Thursday, January 3, 2008

Anak aku hilang kat sekolah..

Hantu betul... menggelabah beruk aku hari ni sebab ingatkan dah jadi macam kes Nurin tu.. Berpeluh-peluh aku ngan kasut tumit tingginya naik turun tangga sekolah tu mencari dia.. ngan Guru Besar sekolah pun tlg cari gak..

Kira-kiranya 1 jam gak lah mencari si Atikah Lyana ni.. dia dah masuk darjah 2 this year... oleh kerana ketidakperihatinan aku maka aku tak tau darjah 2 tu sekolah petang. Pagi2 tadi adik ipar aku tlg htr dia gi sekolah... sebab nak tlg bayarkan yuran... tup tup... bila dgr jer bunyi loceng dia lari terus masuk perhimpunan.. last2 adik ipar aku call kata Atikah dah hilang. Puas mencari satu sekolah, belakang sekolah, tepi sekolah, dlm tandas sekolah, atas bumbung sekolah jer aku tak sempat cari lagi...

Rupa-rupanya jumpa dia kat dalam kelas 1B. Tu pun aku dah habis ikhtiar dah mencari.. last try lah tu kiranya.. ternampak dia dok terlindung dengan tiang sedang mengaler dgn selambanya... Aku pun buat muka bodoh masuk kelas tu panggil dia dan bgtau cikgu kelas kata anak saya ni dah darjah 2, patutnya sekolah petang ni.. silap haribulan. hehehehe...

Lepas jumpa dia aku bawa dia gi jumpa Guru Besar nak bgtau kata dah jumpa. Guru Besar kata saya dah masuk kelas 1B tadi buat announcement ada tak murid tahun 2 sesat di sini tapi takde sapa yang jawab. Apa nak jadi lah ngan anak aku ni... kalau tak tentu dah settle masalah.

So moral of the story kat sini... "Ambik cuti htr anak gi sekolah masa hari pertama".

p/s: Peluh sih... penat pun tak habis lagi ni.

14 comments:

Anonymous said...

Wehhh....
Aku pun risau giler Meana! Mak, adik aku pun naik risau! Mujur ler anak ko tu ingat dia still darjah 1.
Cammanapun, alhamdulillah semua selamat sekarang.

Atikah....kamu dah darjah 2 sekarang...

Anonymous said...

KLinda dpt citer tergempar ni dr Lyn. Terkejut jugak bila dpt tau, mujur la si Tikah selamat.
Ini merupakan mengajaran berguna utk semua ibubapa. Geng-geng opismate klinda kata Tikah cerdik sbb dia tak merayau ke tmpt lain but stay kat class 1B dia...hehe..u r one lucky girl.

Anonymous said...

Cerdik kata acik Linda???? Kalau dia cerdik dah tentu dia tak masuk kelas 1B. Lepas aku jumpa dia tu, aku bgtaulah Guru Besar dia, Guru Besar dia kata "Lar... saya dah masuk kelas 1B buat announcement tanya ada tak murid tahun 2 sesat disini.. tapi takde sapa pun yg jawab". Bila aku tanya Atikah nape tak jawab.. dia kata "manalah akak tau". Memang hampeh tul..

Anonymous said...

Acik Linda kata cerdik sbb dia tak merayau keluar dr kwsn skolah sbb nak balik umah or carik adik ipar hg. Lagi bahaya...
Dia tk jwb masa guru besar tanya tu maybe dia ingat yg dia masih Tahun 1 kut. Pemikiran depa masih bebudak ler.
Apa2 pung yg penting slmat.

harhtan said...

Aku tumpang simpati kat ko. Alhamdulillah jumpa. Malaikat jaga anak ko tu. Budak-budak mcm tu ler bila dah masuk compaun sekolah, mak ayah kat belakang semua dia lupa. serupa ler anak aku tu...
Apa pun, alhamdulillah anak ko selamat. ko pun lega ya amat. Sesama ler kita ambil iktibar..

Anonymous said...

Ma acih... ma acih.. kerana simpati kat aku ni. hehehe.

mas said...

ahahaha... aku tak tau pun kes ni.... kelakar3..... anak ko tu mmg lembab... blur2.. apadaa... boleh tak tau yg dia dah masuk darjah dua.. dia tak perasan ke kawan2 dia dlm kelas tu semuanya tak sama? hehehe.. atikah..atikah... nasib baik si atikah, kalau si athirah aku tepon dia skang melaser kat dia blk... huhuhuhu.........

Anonymous said...

Mintak maaflah Cik Mas..ni nak bagitahu sikit..tak baik cakap anak org lembab...tak kiralah anak sendiri ke...anak sedara ke...anak kawan2 ke...even dgn adik beradik pun tak elok nak cakap macam tu. Sb kita ni kalau perempuan akan beranak jugak...sedangkan yang tua berakal pun tak reti diajar...inikan pula budak.

Mintak maap lah atas kekasaran bahasa saya. Jangan ambil hati, nasihat saya berhati2 bila berkata-kata, takut terkena kat muka sendiri. Maafkan saya.

Anonymous said...

Betul tu...namapun budak budak. Bukan tuwe bangke.
Tak sesuai sungguh bahasa yg Cik Mas Cili Api tu cakap...hehehhe

Anonymous said...

hehehe...panas....panas blog ni tetiba. sapakah gerangan anony2 ni ek..

Anonymous said...

Aku rasa aku tau sapa gerangan anyny tu... tapi si Mas tu adik aku yg mulut jahat tu. Aku tak kisah pun dia nak kata apa.. sebab anak aku pun suka melazerkan dia.. hehehehe. Adik beradik.. no hal beb. Kawan2 pun no hal gak.. well.. you know me.

Anonymous said...

hemm baru baca ari ni. siapa anony2 tu maena?

Anonymous said...

anony tu rasa2nya org jauh kot... tapi ntahlah.. aku guess jer..

Unknown said...

erkk??? saper plak yg nak sound tak kuar nama tu?
anyway, trima kasih ler nasihatkan org.. but at least kuarkan ler nama... baru ler ada rasa respect sket..