu, nak cerita apa2 bergurindam mcm tu agaknya. Zuri tepon aku last thursday bagitau dia dah lama kena tahan. Kena tahan kat wad je lah..korang jgn pk bukan-bukan pulak. Dia ada masalah bleeding skit. Beded lah kat HUKM tu... tak tahu bila boleh keluar. Kesian dia,sorang2 kat sana. Cik abe dia dah ler jauh. Insyallah kalau tak de aral melintang aku ngan icha plan nak melawat dia jumaat nanti. Insyaallah...
Marilah kita doakan dia sihat ek..
Amin.

Thursday, January 3, 2008

Hari Lahir Puan Addlyn Loey





Assalammualaikum,


Liza (Roos Liza) dah selamat melahirkan anak lelaki, 3.2kg baru ni. Comel cam mak aboh dia... Kat sini aku nak tunjuklah kat korang kotak yg aku wat kan tuk baby dia...mana lah tau kutnya korang minat nak order nanti...heheheh


Weh Marina, kesian aku kat ko...mesti kecut perut kan...Alhamdulillah semuanya selamat.
Anak aku Asha 5 taun ari ni start sekolah tadika. Alhamdulillah dia ok..balik umah terus tido..ngantuk bangat sebab kena bangun tido cepat...Beso dah anak anak aku....n aku pun dah bertambah tambah tuwe nampaknya.
Ok semoga kita semua sukses dan diberkati o Allah sentiasa...Assalammualaikum

Anak aku hilang kat sekolah..

Hantu betul... menggelabah beruk aku hari ni sebab ingatkan dah jadi macam kes Nurin tu.. Berpeluh-peluh aku ngan kasut tumit tingginya naik turun tangga sekolah tu mencari dia.. ngan Guru Besar sekolah pun tlg cari gak..

Kira-kiranya 1 jam gak lah mencari si Atikah Lyana ni.. dia dah masuk darjah 2 this year... oleh kerana ketidakperihatinan aku maka aku tak tau darjah 2 tu sekolah petang. Pagi2 tadi adik ipar aku tlg htr dia gi sekolah... sebab nak tlg bayarkan yuran... tup tup... bila dgr jer bunyi loceng dia lari terus masuk perhimpunan.. last2 adik ipar aku call kata Atikah dah hilang. Puas mencari satu sekolah, belakang sekolah, tepi sekolah, dlm tandas sekolah, atas bumbung sekolah jer aku tak sempat cari lagi...

Rupa-rupanya jumpa dia kat dalam kelas 1B. Tu pun aku dah habis ikhtiar dah mencari.. last try lah tu kiranya.. ternampak dia dok terlindung dengan tiang sedang mengaler dgn selambanya... Aku pun buat muka bodoh masuk kelas tu panggil dia dan bgtau cikgu kelas kata anak saya ni dah darjah 2, patutnya sekolah petang ni.. silap haribulan. hehehehe...

Lepas jumpa dia aku bawa dia gi jumpa Guru Besar nak bgtau kata dah jumpa. Guru Besar kata saya dah masuk kelas 1B tadi buat announcement ada tak murid tahun 2 sesat di sini tapi takde sapa yang jawab. Apa nak jadi lah ngan anak aku ni... kalau tak tentu dah settle masalah.

So moral of the story kat sini... "Ambik cuti htr anak gi sekolah masa hari pertama".

p/s: Peluh sih... penat pun tak habis lagi ni.

Wednesday, January 2, 2008

Buat Hilang Rasa Ngantuk

Hai Geng...
sunyi sepi jer blog ni, mana pegi semua org. maybe amik cuti kut sbb ada anak2 yg nak start skolah. kalu boring or ngantuk, baca ler surat putus cinta dari Tijah yg ditujukan khas utk boipren mat salehnya. Dia nak break-off, tapi takmo berdepan, jadi surat ler pengganti diri.

This was how the break-up letter sounds in typical Malay style. Enjoy!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
The Letter:
Hi, my motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook cook.
I know i clap one hand only. Correctly, i have seen you and she together at town with eyes myself. you always ask for apology back back. I don't trust you again!!! You are really crocodile land. My Friend speak you play wood three .. Now i know you correct correct play wood three. so,i break connection to pull my body from this love triangle. I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here. I don't want you to play play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you.I don't want banana to fruit two times ....Safe walk .....

Wednesday, December 26, 2007

Hello...

Assalammualaikum,

Pekabo kekawan, sory lama doh tak kecek kat sini, tp ambo baco!


Takde idealah nak kecek gapo.


Weh nath, takpe yek aku tumpang blog ni



nak promote aku punya kotak...Hehehhe...nanti aku bayolah royalti kat ko!

New Pencil Holder & Photo Box Design



Last Saturday, aku ngan family badli (13 adik bradik Badli - 1 jg bini dlm pantang - 1 tak sihat) main boling...Booking 10 lane tu...wah...haru biru dibuatnya. Sronok giler...(anak aku cakap)Papa,DD & Tira pun join. They all rapat gok ngan family Badli.







Kak Nita nanti balik Kontan jgn lupa contact Lin, kita g yap seng kat kedai depan rumah Lin tu.

Ok geng, nanti aku anto lagi brita....

Cau Cin Cauuuuu AAAAAA

Wednesday, December 19, 2007

Angan-angan mat jenin

Semua bermula dari e-mail k.Linda pasal Putera Sultan Brunei ni..
Anak raja kita atau org besar-besar kita tak pernah nampak dokong
anak macam tu. Anak mau bagi pengasuh je jaga. Tapi yang ini dokong sambil
melawat,dokong sendiri pulak tu ..perlu di contohi. Sukalah tengok diorang
nih.....

ada la attachment gambar tu. tp malas aku nak letak.Lepas tu berlakulah balas-berbalas e-mail antara aku ngan klinda...

aku tulis..
betul tu.. mak aiii, handbag jade, gelang jade, fuh...tp pengiran tu mcm halim othman la pulak...kekeke

k.linda balas..
Ya ka handbag jade, tak perasan lak. Halim Othman...pandai ler nath, tak terpikior lak

aku reply lagi..
klin baca tak newspaper baru2 ni? citer pasal putera sultan brunei hadiahkan cincin berlian 20juta++/satu kepada artis2 hollywood yg dia rapat. mak aii beli cincin mcm beli cincin tikam jer. mmg tak de mende dah nak pk apa nak buat dengan duit la tu. entah2 tilam ngan bantal dia pun isi duit tak? kaya btul...

k.linda reply balik..
Wuuiii ya ka.. Awat cheq taktau pun, cheq pung artis Hollywood gak tapi bahagian
bancuh kopi...wakakakak
Klinda dah lama tak baca paper ler.. mmg sultan taktau nak buat apa
dgn duit dia, bagi la kat kita sorang sejuta pun jadi ler. Bole settle utang2 keliling pinggang wa tu


aku clik reply lg..
betui tu..kalau sultan tu mmg sultan yg pemurah, dia mesti derma kat
kita dah nooo...tp masalahnya, rakyat dia pun dia tak bantu mcm tu, tambah kita
yg rakyat jiran jer ni wakakakaka...kalaulah aku kaya mcm tu...kekeke


klinda reply balik..
Kalau ko kayo camtu, jgn lupa kat klinda dan 1 juta tu noooo

last reply dari aku..
wakakaka...gila la tu nak bagi org duit senang2...kekeekeke
kalau cek kaya, cek nak jadi 'along' kat kengkawan. riba 200% ssehari.
(tu sbb tuhan tak bagi kaya tu wakakaka)


hahahaha tu lah angan-angan mat jenin namanya...tp kalau aku kaya...aku kata: kalau. Kalau aku kaya, aku tolong kengkawan...stakat mintak tolong sattlekan hutang cr card tu, apa ler hal sangat... tu pun kalau kaya mcm Sultan Brunei ler...kakakaka

Aidil Adha 1428


Assalamualaikum..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1428 Hijrah.
Semoga kita semua diberkati oleh Allah.
Kpd yang buat Qurban tahun ni, asahlah parang, kapak dan pisau dari skrg...hehe
Kalu ada yang drive balik kampung, drive safely.
Kalu ada yang sambut raya dlm banjir...tabahkan hati nooo.

Klinda dan family
Balik Pulau, Penang

Tuesday, December 18, 2007

Tolong advice aku..

Baru-baru ni aku nampak UiTM ada kerja kosong. aku ingat nak pohon. Apa pendapat korang?
Kenapa aku nak mohon? Sebab utama adalah sbb Uitm sebelah rumah aku jer, penat ler keje jauh-jauh ni, buang masa atas jalan jer. jem plak tu hari-hari. Peh tu aku ingat nak cuba mintak gred yg lebih tinggi skit. Gred tinggi, starting pun tinggi kekeke..dan...aku masih pasang angan-angan untuk sambung study, at least kat situ, kalau nak buat outcampus, aku sempat lagi nak ke class. Jalan kaki jer lepas kerja.
Tp aku muskil. takut yg dikendung berciciran yg dikejar tak dapat. Mana lah tahu management Uitm tak sebagus tempat sekarang ..aku tak tahu enviroment kat situ mcm mana pulak. kena dok jabatan apa nanti, kalau mcm kat tempat sekarang pusat IT, bagus lah, serba serbi ada. (tu yg aku dok pulun tengok citer korea online jer tu).
Kalau aku dpt post yg lebih tinggi, sure leasure yg aku kecapi sekarang dah tak de lagi. Dah tak sempat nak berposting, berchating, dah tak boleh nak huha huha lagi, dah tak boleh nak jalankan aktiviti hobi aku (menjahit time keje la tu..) dah tak boleh nak rehat-rehat lagi dah.
So, apa pendapat korang? Tempat sekarang better atau Uitm better? Kalau korang mana satu korang pilih?
note:
Mintak tolong korang jgn tulis nama tempat aku keje sekarang ek. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan yg mungkin timbul. aku ni kan pelarian...fugitive ler katakan....muahahahaha
-posted by Nath ler..maleh nak tukar id

Hari ni aku rasa nak berposting lah..

Huarrghhhhhh... ngantuknya keje gomen ni. Kalau ada meeting maka adalah keje aku tapi kalau takde meeting maka takdelah keje aku.. pastu tmpt duduk aku line tak brapa clear.. ada jer yg jeng jeng tgk monitor pc aku.. tu yg tak siok tu. Blog plak cuma leh buka dari kul 12 sampai 2 jer.

Keje aku ni jadi steno jer.. jaga meeting dan prepare minutes.. punyalah boring tahap ayam berak kapur. Time best adalah waktu makan pagi kul 9 dan lunch. Hari Jumaat lagi best.. boleh jalan-jalan window shopping.. lama lak tu. Duduk sini aku jadi suka makan.. asik mengunyah jer mulut aku.. Rasa-rasanya ada chance nak gemuk ni.. takdelah org perli aku mcm tiang lampu dah pasni. (Aku tak ampun dosa korang baru tau..hehehe).

Pastu bila dah keje gomen maka byklah org2 yg menjual dan aku salah sorang pembelinya.. habislah duit aku.. mcm2 brg org jual.. tak beli kesian kat dorang.. tapi bila dah beli kesian kat aku. Aku pun tak paham ngan diri aku ni.

Paling seronok adalah ngan member2 jer.. aku member ngan budak2 muda jer. Alah.. yg lebih kurang baya-baya aku jer.. umur cam 20 dan 24.. hehehe (ni mesti ada org tak sabar nak kutuk aku ni). Dengan dorang ni boleh gak cakap merapu-rapu dan layan kotor sikit.

Skrg ni dah kul 12:40pm, mata aku asik tgk jam jer.. tunggu time lunch dan time balik.. Lagi 20 minit nak lunch so aku nak berenti lah kat sini dulu. Nak gi toilet jap siap2 pakai lipstik dan wiwi dan lain2 lah yg seumpama dengannya. hehehe..

Adios sahabat-sahabatku.. Muahhhhh.

Friday, December 14, 2007

Hujan oh hujan...

Kalau cakap pasal hujan, banyak lagu yang berkaitan dengan hujan kan..

Lagu Sudirman - HUJAN

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi…

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi…


Lagu kanak-kanak...
rain-rain go away..
come again another day..
little johny want to play..

takat tu jer yg aku tau..hehe. Lagu rakyat dlm Bangau oh bangau pun pun ada.
Hujan oh hujan kenapa engkau turun
macam mana aku tak turun
katak panggil aku..
katak panggil aku!


binatang yg sinonim dengan hujan: Katak. OnG oNg gedek gedek.. mesti tanda nak hujan.

Tapi hujan yg aku nak cerita kat sini ni bukan pasal lagu-lagu hujan. atau cerita katak mati kena gelek dlm hujan.

Tp yg aku risau adalah: Apa khabar agaknya kawan-kawan aku, lecture-lecture aku(malas nak guna lectures..)kat pantai timur tu?

Rumah mek, liza, kak ita, lin tenggelam ke tak? Rumah En. Matzlan? Lembu-lembu cik selamat? kalau LPT pun boleh tenggelam, tak kan rumah depa tak tenggelam ek? Entah-entah lin tengah buat demo buat kotak kat pusat pemindahan tak? maap yer lin, aku buat joke lak masa critikal mcm ni ek.. Kadang-kadang, bila time mcm ni, usik mengusik ni penawar duka. Dari muka moncong mikirkan sofa baru terapung dlm air, keta baru dah nampak bumbung jer, barang nak raya dah hanyut sekali. Apa lagi boleh buat selain senyum je lah mikirkan semua tu kan. Nak tolong, dah jauh. Aku cuma boleh tolong doakan keselamatan korang je..moga-moga rumah korang tak di kawasan banjir. Moga-moga hujan cepatlah brenti.

Apa-apapun, untuk kengkawan dan mereka yang berada di pantai timur, johor dan kawasan-kawasan yg sewaktu dengan musim hujan ni, jaga keselamatan korang yer.. jaga anak jgn kasi main longkang/parit/sungai.

Aku risau tau..