Monday, August 10, 2009

Cerita aku....................

Asalamualaikum semua

Lama dah aku tak menulis kat blog kita ni ekk.....cuma mencelah2 jer sekejap2. Asyik senyap jer, mesti korang boringkan, meh aku bercerita sesekali ekk.

Bukan nak minta simpati, tapi just nak share cerita dgn kawan2, harap2 mana yg baik dpt diterima pakai.

Pada 27hb July, aku dan suami apply cuti sbb ada benda yg nak disettlekan. Lepas settle semua, kita org tiba umah dlm kul 3.30++ ptg, masuk jer umah aku rasa kaki sebelah kanan ni tetiba jer sakit , aku biarkan jer dan dlm masa yg sama suami lak ckp dia mcm kena bisul. Kita org biarkan sampai ke ptg. Dlm kul 5.00++ ptg aku rasa kaki aku tetiba mcm kebas, rupanya dah bengkak, sampai buku lali pun dah tak nampak (klu korang tgk mesti ingatkan bengkak tu dah lama dalam seminggu) aku naik takut sbb nak berpijak pun dah tak boleh...

Malamnya dlm kul 8.30++ aku g umah jiran sebelah minta tolong dia urutkan (dia mmg tukang urut). Paginya ari Selasa 28/7 aku g gak kerja dlm sakit2 tu, pas tu baru ambik MC (arini aku dan suami sama2 MC, aku dgn sakit aku dan dia dgn sakit dia) doktor suspek aku kena gaut,tp bila buat blood test, darah aku ok tak der gaut. Doktor pun suruh aku berubat kg. Dpt MC aku trus g umah mak, kebetulan jiran aku pandai 'tgk2' katanya aku dan suami terpijak atau terlangar sesuatu @ bahasa org tua2 kena denah (layan jer lah, sbb sebenarnya aku first time dgr perkataan denah tu)x caya pun susah gak.

Soknya 29/07 aku g klinik sbb bengkaknya masih tak surut lagi, doktor bagi cuti samapi 31/07, abg pun sama sbb bisul dia tak baik2.

3/8 aku dah start naik kerja dgn jalan terdengkut2 (malu sbb dah seminggu cuti, g lah gak kerja). Abg masih di rumah, tetiba dlm kul 10 dia call aku, katanya dia tak tahan sakit sgt(mengerang). Klu korang nak tau yg suami aku kena bisul tu antara kerandut ker lubang dubur dia (maap ler)dlm pada malu2 dah lama cuti, akhirnya aku akur kena apply cuti lg sbb nak bwk abg g klinik.

Ingatkan bisul biasa, rupanya kena operation gak, so 4/8 abg kena operation, dlm keadaan tak berapa sihat tu aku terpaksa lak jaga abg yg baru lepas operation, duk sepital sampai khamis baru boleh balik, jumat aku naik kerja dan sabtu aku cuti lg 1/2 hari sbb nak anto abg g hospital lg. Ari ni sebelum g hospital balutan abg tu terbukak, so aku konon2nya nak tolonglah bersihkan dan tampal cantik2 sebelum jumpa doktor.

Ya Allah terkejut besar aku, selama ni aku bayangkan buah kerandut abg tu setelah dioperation doktor jahit (bayangkan mcm mana nak jahit, mana ada kulit kat situ) tp rupanya dibiarkan gitu jer tak berjahit. Ibarat mcm buah epal yg di korek separuh, mcm tu lah keadaan abg sekarang, dibiarkan jer, cuma di letak ubat dan ditampal dgn kain. Aku yg tgk ni terduduk sekejap, aku mula risau, dgn kencing manis abg yg bacannya asyik 15 @ 20, dan aku mula terbayang yg bukan2,arini pun dia masih di umah.....aku takut luka dia tak baik, maklumlah dia ada kencing manis...doakan ya kengkawan......berat badan dia pun dah turun dari 73 tinggal 62kg jer skang...makin kurus....

Kekadang aku tercakap sorang2 jgnlah jadi apa2,aku redalah skang ni dgn apa yg berlaku, cuma minta yg baik2 jer utk kami berdua.....walaupun kekadang aku bimbang tp bila depan dia aku selalu cuba kuatkan diri dan semangat aku sendiri, maklumlah aku ni jenis penakut sikit.....

So, tu jerlah cerita yg aku dpt kongsi dgn korang semua, hargailah saat indah bersama keluarga dan suami tersayang .......

25 comments:

harhtan said...

kak tie ke ni?
ada kencing manis mmg seriaw la bila ada luka2 teruk mcm ni. adoi... harap2 cepat sembuh ye kak. apply la gel gamat ker, aloe vera ker yg boleh cepatkan keringkan luka. dan yg plg penting, di saat mcm ni, pantang gula la sekejap.
Nat doakan semuanya cepat sihat dan sembuh spt sediakala. Amin..

eycha tan said...

kak...cuba makan gamat healing...dulu kakak ipar operation, cepat baik...tapi kalau ada kencing manis echa suggest tanya org yg arif dulu.

Kak Tie said...

Ya Allah punyalah ghairah nak berposting sampai lupa nak letak nama....ya nama sy Mariati Binti Jantan.....heheheh.....tima kasih kekawan ku.

Marina said...

Saya akan sentiasa doakan keselamatan dan kesihatan buat kak tie dan suami. Jaga diri baik2.

Cint@ Anita said...

Kak Tie...

Baca ajer dah boleh rasai kesakitannya... ni pulak tuan punya badan nak menanggung rasa.

Apapun, harap akak n suami cepat sembuh. Setiap penyakit ada ubatnya... InsyaAllah teruskan ikhtiar.

Just 4 ur info, abang saya yg sulung baru umur 48 thn, kena kencing manis. Skrang penglihatan dah terjejas. Mata sebelah tak boleh diselamatkan. Mata sebelah lagi sedang dirawat. Sedih tgk dia, makan bersuap, jalan berpimpinan, mandi diiringi...

Bila zara lahir... dia tak boleh nampak Zara, then dia just raba2 jerr muka Zara. Bila dia nak duduk, dia akan tanya.. ada sesiapa tak kat situ...

Bila baca/tgk org sakit... insap laa kejab kan kan kan

Pastu lupa dan tak jaga kesihatan.

Pepongg.. doa yang baik2 untuk akak dah keluarga.

KakYang said...

eiwww kak ita..bila baca citer kak ita n kak atie ni, nath pun jd bertambah risau. sbb cik abeku itu pun ada penyakit ni dan uncontrol plak tu. adoi... takut bila ingat kalaulah jd mcm ni. bukan apa, nath ni bukan penyabar orgnya nak jaga org sakit ni..haih...doa2 mintak la sentiasa disihatkan tubuh badan.

Cint@ Anita said...

Nath hang tanya dia.. mata dia ok ker?... Coz abang akak tu diabetic dia attack mata...

Byangkan dia seorang guru, wartawan sambilan dan kaki fotografi... tetiber semuanya terhenti.

Anak dah 2 org kat U nak tanggung. Yg bongsu thn ni SPM. Dua minggu sekali turun KL buat rawatan mata kat pvt hospital area mid valley. Aritu dia operate dan cost dia 10K.

So?... suruh ur cik abe berpantang... hang kena keras laa sket kan... bila sakit semua org susah... termasuklah 'SUSAH HATI'

KakYang said...

Kak. dah penah kena mata tu, 2 thn lepas kot tetiba mata dia terang sampai tak payah pakai spek dah. doktor pun pelik sbb dia terbalik kod. tp lepas tu back to normal la. kalau kata nak nasihat tu, dah abih ayaq liuq dah kak.. la ni kita kontrol apa yg boleh ja, kalau dia kat luar rumah tak dpt nak ckp apa la...susah hati tu mmg telah la kak...hehehe jaga budak lg senang dr jaga org tua no..

Kak Tie said...

Assalamualaikum semua

Semalam akak cuti bwk abg g sepital, alamak tak kering lagilah, semalam pun kencing manis dia 17....mata dia alhamdulillah tp yg tak tahan tgk badan dia, makin kurus.....smlm g beli helin gamat dan halba, sbb ada org kata suh minum halba (rendam jer dkm air panas mengelegak)...masak pun nak kena 2 /3 menu, maklumlah anak2 tetap dgn selera dia, tp abg aku cuma masak kan sayur rebus saja dan ikan goreng....tu pun kena pilih ikannya.....ikan parang, tengiri, selar kuning @ cencaru, mak aku kata ikan2 ni semua tak gatal, yg lain jgn bagi mkn sbb semalam aku tgk luka dia tu kuning mcm majerin lagi. tak der tanda2 pun kering, doktor pun bising, abis benda tu kat bawah, bukan tmpt terbuka, klu tmtp terbuka senang kenakan angin, lagi satu klu dia buang air besar kan benda tu basah, isshhhh risau betullah....anak plak 2 ari MC doktor bagi sbb demam, selsma dan batuk, panas sekejap turun sekejap naik....dugaan sungguh rasanya.

Tak dinafikan betul apa yg Nath ckp tu, kekadang kita yg sihat di diuji lagi teruk utk menjaga org sakit....kena sabor bebanyak, sbb maklumlah kita ni manusia biasa. Bila kg kerja member semua ckp kena muka sembab....cuba lah bayang kan dah tiga minggu jaga org sakit....mlm mmg x leh tido lena...klu tido pun sejam dua jer tu pun kekadang jer...pernah x tido langsung lagilah skang ni anak lak demam kiri kanan nak jaga, pagi kul 5 dah nak bangun masak.....dengan keadaan kita yg sembut dan ada darah tinggi ni, mmg menguji betul kekadang badan sendiri rasa nak melayang...penah tak usah ckplah.....

Jagalah kesihatan diri sendir, suami dan anak2 kawan2 ku semua.....Salam syang dr Kak Tie

Cint@ Anita said...

Kak Tie,

Tu laa kann, tp org pompuan ni mmg Allah kurniakan kesabaran yg tinggi tak kira apapun masalah mmg dorang boleh harungi gitewwm...

Semenjak saya duk sorang ni... bila baca masalah org... mcm rasa batu besor duk tindih saya... beratt sangat rasa....

bukan apa kak tie.. sebab kita dah tak der masalah berat... jd masalah kawan pun jd masalah negara pd saya...

masalah umahtangga xder.. masalah anak xder.... masalah saya lola jerrrrrr... duk kat opis saya rasa cepat2 nak balik tgk si lola.. MASALAH BETULL

Middle of the year said...

Salam,

Mendengar memang mudah daripada merasai dan menanggungnya. Semoga akak tabah dan diberi kesihatan untuk menjalani dugaan ini. Berkata-kata lagi mudah tapi melaksanakannya memang payah. Semoga syurga tempat isteri yang penyabar dan berbakti kepada suami dengan ikhlas.

Kak Tie said...

Salam, sape middle of the year ni??????

Eta mmg camtu ler kita org pempuan ni kan, kekadang binatang pun disayang mcm anak sendiri.....yg kat umah akak tu pun sama...manja giler, klu dgr keta kita, dr dlm umah boleh kuar,sambut samapi depan pintu keta, pastu jln sesama masuk umah,(akak mmg bukak kan satu tingkat supaya dia senang kuar masuk umah) tiap2 ari camtu, tu yg geram tu,klu kat tmpt kerja, asyik teringat dia jer....tido mlm pun dgn kita...pepagi klu akak bangun masak dia lah yg menemannya.....dgn mulut bising nya mintak makan.....tp tu yg menghiburkan....kan?

harhtan said...

K.tie, rasanya tu peminat setia blog kita kot. nat pun tertanya ari tu, ...hehehe nampaknya blog kita ni ada pembaca misteri...hehehe. apa pun, terima kasih kerana sudi membaca bebelan kitorang ni ek...

Kak tie, Kak ita, bela kucing kdg2 suka kdg2 geram gak kan. aritu, kucing nat membuang atas baju yg nak kena dryclean! adoi.. rasa mcm nak rembat ngan penyangkut baju jer. tp bukan salah dia pun, kami yg tak perasan dia ada kat dapur, peh tu p kunci pintu tengah nak ke dapur tu. dia tak dpt kluar, membuang je lah kat atas timbunan baju yg nak dibasuh. Sekali tu, dia tak sihat agaknya dia alah dengan ikan, sbb tiap kali bg makan ikan, dia akan muntah2. memula tak tahu, bangun pagi tengok bertempek2 muntah. nasib baik ler tak terpijak klu tak mmg kena la ngan mak tiri ni..

Kucing nat pun mcm kucing k.tie, kalau kami balik mmg dia la yg sambut, dengar jer buka pintu sliding dpn tu, zuppp dia dulu masuk. kalau kena agah, terloncat2. feveret dia rotan. ketuk2 jer pun dia boleh dtg tangkap n geget2 rotan tu. dan yg paling dia suka, rambut org. kami sampai tak boleh tengok tv sambilbaring. kepala mesti jd habuan dia cakar sbb geram tengok rambut.

Dan yg paling kelakar, anak2 nat bahasakan diri diorang abang ngan kucing tu. hehehe comel btul bila tengok anak2 buat kucing tu mcm adik diorang. hehehe
tu la citernya hal kucing...

Kak Tie said...

Nath samalah dgn anak akak, dia bahasakan diri dia akak, bahsakan umi kat kucing kita org tu....

Kucing ni keakadang mcm terapi gak, bila kita ada problem, kau berckplah dgn dia, mesti dia akan reply kau semula, walaupun kita x faham apa yg dia ngiaukan, pastu dia kuyukan matanya dan leset2 kat kita.....tu yg akak ckp dia faham apa yg kita ckp....paling tidak pun bila tgk dia mcm tu, kita akan rasa dia lah pengubat segalanya waktu tu.....

Klu citer kat org yg tak suka kucing, sure dia org akan ckp mengarutlah...tp tulah chemistry antara kita dgn kucing tu....klu tak caya cuba bela, baru tau...suami akak sendiri, mula2 tak suka, skang asyik sebut anak abah je dgn org tu, hah ambik kau.....Kucing akak tu bulu dia warna kelabu mcm abu rokok, tu pasal kita org panggil dia Grey....heheh...mat salleh lah plak

klinda said...

kesian kak tee dan husband. linda doakan semoga cepat sembuh. sorry la, baru ari ni buka blog.
utk kurangkan rasa sakit, mak linda ajar doa Nabi Yunus. kerap2 la lafaz insyaallah berkesan. kita hanya berusaha. " La ila ha illa anta subha naka inni kuntum minal zo limin"

Marina said...

semua org risau.. aku pun risaukan suami aku zamberi. lately ni asik sakit kepala jer. darah tinggi dia naik sampai 160/110. Badan dia besar, kuat makan, hisap rokok dan bersenam jauh panggang dari api. Tak larat nak nasihat dah.. Rasanya senang lagi nasihat anak dari suami. Kita sayang dia dan takmo apa2 jadi kat dia.. tapi kenapalah dia tak nak dgr ckp kita.. huhu.

Anonymous said...

Kepada semua: Dalam Keadaan sekarang ni wabak H1N1 sedang merebak. Ambil langkah berjaga2. Poli dah cuti seminggu kerana wabak ini. sekarang dah buka balik tp keadaan masih x berubah. Semua bertopeng. Tiada vaksin maknanya tak ada ubat lg. Ubatnya hanya doa kpd Allah Swt. Banyakkan solat hajat. Mohon Kselamatan untuk semua. Insyaallah Selamat. Pesanan Drp En. Matzlan

Kak Tie said...

Salam semua

Atas permintaan abg, dia suruh aku ambik gambo operationnya tu, semua yg dtg melawat dia izinkan tgk, semua yg tgk ngeri, sbb tak dijahit, telopong bulat camtu jer, arini abg suh aku tunjuk kat kengkawan dia di office, sbb maklumlah dah sebulan cuti, takut org tak tahu mcm mana sakitnya tu, sbb selama ni kawanya hanya tahu dia kena bisul, pastu kena operate...sebenarnya abg risau sbb skang kapal byk nak loud-out, kerja mmg tgh byk, abg sendiri tiap ari balik kul 9-10 mlm, dan sabtu ahad pun kerja, tetiba bila dia cuti lama camni, dia risaulah....jadi bila ku tunjuk kawan2nya mereka semua terkejut, kenapa terlopong camtu sekali

Boss aku sendiri pun tgk, dia advise suh pergi dok sepital jer, sbb klu bersihkan sendiri kat umah, kita bukan ada peralatan yg cukup dna kita bukan nurse sebenar.

Sampai ari ni masih bernanah, boss aku kata, mak dia buah pinggang dia kena korek mcm laki aku (tp abg kena korek kat buah dia) mmg lepas tu susah nak baik dan bernanah sbb dia ada kencing manis, jadi boss aku nasihatkan anto dia balik ke hospital, pas tu bila kawan2 aku dgr (kawan2 aku semuanya kawan2 abg gak) dia org risau dan suruh aku bwk abg g sepital balik.

Masalah aku, baru jap ni bila aku call abg ckp baik2......dia tak nak g , dia yakin dgn doktor, sbb ari sabtu aritu baru lepas g jumpa doktor, doktor ckp ok, tp masa bwk jumpa doktor, benda tu tak bernanah sbb sebelum g aku dah cuci

Tu kawan2 ckp masa kau bwk dia jumpa dok. semuas ok, tak nampak bernanah sbb kau dah cuci,,,,betul gak ckp kwn2 aku dan boss aku tu.

aku serba salahlah, aku cal dia, mati2 dia tak nak pergi, aku rasa mcm nak cal abg dan kakak dia jer....suh nasihatkan.....maklumlah dlm keadann dia skang fikiran mmg tak tenteram agaknya....tu pun aku ckp baik2 tak nak dia terasa hati....

Korang bayangkanlah dia tak pernah marah aku tak pernah berdecit kat aku, manis jer memanjang, tp pagi ni bila aku call ckp nak g sepital dia terus ckp, tak per lah klu aku tak leh jaga dia, nanti dia buat pelan2 (bersihkan pelan2 lukanya tu) aku sedih lah, aku ckp aku buat ni semua tuk dia....tp aku tak ambik pusinglah, mungkin fikiran dia terganggu. Mcm ni ker nath dugaan jaga org sakit, emosional jer.....

harhtan said...

haaa kak tie, mcm tu ler jaga org sakit, kita pun jd emo sbb depa emo. masalah depa tak mo phm concern yg kita tunjukkan tu la yg membuat kita jd emo. mmg serba serbi nasihat, teguran lembut kita akan jd sensitip pd diorang nak nya dari kita. tu yg kena betul2 kena tahan sabar dan banyak2 la istifar... masalahnya kita ni manusia gak, bila preasure kiri kanan dtg, hilang sabar gak kan?
Apa pun kak, bersabar dan berdoa la banyak2 semoga abg cepat sembuh dan mudahan kesabaran kita ni dibalas olehNya.
Kak, cuba pati ikan haruan, baik untuk luka...

Lin said...

Akak...
So sorry dengar kabaran ini....
Bersabar ye..n take care

Kak Tie said...

Nath

Utk kita share bersama, sejak abg sakit ni memacam petua yg akak dgr, tak salah klu kita mencuba....

1. Rendam halba dlm air panas mengelegak....sejukkan, pastu minum.

2. Blend timun muda jadikan jus pastu minum

3. Rendam semalaman bendih yg telah dipotong2, bila pagi minum airnya yg berlendir tu, sebelum tu selawat 3 x

4. Rendam daun misai kucing dlm air panas, pastu minum

Meh ler nath sesama kita mencubanya....tp mengikut cerita sorang makcik cleaner kat tmpt akak kerja, dia amalkan minum bendih tu bagus.....skang kencing manis dia tak der lagi.....

akak pun tgh cuba apa2 jer yg org ckp skang ni, tp mcm x nampak perubahan, mungkin sbb keadaan abg yg x stabil skang ni, tu pasal susah dia nak tunjukkan perubahannya, agaknya klu abg dlm keadaan biasa, mungkin nampak sikit kot.....Apa2 pun usahalah kita sesama ya Nath utk suami kita

harhtan said...

Ktie, bendi? tak penah dengar plak petua tu.boleh la cuba, tp masalahnya, cik abe kita tu tak mo cuba langsung petua2 kampung ni. hehehehe.

Kak, kalau org pompuan lepas bersalin, selalu nurse akan letak lampu kat bawah 'tu' untuk cepat keringkan luka 'tu'. cuba try tanya pasal lampu tu kat spital. mana tau boleh membantu. kita usaha dan tawakallah...
mekacih yer petua2 tu, nanti nath bgtau mak. sbb mak nat pun ada kencing manis.

Kak Tie said...

Ya Allah Nath, mekasih bebanyak, sok pg akak nak g sepital lg bwk abg, nanti akak tanya nurse ekk.....skang ni apa jer org ckp akak cuba.....risau nak raya ni nath, keadaan dia masih camtu jer, luka tu lembab je,tak nampak pun nak kering....

harhtan said...

cuba la kak. nath ni pun baru jer terpk benda tu masa tengah iron baju pg td. nath mmg mcm tu, sesambil iron, otak mengelamun jer pk mcm2. last2 baju yg hangit. heheheh

Kak Tie said...

Mekasih bebanyak, tak per nanti akak cuba....kita org pempuan ni mmg camtu, dlm satu kerja, otak berjalan pk mcm2.....bukan kata nath, kekadang akak pun camtu gak....tgh dlm toilet tu siap boleh fikir tu fikir ni, pastu kluarlah idea mcm2....tu yg buat idea tu bernas sungguh..heheheh