Monday, June 23, 2008

cerita dari Putrajaya

Salam buat semua...

Lama saya tak bercerita. Kebizian dgn kerja, ditambah dengan kesihatan yang kurang mengizinkan semenjak dua 3menjak ni... ditambah pulak lagik dgn ketiadaan mood yang konsisten untuk jari jemari saya menari di atas keyboard.... maka membuatkan tak derr cerita sesangat dari saya sebelum ini.

Hari ni saya nak kisah kan cerita sedih......

Pakcik saya, Al-Rashid pulang ke rahmatullah pada pagi Jumaat lalu. Ini merupakan berita kematian kedua dalam tahun ini buat bonda saya yang tercinta. Pada Februari lalu, adiknya Harun Al-Rashid meninggal dan kini selang 139 hari, seorang lagi adiknya pulang ke rahmatullah.

Meninggal dlm selang masa yang singkat, dan berkongsi nama yang lebih kurang sama.... Allah lebih menyayangi mereka.

Berita saya terima jam 2.25 pagi, terus terang semasa no pemanggil tertera di telefon, fikiran saya hanya tertumpu pada ayahanda saya sahaja. Otak saya tidak boleh register nama lain. Panggilan dari sepupu saya itu, membawa kisah duka pulangnya pakcik saya pada pagi Jumaat yg mulia.

Pakcik saya menetap di PJ dan selamat dikebumikan sebelum Solat Jumaat di Kota Damansara.

Beliau tidak pernah dikurniakan cahayamata, tapi saya bersyukur dihujung hayatnya, anak-anak saudaranya ada untuk membantu menguruskan jenazah dan mengebumikannya.

Saya esok bagaimana? InsyaAllah anak sedara lelaki ramai...... harap mereka juga memainkan peranan sebagai seorang anak.


Berbalik pada persoalan pencen oleh Nath..........

Ermm, akak dah sign opsyen 58 tahun. Lama ke kerja? ermmm InsyaAllah, bila umur dah capai 53 tahun, pinjaman perumahan gomen dah selesai.. jadi ada laaa baik 5 tahun lagi nak merasa duit banyak sket menjelang usia senja..... kalau panjang umur.

Esok dah umur 58..... errmm tak tau laa idup ke idak.... pencen den tak ke mana... den tak de waris.

Harap-harap kalau umur panjang pun... tidak laa sampai sakit pening terlantar tiada org nak jaga...

byk lagi nak tulis ni.......... tp mcm tak tertulis... berlegar-legar dalam otak jerrrrr

11 comments:

Anonymous said...

salam takziah dari kami semua kak.. semoga roh dicucuri rahmat..Al Fatihah..

Anonymous said...

Takziah utk bonda kak nita sekeluarga. Ttg masa depan kak nita jgnlah risau sgt, mungkin Allah ada perancangan lain yg lebih baik utk kak Nita.. insyaallah.

Anonymous said...

Takziah utk bonda kak nita sekeluarga. Tentang masa depan Kak Nita, janganlah risau sangat. Mungkin Allah ada perancangan yg lebih baik utk kak Nita.. Insyaallah.

Anonymous said...

Eta

Salam takziah tuk seisi keluarga....semoga beliau ditempatkan dikalangan org yg sentiasa dilimpahi rahmatNYA....AMIN....

Tuhan tu Maha adil, DIA lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita, kita tak tau apa akan jadi kat depan, semoga segala yg akan berlaku baik2 belaka......Kak Tie

Anonymous said...

Takziah diucapkan.
Ajal, Maut, Jodoh, Pertemuan di tgn Tuhan.

Anonymous said...

Takziah untuk kak Eta sekeluarga. Semuanya ketentuan Allah. Bersabarlah.

JUNANA

Anonymous said...

june... bersuara juga sesekali yer...

Anonymous said...

Oklah tu kan June dpd beberapa org yg aku dah ckp berkali-kali dan sms url blog kita tapi langsung tak nampak muka. Lantak dorang lah.. p/s: Sesetengah manusia mmg tak ingat kawan!

Anonymous said...

Tak pe lah marina, mungkin diorang ada kekangan masing2 tu.. tak pun diorang terlalu bz ngan keje...mungkin diorang selalu membaca, tp tak tahu nak reply mcm mana atau terlalu pemalu untuk berkata-kata.

Kita bersangka baik jelah.. anggap je lah t/jawab kita untuk panjangkan silaturahim ni dah terlaksana. yg lain tu masing2 punya budi bicara la...yg pasti aku terkesima dan bahagia dengan persahabatan korang semua...

Anonymous said...

Aloo...
Lama dah tak mencelah...mabuklah.

Takziah wat kak Eta...

Anonymous said...

Hai meina, nath & kekawan, jangan le terasa kecik ati tu. Jun bukan lupa kat kekawan. Gathering dulu pun memang nak sangat pi tp..#^&%+.
Jun ni dari dulukan lebih banyak memerhati dari menjadi topik utama atau menghangatkan suasana. Sorry le kalu action tu, slow.... selalu. Tapi yang penting Jun selalu mengikuti blog ni untuk mengetahui perkembangan semua. Kat lin..tahniah kerana mengikut jejak meina.Tak lupa Kak Eta ... TQ sebab bagi nasihat yang beguna kat Jun. Cuma ruangan nak tambah ni aje yang Jun boleh tumpang tulis dgn cepat dan mudah...he.he...

p/s kalu nak email ...
junana0811@yahoo.com