Wednesday, December 26, 2007

Hello...

Assalammualaikum,

Pekabo kekawan, sory lama doh tak kecek kat sini, tp ambo baco!


Takde idealah nak kecek gapo.


Weh nath, takpe yek aku tumpang blog ni



nak promote aku punya kotak...Hehehhe...nanti aku bayolah royalti kat ko!

New Pencil Holder & Photo Box Design



Last Saturday, aku ngan family badli (13 adik bradik Badli - 1 jg bini dlm pantang - 1 tak sihat) main boling...Booking 10 lane tu...wah...haru biru dibuatnya. Sronok giler...(anak aku cakap)Papa,DD & Tira pun join. They all rapat gok ngan family Badli.







Kak Nita nanti balik Kontan jgn lupa contact Lin, kita g yap seng kat kedai depan rumah Lin tu.

Ok geng, nanti aku anto lagi brita....

Cau Cin Cauuuuu AAAAAA

Wednesday, December 19, 2007

Angan-angan mat jenin

Semua bermula dari e-mail k.Linda pasal Putera Sultan Brunei ni..
Anak raja kita atau org besar-besar kita tak pernah nampak dokong
anak macam tu. Anak mau bagi pengasuh je jaga. Tapi yang ini dokong sambil
melawat,dokong sendiri pulak tu ..perlu di contohi. Sukalah tengok diorang
nih.....

ada la attachment gambar tu. tp malas aku nak letak.Lepas tu berlakulah balas-berbalas e-mail antara aku ngan klinda...

aku tulis..
betul tu.. mak aiii, handbag jade, gelang jade, fuh...tp pengiran tu mcm halim othman la pulak...kekeke

k.linda balas..
Ya ka handbag jade, tak perasan lak. Halim Othman...pandai ler nath, tak terpikior lak

aku reply lagi..
klin baca tak newspaper baru2 ni? citer pasal putera sultan brunei hadiahkan cincin berlian 20juta++/satu kepada artis2 hollywood yg dia rapat. mak aii beli cincin mcm beli cincin tikam jer. mmg tak de mende dah nak pk apa nak buat dengan duit la tu. entah2 tilam ngan bantal dia pun isi duit tak? kaya btul...

k.linda reply balik..
Wuuiii ya ka.. Awat cheq taktau pun, cheq pung artis Hollywood gak tapi bahagian
bancuh kopi...wakakakak
Klinda dah lama tak baca paper ler.. mmg sultan taktau nak buat apa
dgn duit dia, bagi la kat kita sorang sejuta pun jadi ler. Bole settle utang2 keliling pinggang wa tu


aku clik reply lg..
betui tu..kalau sultan tu mmg sultan yg pemurah, dia mesti derma kat
kita dah nooo...tp masalahnya, rakyat dia pun dia tak bantu mcm tu, tambah kita
yg rakyat jiran jer ni wakakakaka...kalaulah aku kaya mcm tu...kekeke


klinda reply balik..
Kalau ko kayo camtu, jgn lupa kat klinda dan 1 juta tu noooo

last reply dari aku..
wakakaka...gila la tu nak bagi org duit senang2...kekeekeke
kalau cek kaya, cek nak jadi 'along' kat kengkawan. riba 200% ssehari.
(tu sbb tuhan tak bagi kaya tu wakakaka)


hahahaha tu lah angan-angan mat jenin namanya...tp kalau aku kaya...aku kata: kalau. Kalau aku kaya, aku tolong kengkawan...stakat mintak tolong sattlekan hutang cr card tu, apa ler hal sangat... tu pun kalau kaya mcm Sultan Brunei ler...kakakaka

Aidil Adha 1428


Assalamualaikum..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1428 Hijrah.
Semoga kita semua diberkati oleh Allah.
Kpd yang buat Qurban tahun ni, asahlah parang, kapak dan pisau dari skrg...hehe
Kalu ada yang drive balik kampung, drive safely.
Kalu ada yang sambut raya dlm banjir...tabahkan hati nooo.

Klinda dan family
Balik Pulau, Penang

Tuesday, December 18, 2007

Tolong advice aku..

Baru-baru ni aku nampak UiTM ada kerja kosong. aku ingat nak pohon. Apa pendapat korang?
Kenapa aku nak mohon? Sebab utama adalah sbb Uitm sebelah rumah aku jer, penat ler keje jauh-jauh ni, buang masa atas jalan jer. jem plak tu hari-hari. Peh tu aku ingat nak cuba mintak gred yg lebih tinggi skit. Gred tinggi, starting pun tinggi kekeke..dan...aku masih pasang angan-angan untuk sambung study, at least kat situ, kalau nak buat outcampus, aku sempat lagi nak ke class. Jalan kaki jer lepas kerja.
Tp aku muskil. takut yg dikendung berciciran yg dikejar tak dapat. Mana lah tahu management Uitm tak sebagus tempat sekarang ..aku tak tahu enviroment kat situ mcm mana pulak. kena dok jabatan apa nanti, kalau mcm kat tempat sekarang pusat IT, bagus lah, serba serbi ada. (tu yg aku dok pulun tengok citer korea online jer tu).
Kalau aku dpt post yg lebih tinggi, sure leasure yg aku kecapi sekarang dah tak de lagi. Dah tak sempat nak berposting, berchating, dah tak boleh nak huha huha lagi, dah tak boleh nak jalankan aktiviti hobi aku (menjahit time keje la tu..) dah tak boleh nak rehat-rehat lagi dah.
So, apa pendapat korang? Tempat sekarang better atau Uitm better? Kalau korang mana satu korang pilih?
note:
Mintak tolong korang jgn tulis nama tempat aku keje sekarang ek. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan yg mungkin timbul. aku ni kan pelarian...fugitive ler katakan....muahahahaha
-posted by Nath ler..maleh nak tukar id

Hari ni aku rasa nak berposting lah..

Huarrghhhhhh... ngantuknya keje gomen ni. Kalau ada meeting maka adalah keje aku tapi kalau takde meeting maka takdelah keje aku.. pastu tmpt duduk aku line tak brapa clear.. ada jer yg jeng jeng tgk monitor pc aku.. tu yg tak siok tu. Blog plak cuma leh buka dari kul 12 sampai 2 jer.

Keje aku ni jadi steno jer.. jaga meeting dan prepare minutes.. punyalah boring tahap ayam berak kapur. Time best adalah waktu makan pagi kul 9 dan lunch. Hari Jumaat lagi best.. boleh jalan-jalan window shopping.. lama lak tu. Duduk sini aku jadi suka makan.. asik mengunyah jer mulut aku.. Rasa-rasanya ada chance nak gemuk ni.. takdelah org perli aku mcm tiang lampu dah pasni. (Aku tak ampun dosa korang baru tau..hehehe).

Pastu bila dah keje gomen maka byklah org2 yg menjual dan aku salah sorang pembelinya.. habislah duit aku.. mcm2 brg org jual.. tak beli kesian kat dorang.. tapi bila dah beli kesian kat aku. Aku pun tak paham ngan diri aku ni.

Paling seronok adalah ngan member2 jer.. aku member ngan budak2 muda jer. Alah.. yg lebih kurang baya-baya aku jer.. umur cam 20 dan 24.. hehehe (ni mesti ada org tak sabar nak kutuk aku ni). Dengan dorang ni boleh gak cakap merapu-rapu dan layan kotor sikit.

Skrg ni dah kul 12:40pm, mata aku asik tgk jam jer.. tunggu time lunch dan time balik.. Lagi 20 minit nak lunch so aku nak berenti lah kat sini dulu. Nak gi toilet jap siap2 pakai lipstik dan wiwi dan lain2 lah yg seumpama dengannya. hehehe..

Adios sahabat-sahabatku.. Muahhhhh.

Friday, December 14, 2007

Hujan oh hujan...

Kalau cakap pasal hujan, banyak lagu yang berkaitan dengan hujan kan..

Lagu Sudirman - HUJAN

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi…

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi…


Lagu kanak-kanak...
rain-rain go away..
come again another day..
little johny want to play..

takat tu jer yg aku tau..hehe. Lagu rakyat dlm Bangau oh bangau pun pun ada.
Hujan oh hujan kenapa engkau turun
macam mana aku tak turun
katak panggil aku..
katak panggil aku!


binatang yg sinonim dengan hujan: Katak. OnG oNg gedek gedek.. mesti tanda nak hujan.

Tapi hujan yg aku nak cerita kat sini ni bukan pasal lagu-lagu hujan. atau cerita katak mati kena gelek dlm hujan.

Tp yg aku risau adalah: Apa khabar agaknya kawan-kawan aku, lecture-lecture aku(malas nak guna lectures..)kat pantai timur tu?

Rumah mek, liza, kak ita, lin tenggelam ke tak? Rumah En. Matzlan? Lembu-lembu cik selamat? kalau LPT pun boleh tenggelam, tak kan rumah depa tak tenggelam ek? Entah-entah lin tengah buat demo buat kotak kat pusat pemindahan tak? maap yer lin, aku buat joke lak masa critikal mcm ni ek.. Kadang-kadang, bila time mcm ni, usik mengusik ni penawar duka. Dari muka moncong mikirkan sofa baru terapung dlm air, keta baru dah nampak bumbung jer, barang nak raya dah hanyut sekali. Apa lagi boleh buat selain senyum je lah mikirkan semua tu kan. Nak tolong, dah jauh. Aku cuma boleh tolong doakan keselamatan korang je..moga-moga rumah korang tak di kawasan banjir. Moga-moga hujan cepatlah brenti.

Apa-apapun, untuk kengkawan dan mereka yang berada di pantai timur, johor dan kawasan-kawasan yg sewaktu dengan musim hujan ni, jaga keselamatan korang yer.. jaga anak jgn kasi main longkang/parit/sungai.

Aku risau tau..

Wednesday, December 12, 2007

December datang lagi...

Tiap kali december, aku akan makan banyak kek. bukan sebab ada banyak duit nak beli kek hari-hari, tp sbb terpaksa beli. Besday aku, anak sulung dan suami sambut dlm bulan ni. Ni gambar kek besday aku baru-baru ni....

peh tu isnin ari tu aku ambik cuti bawa anak jenjalan. ingat nak p waterfall. Sbb cik abe aku malas nak drive jauh-jauh, dia antar aku ngan anak-anak kat Wet World jer. Mana-mana jer la labuuuu..janji ada air, anak2 aku suka brendam.
ni kat aquarium yg terletak bersebelahan dengan Wet World tu. tak banyak jenis ikan, tp boleh ler untuk pembelajaran budak-budak sekolah ni.
ingat org jer yg ada kembar siam, ikan pun ada kembar jugak.
garang tak ikan ni? garang mcm aku...

Wednesday, December 5, 2007

Yuhuuu wa bertukarrr

Sepertimana yg semua kurang maklum hehehe...
saya akan bertukar ke kementerian lain mulai Isnin 10 Disember 2007.

Saya dah tak boleh skodeng Pak Lah dahhh
lepas ni saya nak skodeng Pak Sy. Amid laaa pulokkkk

Mungkin saya tidak akan berposing.... ehhh silap! berposting untuk beberapa ketika kerana yelahhhh bertukor rumah laa katakan... tatau lagi umah baru tu cam nerrr....

Harap semua mendoakan kesejahteraan dalam karier yg saya pilih ini... saya sanggup mengetepikan 'kekananan' saya... juga ke'pegawai'an demi cinta ni cehhh (mcm yerrr jer bercinta)

Apapun ini yg saya pilih, ini yg saya hendak... dan inilah yg saya akan belajar menyesuaikan diri untuk meneruskan kerjaya.

Ni adalah cita-cita saya yg terakhir telah saya capai.... so saya akan listkan cita-cita baru selepas ini (korang dijemput untuk turut serta mencadangkan cita-cita tersebut ahaaaakkss)

Jadi... jika saya tidak muncul... bukan kerana saya tak mo... tp kerana keadaan mungkin tidak mengijinkan yer ibuk-ibuk dan bapak-bapak sekalian...

Doakan saya... dunia dan akhirat... saya harap saya tidak memilih jalan yg salah.....

Birthday Puan Editor 5 Dis 2007


Assalamualaikum geng...

Penggumuman penting...Ari ni Besday Pn Editor kita Nath.

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rejeki dan diberkati Allah selalu.

Happy Birthday Nath
LOVE U,
Klinda

Tuesday, December 4, 2007

NAK 767

Td tengahari time balik umah... ada satu lorong tutup... lorong kanan, pastu ada laaa sejibik keta ni cuba nak masuk... saya tak kasi laaa masuk... kot ye pun nak masuk... bagik arr signal... baru saya kasi masuk... haaaaaa nak masuk umah org... bagik la salam.. tul tak?

Peh tu.. dia wat cubaan lagik... dia ke depan sket dan dapat laaa masuk lane kiri tu..... peh tu saya mcm terkesima kejab... cewaaahh ayat!... saya mcm biaser jer tgk no keta ni.. tp di mana ya?

ermmmm tetiber saya teringat... keta ni satu masa dulu milik sebuah proton wira kot kalau tak silap warna biru.... ermm skrang keta ni dah ubah kalerr jadik keta import warna silver metalic...

bila saya cam jerrkk keta tu... ingat nak honk!... tp tak jadik..
1. sebab dia tak kenal saya
2. saya takut dia sakit jantung kerana tokojut
3. sebab dia pakai spek itam... mcm kontrol macho gitewww
4. er er er... apa lagik ek....

cuber teka keta saper yg saya jumpa.... soklan ini ditujukan kepada mereka-mereka yg ingatannya sihat dan waras sahaja.... pada yg kurang ingatan... tak yah arrr jawab... tp kalau nak nyebok... wokey jer.

Sori laaa ari ni saya terlebih ober la plak wat posting... gasak laaa kan kan kan .... saper suruh baca .......... haaaaaaaa

Citer time balik laaa plak

Time pergi dah citer... time balik nyer citer la plak kan...

time balik tu.. saya sms member opis tanya laluan balik... sebab laluan pergi tu pakai redah jer.. so laluan balik pun pakai redah laa juga kan...

dia jwb sms saya..... "kalau tau ikut jalan pergi, kalau tak tau ikut jalan KL"...... haaaaaa amik engko hehehe...

Sebab saya bebetul tak tahu jalan arah datang, saya pun ckp ngan Zuri saya jalan dulu dan nak ikut KL sebab alkisah takut salah masuk jalan... dah ler masa tu malam (9.40mlm) dan jalan agak licin.....

Memula tu saya dah salah masuk jalan... tp sket jer.. dlm 200 meter kot, peh tu saya wat u-turn... pas tu nampak sign board Lebuhraya Persekutuan/KL...... apa lagik... gamble jer laaa

Peh dah amik jalan tu... tetiber nampak susur ke kiri tulis Johor Bahru (highway)... ermmm saya pun rasa mcm nak amik jer jalan tu... sebab ianya menuju ke selatan...

Peh dah amik susur tu.... pastu terus je nampak signboard Cyberjaya/Putrajaya... Alhamdulillah, perkiraan saya tepat... tapiiiiiiiii

hati kecil saya ni berdebar... sebab saya pasti jalan tu sunyi sket... eh bukan sket.. tp teramat sesangat sunyinya... jd saya risau.. bukan takut antu... tp takut manusia yang ada tandukkk muahahahaha....

Jadi saya tawakal ajelah.... sebab perjalanan itu amik masa 30 minit jer.... kalau saya ikut KL... tatau arrr jam berapa sampai umah.

Bila dah sampai umah... saya sms Marina untuk maklum yg saya dah pun sampai... at least sorang kena tau laa yg saya selamat... haaaaa bukan aper, sebab saya sorang so tetau jelah kan kan kan....

Kalau ada boipren tu.. leh gak lapor diri beritahu selamat... dah tak derr boipren so kita contact laa gepren .....

wokeyyy... adios amigos.. yepa yepa hungreeeeey