Korang perasan tak apa yg lain? Sikit jer kelainan tu.. ha..pandai pun... anak sapa la tu..
Yang lainnya hanyalah pada perkataan reunion. Saya tukarkan kepada GATHERING. Amacam ok tak? Bagi saya, gathering perkataan yang tepat bagi perjumpaan kita Mei nanti.
OK. Ni ada info terkini pasal gathering kita nanti. Sesiapa yang turut serta, terima kasih diucapkan. Penyertaan anda semua amat bermakna. Bagi yang tak dapat turut serta, diharap gathering akan datang dapatlah kiranya meluangkan masa bersama.
Baiklah, semua kami dah uruskan untuk gathering nanti. Penginapan, makanan dan aturcara. Basically tak de apa-apa program yang khusus pun. Kalau ada yg dulu terkeruh, boleh jernihkan semula. Kalau dulu ada tertawar, boleh dimaniskan semula. Kalau yg dah manis, kita kenang-kenang semula. Janji gathering nanti dpt mengeratkan lagi tali persahabatan kita semua.
T/hari sabtu kita check-in dan pada petangnya akan diadakan satu mesyuarat untuk semua. Mesyuarat ringkas untuk membincangkan halatuju (cewah..halatuju. mcm conduct EGM meeting pulak. Ahaks..). Mesyuarat ni nanti kita akan bincangkan apakah program-program yg boleh kita adakan akan datang.
Kemudian, pada malamnya, kita akan adakan BBQ dinner. Insyaallah... harap-harap tak hujan. Nampaknya pengantin baru kena ler bawa baju buruk untuk dicampak atas bumbung hotel tu. Petua hindar hujan. Hehehe...
Pagi keesokan harinya, Ahad, kita akan bercanda di tepi pantai. Makanan kami akan sediakan. Then, t/hari check-out.
Oh ya, memandangkan isnin tu public holiday, saya sekeluarga bercadang untuk stay 1 more night lagi. So, ada sesiapa nak join?
OK. Next bab money..money..money..!
Buat permulaan, kami akan collect RM200/family. Ini termasuk charge penginapan (ikut jenis bilik yang telah disahkan haritu) dan yang selebihnya untuk makanan. Tapi bagi member yang stay hotel lain, kami akan charge untuk makanan saja nanti. Charge untuk makan/kepala dewasa sahaja, anak-anak FOC.
Jika ada lebihan atau tambahan, kami akan collect di sana. OK? Nanti kami akan bgtau apa no acc untuk korang bank-inkan..
Secara ringkas gathering kita nanti saya akan publishkan di next posting. Kalau ada apa-apa pertanyaan, sila hubungi saya, atau post jer kat sini…adios.
13 comments:
Perghhh... dasat.. perancangan yg amat teratur. Padat dengan segala info. Tima kasih byk2 utk Nath dan kawan2 yg mengaturkan gathering kita ni. FYI, Kak Yuhiza belum lagi bagi kata putus samada nak gi ke tak. Junana mungkin tak boleh pegi sebab husband ada hal.
Yang lain2 mcm Rohaida, Fida, Rosma, Kak Pah, Ziana, Yoke Mooi, Peng Peng, Teoh, Jah Chin, Foo Kwai Mooi dan Lee Yin Fuan takde sapa2 yg contact dorang ke?
Wow berita yg ditunggu2 telah tiba. Ari2 klinda buka blog ni, nak tau citer terbaru Gathering kita. Mekacih pd kwn2 yg "gorgonize" event kita ni.
klinda dah contact K.Pah, dia takleh attend. Ika rasanya akan join kita cuma hotel tu tak pasti. call dia tadi tapi x berjwb.
p/s: dok menghitung hari jer..hehe
member2 chinese ada bgtau raine supaya dia sebarkan pd mana2 yg masih keep in touch ngan dia lg.
kawan-kawan melayu yg lain semua contacted. tak de yg tertinggal. yg tak listed kat dlm blog semua yg tak pasti/tak datang. So, incase yg nak datang dan nak stay hotel yg sama ngan kita, please let me know. maybe kitorang boleh tolong arrangekan bilik...chau..
Silalah datang ramai ke majlis ini. Saya sponsor daging untuk bbq. daging aje tau. ayam x de sebab saya bukan toke ayam.
encik mat lan
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Notebook, I hope you enjoy. The address is http://notebooks-brasil.blogspot.com. A hug.
hahaha...tokey daging dah kata nak sponser daging tu. Ha.. sapa nak rasa keenakannya, kena lah datang gathering ni ek.
To En. Matzlan, tq so much yer...Dengan besar hati saya menjemput En. sekeluarga ke dinner gathering nanti yer..
En, bela la ayam juga, next time boleh sponser ayam pula... hahaha ni yg boleh guna pepatah ni, dah bagi kaki, nak paha pula. kekekeek
yum..yumm.. tak sabar nak makan steak...hihi
Assalamaulaikum
Nath dan member2 yg lain2nya
Seronoknya bukak blog pagi ni ada citer pasal gathering kita Mei ni.Aku baru naik kerja MC dr 15 sampai 19, arini baru naik kerja-sakit mata U, nanti bila tiba masanya nak kena bank-in duit bagitau ya no acc. Bukan aku jer yg tak sabor, laki dan anak aku pun tak sabor sama, ari Ahad baru ni laki aku siap pesan siang2, sebelum g kita kena service keta dulu. Aku hapy bukan apa, setidak2 tau gak yg dia org pun tak sabar nak ikut serta program kita.....bestnya, anak aku lak asyik tanya....umi kita nak g kelantan bila.....lambatnya....tak sabor2 nampaknya....tak kira lah dia salah sebut kelantan ker kuantan ker, yg penting ada org support bila aku dpt chance nak bercanda ngan kawan2 yg dah agak lama aku tak jumpa tu.....seronoknya........Kak T
"saya bukan toke ayam"..tagline yg menarik dr E. Matzlan...hehehe
Kalah tagline bebudak AF.
okey kengkwn jom serbu Kuantan. Daging bbq sedang menanti kita semua...hehe.
Wah wah wah...kawan kawan aku!!!Semuanya dah berangan pangan!Aku kena settingkan betul betul ni! Kalau tak Debush!!!Debash!!!Eeee risau aku kalau ada yang tak puas ati nanti...Tapi korang kan rock...jangan mare ye kalau ada yg tak puas ati nanti...Aku try the best!
Aku pun tak sabo ni nak jumpa korang...sronok dapat berendam ramai ramai ni.Jgn lupa bawak kain batik!!!
Tq tuk nath sebab banyak bersusah payah memikir nak wat benda ni...
En Mat Zlan nak sponsor daging yek? Jangan lupa perap sekali ye..hehehheh.Bukan apa...anak anak buah encik ni bukan reti nak potong daging tu...biasa potong daging kat kedai MAMAK or RESTOREN je....Tq Encik!!!
weii lyn,
ada lagi ka org mandi laut pakai kain batik. kang ombak dtg, org ke mana, kain ke mana..kes under 18SX lak...wakakakk
TQ utk Lyn dan Nath.
Kmi semua terima apa adanya. Dah besar rahmat sbb korang buat keja rela hati. Nanti kmi dgn rela hati juga bayor duit hotel n BBq...hehe
Bab perap memerap ni yang saya amat tak tau. Saya bagi daging gred A++ and u all fikir rempah ratus untuk memerap. Saya minta maaf banyak2. Nanti saya dah jadi toke rempah ratus baru saya tolong perapkan. Tengoklah nanti saya cari minah indon @ siam kat mana untuk ajar ajar saya kerja2 memrap ni. bye2
En Matlan
hehehee.. kelakar tul korang ni ek..apa pun terimakasih bebanyak pd lin yg banyak bersusah payah jalankan kerja semua. Aku tukang pk jer, yg buat keje sampai berpeluh2 tu lin. hehehehe..
Yg sudi sponser menyonser tu, terimakasih banyak2 jugak yer...moga terus dimurahkan rezeki dan dapat pahala berkati-kati.
Nak cari minah indon @ siam utk ajar keje2 memerap? Mendalam sungguh ayat tu.
Post a Comment