Monday, November 19, 2007

Suspen jer..

Marina, Thanks sbb posting email dari Ziana tu. Masa baca tu suspen jer..manalah tahu dia masih simpan dihati hal tu.

Tp alhamdulillah lah bila dia kata mcm tu. Senang hati aku. Aku ni mmg mcm tu, kalau terasa telah melukakan hati seseorang, aku suka clarify.

To Ziana & kawan-kawan yg lain yg senyap setenang air di tasik tu, kalau korang ada masa, berposting lah kat sini wpun sepatah ayat. Sekurang-kurangnya, dapat mengaratkan semula kemesraan yang makin pudar ditelan masa..

Sekian dari aku yg kengkadang saja menyibukkan diri...
kekeke

Tuesday, November 13, 2007

Besday ku



A'kum geng
Atas saranan Cik Meina kita, klinda attachkan gambo besday pd 31 Oct yg lepas. Kek Secret Resipi tu telah disponsor oleh opismate dari India...terharu cheq... (thn depan harap2 dia sponsor lagi...wakakakka). Dlm suprise party tu, depa semua pakat2 nyanyi lagu Eppy Besday, kuat juga suara2 depa sampai Guard Post kat luar pun bole dengaq.

Cheq pun ikut Eta dan Nath...cucuk botox gak...

Lepas tgk gambo tu, ika ada call tanya klinda pregnant ker? jawapannya..tidak lain dan tidak bukan....botox ler...heheh

Tak lupa juga nak ucapkan ribuan timo kacih pd kwn2 DSK yg call klinda pd hari tu.Wa cayang sama lu semua.

Happy Belated Birthday juga utk ZULAIKA - 6 Nov 2007.




Monday, November 12, 2007

Aku terima email dari member kita... Ziana

Rupa2nya Ziana rajin gak baca blog kita cuma dia malas jer (malas ke tak reti? muakakaka) nak masuk blog ni.

Oleh kerana itu, maka aku post email Ziana kat sini... Harap anda membaca yer Nath... sebab sgt berkaitan ngan hang... perghhh.. suspens jer.

Ziana, pasal gelaran 'jari 4 relung' tu takkan ko tak ingat kot... sapa lagi kalau bukan roomate ko masa kita semester 4 dulu.... Citer dia aku taklah ingat sgt.. tu kena tanya tuan punya jari lah kan. Tapi rasa2nya masa tu semester 1 kot.. En. Mat Zlan tgk dia menaip pastu jari dia suka termasuk dlm mesin taip (dulu kan pakai mesin taip lama masa part 1)... tu yg En. Mat Zlan sound tu... butir2 ayat dia kena tanya empunya diri... betul tak Jenny @ Jenab.


----- Forwarded Message ----
From: norziana
To: marina
Sent: Friday, November 2, 2007 4:20:38 AM
Subject: DSK93

Hi marina..aku dah baca cerite nath tulis pasal aku dan dia..haha kelakarnye mcmane dia boleh ingat tu semua dah more than 10 years lepas padahal aku tak ingat langsung..mase aku bace tu aku try jugak recall tp x ingat langsung..anyway kelakar jugak mase belajar dulu2 kan mcm budak2 pastu tgk plak gambar yg byk x senonoh dr senonoh u all pasted kat situ..rasenye kite semue still mcm tu lagi kan x senonoh..mengakuJ biase la aku kalau hal takde kene mengena ngan hal peribadi aku x simpan habis kat situ aje tp jgn yg sangkut hal peribadi yang itu smpai mati aku ingat!@&^#*$

Aku kan x pegi reunion kat kuantan tp atleast dpg gak tgk gambar..en mat zlan (betul ke ejaan ni rasenye mcm ni la kan ) x berubah dia kan tp sape plak yg dapat gelaran ‘jari 4 relung’..tak tau plak aku..

So, proposing reunion??

Friday, November 9, 2007

Kisah Main Dam

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, terpaksa dia
menumpang di rumah bapa mertuanya...

Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan.
Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah
habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya...
cepat sangat barang-barang
dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...'
Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal
sembahyang.
Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan
tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu
makan...
lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi...
bersembang, sampai tengahari.
Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam,
berborak mengalahkan orang politik.Kerana sama-sama ada kekurangan ni
lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan
bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia
terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni..
Bengang betul dia...
dah lah tak kerja...melantak kuat pulak tu...
Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat..
"Samat, mari kita main dam
haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga..."
kata Samat tanpa mengesyaki
sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh
Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi...
hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi...
"Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya
tersenyum..
"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni...
mentang-mentang aku kuat
makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa...
Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur...
dia tak makan... hulur
lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah
bijak sikit...
Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji
tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa mertuanya dapat melangkah
hingga ke haji...
Apa lagi....
"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?" perli
Samat

Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi
dia yang terkena....

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi
alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah
kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa...

Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk
kebaikan...

Wednesday, November 7, 2007

Mohon doa dari semua






Ermmm nak story panjang sket neh!....

Selepas apa yg terjadi dlm kehidupan saya sebelum ini, saya sentiasa mengatur dan merancang kehidupan dgn sebaiknya dan sesempurna mungkin, biarpun kita manusia tidak mungkin mampu menjadi seorang yg sempurna.

Saya seorang yg ambitious, selalu memandang masa depan dgn penuh warna-warni biarpun saya terpaksa melakukannya seorang diri. Saya meletakkan sasaran untuk mencapai cita-cita saya. Alhamdulillah setakat ini saya berjaya memperolehinya berkat kesabaran, doa dan izinNya juga.

Selepas saya grad, apa yg saya inginkan teramat sangat ialah mengembangkan kerjaya saya yg amat saya sayangi ini. Saya terlalu inginkan 'KERJAYA' ini sehinggakan setiap malam.. saya berangan-angan untuk mendapatkannya...



Kini, impian yg saya cuba penuhi sudah hampir menuju jalan penamat... cuma ada beberapa rintangan harus saya rentasi untuk berjaya....

Jika tiada aral, 14 November ini saya akan menduduki satu temuduga bagi mengembangkan kerjaya saya. Inilah impian saya yg terakhir yg ingin saya penuhi sebelum saya memulakan perancangan yg baru dalam kehidupan saya seterusnya.

Saya rahsiakan dulu ke mana arah KEMBANGnya... kerja itu hehehe...

Cuma doa dari rakan-rakan yg amat saya perlukan agar saya berjaya menggapai impian yg satu ini. Andainya saya berjaya, ianya bukan untuk saya, tp membuktikan bahawa Pelajar DSK juga mampu pergi jauh.
14 November... doakan saya berjaya

selesai sudah

Salam semua...

Majlis hari raya umah den sudah selamat disempurnakan. Terima kasih kepada Nath yg sudi hadir seisi keluarga.... setelah sekian lama baru berpeluang bertemu muka... tumpang gembira tgk Nath & family terutama 2 boys yg keletah tu huhuhu...

Majlis tu simple jerrr... menunya ialah lomang, rendang daging, soto ayam, nasi impit, kuah kacang dan roti jala...

InsyaAllah jika ada masa dan rezeki, lain kali boleh laa kita buat makan-makan sekali lagi kat rumah akak...

Umah tak dee laaa besorr, tp buat den umah den tu syorrrrrgga gitewww...

Nway.. ni gambor ngan Nath (sori laa gambor tak chantek sebab tak adjust dia nyer setting)



Tuesday, November 6, 2007

Finally... aku dapat gak keje baru.

Assalamualaikum kawan2 DSK ku..

Ni nak kabor ni.. aku dah dapat keje baru... keje kat Majlis Perbandaran Seberang Prai.. keje nye adalah sapu lantai... hehehehe... mulia sungguh keje aku tu.. jangan pandang hina tau. Keje gak tu. Rezeki dari Allah.

Anyway, aku bersyukur sebab di usia tua ni (tua ke?.. mcm takleh terima hakikat jer hehehe... )aku dapat gak keje baru. So kawan2 semua yang keje gomen tu... aku akan join korang gak... Gaji lari banyak dari keje lama aku tapi dekat jer ngan rumah aku. Senang aku nak balik makan, tidur, tgk tv, tidur dan tidur... hehehe. (waktu lunch jer).

Opsss.. sori... keje aku adalah Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17. hehehehe.. tipu jer tadi tu. Nak bagi korang suspens...

Bye semua... aku sayang kat korang. Muahhhh.. muahh... lepas ni kalau dah tak dapat chat ngan aku.. jgn salahkan aku tau.. salahkan MPSP sebab tak bagi aku chat. muakakakaka... Adios.

KAWAN tu macam mane?

1)kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat
sepak..

2)kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu
pijak..

3)kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat
tendang..

4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai.
Dah sengkek gadai.

6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis
barumuncul..

7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta
baru..

8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..

9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana
ambik.

10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK
LA.. bilasaya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti
sampai habis. Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..
bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan
kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg
sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan
berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting,
seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd
kawan-kawannya.. :)

Friday, November 2, 2007

Jemputan Rayerrrr

Assalamualaikum wm wb...

Saya nak amik kesempatan ini mengundang warga DSK seisi keluarga ke rumah saya di Putrajaya pada hari Ahad (4 November) jam 2pm hingga 6pm.

Bagi yg nak datang tu, bleh call kat 013-927xxxx untuk diberikan peta dan alamat umah den...

Rebutlah peluang ini untuk kita bersua muka setelah sekian lama tidak berjumpa... dan berkongsi rahsia botox memasing huwa huwa huwa...

Thursday, October 25, 2007

Selamat Hari Rayerrrr wehhh

Assalamualaikum wm wb... Maner semua org ilangggg neh?... Korang sumer dah demam 'open house' ke?... ke semua dah meningkatkan berat badan masing-masing dan membotoxkan diri korang sampai tak wat posting langsung? Meh arr memeriahkan blog ni wehhh.... tau laaa raya sebulan. Actually jari wa ni gatal nak menaip... nwayyy ni gambor raya wa aritu ngan wa nyer mummy.... saper lagi kan? waaachaa




Posted by Picasa

Thursday, October 11, 2007

SELAMAT HARI RAYA UTK SEMUA TEMAN2 DSK

Assalamualaikum kengkawan semua,

Apa khabar? Diam tak diam cuma tinggal 2 ari jer lagi kita nak sambut raya ya.
Dikesempatan ini, sy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin, halalkan segala yg termakan dan terminum,terngumpat dan terngata....dan segala yg ter....lah ya.

Utk Zury dan Linda klu balik JB, jemputlah kerumah, sy tak balik Melaka cuma ke S'pore,tu pun sehari dua jer. Selebihnya dirumah. Klu sudi nak dtg, ni no. h/p sy:013-7277965 dan 2515486(rumah).

Semoga raya kali ni lebih mengembirakan dan ceria di samping keluarga. Kim salam buat semua keluarga serta jgn lupa berhati2 dijalan raya.

Assalamualaikum dr sy Mariati Bt.Jantan

Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya buat teman-teman DSK

Assalamualaikum..

Amboiii.. amboi... cantik molek sungguh korang menampal-nampal gambor yer.. rajin sungguh korang ni... especially kak Linda ku lah.. hehehe.. rajin mu kak linda.. kalau aku call kat opis sokmonya bz ek..

Oklah... aku nak gak ucap selamat hari raya cam korang... dari itu Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua sahabat2 DSK yang aku sayang dan rindu selalu. Aku ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan aku kat korang... Nath, Kak Nita, Kak Linda, Junana, Lin, Shanana, Zuri, Ana, Icha dan semua sekali lah (aku rasa ada gok kot aku terkutuk korang dulu or kini.. hehehehe) So dari itu maafkanlah kesalahan aku ini. Kadang2 aku kutuk tu biasalah... alah kadang2 tgh bergurau tu terkeluar gak kutukan2 yg tak disengajakan.. ya idak.

Dan kepada sesapa yg pernah buat silap kat aku.. aku maafkan korang semua dunia dan akhirat.. dan kepada sesiapa yang belum maafkan kesilapan kawan-kawan kita.. harap dimaafkanlah dan janganlah kita bermusuh selama-lamanya.. Aminnnnnn ya rabbal alamin.

Tahun ni aku cuti raya lama sangat 11 hari tau. Seperti biasa aku akan beraya di rumah mak mertua aku (aku ni menantu yg baik.. jangan tak caya). Tiap2 tahun raya rumah mak mertua dulu... alah.. nak buat apa gaduh2 kan.. dah kita kawin ngan anak dia.. ikut jerlah laki kita. Lagipun raya mana-mana pun sama jer.. janji raya.. dan anak aku dapat duit raya.. wakakkaka... (p/s.. klinda... aku nak duit raya tahun ni tau).

Untuk Nath, lama hang tak online no.. bz jahit baju kat opis ker wei... hehehe (betullah tu agaknya).

Salam sayang untuk semua kawan-kawan DSK. muahhhhhhhhh....

Tuesday, October 9, 2007

Raya Datang Lagi...


Assalamualaikum...

Selamat menyambut Hari Raya, semoga kengkwn semua selamat dlm perjlnan balik ke kampong masing2. Kepada yg takdak kg tu, selamat berayo kat bandor ler..ahaks...

SELAMAT HARI RAYA...




ASKUM W.B.T..


SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN KEPADA SAHABAT HANDAI
DI MANA JUA BERADA.


SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN, KESILAPAN DAN KEKASARAN
KATA-KATA YANG BISA MENYINGGUNG PERASAAN KENGKAWAN,
HARAP APA JUA KIRANYA DAPATLAH DIMAAFKAN ZAHIR
MAHUPUN BATIN.


AKHIR KATA BUAT SESIAPA YANG BALIK KAMPUNG TU..WALAU APA JUA KENDERAAN, BERHATI-HATI DIJALAN RAYA, DILAUT DAN DIUDARA....


SUDI-SUDIKANLAH DATANG KERUMAH SAYA HARI RAYA NANTI YE..


BYE



SALAM LEBARAN : NANA SEKELUARGA


Monday, October 8, 2007

Untuk Mu Kengkawanku...

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum wm wb

Lama saya tidak menulis di blog ini, kesibukan tugas bercampur dgn malas dan tidak ada idea mendorong saya untuk menjadi pemerhati bebas sejak akhir-akhir ini.

Ramadhan sudahpun hampir meninggalkan kita... peh ni ganti poser woiiii korang. Tak tahu ujian aper sebenornya, Ramadhan ni saya sering sakit. 3 hari MC dari Spital Putrajaya tau!!

Minggu lepas, saya pulang ke Kuantan... amik omak den bawak nyambut Ramadahan kek sini la plak...

InsyaAllah jika tiada aral, Khamis ni saya akan pulang berhari raya di Kuantan. Sesiapa yg nak dtg boleh datang... Rabu (17/10) akan kembali semula ke Putrajaya dan Khamis akan kojer la pulokkkk...

Kat bawah ni, gambor terbaru saya yg amik pagi tadi tauu.. fresh dari oven gitewww... khas buat kenkawan di sini yg rindu atau pun tak rindu saya keh keh keh. Sumpah saya tak suntik botox ahaaakss.

Kepada semua rakan-rakan yg pulang berhari raya, saya doakan selamat sampai ke destinasi. Mmg saya teruja sesangat nak balik raya thn ni memandangkan saya tak pernah merasai suasana balik kampung yg sebenarnya (kisah kat Bangkok tak amik kira tau). Dulu kerja kat Kuantan dan rumah mak/ayah pun kat Kuantan jadi suasana balik kampung yg sebenor-benornya mcm nak rempuh jam.. nak langgor pondok tol tu semua tarakkk pernah berlaku dalam idup tau.

Jd tahun ni.. mmg jenuh laa memikior jam berapa nak bertolak bak kata omputih from West to East gitewww. Jab nak tolak selepas sahur.. jab nak tolak jam 10... jab nak tolak petang... errrrmm tak tau arr jam berapa nak mula gerak...

Pd kekawan yg ada anak tu... sure epi gilller arr tgk anak-anak pakai baju raya cencantik... raya ni laa bebudak paling hencem sekali saya rasa.. saya kalau tgk anak buah pakai baju kurung... baju melayu.. eiiiiiii rasa nak geget jer bontot ngan pipi dorang.... gerammm wehhh!

Kuih raya saya tak buat tahun ni... kakak ngan ipar duai yg supply... saya cuma beli maruku jerkk 2 kilo.. setengah kilo kasi ayah.. 1 kilo wat raya kek Kuantan dan setengah kilo lagi saya belasah kek umah sensorang.

Lagi aper ek?... tak tau nak cerita aper dah... saya biasa laaa kalau menaip tak reti pendek-pendek...

So?... Selamat hari raya... maap zahir batin
Posted by Picasa

Friday, October 5, 2007

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum semua...


Dah lama tak masuk blog nie rasanya... Tapi ada gak masa untuk baca. Kat sini Zury ada sertakan gambar Zury & suami kira gambar yang terbaru ler nie.


Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba... Zury dan Raja Hazlin Bin Raja Abdul Jalil (suami) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dengan ucapan MAAF ZAHIR BATIN.


Kalau pulang ke kampung tu... hati-hati di jalan raya.


Thursday, October 4, 2007

Link Lagu Raya lagi...

sapa nak lagu raya boleh jugak dload dari web ni. banyak lagu kat sini. cek dah dload dan burn semua dah...nanti balik kampung boleh dengar lam keta.hehehe

Lagi satu. Alang-alang dah citer pasal lagu ni kan...Ada sesiapa yg minat Anuar Zain ker? Marina, aku tau ko tak minat dia. kekekee ko boleh abaikan part ni...hihihi

Kalau ada yg minat, korang beli la CD dia yg terbaru. Tak nyersal beb...bukan lagu Lelaki Ini jer yg best, lagu lain pun.....sampai aku leleh air mata dengar satu lagu ni.. tajuk dia Tak Lelah..tapi korang kena hayati lirik ler... stakat dengar tak de feeling, hampeh... lagu Ketulusan Hati ngan I'm The Lucky One pun bes gak...

aku nak tempek gambar CD yg aku beli tu kat sini, tp dah seminggu fail jer...sbb aku snap ngan hp aku jer..sori la ek..tp kulit album dia mcm ni..

Download Lagu Raya

Assalamualaikum geng,
Posa ker? cheq posa..
Kalu ada sapa2 yg nak dengaq lagu raya, bole la pi kat website ni...
http://nuhairi.net/nuhairi/laguraya.php
syokkk ooooo...tangkap syahdu wa cakap lu.....mcm2 lagu ada yg baru, yg lama...
Selamat mendengar.....

Monday, September 24, 2007

Cerita makan-makan

Hari ni masuk hari ke 12 kita berpuasa. Diam tak diam, dah 1/2 bulan ek. Masing-masing pun dah sibuk beli persiapan nak raya. Kuih biskut dah start tanya bila nak dpt. Baju dah start tanya dah siap blum. Yg menjahit pulak dah start kecut perut bila tengok banyak lagi yg tak disiapkan (aku ler tu..)
Anak-anak pun dah start nak beli bunga api. Yg gilir2 balik kg, dah start O som nak balik kg siapa. Kalau yg kerja tu, dah start jeling2 borang cuti bos dah sign ke belum.

Cuti raya aku bos dah approve sblum puasa lagi. Lg tepat sebelum cuti Merdeka ari tu. Baju raya, thn ni aku pakai baju BTN jer...kuih-kuih aku tempah 1,2 jer yg mana feberet tu. banyak2 pun buat tak abis mkn jer. Order tu pun sbb tak nak org kecik hati.

Balik citer makan-makan, rumah aku masih lagi bersepah dengan periuk besar2 yg digunakan hari sabtu lepas. Sempena birthday kak ipar aku, Yong aku buat majlis berbuka ramai-ramai. Macam2 ada.. Pulut kuning, rendang, sayur, sambal udang, mertabak, ketayap pedas, keteaw goreng, kastard jagung..etc la. tak cukup meja makan yg besar kat rumah aku, meja sekolah anak aku jd habuan lg.

Dgn air jagung, honey due, cincau, teh, iceblend tembikai...fuh kalau boleh scan perut tu, nampak pelangi dlm tu..

End up dengan majlis potong kek. Sesekali makan-makan dgn keluarga mcm tu, meriah juga ek.

Tengah malamnya tu, cik abe aku balik ajak bersahur kat luar la pulak. Dia ingat nak bersahur kat satu restoran kat kg baru tu, bila kat sana tengok tak de parking, lastnya dia terus pandu kluar dari KL menuju ke PJ. Bersahur la kitorang kat Jln 222. Sahur dengan laksa. Esok pagi, 4x aku kluar masuk tandas. kekekeke

DSK Boleh!

Yeye or jer tajuk aku tu ek. Mesti korang pelik apa yg DSK Boleh tu kan?

Ni ha..bila aku dok baca-baca, belek-belek gambar kiter kiter kat sini nih, aku terbayang rupa korang 10 thn yg lalu.. Semua muka brutal time tu. Nana dgn kasut tapak tingginya. Bak kata budak lelaki yg jalan belakang dia time turun dari asrama tu: Baling anjing pun mati. Tak pun, pakai setahun pun tapak tak haus..

Marina dengan ala2 tomboy tak cukup makan. Kasaq kedegaq. Si Jenny ngan program kecantikan & slimmingnya. Makan lebih skit mula la kecut perut takut terlebih kg. Echa aku tak kenai sngat masa tu. yg aku tau, susah nak senyum mcm aku gak. Kak Eta mmg masa tu dah ada tokoh. Tokoh wanita sejati. Kena la dengan umurnya yg lebih skit dari kita tu.

Tp yg lain-lain tu.. mmg aku tak sangka 10 thn berjaya merubah kawan-kawan aku ni. Siapa sangka semua dah branak pinak? (yg nie aku kena mintak maap ngan K Eta awal-awal...jgn terasa ek..tak de niat nak singgung. sbb kami semua paham situasi akak. Tp anak tekak, anak mata ada kan? anak gak la tu...ehehehe)
Masing-masing anak dah nak cecah 1/2 dozen. Berjaya jadi ibu2. jadi isteri2 kepada anak mertua.

Siapa sangka semua bila sembang bab memasak..mak aiii keluar semua jenis resepi. tak cukup resepi turun temurun, cari lg dlm internet. Bagi suami, anak2 makan dengan hasil tangan sendiri.

Boleh menjahit. Siap ambik tempahan lagi..tak cukup itu, pandai pulak buat langsir, buat crosstich, pandai pulak sulam menyulam.

Tu tak termasuk kebolehan yg lain lg tu, yg terpendam, yg dipendamkan, yg dilarang untuk exposekan..Serba boleh la kata org. Sama-sama kerja cari rezeki, balik rumah tengok anak ngan laki, malam-malam di'kerja'kan lagi.

Aku mmg tabik ler kat kiter-kiter ni... Siapa sangka kan?...

Wednesday, September 19, 2007

cerita makan aku...




Askum sume... posa ke sume? Tak posa tak leh raya tau...


Haa..menu buka posa aku semalam simple jee..ni aku masak tau...ni yang aku masak...daging kicap + sayur kobis goreng + pari asam pedas + bubur kacang


Ni lak yang aku beli.. murtabak..sedapnya..+ kuih badak berendam dll


Air lak Teh O ais je..


Sahur lak..sardin + sayur rebus campur2 + ikan masin


For your info..aku masak hari2 tau..memandangkan bos aku bagi balik keje kul 5.00p.m so, ada masa lebih..laa


Tapi memang hari2 gi pasar ramadan pas tu tak tau nak beli apa. Aku ni cuma kesiankan kat anak2 aku yang posa tu..diorang hari2 nak makan roti john la..murtabak..la..kebab la..


Hari ni tak tau nak masak apa lak..rasanya nak buat ikan bakar + sambal tumis


Ada apa2 menu yang syok tak?...post laa..


ok askum....

Monday, September 17, 2007

5 hari berpuasa

Fuh! pejam celik pejam celik dah 5 hari kita puasa ek. kejab jer.

Dasat-dasat gak ek menu korang berbuka. yg aku plg tak tahan tengok si nana ler.. siap sambal sotong, paru cili, ikan percik lagi. Ni mesti tak tahan godaan kat pasar ramadhan tu ek. Aku tiap2 kali puasa, jarang-jarang (bak kata P Ramlee) nak singgah pasar Ramadhan. Sbb laki aku tak suka nak bersesak2. Lg satu dia tak tahan panas. Sbb tu aku panggil dia org eskimo..muahaha...

Meina, mulut anak hang tu mcm mulut hang la kot....kekeke.. tp tak per, budak.. bukan depa phm pun apa yg depa ckp pun...kadang-kadang daftar kata depa tu masih kurang lagi. tu yg terkeluaq perkataan yg tak de insurans tu. Janji seerti. hehehe. anak2 aku pun mcm tu gak...tu yg kadang2 nak tenyeh2 jer ngan cili tu..(sbb tu aku slalu masak pedas2....cara mencili org dlm diam..hangpa ptt belajaq tip dari aku nih.kuikuikui)

Lagi satu Meina, aku tak caya lah hang tak makan mertabak dah setahun. Ye ker...? kalau yer.. ye ye or jer ko nih....kekekeke syok kenakan ko..

Ok. citer pasal menu aku smalam. Smalam hari ahad kan? Cuti kan? so aku masak over2 la skit. Aku buat karipap sardin, aku masak khailan ikan masin, siakap 3 rasa, tenggiri asam pedas (ni utk laki & adik ipar aku.). Sahur ngan lauk2 yg sama gak.

Air smalam air cincau jer. Teh O wajib ngan air kosong utk anak sulung aku.

Si along memula puasa, tp lepas dia tengok adiknya makan nasi goreng depan dia, terus nangis-nangis mintak izin nak buka puasa. Kesian tengok budak kelaparan, aku pun benarkan lah.

Hari sabtu lagi ler..aku pelik tengok si along tu segar bugar jer sampai ke petang. rupanya dlm diam aku kat dpur, dia kat depan dah konsi air soya ngan adiknya. Hehehe nak marah pun tak jadi sbb dia brani mengaku.

Si adik bg reason tak nak puasa. Katanya dia kecik lagi, nanti dia 7 thn dia puasa la jugak..kekeke budak ni mmg pandai berkata-kata.

Tp yg aku tabik spring ngan si along ni, bangun sahur tak banyak krenah. Kejut terus bangun. Mcm tu ler anak ibu...

Sekian laporan dari Shah Alam..

Friday, September 14, 2007

Hari Pertama Puasa.....(klinda mcm marina gak...on leave)

W/pun tak leh posa, klinda puasa la jugak kat opis ni, sbb segan nk mkn, cuma curik2 minum jer...hehe.
dah lama tak posa, jadi hari pertama ni dpt migrain ler. bdn jadi lemah, teruk ngalahkan bebudak lak. 5.30 sharp dah keluar dr opis pastu pi amik anak kat babysitter.
Blik umah terus ke dapur masak :-
masak lemak cili padi ikan, sayur kobis goreng kicap ngan ikan goreng.
(buka posa : kurma, minum teh o panas dan kuih muih cap kedai)
masa tgh masak tu sempat lak mamam kuih lompang yg den beli...utk tambah tenaga...hehe.
keja berat tuuu...
anak lak menangis + merengek nak "susu" cap bdn, terpaksa pujuk dia, bagi periuk ngan senduk buat main...kekeke
sahur : mkn yg lauk yg dipanaskan jer.
Ari ni tak tau nak masak apa..

huhu.. 1st Ramadhan

ermm smlm bebetul lupa amik gamborrrr.... tp the very the simple menu nyer....

... kurma 4 ulas (ada 2 jenis, salah satunya dari King Mesir)
... pedal+hati ayam masak kicap
... sayur campur
... ikan goreng

... air neskepe

haaaaaaaa tu jelah... no kuih-muih no ice-ice baby. Simpler jer kan...
Ermmm hari ni ada pekan sehari kat Putrajaya... ingat nak beli laksa penang ngan murtabak

Aku punyer menu buka posa dan sahur plak..

Askum sume..lapar tak? Mesti tak lapar kan... Ala dah biasa tiap2 taun cam ni ...

Haa...aku punye menu buka posa semalam ialah....nasi lauk labu masak lemak ngan daun yg hijau tuu.. + sambal sotong + paru berlada + ikan kembong percik (ni beli kat pasar). Minum air Sirap bandung. Kuih ada laa sikit beli kat pasar ramadan. Sibuk melayan kerenah anak-anak buka posa sampai tak sempat amik gambo.. sori laa ye.

Haa..menu utk sahur lak..nasi + ikan percik tak abis lagi + ayam goreng + sayur pun tak abis lagi + ikan masin. Air lak air milo laa..standard tuu..

Hari ni pulak rasanya nak buat daging goreng berempah laa.. pas tu nak beli siput sedut masak lemak + buat sayur sawi goreng ikan masin kot....insyaallah..

ok itu aje...

Hari mula berpuasa... (tapi aku takleh posa)

Assalamualaikum..

Oit korang.. aku tak leh posa sebenarnya. hehehe.. tapi nak nyibuk gak. Anak2 aku 2 org posa thn ni. Bangun sahur steady jer dua2 org... Si Kak Ngah takmo kejut atuknya yg liat gaklah nak bangun... hehehe.. katanya "biarkan atuk tu tak posa.. biar atuk masuk neraka". Jahat tul mulut dia tu... (aku tak ajar pun yer).

Anak aku yg sulung umur 7 thn tu dari last year dah practise posa. Thn ni kira ok gaklah... tapi Kak Ngah yang baru 5 tahun tu start posa yg pertama dalam hidup dia. Mak aku kata mula2 balik dari sekolah tadika kul 5 tu dia steady jer... (dasat gak.. mcm aku tak caya jer.. boleh lak dia tahan perut dia). Kalau hari tak posa tu.. dia nyer hisap susu sampai 4, 5 botol sehari.

Aku balik keje kul 5 dan sampai umah kul 5:30. Mak aku dah siap masak.. untungnya ada mak dok sekali kan. hehehehe. Kul 6 tu anak2 aku dah kemaruk lapar.. Si Angah merengek nak susu.. (tak tahan gak dia) Kalah gak dia ngan susu.. sebab adiknya yg kecik tgh hisap susu selamba jer depan dia.

Aku layan nyer layan dorang sampailah time buka posa ngan nasi, kuah kari ikan, ayam masak kicap dan ikan masin. Airnya adalah milo ais dan kopi jer. Kitorang buka posa tiap2 tahun simple jer... asalkan makan kenyang.

Aku jarang gi pasar ramadhan ni.. Aku lebih menghargai masakan mak aku... Rasanya minggu depan aku dah boleh posa kot. Yahoooo...

Puasa hari pertama

Menu smalam, menu simple bangat. Bubur lambuk dari masjid. (anak buah yg tolong ambikkan), ikan bilis goreng cili, ayam goreng kunyit ngan bawang, ikan goreng. semua goreng2 ek? Entah ler..kak ipar yg masak, no komen..

Menu tambahan: Kuah durian cicah roti. ni sbb anak cek yg mintak dari mak yong depa. so dia buat la.

Menu yg dipanaskan: Mee jawa dari pasar malam smalam ngan sagu berkuah santan ngan gula merah tu. makan sejuk2. Fuhhhhh sedap jugak.

Air? standard ler rumah cek air teh o ngan air kosong. hehehe.

tp smalam kiter start buka puasa dengan kurma ngan buah tin. Member ofis bagi. Murah reseki dia..

sorry tak de gambar. lupa nak snap.

sahur pg td? sahur nasi panas ngan sardin sambal. 2x tambah gak ler. anak sahur ngan roti cicah kuah durian.

Menu Hari Pertama Posa........

Assalalmualaikum

Bukak blog pagi ni, terbaca pasal cadangan Eta pasal menu dibulan puasa ni.
So, semalam sempena hari pertama, menu sy sempoi jer, setakat kobis masak lemak, sambal sotong, goreng ikan, karipap pusau dan cincau biji selasih.

Menu tu taklah special mana, tp realitynya tu lah menu sy semalam.
Tak tau nak buat apa, maklumlah hari pertama tekak ni belum megidam yg bukan2 lagi.
Tunggulah seminggu 2 ni, kot bertambah2 mengidamnya, faham2 jerlah nafsu dibulan puasa ni,lebih2 lagi klu dah lalu kat bazar ramadhan tu, yg tak nak pun jadi nak di belinya.

Wah Nath banyak ker tempahan baju tahun ni, klu dekat nak juga tempah kat Nath tp jauh sgt lah. Kayo makcik nak rayo ni......sepasang berapa???? Rasanya tak lari RM30 ke RM40kan, best tu.

Oklah sambung lain kali, Assalamualaikum

Drp: Mariati

Thursday, September 13, 2007

Merdeka!


ni gambar bunga api yg boleh nampak dari rumah aku. tak payah nak susah payah berkumpul kat dataran. mmg tiap-tiap tahun kitorang anak branak mcm ni jer. tengok dari rumah. lagi selesa dan tak bersesak jem time nak balik tu.

Tp semangat merdeka tahun ni berkobar2 skit. sbb anak2 aku dah pandai nak tanya mcm2 pasal kemerdekaan. si Along dah pandai countdown. tiap2 hari dia dok bilang hari ni brapa haribulan ogos, tahun 2007. sebelumtu, bila tanya hari ni brapa haribulan, dia tak phm. a day after 31 ogos tu aku tanya dia: along hari ni brapa haribulan? anak aku jwb: hari ni 32hb ogos 2007!..Pandai kan....kan...kan..hehehehe

Posting apa saja

Bagus gak cadangan k. Eta tu. Tp aku slow la skit bab ni sbb aku tadak camera digital. ada hp camera jer. tu pun ada masalah nak sent gambar2 tu ke email/photobucket.

Tp tak pe lah, korang semua kan ada benda cangih2 ni. apa kata korang beraktif di sini.

Posting jer apa2 yg berkaitan ramadhan dan preparation yg korang buat untuk menyambut raya nanti.

sebagai permulaan, aku post kat sini gambar aku tengah sibuk siapkan tempahan baju org. kalau aku success dlm upload gambar2 dari hp aku, aku tambah lagi..

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum sumerrrrrrrrrr.....

Lama tak menarikan jari jemari kat blog ni. Sibuk sebenornya, baca tetap baca... tp tu la.. kebizian melampau menghalang untuk berceloteh. Tp sebelum tu nak ucapkan kat sumer selamat menjalani ibadah Ramadhan. Dikesempatan ni juga nak mohon ampun dan maaf meliputi ruang lingkup segala mcm kesalahan heheeh. Sebagai hadiahnya nak amik pemanis mulut duluuuuuuuuuu


Nak bercerita sket..... since ni my first Ramadhan kat Malaya setelah 3 tawun duk kat Siam... im really looking fwd for this Ramadhan. cup! cup! rasa hiba jab....

Dulu poser sensorang kat tempat org... ni pun poser sensorang gak kat tempat sendiri. Tp thn ni bleh laaa tahan sket sebabnyer.. walaupun buka poser sensorang tp tak ler seperti kat Siam yg meja makannya untuk 8 org....

Korang bayangkan laa bila duk buka poserr... duk sensorang dan lain kerusi tu kosong... huhuhu amik padan muka aku.

Wehh byok nak cerita nie weh tp bz arrrrrrrr..... nanti arr sambung di episode akan datang.

Tp sebelum tu kan... nak wat gempak sket MLM NI KORANG AMIK GAMBOR KORANG MASAK APER PASTU ESOK PAGI TEMPEK DAN STORI KAT SINI AMENDER KORANG MASAK/BELI.... ok tak? Barulah happening kan kan kan.

So kita mulakan esok nyer tajuk APER HIDANGAN AKU HARI PERTAMA RAMADHAN

k... cau cin cau

Wednesday, September 12, 2007

RAMADHAN 1428

Sentiasalah
-- SETTING NIAT,
-- UPGRADE IMAN,
-- DOWNLOAD SABAR,
-- UPLOAD USAHA,
-- DELETE DOSA,
-- UPDATE DOA,
-- TOP UP ILMU
untuk dapatkan

REDEEM PAHALA PUASA...

Seribu senyuman belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Aku kalah!

Aduh... kalah kat tangan kak Atie..

Ingat nak jd org pertama wish selamat berpuasa kat kengkawan. Rerupanyer kak Atie lebih cepat...Tahniah!

Dengan ini, hamba ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salahs dan silaps; terjasar bahasa yg sengaja@tidak sengaja. Terkutuk terkata. Sengaja kutuk sengaja mengata. Baik berdepan baik di belakang atau dlm plate chating. Harap dimaafi. (aku dah mintak maap kat korang..kalau korang tak maapkan, pandai2 lah jawab kat akhirat nanti..)kekeke

Dengan hati yg tulus ikhlas.. kiter ucapkan SELAMAT BERPUASA dan jgn lupa esok dah start. Karang ada plak yg tetiba buat2 lupa. kekeke
Assalamualaikum semua

Sempena kedatangan bulan Ramadhan esok,sy mengambil kesempatan ini utk memohon maaf diatas segala kesalahan selama perkenalan di POLISAS, semoga ibadah kita diterima oleh-NYA dan lebih baik dari yg sebelum2nya....AMIN.

Drp: Mariati

Tuesday, September 11, 2007

Tak de topic

Aku mmg tak de topic nak cerita kat korang. Yahoo pun aku dah tak boleh nak online selalu sbb bos aku dah sound. Bos aku tu giler skit. tak boleh tengok aku hepi, bila aku moncong, dia sound jugak. aku akan online petang2 jer atau time bos aku takde.

K. Ati, jgn kecik hati bila tak de yg respon. Janji kita dah tunaikan t/jawab mengepos kat sini. hehehe

Aku tengah blank. penat otak penat badan. Next time aku post lg...cau

I'm back!..I'm back!...

Aku start masuk keje ari ni, kalau ingat badan yg penat ni, aku ingat nak brenti jer. tp kalau aku brenti sapa nak bagi aku pitih?. so aku kena ler kuatkan kudrat terus mai keje.

Aku baru balik dari BTN. program yg disediakan mmg menarik, yg tak menarik, penginapan dan makan minum semua hampeh. Korang bayangkan lah, 5 org sebesar badak syere dlm satu bilik kecik berkatil 2 jer. 1 double 1 single.

Nasib baik aku ni kecik skit yg lain. kiranya mcm badak yg tak cukup brendam ler...dah tu, yg aku bengang, ada plak minah ni, sedap2 jer tidur kat katil aku yg dari awal2 lg aku dah letak beg aku kat situ. tanda aku book katil tu ler. Masa aku angkat beg letak tepi untuk kemas katil tu nak tidur, sedap jer minah sekor ni naik tidur. Hampeh! rasa mcm aku nak tarik jer rambut dia tu.

pas tu katil double bed yg lain sedap2 je 2 org lagi tu tido. Selesa betul diorang ek. yg tak selesa, aku ler. kena syere 1 tilam single ngan sorang gajah ni. tersepit aku kat celah katil tu. Memburukkan lagi keadaan, tak de selimut plak tu. Huh...mmg menguji sifat sabar aku tul.

Makanan? Makanan punya ler hampeh. buat bubur caca rupa mcm caca masak ngan kuah gula jer.. kuih mmg out, nasi mentah, sayur hari2 sama, lauk tak cukup, air manis mcm gula tumpah selori. mmg out lah bab makan nih.

Aktiviti/program kursus? OK bg aku. cuma bab dengar pembentangan kertas kerja je yg mampu membuatkan aku tersenguk2. bosan weh.. 1 hari suntuk dengar ceramah jer, tak gerak2. naik kematu bontot besar aku nih.

Masa LDK-latihan dlm kelas tu, OK jugak. tak de la happening sngat, tp boleh ler membuat aku segar mata berdebat.

Aktiviti2 riadah/kerohanian lite je lah. Tazkirah2 subuh/magrib cuma dengar diorang baca teks jer. tp ramai yg tido sbb mengantuk. riadah dia tak de lah ala2 tentera wpun diselia oleh bekas2 tentera, mmg kelakar giler pakcik2 tu.

Ada exam hari akhir tu. yg kelakar, tak tau boleh tanya. Silap2 dpt jawapan sekali. kekeke. pandai tak kitorang? hehehe

apa yg aku belajar dari kem ni? banyak yg aku belajar. terutama pasal semangat patriotik, semangat kenegaraan, dan yg paling penting, kem ni berjaya membuka hati aku untuk mendaftar sebagai pemilih. untuk mengundi masa pilihanraya nanti.

Kalau korang dpt p BTN ni, p lah, tak rugi...

Kat kem, aku dipilih sebagai penghuluwati. kecut perut gak bila kena pikul t/jawab besar mcm tu. tp alhamdulillah semua bereh...

Masa penggulungan penutupan kem, aku kena bagi ucapan penutup. alhamdulillah lancar ucapan aku. baca teks jer..aku ni tak de tokoh nak jd MB. hehehe

Tp yg kelakarnya..masa urusetia tu bg ucapan, dia ckp apa tau, dia kata: tuan-tuan mesti kena balik. Tp puan-puan balik mesti kena.

pandai2 la korang nak phm apa maksud pakcik tu. mmg aku kena pun...hahaha

Gambar2 masa kat kem tak ada. Yg ada masa aktiviti kembara akhir tu sebab dah dpt balik h/p ngan multimedia gajet yg depa simpan tu. kami dilarang untuk bawa sebarang alat canggih masuk dlm bilik kuliah. HP pun depa ambik simpan. so lost contact ler aku ngan laki/anak aku selama aku kat sana tu.

tu je lah citer aku pasal BTN nih..ni gambar masa kitorang dlm aktiviti jungle tracking. tp sbb tempat tu tak de kemudahan untuk tujuan tu, jd kitorang cuba kebun tracking je lah
yg ni pulak gambar ufuk subuh dari balkoni bilik penginapan aku. nampak tak bintang timur kat situ?

Monday, September 10, 2007

Shanana reply..


Askum sume...


Wei Meina, aku memang boring..lepas tu..aku ada baca teka teki icha tu... sampai la ni aku tengah pikir apa jawapannya tuu... tu yang aku senyap aje tuh..


La ni janggut pun nak tumbuh dah ni..dok pikir jawapan teka-teki tuh.. apa jawapannya icha?

Kalau aku tau jawapannya boleh aku main teka teki ngan anak aku plak. Asyik dia anak aku soal aku jeee.. aku takde teka teki nak tanya dia lak.


Hello.. K.Tie.. rasanya dah sedekad kite tak jumpa yek ... k.tie apa khabar? Nampaknya masih lawa mengancam cam dulu juge ye..


Any way utk semua member2 aku ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN" posa jgan tak posa...buat sapa2 yang posa penuh taun ni..aku ucapkan congrats lah yee...

Saturday, September 8, 2007


Assalamualaikum


Hai semua, apa khabar?

Maaf bebanyaklah pada korang semua sbb lama menyepi....

Bila bukak blog pagi ni, nampanya Marina meluahkan rasa hatinya.....barulah terpanggill

utk masuk blog ni semula. Korang sihat ker semua, Nath, Marina, Ita, Jenny,Linda, Zuri, Ica, Shanana dan Ika (sory klu ada yg tak sebut). Sebenarnya ni pun tgh boring, tu yg berani2kan diri masuk sini. Maklumlah boss pun tgh tak der, gi Qatar sejak 05/09 sampai 04/12, namapknya memangku tangan jerlah, tp tolong juga budak2 ni buat kerja dia org, klu tak lagi lah boring.


Gambar yg disertakan tu, masa Annual Dinner ari tu......

Harap2 lepas ni dptlah balasan.....ari tu masuk tak de pun yg reply......sedih den.....Oklah.....assalamualaikum

Friday, September 7, 2007

Mana gi semua member-member aku nih..

Alahai... mana gi korang semua ni wei.. senyap sunyi jerk..

Member aku yg kuat ngomel tu (si Nath ler) gi BTN seminggu. Boring lah hang tak dak Nath.. windu kat hang. Tempahan baju2 kurung dah siap ke Nath?

Member baik aku lak (dak Lin) gi Kota Bharu teman abe nye main bowling. (Asik2 main bowling.. asik2 main bowling.. hehehehe). Dah sampai sana demam lak.. camner nak gi sopping ni..

Member baik aku lagi sowang (dak Linda) sibuk nak ajak aku apply keje kat TNB.. hehehehe.. kandanya dah kat TNB.. dindanya pung nak keje TNB gak ke? Dinda nak ikut kanda yer?? hehehe

Member aku yg kejap ada kejap takde kat ym tu (Zuri) tak taulah tgh buat apa skrg ni.. sakit ke demam ke bz ke? langsung tak htr berita... moga2 ko sihat sokmo.

Member aku kat Putrajaya yg jaga Tan Sri tu (Akak Nita ngeh ngeh ngeh) mabuk cuti lagi ker.. senyap jer.. pasni nak cuti kemana lagi kak oi.. saya ngan family saya boleh tlg temankan kak nita pasni... hehehe.

Member aku yg bila sesekali dia call aku kat opis (kalau bos dia takde jerlah) dia akan pot pet pot pet panjang lebar sebab pelik tgk aku dan kita semua byk sgt masa menulis dlm blog ni (Makcik Jenab @ Jenny) dah lama tak call aku ni. Mana dia pegi yer?

Member aku yg bernama Shanana dah hilang dari pandangan... last entry dia kata dia boring.. memang dia dah betul2 boring lah kot.

Member aku yang rajin bagi teka teki hitam putih (Icha) pun dah kemana hilang.. aku sebenarnya nak jawab teka teki tu tapi Nath dah potong jalan.. tu yang patah semangat aku nak jawab tu Cha...

Member yang lain-lain tu dah aku bilang berkali2 camner nak masuk sini tapi batang hidung pun tak nampak.. bukan kata batang hidung.. taik hidung pun susah nak nampak..

Wednesday, August 29, 2007

Cakkkkkk...aaaaa

ngeh ngeh ngeh... sekian lama mendiamkan diri.. kini ku kembali.. ahaaksss.

hokey arrr.. selain kebizian ngan kerja dan bercampur dgn kemalasan.. dan kekadang cecurik menjahit keh keh keh membuatkan me skodeng dari jauh jelah blog ni.

Jemaat lepaih.. me cuti... gi Langkawi... (ishhh cengitu laa owang bujang) ni me tempek 3-4 keping gamborrr wat bukti sahih kot-kot nanti masuk court kangg.. haaa.


gambor awan ni cantik kan.... ni dari angkasa lepaih ni he he he


yang ni makhluk asing kat underwater werrlddd



yang ni plakkk.... tempat landing UFO he he he

cubaan landing dari makhluk asing...

Monday, August 27, 2007

Meh sini. Aku nak ajar skit..

Kasor jer bunyi tajuk aku tu ek. Bukan aku nak mengajar yg tak cukup diajar. Aku cuma nak ajar korang untuk mengajar-ajarkan diri menghabiskan masa keje korang jer. kekeke

Aku ada add beberapa blog-blog menarik yg boleh korang baca. Ada yg boleh menambah ilmu mcm blog jiwarasa. Jiwarasa banyak sinopsiskan buku-buku ilmiah yg dia baca.

Kalau yg suka citer-citer celebrity, boleh baca blog manager Ning Baizura ni. ada lg yg lain. tp malas aku nak linkkan banyak2 hal tak berpekdah tu.

Kalau yg suka dengar lagu, dan download lagu, web lagu top terkini mmg cun sngt. korang klik jer kat link tajuk lagu tu. pas tu just follow apa instruction yg pop-up tu. kalau dia mintak untuk sign in, just sign in je lah yg free tu.

Kalau yg gila citer korea mcm aku ni, tengok kat link citer korea tu. tp kena register as member dulu. register jer yg free tu. pas tu korang klik kat tab Drama. bila kat kat tap tu, korang scroll kebawah dan klik kat List. nanti keluar 1001 tajuk drama korea yg ada. Tp AWAS! ada drama yg 18sx. Tp korang semua dah 18 keatas dah kan... ;)

Nak tahu apa wartawan pk, baca ini. Ada banyak tulisan yg kdg2 wartawan tak mo tulis kat dlm newspaper.

Yg lain-lain tu, just member-member punya blog je. Kak Eta pandai tulis. kalau baca blog dia, paham la apa perasaan dia. Blog aku? blog aku sampah jer... sekadar lepaskan marah cara baik jer..keke

So...sesapa yg tak masuk blog everlasting ni, mmg tak dpt ler ajaran sesat aku ni...sesungguhnya mereka dari golongan yg kerugian..ceh ye ye or jer.

Selamat belajar..!!

Thursday, August 23, 2007

shanana return...

Askum kawan2 suma...lama laa tak tengok korang. Sebab aku cuti since saturday sampai la semalam.. ari ni baru keje balik.

Saje balik kg sebab dah lama tak lik kampung. Laa...banyak tul cite korang post yek..

Syok baca ngan tengok gamba2 korang...

Ok itu jee..

Wednesday, August 22, 2007

Gambar-gambar nakal..

Masa ni kat dewan besar Poli ada ceramah kebenda ntah aku pun tak ingat... kitorang yg dok asrama ni pegi beramai2 memeriahkan suasana kat dewan tu... sapa ntah siap angkat payung lagi... (Jenny ke Nana) habis semua org tgk. Ishh... tak malu sungguh depa ni. Aku sorang jer yg pemalu.. hehehe.

Selepas selesai penggambaran course DSK... En. Rahim pun ada dlm gambar. Masa ni kita dah semester 4. Masa zaman adik aku study kat Polisas thn 2000an... video tu masih lagi boleh ditengok oleh junior2 kita. Kalau tak silap aku ada lagi kot video tu.


Tgk wayang citer Cina Jet Li ngan Jacky Cheung berlakon. Tajuknya High Risk.. habis satu panggung riuh rendah... boleh runtuh panggung wayang tu aku rasa.


Nilah org2nya yg lepak dan buat bising ketawa berdekah2 kat asrama sampai kul 2,3 pagi.. mengganggu jiran tetangga jer.. nasib baik tak kena cekup ngan warden.
Hari Keusahawanan kat gerai kering.

Duo Bradik




Buah hati aku..

Zuri tak sihat

Smalam zuri tepon aku. dia bgtau ada kat kampung. dpt MC sampai seminggu. sbb bleeding. agaknya travel jauh tu kot. tp dia kata kali ni sakit skit perut dia. aku hanya mampu nasihatkan dia rehat banyak2 jer. jgn banyak gerak. aku harap dia cpt sembuh.

Yg tersurat Yg tersirat

Perlumbaan Belalang Dan Anjing


Di suatu hutan, hiduplah seekor belalang muda yang cerdik. Belalang muda ini adalah belalang yang lompatannya paling tinggi di antara sesama belalang yang lainnya. Belalang muda ini sangat membanggakan kemampuan lompatannya ini. Sehari-harinya belalang tersebut melompat dari atas tanah ke dahan-dahan pohon yang tinggi, dan kemudian makan daun-daunan yang ada di atas pohon tersebut. Dari atas pohon tersebut belalang dapat melihat satu desa di kejauhan yang kelihatannya indah dan sejuk. Timbul satu keinginan di dalam hatinya untuk suatu saat dapat pergi ke sana.

Suatu hari, saat yang dinantikan itu tibalah. Teman setianya, seekor burung merpati, mengajaknya untuk terbang dan pergi ke desa tersebut. Dengan semangat yang meluap-luap, kedua binatang itu pergi bersama ke desa tersebut. Setelah mendarat mereka mulai berjalan-jalan melihat keindahan desa itu. Akhirnya mereka sampai di suatu taman yang indah berpagar tinggi, yang dijaga oleh seekor anjing besar.

Belalang itu bertanya kepada anjing, “Siapakah kamu, dan apa yang kamu lakukan disini?” “Aku adalah anjing penjaga taman ini. Aku dipilih oleh majikanku karena aku adalah anjing terbaik di desa ini“, jawab anjing dengan sombongnya.

Mendengar perkataan si anjing, panaslah hati belalang muda. Dia lalu berkata lagi. “Hmm, tidak semua binatang bisa kau kalahkan. Aku menantangmu untuk membuktikan bahwa aku bisa mengalahkanmu. Aku menantangmu untuk bertanding melompat, siapakah yang paling tinggi diantara kita“.

“Baik“, jawab si anjing. “Di depan sana ada pagar yang tinggi. Mari kita bertanding, siapakah yang bisa melompati pagar tersebut.”

Keduanya lalu berbarengan menuju ke pagar tersebut. Kesempatan pertama adalah si anjing. Setelah mengambil ancang-ancang, anjing itu lalu berlari dengan kencang, melompat, dan berhasil melompati pagar yang setinggi orang dewasa tersebut tersebut. Kesempatan berikutnya adalah si belalang muda. Dengan sekuat tenaga belalang tersebut melompat. Namun ternyata kekuatan lompatannya hanya mencapai tiga perempat tinggi pagar tersebut, dan kemudian belalang itu jatuh kembali ke tempatnya semula. Dia lalu mencoba melompat lagi dan melompat lagi, namun ternyata gagal pula.

Si anjing lalu menghampiri belalang dan sambil tertawa berkata, “Nah belalang, apa lagi yang mau kamu katakan sekarang? Kamu sudah kalah.”

“Belum“, jawab si belalang. “Tantangan pertama tadi kamu yang menentukan. Beranikah kamu sekarang jika saya yang menentukan tantangan kedua?”

“Apapun tantangan itu, aku siap!“, tukas si anjing.

Belalang lalu berkata lagi, “Tantangan kedua ini sederhana saja. Kita berlomba melompat di tempat. Pemenangnya akan diukur bukan dari seberapa tinggi dia melompat, dari diukur dari lompatan yang dilakukan tersebut berapa kali tinggi tubuhnya“.

Anjing kembali yang mencoba pertama kali. Dari hasil lompatannya, ternyata anjing berhasil melompat setinggi empat kali tinggi tubuhnya. Berikutnya adalah giliran si belalang. Lompatan belalang hanya setinggi setengah dari lompatan anjing, namun ketinggian lompatan tersebut ternyata setara dengan empat puluh kali tinggi tubuhnya. Dan belalang pun menjadi pemenang untuk lomba yang kedua ini. Kali ini anjing menghampiri belalang dengan rasa kagum.

“Hebat. Kamu menjadi pemenang untuk perlombaan kedua ini. Tapi pemenangnya belum ada. Kita masih harus mengadakan lomba ketiga“, kata si anjing.

“Tidak perlu“, jawab si belalang. “Karena pada dasarnya pemenang dari setiap perlombaan yang kita adakan adalah mereka yang menentukan standard perlombaannya. Pada saat lomba pertama kamu yang menentukan standard perlombaannya dan kamu yang menang. Demikian pula lomba kedua saya yang menentukan, saya pula yang menang.”

Intinya adalah, kita semua mempunyai potendi dan standard yang berbeda tentang kemenangan. Adalah tidak bijaksana membandingkan potensi yang kita miliki dengan yang lain. Kemenangan sejati adalah ketika dengan potensi yang kita miliki, kita bisa melampaui standar dirimu sendiri.

Teman-teman, berapakah tinggikah kita ‘melompat’? Dalam kehidupan, seringkali tanpa sadar kita mencoba membandingkan kemajuan dan perkembangan diri kita dengan standar orang lain. Dan seringkali lebih banyak kekecewaan daripada kebahagiaan yang didapat. Mengapa? Karena kita masing-masing dilahirkan dengan potensi yang berbeda, dengan bakat yang berbeda, dalam lingkungan yang berbeda, dan cara pandang yang berbeda tentang kehidupan. Cara yang tepat untuk mengukur seberapa jauh diri kita telah berkembang dan maju, adalah membandingkan diri kita saat ini dengan diri kita dimasa lalu. Apakah kita hari ini lebih baik dibanding setahun yang lalu? Apakah kita hari ini lebih bisa mengontrol emosi dibanding bulan lalu? Apakah kita hari ini lebih sehat dibanding kemarin? Apakah kita hari ini lebih bijaksana dibanding setahun yang lalu? Kemenangan sejati bukanlah kemenangan atas orang lain, namun kemenangan atas diri sendiri.

Pk pk kan lah...

DSK 1st Reunion


Aku tak ingatlah bila tarikhnya.. tahun pun tak ingat.. rasa2nya mcm thn 1996 kot. Dah lebih 10 thn dah... masa tu gi Sunway Lagoon pastu gi makan kat Sun & Serve Cafe kat Sunway Hotel. Best giler masa tu.. tak sangka lak ramai yg datang. (Sorrylah Nath.. gambar hang tak dak.. hehehehe.. nasib baik kak linda ada.. kui kui kui)

Gambar kawin Marina pada 23 May 1999














Alamak.. segan lah pulok.. nak post gambar kawin? Nie semua Nath punya idealah ni. Hehehe.. segan gak ni.. tu yg ambik masa lama sangat tuh. Jangan kutuk tau.. kalau tak... nanti ku remove jer gambar nih. Bukan apa.. mak andam aku tu suka sgt bagi pakai rambut pelesu.. tu yg nampak pelik tu. Aku akad nikah pada 22 May 1999 tapi kenduri pada 23 May 1999. Masa kenduri tu yg hadir sama adalah Kak Linda, Lin, Nathrah, Jenny, Fida, Kak Mariati, Ana, Yudi SMD, Along Fazlina SMD dan tak ingat lagi dah sebab dah lama doh. Layannnnn the photo.