Tuesday, May 27, 2008

Mari lah mari... kita mengundi

Wassup semua...masih lagi dlm gathering mood ker?..Bagus...bagus...Kali ni masih lagi dengan isu gathering kita yang tak abis di sebarkan lagi. Masa kat Kuantan hari tu kita dah berbincang dan basically dah ada persetujuan semua yang hadir. Namun untuk mengofficialkannya..nath announcekan kat sini ek...

Hasil dari perbincangan kita tempohari, perkara-perkara tersebut telah dipersetujui:
1- Kutipan monthly sebanyak RM20/sebulan akan dibuat mulai bulan Julai 2008.
Tujuan kutipan ini untuk mengisi tabung DSK93/95. Tabung ini kita akan gunakan untuk kebajikan ahli-ahli. Contohnya: Sumbangan kelahiran baby baru, khairiat kematian.. dan sebagainya. Lagi satu, kalau ada next gathering/reunion, tak perlu lah lagi kita mengeluarkan belanja yang besar tiba-tiba.
Korang telah amanahkan Nath utk manage akaun ini kelak. Segala penyata berkaitan akan diupdate dari semasa ke semasa. Oleh itu, dlm next post, nath akan publishkan no acc. yg korang boleh transfer secara online...senang kan.

Secara automatik, semua member DSK93/95 adalah ahli.

2- Gathering akan diadakan 2 tahun sekali.
Seawalnya lah. Tp perancangan yang lain tu terpulang pada kelapangan kita sendiri. Next gathering/reunion akan diadakan di kawasan Utara. Dimana? itu akan dipertimbangkan kelak. . InsyaAllah....

So, kengkawan boleh ler vote di pool sebelah kanan tu. Itu untuk mengesahkan lagi perkara diatas.

Untuk pengumuman semua, ada beberapa trip jalan-jalan jumpa kawan sudah ada dlm perancangan. Antaranya...
a) Genting Highland (27 Okt 2008)
b) Port Dickson (belum ada tarikh)
c) Kuantan/Trengganu...(Dec 2008)

Siapa berminat nak join? Jgn malu-malu, jgn segan-segan, angkat tangan bgtau nak ikut...hehehe

16 comments:

Anonymous said...

Oi Nath, aku dah ngundi. Boleh aku buat undi hantu tak? hehehee.. Aku setuju jer apa-apa yang diperkatakan demi utk kebaikan DSK93/95 selama-lamanya.

Utk hadiah baby, jgn lupa tau aku bersalin bln 9 nanti. hehehe.. kalau nak bagi additional hadiah dari org perseorangan pun takpe.. aku terima jer.. kui kui kui

Anonymous said...

ni cheq nak tanya sikit.
sapa yg tak buat kutipan bulanan, org tu layak ke idak, dpt sumbangan kebajikan DSK?
keke..soklan berunsur "alamak terlebih sudah!!"

Anonymous said...

weii ko meana, laju jer reply pasai hadiah nooo.
Untung la hg org first yg akan dpt hadiah baby...kekeke

Anonymous said...

Tulah klinda, aku suruh ngandung thn ni gak tapi hang tak dak rezeki.. nak buat lagu mana.. hehehee..

Anonymous said...

nat cadangkan org yg menabung jer yg dapat keistimewaan ni. bak kata perpatah.. org berbudi kita berbahasa.. ye tak?

wah meena, untung ler ko ek, baru tabung terus dpt. aku tumpang gumbira je la tengok org dpt sumbangan ni..kekekeke

Anonymous said...

hehehehe.... back date leh tak hadiah tu... hehehehehe... actually zury setuju jerk tentang apa2 rancangan. abang raja tak leh pi mak raja & adik raja leh pi... tentang kutipan tu... ok jerk...

Anonymous said...

nath, aku ok ngan monthly collection RM20 tu.

Anonymous said...

Eh Ziana, ada ko yer?? Aku dok tertanya2 napelah si ziana ni tak gi reunion. Aku nak call tapi no ko dah hilang bersama2 ngan hp aku yg hilang dulu tu.

Nape ko tak gi Ziana? Byk sgt ke konsert ko? hehehe..

Anonymous said...

oi marina aku memang ade je kat sini tiap hari mesti sekali masuk blog ni..nath called aku utk confirm tp tak gi hari tu adik ipar aku bertunang..nanti aku sms ko no hp aku ye..harap ko sihat sampai ko bersalin nti ye;)

Anonymous said...

hahahaha...ko setuju yer ziana... ok..ok... aku masuk nama ko dlm list penderma organ. eh..
penderma duit. hehehe

Anonymous said...

hehe byk konsert nyanyi yer ziana..jahat tul Meana ni.

Anonymous said...

Ziana dah setuju.. hopefully ramai lagilah yg setuju pasni... makin ramai yg join lagi bagus.

Bagi cepat no. hp ko tu Ziana. Setiap kali si Jenny call aku.. dia asik tanya pasal ko.. korang berdua ni calling2 lah.. jgn asik tanya kabar melalui org jer.. Amende lah susah sgt.

Anonymous said...

alamak sori la maena aku semalam bz skit jap lg aku sms ko no hp aku k ;)..alahai rindunye aku kat zaman belajar dulu esp roomate aku yg gile diet mase scholing..apasal tak penah nampak pun jeny melepak kat sini

Anonymous said...

Ziana

Apa habaq.....lama tak jumpa hang....next gathering hang mesti maaiii ya......mesti hang makin cung melecung kan.....Kak Tie

Anonymous said...

Heheheh....
Sronoknya aku dapat jumpa kawan kawan aku nanti...
Ziana...ziana..ziana..ha ingat dah muka ko ziana...

Anonymous said...

Lin...muka ziana ada kat gambo sebelah ni.."Late8nite" yg pakai bedak putih satu muka (baju kaler putih). yg baju kaler itam tu si Jenab..kui kui kui