Selembar kisah seribu kata. Dijilid untuk tatapan semua. Persahabatan terjalin tanpa nokhtah. Menzahir rindu dan mesra untuk selamanya...
Friday, April 24, 2009
XPDC Dakiton Pahang 93?
Meh sini aku mulakan kat sini. Harap korang yg bz berposting..mcm tunggu bulan tak jatuh keriba. hehehe jgn kata aku gila kuasa ek.. dan jgn kata asyik2 nat jer...hehehe
Xpdc ni tahun 93 @ 94 ek? rasanya 93 kan, sbb masa tu kita semester 1. Kita ramai2 join kelab kembara kan? tu ler sesatunya xtvt besar yg ada, then lepas xpdc tu terus kelab tu di bubarkan kan? Lokasinya: Gunung Tapis, pahang. bermula dari tebing sungai lembing ke puncak gunung = 36km (naik turn la)
XPDC ni sempena tahun melawat Malaysia ke korang? tp yg aku pasti sempena mempromosi pahang ler. then xpdc ni gak sebenarnya dakithon.meaning, tiap2 team lumba naik gunung tu, dengan syarat, team pertama yg sampai dengan kesemua ahlinya ada, baru diistiharkan pemenangnya. penyertaan terbuka nationwide kan? Ada pemenang ker?
Kelab kita pun join sekali xpdc tu. aku tak ingat brapa org yg ikut serta. tp masa tu, limited penyertaan. nama aku tak tersenarai. aku ikut serta atas tiket sebagai urusetia team kalau tak silap aku. later korang correct me if i'm wrong ek.. fakta dah lama, aku pun dah tak ingat sngt dah..
Alkisahnya time tu musim hujan.. so kelab kita berkumpul kat pekan sungai lembing sama ngan peserta2 lain. peh tu dari situ kita naik lori tanah jkr untuk sampai ke base yg pertama tepi sungai lembing tu kan..tu ler pertama kali aku naik lori besar..kena angkut mcm En. Matzlan slalu angkut lem...nyer untuk dijual. hehehe saja jer nak sebut nama En. kat sini..bila kurindu.. ku sebut nama mu.. cewah.. nyanyi lagu siti fairuz jab..hehehe :P
Sambung citer balik..
subhanallah.. tu ler pertama kali aku tengok tebing sungai lembing yg cantik tu.. tebingdia besar, mcm hway.. batu2 sungai.. huhuhu mmg cantik sungguh. tp sungainya menakutkan ek.. air deras dan dalam..dan lebarnya sungai tu...
dari situ baru ler kita mulakan pendakian. Kita ramai2 seberang sungai lembing yg dalam, arus deras, batu dlm tu berlumut, licin dengan dibantu angota2 bomba dan beberapa pihak yg lain... Lin, cam ner papa ko ada kat situ ek? Papa under polis hutan ek? so, polishutan terlibat la yer? opss.. off topic pulak...hehehe
nasib baik diorang rentang tali kapal yg besar tu ek.. kita paut kat situ ler.. masa kat tebing tu ok lagi, sekali sampai kat tengah.. huhuhu melayang ditolak arus kuat tu.. ngeri seh time tu.. kalau lah ada sebarang kesilapan time tu.. mmg innalillah ler...korang bayangkan ler, sungai tu besar mcm mana.. sampai la ni aku ngeri lagi bila dok bayangkan seberang sungai tu... tu cabaran pertama pendakian..
sepanjang pendakian tu.. mmg banyak ler anak2 sungai, jeram2 yg cantik yg kita lalu..denai dah ada, so tak la susah sngat nak kena lalu.. tp sbb musim hujan, sejuk giler, basah ni, tak tau nak ckp dah ler, beg dah jd berat sbb semua barang basah. peh tu, tanah denai yg kita lalu tu semua dah jd becak. aku ingat lg, ada satu part tu, kena daki curam yg curam. pijak jer situ, kaki tenggelam sampai ke lutut.. sampai tertanggal2 kasut dlm selut tu.. nasib baik ada org tarik dari atas, kalau tak, dok ler aku melekat kat situ forever.. kalau org cerita pasai puteri gunung tapis, korang tau ler siapa ek.. :p
Tu citer becak, tak citer pacat besar2 mcm pacat ternak ha.. huhuhu mesti pacat tu gembira sakan ek time tu.. sbb kenduri darah time tu... semua kena gigit. ada sorang abg tu, dia tunjuk bekas pacat kat kakinya.. mak ai.. mau kering darah ha..
tak cukup pacat, jumpa pulak tapak2 binatang buas.. taik gajah mak aiii besar dulang kenduri... hehehe loqlaq aku ek citer hal bucuk nih... tp pengalaman dan knowledge tu..
bila time hujan mcm tu, denai licin, kena ler kita berpaut kat pokok kiri kanan denai tu untuk memanjat.. ada masalah pulak. pokok2 yg kiri kanan tu berduri ler pulak. cam no ek.. so pepandai ler kita cari pokok yg tak berduri untuk berpaut..dpt kayu pancang untuk naik pun membantu gak time tu kan..tapak tangan masing2 semua luka2 sbb pokok2 tu..sabar.. dugaan tu...
Semua tu terubat bila dlm perjalan tu kita nampak pemandangan yg cantik2.. pencinta alam mcm aku ni, mmg teruja giler la time tu.. kena plak time nak harung anak2 sungai... huhuhu rasa mcm tak mau p mana2.. dok dlm hutan tu pun tak pa..tp sbb dah namanya pendakian, kena ler teruskan gak kan..
Apa cerita menarik sepanjang pendakian? haaa lain org lain ceritanya kan. so cerita aku: ada jumpa ngan ahli kelab mana tah, pengsan tengah jalan. kami jumpa dia pengsan sorang2 kat situ. alkisahnya tak de sorang pun perasan... so kita ler sebagai human being, tolong dia..
pas tu sampai satu paras tu.. ada balak besar sepemeluk lelaki dewasa melintang tengah2 jalan. yg bestnya sbb denai tu dah jd licin ya amat, semua yg naik nak lepas balak tu, mesti tergelincir semula kan.. naik.. jatuh gelongsor ke bawah balik. cuba naik lg sekali. jatuh balik... habis bergelumang dlm lumpur tu. pas tu dah berjaya naik, dok ler mamasing terkangkang atas balak tu sambil makan biskut mayat.. ala biskut kering 4 sagi tu ler...yg kelakarnya, kita menumpang biskut org lain. tak kenal pun. tp sbb dah lapar sngat, mintak je la..sampaikan yg serpih2 jatuh atas tanah pun kutip makan gak.. ooo lapar sungguh.. kena lak sejuk2 mcm tu.. mmg lazat sungguh biskut tu time tu kan..
tu aku rasa cabaran terakhir untuk hari tu.bila dah sampai base kat atas tu, masing2 melepek dah.. hilang tenaga abis. sampai plak situ, tak de pulak tempat nak buat khemah sebab tanah basah dan becak, space tak cukup sbb org ramai sngat. masing2 merempat ler. tumpang sana sini. lagi satu masalah timbul, makanan tak leh nak masak sebab hujan jer.. semua barang basah.. huhuhu.. lapar nih. nak buat apa nih... lastnya makan megi mentah jer.. huhuhu apa nak buat... nak idup, makan.. banyak songeh, p balik rumah la... heheheh
nak mandi pulak. sbb semua dah kotor giler kena lumpur. p la mandi kat anak sungai bawah tu, sekali salin baju bersih.. jln naik ke tempat khemah jer, kotor balik. lastnya, kita tak mandi sampai kesudah. baju tu la pakai sampai time turun balik nanti..
next day.. baru ler a few of members kita yg diberi kebenaran naik kepuncak. aku tak dpt naik sbb kena jaga barang yg ditinggalkan.tak ramai kan? atas alasan keselamatan. sbb puncak tu berbatu berlumut. so licin. dan merbahaya. dan alkisahnya ada ler sorang 2 member kita yg tergelincir dan injured. tu tak termasuk yg tak cukup zat lg tu..
so yg lg teruk time nak turun semula ke bawah la.. time ni.. kalau sbb semangat tak kuat, mmg la tak tau nak ckp apa dah. time ni aku pk hal team kita jer, hal org lain tak boleh nak kepohci dah.. ramai yg ada masalah tak boleh nak turun sbb injured kaki. so urusetia cuba dapatkan heli untuk bawak yg injured turun. tp malangnya setelah berusaha sedaya mungkin, heli tak leh nak turun rendah sbb cuaca dan keadaan yg tak mengizinkan..so alternativenya, yg injured tu kena usung la.. time ni org lelaki ler yg lg teruk kena. diorang kena usung yg sakit. bayangkan, bila kita sakit, berat kita makin bertambah.. nak turun denai yg licin, curam. semua ada la.. huhuhu kesian.. pas tu, yg perempuan kena ambik backpack diorang. bayangkan sorang kena galas 2 backpack yg berat nak mampus. Hujan, lg tambah berat ler..dugaan tul time tu..
dan yg bestnya, kita tak dibenarkan berehat sbb dah running time. dah nak malam. atas keselamatan gak, kita tak dibenarkan berhenti. jln jer terus.. tak leh nak slow down langsung.. mak oii letihnya jgn ckp ler.. dlm gelap hutan plak tu.. semua berpandukan abg2 bomba ngan urusetia yg lain jer.. kena seberang balik sungai lembing yg memula hari tu.. kali ni seberang sebelah malam.. air lagi deras, paras sungai pun makin naik.. paras dada aku time tu.. sapa yg petite mcm echa tu.. aku tak tau ler mcm mana dia selamat seberang.. cam ner ko selamat cha? citer la skit...
akhirnya.. semua selamat seberang sungai tu, selamat kembali semula ke khemah yg di sediakan.. alhamdulillah.. syukur ya amat. Ptt kita balik poli mlm tu jugak kan? tp sbb masing2 keletihan ya amat, kelab decide untuk bermalam kat situ semalam...dan esoknya dpt ler kita menikmati keindahan indah di tebing sungai lembing tu...
huhuhu tu la yg aku ingat pasal xpdc kita. yg pertama dan yg terakhir. ada banyak lg yg aku tak larat nak citer tu. tak tau dah nak selit2 kat mana. korang selit2 la kat komen nanti..kalau kepala aku ni ada usb port, korang boleh cucuk jer tumbdrive korang untuk salin memori tu. hehehe :D
siksa masa tu, tp jd memori indah seumor idup. mana nak dpt kenangan mcm tu. dah tua branak pinak mcm ni nak p hiking lg? huhuhu boleh ke lepas dari 'handbag' korang..?
Ok gurls... start selit citer korang plssss... hehehe
ni aku pastekan yg meana & nana dah citer kat posting b4 this..
Marina said...
... citer panjat gunung tapis. Panjat ramai2 tapi bila sampai stage 1 ramai yg kantoi. Aku, Lin dan Kak Yah berjaya naik sampai atas.. Fuyooo.. best.. ada mcdonald kat atas tu.. hehehe.. (acah jer)
SHANANA said...
Askum...hello..kite nak tambah skit..nih syok gak denga cite naik Gunung tu..Meana FYI aku pun smpai kat atas jugak lah..betul kata ko kat atas tu ada macam2..
Tapi aku heran..gunung skit punya thrill tu tak pernah pulak aku tengok kuar kat TV ke newspaper ke..sbb aku nak tunjuk kat anak2 aku yg aku penah panjat gunung.
Masa panjat bukit bawah tu..lagi giler..jln skit punya licin..naik2 tergelincir turun lagi..tul tak? Pas tu baju sume habis basah sbb musim hujan..tpaksala pkai bju basah tu juga..
Mlm kat camp dengar lak bunyi pak belang..menggeletar gak..tapi syiok gak dpt pengalaman cmtu..kl skrg aku rse tak mampu dah nak naik gunung cmtu..nak naik tangga pun dah letih.
Kl sesape ada gambo bleh lah post. Aku punya tak tau letak mne ntah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
Dahsyat hang Nath!
Aku masuk uni terus jadi agak mandom, ha ha. Walhal i was quite active when in school.
x byk sports or outdoor activities that i joined during my uni years.Kind of regret it now :(
Cheers to you & friends.
Bagus... bagus Nath. Aku suka hang bukak citer ni. Mmg byk kenangan panjat Gunung Tapis. Paling mencabar aku rasakan sepanjang aku hidup kat bumi Allah ni. Rata2 kebanyakan dpd kita join kecuali Ana Suzana.. heheheh sori Ana. Sajer jer nak bagi hang jeles.
Pasal bab 'pacat' tu aku ingat giler.. nak tau sapa yg kena gigit pacat yg terlompat2 mcm beruk pastu merambu2 ayaq mata menangis mcm laki mati??? Sapa sapa sapa.. kalau korang ingat? Kalau orgnya terbaca kat sini.. silalah mengaku. hehehe
Pasal citer nak turun gunung lak.. nak tau sapa yg johan jatuh paling kerap??? hehehe.. Junanalah orgnya.. kitorang Lin, aku, Kak Linda dan Jenny saing sekali ngan dia.. sepanjang jalan turun tu dia jatuh berkali2... rugi aku tak kira brapa kali dia jatuh dulu.. kalau tak boleh masuk guiness world of record.. heheheh.. jgn marah Junana.
Ada gak citer pasal org yg injured yg asik didukung oleh abang bomba.. chisss.. masa tu punyalah meluat tgk.. ngada2 jer dia. hehehe.. sapa lagi kalau bukan zuri.
Nana, gambar aku ada kat Penang, nanti aku balik rumah, aku scan dan letak kat sini ek.
Pasal mendaki gunung tapis ni mmg seronok.. baju tu tak sempat nak kering dah kena seberang sungai.. berbelas batang anak sungai yg kita seberang.
Aku sayang hang Nath sebab bukak citer ni.
ceih meana.. betoi ka hang sayang aku.. pandai hang ampu aku nooo.. tp aku tadak sekupang nak bg kat hang.. :P
kimie, kat SAS dulu kan mandom abih.. sekali konon masuk poli nak active mcm2 la..konon2 nak active teater ker, tarian ker.. sekali aktiviti mcm tu tadak kat poli aku nih. so kebetulan plak klab kembara ditubuhkan.. cpt2 aku join kelab tu. tp tu lah, tu la 1st & last xtvt besar yg ada. peh tu dibubarkan.. langsung aku tak aktif apa2 lg.. sbb kat poli tu mcm sekolah agama. student pompuan tak dibnarkan pakai sluar. so aktiviti lasak ni, lupakan ler terus..hehehe
Seluar tak dibenarkan pakai tapi kain belah boleh pakai.. hehehe (tu hang lah Nath).
heheheh dah tu kain belah tu jer yg aku ada. mmg la tak boleh pakai, tp aku yg nak pakai jugak sbb dah tak de choice. nak pinjam kain hang, bukan muat montot kembang aku ni haa.. hehehe
ptt dari awal2 lg depa bgtau apa rules n regulation kat situ. hang tau dak, aku p daftar poli masa tu rugget abis. bawak tudung selai ja. tu pun stanby kot2 utk kuliah subuh. baju kurung 2 pasang ja, yg lain blause ngan slack 1,2... haa apa lg boleh buat? mak pak aku bukan org kaya nak p terus borong baju lain... hehehe
sbb kain belah tu la aku lari ngan nana laju nak mampoih masa kena kejar tu.. hehehe
Sekarang Poli tgh Konvo. 3 hari tau dari 28,29 & 30 April. Kali ni dah konvo yang ke 30. Penat saya bbila time mcm ni. Patut la saya rasa nak buka blog ni, rupa2nya ada sebut nama saya....
En Matzlan
Cewahh... En. Matzlan ni mcm ada sixth sense lah... dasat
Bestnya konvo. Masa tulah masing2 nak tunjuk pakwe masing2 dan dpt mcm2 hadiah termasuk bunga-bungaan. Dulu2 lin dpt sejambak bunga besar dpd En. Bad nyer. Aku.. xde apa pung.. Kesian kat aku. huhu...
Hehehe.. tu la bila sekali ku seru....hilang letih En. ek bila nama disebut2 anak murid dolu-dolu... tak sesia marah-marah, warning2 dulu ek...hehehe :P
Meana, tu la ko, dulu tak nak cari lecture buat boipren...hehehe
Nath, En. Matzlan kawin awai sgt.. hehehehe.. kalau tak boleh ngorat. hehehe
Hang plak awat tak tackle lecturer?
hehehe aku tak kesah tak dpt bunga time convo tu mcm hang.. ada bf time tu pun tak bg bunga pun kat aku..hampeh ;P ...tp kan..dulu aku dah nak usha sorang lecture tu.. tak brani dan tak jd sbb dia garang sngat.. kecut perut aku. kekeke ;P
Sapa tu Nath? Citer lah sikit.. alah benda dah past tense.. meh lah citer.
wooooooiiiiii... marina!!! ko KUTUK aku yerkkkk.... hehehehehehehehehehehehehe... dah tak larat kena ler dukung... ko larat kena ler jalan sendiri... hehehehehehehehehehehehehehe....
meana, amboih hang.. tau la hang ambik TESL ari tu... pastense semua keluaq...tak yah la nak citer pasten usha2 yg tak jd tu.. kot kot satni jd futuretense. haaa. kalut semua org..stakat usha malu-malu budak baru lepas sekolah ja.. tak lebih2 pun..sekali dengaq sora garang atas pentas hari pendaftaran tu, abih ilang semua usha2 tu weh...budak2 hingusan time tu.. mcm tu la..time tu ja yg enjoy life betul2. tadak masalah langsung kan..kan.. sapa ada timemechine.. kot2 boleh p balik time sekolah tu syok gak..kekekeke
Mmg masa kat Poli adalah the best. Langsung takde masalah.. Masalah sikit jer contohnya lecturer suka bagi kuiz tergempak, bagi assignment manyak2, peksa dan takut tak lulus... cehhh byk gak yer masalah.. hehehe
Zuri,
Mesti ke tak larat sampai kena dukung wei??? Aku pun tak larat tapi laratkan jugak. Mesti abg Bomba tu bengkek giler kena dukung sampai bawah. Dah tua2 nak dukung.. menyusahkan org jer. hehehe
Nath, selain dpd En. Matzlan, En. Badli aku cuma boleh agak En. Rahim.. hehehe.. hang nak usha dia ke dulu? Tak pun ada sorang lagi lecturer Komputer masa kita Sem. 1. Aku tak ingat nama dia tapi dia suka tersenyum tak tentu pasal dan seluar dia asik kaler yg sama jer..kaler ungu.. Korang ingat tak sapa nama dia?
weiii... mana ler dokong sampai bawah... buat bedaah jerk ko nie...
tak sampai bawah ler... aku still ada jalan... ko mana ler tahu... ko tak jalan dgn aku... hehehehehehe... tapi betul ler... tak ada ler semua yang dia dokong... ada tempat2 yang tertentu jerk yg kena dokong...
Meana, apa yg hang teka semua salah...yg lect. komputer tu, lagi....ler aku tak ingat langsung. hehehe. yg aku tau, ingat komputer=ingat Pn. Salawati yg happening dan sporting tu. Pekabar Puan?.hehehe
zuri, best tak kena dukung? bila lagi nak kena dukung mcm tu kan..kan..time tu mesti abg bomba tu terasa mcm dukung Puteri Gunung Tapis hahaha... dia rela dukung ko ler tu... kalau tak rela, dah lama dicampaknya ko dari tebing curam gunung tu....hehehe. Meana, kasi ler can member tu kutip memori indah mcm tu...hikhikhik
hehehhe.. yerlah tu nath. masa tu kan kita ni berpuak2.. sebakul zuri tu kena kutuk ngan kitorang. hehehe. tapi tu semua citer lama. skrg ni kita dah baik mcm satu keluarga yg besar. alhamdulillah.
Zuri, minta maaf yer bagi pihak bespren2 aku dan aku sebab kutuk ko dulu.
hehehehe.. aku suka sikap ko ni marina. berkawan mmg mcm tu ler, dulu darah muda, senang panas.dah matang skit ni, lain pulak cara kita kan..kan..apa yg penting? kerjasama..hehehe mcm wonderpets plak. bermaaf maafan atas kelakuan kita masa muda2 dulu, even sekarang ni pun, ada skit salah paham tu, tak yah ler nak drag lelama pun kan..kan..pengalaman dan usia mengajar kita erti persahabatan. betul tak kawan2? hehehe aku ni...terlebih sudah. :P
hehehehehe... aku rasa... ko pun kena kutuk gak marina... hehehehehe... sama ler kita yerk mintak ampunnnnnnnnn bebanyak... hehehehehehe....
dh macam drama swasta plak...kutuk2 pastu minta maap...hehehe...
mmg best baca comment2 korang ni.....
lg satu meana....aku x jeles walau skit pun...sbb aku memang x minat benda2 ni sume....tp aku syukur...korang ade kenangan manis ni. cukupla aku anta wakil nath n nana jer pergi...aku ngan fida....duk hostel jer...
suzanna
Nath..nak celah skit..memang interested ko punya citer tu..aku salute la ko blh ingat sume benda2 tu..
Tapi aku rasa gamba yg ko post tu bukan gamba mase nak gi panjat gunung tp gamba mse lps xpdc tu kan kita ade pegi air terjun Kanching kl tak salah namanya..betul tak?...ada sapa2 nak sokong?..
tak lah. tu sesatunya gambar xpdc yg aku ada. gambar sblum kita naik gunung. belum bertolak lagi. masih kat poli. Pergi hutan lipur tu mana ada pakai semua tu weh.. tu pegi dating jer kat sana. lgpun time tu group kita ngan geng icha jer, geng marina mana ikut. betul tak?..
Betul tu Nath. Gambar tu mmg gambar nak daki Gunung Tapis. Aku pun ada gambar tu. Pasal pegi air terjun tu kitorang tak gi pun. Tu group2 ko jer. hehehe.
Aku ada byk gak gambar tapi takde scanner. Nanti2lah yer.
Post a Comment