Tuesday, February 12, 2008

Agenda Reunion 2008

Sehingga hari ni, aku dah calling calling tanya siapa boleh attend event kita nih.
so far, ni kawan-kawan yg sukahati nak attend:
-aku (nama aku mesti atas sbb aku sendiri yg tahu. hehehehe giler..)
-nana (tabik ler kat laki ko yg sporting tu!)
-lin (ko tak bleh bagi alasan tak datang ek...)
-marina (ko nak branak lambat lg kan? sempat ler kitorang tengok perut ko tu)hahaha
-k.eta (sambil reunion boleh balik kampung kan..kan..)
-k.linda (suker la tu dpt jumpa lin..)
-k. atie (boleh kenalkan hubby..hehehe )
-marinah (jeng..jeng..jeng..)
-zury (bawak baby baru & si along tau)

yang lain tak tau lagi. aku dah mintak tolong marina contact diorang. Lin, ko tolong ajak si Rosma ngan Liza yer, kat kuantan jer kan..

OK. Apa acara yg kita nak adakan pada reunion kita kali ni? BBQ dinner? sukaneka? sesi suaikenal? main bowling? melawat Polisas? Picnic kat TC? tukar-tukar hadiah?

Aku target event ni 3H2M. Wajib pun 2H1M la. hari ke 3 tu terpulang...Tempat sedang diuruskan. Kemungkinan apartment atau hotel. Kami akan usahakan hotel yg sekurang-kurangnya ada bintang timur. Senang kata, yg mampu semua nak bayar la kan.. bukan semua kawan kita kocek tebal. Nak yg lima bintang, aku awal2 ckp tak mampu. hehehe...Tp kalau ada yg nak buat amal jariah tolong bayarkan hotel 5 bintang apa salahnya ek. Amal sebegitu mmg dialu-alukan. hehehehehe

Salah satu agenda yg aku nak cadangkan untuk kita buat kutipan bulanan/tahunan. at least by the time kita nak buat reunion next time, kita tak perlu kutip duit dah. Setuju tak? itu nanti sesama kita bincangkan ek.

Lagi satu agenda untuk memeriahkan reunion kali ni aku cadangkan kita buat tukar2 hadiah. Hadiah tu kita beli ler sebelum datang Kuantan. Budget jer hadiah tu RM10.00. nanti kita tukar2 ler mcm slalu buat end year party kat ofis tu.
Sapa setuju?


Lain-lain agenda?

14 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Nath

Cek setuju sgt ngan cadangan pasal Hotel, kutipan bulanan dan tukar2 hadiah tu. Bayangkan klu sorang contribute RM10 sebulan (ni pun amt.yg paling ciputlah kan) , setahun jer kita dah dpt kumpul RM1200 dr seorang, bayangkan klu satu class yg turut serta, wah meriah next time punyer reunion, sbb kita dah ada duit tabung sendiri. Klu begitu.....dialu-alukan sgtlah PN EDITOR ku syg....

Anonymous said...

Nath

Alamak, cek terlalu ghairah sampai kira pun salah, maap ya kengkawan....pembetulan RM120 instead of RM1200....Tp klu pun RM120 X 10 org=RM1200.00 setahun. Takkan kita nak wat reunion tiap2 tahun. Paling tidak 2 thn sekali ker....masa tu kita dah ada dlm 2400.00. Tu pun klu thn ke2 betul2 kita boleh wat reunion klu tak, duit tu simpanlah smpi thn berikutnya.....wow makin byk ler.....Boleh sesangatlah rasanya.

Anita said...

stuzzzzzzuuu... kutip jgn tak kutip. Alaa.. kautim terus ngan hotel tu wat bbq ke atau majlis yg bersesuaian.

kita dah ada satu hadiah... nasib la saper yg dpt, dari Bangkok lagggikk tau hehe

Anonymous said...

wahh..k.Tee ngan idea financenya. baguih..baguih..cek sokong semua cadangan Nath n k.Tee.
Hotel (Jula-Juli bintang 3), tukor hadiah RM10. aturcara kat tepi pantai best jugak, rasanya lgi meriah (bbq, picnic, sukaneka). pd pendpt klinda, kalu main bowling tu kita kurang sikit pergaulannya sbb masing2 dok kat lane memasing utk pastikan bola tak masuk longkang...hehe. tu pendptku saja. kena tanya pemain Pro si LYN. (suker dpt jumpa Lyn, dah lama tul)
Agenda utama jumpa Pensyarah kat Poly, takpun ajak diorang join sekali kat sukaneka kita.

Anonymous said...

acara jumpa pengarah tu penting tu. tp kali ni kita cuba usahakan untuk jumpa semua pensyarah yang mengajar kita baik yg masih berkhidmat @ dah bersara. amacam? setuju tak? kalau korang setuju, yg ni kena bg pd lin gak ler..tu la lin, ko nak sngat dok kat poli tu. kan dah banyak t/jwb aku bg kat ko jer...kekekekkeke

k. atie...hehehe nasib baik akak cepat sedaq kesilapan pengiraan tu. dibuatnya tak sedaq, mau kena cantas giler2 ngan cek nih...hahahahha

lagi..lagi..ada lagi yg nak menyokong? ada lagi yg nak mencadang? ada yg nak cadang cadangan ditutup? hahahahaha sapa cadang yg tu awai2 mcm ni, mmg nak kena ngan aku nih.

apsal aku brutal pg2 ni ek?..hahaha

Anonymous said...

Last reunion thn 2003 pun aku bawa perut dan sarat ngandung.. Reunion tahun ni pun aku bawa perut gak tapi taklah sarat sgt... Korang ni memang tak nak bagi chance aku nak huha huha kot. Dengki lah korang ni. Kesian kat aku.

Anonymous said...

sapa la nak dengki kat tu meena oiii... sendiri suker-suker buat, sendiri la tanggung...hahahahha
tp ko tu mengandung ke tak mengandung ker mmg huhahuha jugak..hehe

Anonymous said...

Assalammualaikum,
Kelmarin aku terserempak ngan En MatZlan kat Poli,n aku dah maklum kat dia yg kita cadangkan nak wat reunion bln 5 ni. Dia pun excited jugak nak jumpa kita tau...dia kata nanti bagi tau dia tarikhnya.
So kita akan usahakan supaya reunion kita akan termakbur. Doa ye kawan kawan kepada Allah.

Lin Ktn

Anonymous said...

Dengki apa ker pulak Meina..ko nanti acara lain bole masuk tapi acara sukaneka dinasihatkan tarik diri yer...kang terberanak lak..hehe

Respon yg baguih dr En. Matzlan. tima kasih Lyn.

Anonymous said...

Time aku tak ngandung 4 thn yg sebelum2 ni takde lak sapa2 nak buat reunion... mesti nak tunggu time aku ngandung baru nak buat. Bila dah ngandung, aktiviti aku terbatas... boleh tengok jerlah korang main. Ish... tak semangatlah!

Anonymous said...

Lin, dulu En. Mat Zlan kata kalau kita jadi buat reunion kat Kuantan, dia nak tumbang sekor lembu. Dpd lembu lebih baik kambing.. hehehe.. bukan sokmo makan kambing kan kan kan.

eycha tan said...

alaaa marina...plan nak buat reunion ni memang pun dah dibuat sebelum kita semua tau ko mengandung...so tak ada kena mengena dgn ko mengandung ke tak...ko jgn la kecik hati ke, merajuk ke ok..yg penting ko turut serta...kalau ko tak leh join aktiviti, ko tgk kita org sume dah le...kira join lah gak tuh....hehehehe

Anonymous said...

hehehehe.... aku sokong echa... betul marina... kalau ko tak dapat joint aktiviti kira tengok kira org buat aktiviti kira joint gak ler... apa2 pun aku lepas pantang kira kena gak kut joint ko tengok org buat aktiviti... hehehehehe.... tak apa ler yang penting bagi zury hadir untuk memeriahkan lagi majlis.....

Anonymous said...

go zury go. go marina go. go kengkawan go. suka bakar semangat kawan-kawan aku ni.

HIDUP DSK9395!