Friday, May 23, 2008

Mari kawan-kawan dengar ini cerita..

Hahaha... cek kembali lagi!.. kali ni dengan cerita gathering di rumah Lin pulak.

Tulisan yang lepas lupa nak cerita kita konvoi ramai-ramai p POLISAS. Kena tulis POLISAS. kalu tak depa tak tau kita belajaq kat mana no... hehehe. Pesat membangun betul POLISAS kan? besar sangat. Siap ambil bangunan maktab lagi. rasanya kalau dulu masa kita belajar kat situ, poli dah sebesar mcm tu..mak ai...mau longgar lutut nak jalan p kuliah ha..bangunan perdagangan dulu dah jadi bangunan Elektrik. Padang depan surau dah jadi asrama-asrama, bus stop luar pagar besar tu pun dah dlm pagar. ish..ish..is... banyak betul perubahan dan pembangunan. Tapi... sedihla... tempat lepak kitorang dulu dah tak de...alah, bangku batu tepi lambang poli depan bangunan perdagangan tu ler...ha.. tempat tu lah dulu kitorang jd tukang banci pelajar poli. dok situ, perati jer org lalu lalang sambil kutuk-kutuk.. korang ingat tak?

kenangan semua tu kan... la ni semua dah branak pinak. kekeke

Ok. lepas balik dari poli terus singgah makan t/hari kat rumah Lin. Makan ikan masak asam pedas, sayur campur, telur goreng, ikan masin panas-panas...fuh! sampai tuan rumah lalu belakang pun tak nampak!...hahaha. Silap-silap time tu ada yg lupa nak baca bismillah tak?

Sebelum makan tu sempat ler belek-belek bilik kraftangan Lin. Mak aiii, mcm kedai alatulis ha. semua ada. Sempat gak ler Lin demo 1, 2 hasil kerastangan dia tu. Kalau korang nak tau, frame kertas yg dlm pek cenderahati kita tu.. tu lah hasil kerja Lin. Cantik tak? Kalau cantik, apa lagi? order la lagi.Bagitau jer bentuk apa korang nak, sure boleh punyalah.. ha Lin, promo free ni... so kalau aku order harga agent la yer...(pandai tul aku ambik kesempatan ek..kikiki) Time ni semua suami kita sibuk berborak ngan bapa lin kat depan rumah.

Petang tu jenjalan pula ke Tanjung Lumpur pekena satar dan kopok lekor. Kopok lekor tu sedap tul. nyesal tak beli bawa balik. Lepas balik tu, singgah pula ke Pantai Sepat. Pasir kat pantai tu.. halus tul. Sayang tak de hotel/resort kat area tu. Anak-anak aku teruja tengok lubang ketam kat pantai tu. Hehehehe anak bandar ler katakan... tengok lubang ketam pun teruja. Jakun tul. kekekeke

Balik malam dah. Lin n the family sibuk lagi sediakan makan malam. Kali ni Lin jamu steamboat pulak.. Kesian aku tengok lin & family berpeluh2 sediakan makanan. Dok rumah lin mmg keje makan jer... tu pun dia ada hati nak jamu mufin plak tu.. nasib baik tak jadi buat, kalu tak.. mau demam lin seminggu lepas tu sbb penat layan tetamu. hehehee


Steambot sedap!.. laki aku yg tak penah makan pun makan bertambah. Aku yg suka ni lg ler... mmg tak pandang kiri kanan dah.

Abis makan malam... sambung balik sesi gebang-gebang sampai pagi... para suami di depan rumah lin, para isteri di dalam bilik. keekeke time ni semua anak-anak dah lena keletihan jalan-jalan.

Next day tu, makan lagi. Breakfast la pulak. Bihun ada, karipap pusing ada, popia goreng ada.. macam-macam ada...sempat la juga korek-korek petua memasak ngan mak lin. Aku yg tak penah gulung popia ni sempat la tengok demonstrasi menggulung popia. hahahaha mahal ilmu tu...

Lepas makan-makan, kitorang dah nak balik...lepas kemas-kemas barang masuk bonet, terus shoot ke TC kejap. Pusing-pusing TC tengok tempat berdating dulu.. (aku ler tu..hihihi). Banyak perubahan jugak kat TC ek. Pantai mcm tu jugak. cuma sekarang jln nak ke 2nd bay tu dah ada jln pintas cantek..dah ada jambatan tu.. dulu kena panjat batu batan situ. Klinda belanja sunday mcD, Lin belanja jambu. Lama gak kan kita kat situ... dengan angin yg bertiup.. redup bawah pokok ru tu... rasa macam nak dok lama jer kat situ.

Dah puas makan angin TC tu, tibalah masa bertolak balik...tp...singgah lagi... singgah beli keropok dan buah tangan kat mana ek? aku tak ingat ler nama tempat tu.. tp kat jalan gambang gak ler..aku borong keropok banyak tul. maklumlah..sedara ramai.. kang ada yg tak dpt buah tangan kecik hati pulak.

Lepas tu terus speed balik S/alam... abis dah...dah balik rumah ni... rasa rindu plak nak p jalan-jalan mcm ni lagi. Apa lagi kawan-kawan? meh ler kita plan next trip pula ek...

ha...kalau korang nak tengok gambar-gambar sepanjang kita bergathering, sila ler cklik kat sini...http://photobucket.com/dsk9395

2 comments:

Anonymous said...

Hemmm terbyg keenakkan steamboat, rasa rugi sbb tak tambah tu ari. Iyolah mmg dah kenyang sbb ptg tu mkn kat Tg Lumpur.
Apa2 pung, timo kasih bebyk pd famili lyn. Moga dimurahkan rejeki. Aminnnnn
Nath, ko luper citer kita mkn kat Genting Sempah, pastu anak ko tanya "Kita kat M'sia ke BU"..kekeke

Anonymous said...

tak puler klin,tp tak larat nak tulis dah..pc cek gelong. penat nunggu dia stabil. idea nak tulis pun ilang. hehehe