Asslamualaikum...semua kawan2..
Aku memang gembira dengor kabor Reunion yang hampir menjadi nyata tuh.. aku ngan family aku memang excited tul nak pergi...especially my husband..
Tapi dengan takdir tuhan pada 12/04/2008 yang lalu kami terima berita sedih. Pak mentua aku meninggal mengejut.. tak de sakit apa2... sihat walafiat sebab minggu sebelumnya dia ada datang KL jenguk cucu2 dia. Dia memang happy sangat..pas tu aku pun kesian sebab dia dtg KL kitorang tak dapat layan dia sangat memandangkan kami sibuk kerja.
Tup..tup pagi Sabtu tu..mak aku call kt dia tak sedar diri masa bangun dari tido..dia rebah kat riba mak aku and.......sob sob sob....
Lepas tu laa..aku rasa terkilan sangat tak layan dia dengan elok masa dia datang sini. Kalau aku tau nak jadi macam ni sure aku tak bagi dia balik kg hari tu...Kami semua masih dalam keadaan terperanjat. Lagi2 anak2 aku..diorang still kata atuk pergi vacation jauh belum balik lagi..kl time makan tu..kt dia nak tunggu atuk duduk makan dulu...
Kemarin masa aku masih cuti kat kg aku dapat pergi kubur dia hari2 sebab kubur tu dekat sangat ngan rumah, pagi-pagi jalan kaki jee..tapi sekarang...aku dah jauh sangat kat sini. Cuma kami sekeluarga yang menanggung rindu aje..
Aku lagi tak tahan tengok mak aku..sekarang dia ada kat kg sorang2, nak makan terpaksa pujuk. Aku dah pujuk duduk kat rumah aku je..tapi memandangkan baru lagi..so, better dia duduk kat rumah dulu sampai insyallah 40 hari nanti...
Sekarang ni hati aku berbelah bagi nak pegi reunion atau tak dalam keadaan ini...memandangkan waktu reunion nanti belum sampai pun 40 hari pemergian arwah.
So kawan2... aku perlukan nasihat dan pandangan kawan2 ye..apa yang patut aku buat...sebab aku tak mau kawan2 kecik hati dan aku tak mau mak aku pulak terasa hati...
Please....
5 comments:
Takziah Nana & Family...
Hmm Nana...Aku pun tak tau nak bagi pendapat camna...
Yang penting sekarang,ko kenalah tenangkan keadaan ibu mertuamu itu.
Semoga Nana sekeluarga tabah menghadapi dugaan ye...
Nana & Shanaz & family,
takziah dari nath sekeluarga. Aku kalau dok kat tempat ko, dlm situasi mcm ni, dahulukanlah keluarga. mereka yg lebih berhak. gathering ni lain kali insyaallah ada lagi....
Al Fatihah..
Utk Nana sekeluarga
Takziah klinda ucapkan. Semoga tabah. Kita yg masih ada kat dunia ni pun belum tahu bila masa akan dipanggil olehNYA.
Kalu ikut pengiraan klinda time reunion nanti dah 35 hari. Tapi kalau Iddah wanita kematian suami ialah 4 bulan 10 hari, baru bole keluar umah. Dlm hal ni, baik tanya yg bijak dlm bab Agama. bole baca kat sini juga http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab48.htm
Utk Nana sekeluarga
Takziah Nana, semoga tabah sentiasa. Betul kata Nath tu klu dlm keadaan mcm ni lebih baik kita dulukan keluarga, jgn risaulah Nana kawan2 kita semuanya bagus2 belaka, dia org faham.....ibarat kata pepatah cubit peha kiri peha kanan terasa.....pasal gathering ni insyakallah lain2 kali panjang umur, murah rezeki kita jumpa arrange lagi dan dpt jumpa lagi.....Kak T
Takziah Nana dan Shanaz,
Cuba tanya pendapat Shanaz dulu. Kalau Shanaz kata tak payah pergi maka tak payahlah. Ikut kata suami.
Disebabkan kita tak tau umur kita panjang mana maka kita tak tau sekiranya kita melepaskan peluang berjumpa kali ni, adakah masih ada peluang lain untuk berjumpa pada masa akan datang?
Apa pun keluarga adalah yang paling penting.
Post a Comment