Wednesday, April 30, 2008

Mari belajar matematik..

Kepada yg telah bank in kpd Lin, dia ucapkan terima kasih banyak-banyak. Oh ya, dia terima RM250 hari ni, tp tak tahu dari siapa. Sesiapa yg dah bank in amount ni, tolong tepon dia ek..

Lin, kalau tak de yg mengaku, ko anggap je tu sebagai upah ko keje keras..ada ler hamba Allah nak buat amal jariah tu..kekekeke

Bagi kengkawan yang tak menginap di resort, tp akan join untuk dinner bersama, tolong bank-inkan juga yer. Cara kiranya adalah seperti berikut:

berapa yg hadir(dewasa sahaja, anak2 bawah 12 thn free) x RM35 = jumlah perlu bayar.

Datang, jgn tak datang sebab ada buah tangan special untuk semua. Kalau tak datang rugi tau!

Untuk acara picnic pagi ahad tu, aku rasa nak buat 1@2 program sukaneka untuk anak2 ler..apa kata korang?

Ha... lg satu, jangan lupa untuk sediakan hadiah untuk program tukar2 hadiah kita ek. rasanya kita buat cabutan hadiah tu masa dinner mlm tu. Atau korang nak masa picnic? Budjet hadiah tu RM10.00 jer. lebih mahal? sangat di alu-alukan...hehehe..

Ada cadangan lain? suarakan..moga-moga program kita makin meriah!

Monday, April 21, 2008

Gathering DSK93/95 2008

Terlebih dahulu Nath bagi pihak kawan-kawan semua ingin mengucapkan TAKZIAH kepada Nana & Shanaz sekeluarga diatas pemergian ayah mertuanya tanggal 12/4/2008 yang lalu. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada arwah. Al-Fatihah...

OK. back to our gathering. Disenaraikan secara ringkas agenda gathering dan kos yang terlibat pada hari tersebut.

Agenda gathering-
SABTU (17/5/2008 )
2-5pm - ketibaan dan check-in Black Stone Resort
5-6pm - mesyuarat ringkas DSK93/95
8-11pm- Dinner/BBQ

AHAD (18/5/2008)
7-10am- breakfast/picnic di pantai
12-2pm- check-out



Kos penginapan mengikut bilik yg telah disahkan terdahulu:
1) Chalet RM160/nite
2) Bilik Deluxe RM130/nite
3) Bilik Family RM220/nite


Dinner/BBQ + breakfast: RM35/head.

Member yang kompem akan hadir:
LINDA
MARINA
MARINAH
MARIATI
NATHRAH
NORHAZANAH
ANITA
ZURI
ZULAIKHA
ROSLIZA
ROSMAWATI
ADLIN


Oleh itu kawan-kawan, untuk melancarkan lagi program kita ini, sila ambil tindakan-tindakan seperti berikut:
1- Sila emailkan saya nama & umur ahli-ahli keluarga anda ke jelitaz@yahoo.com;
2- sila bank-in RM200**kepada Nor Addlin Zainal Abidin di CIMB akaun no: 06120031290527 sebelum 30 April 2008.

**sebarang kekurangan/kelebihan bayaran anda akan diberitahu disana kelak.

Untuk pengetahuan anda, Lin telah menggunakan dananya sendiri untuk booking penginapan kita. Jadi..cepat-cepatlah bank-in kat dia semula..kesian kawan...kering kontang poket bulan nie...hehehehe. TQ Lin..Sayang ko! :*

SUKA + DUKA

Asslamualaikum...semua kawan2..

Aku memang gembira dengor kabor Reunion yang hampir menjadi nyata tuh.. aku ngan family aku memang excited tul nak pergi...especially my husband..

Tapi dengan takdir tuhan pada 12/04/2008 yang lalu kami terima berita sedih. Pak mentua aku meninggal mengejut.. tak de sakit apa2... sihat walafiat sebab minggu sebelumnya dia ada datang KL jenguk cucu2 dia. Dia memang happy sangat..pas tu aku pun kesian sebab dia dtg KL kitorang tak dapat layan dia sangat memandangkan kami sibuk kerja.

Tup..tup pagi Sabtu tu..mak aku call kt dia tak sedar diri masa bangun dari tido..dia rebah kat riba mak aku and.......sob sob sob....

Lepas tu laa..aku rasa terkilan sangat tak layan dia dengan elok masa dia datang sini. Kalau aku tau nak jadi macam ni sure aku tak bagi dia balik kg hari tu...Kami semua masih dalam keadaan terperanjat. Lagi2 anak2 aku..diorang still kata atuk pergi vacation jauh belum balik lagi..kl time makan tu..kt dia nak tunggu atuk duduk makan dulu...

Kemarin masa aku masih cuti kat kg aku dapat pergi kubur dia hari2 sebab kubur tu dekat sangat ngan rumah, pagi-pagi jalan kaki jee..tapi sekarang...aku dah jauh sangat kat sini. Cuma kami sekeluarga yang menanggung rindu aje..

Aku lagi tak tahan tengok mak aku..sekarang dia ada kat kg sorang2, nak makan terpaksa pujuk. Aku dah pujuk duduk kat rumah aku je..tapi memandangkan baru lagi..so, better dia duduk kat rumah dulu sampai insyallah 40 hari nanti...

Sekarang ni hati aku berbelah bagi nak pegi reunion atau tak dalam keadaan ini...memandangkan waktu reunion nanti belum sampai pun 40 hari pemergian arwah.

So kawan2... aku perlukan nasihat dan pandangan kawan2 ye..apa yang patut aku buat...sebab aku tak mau kawan2 kecik hati dan aku tak mau mak aku pulak terasa hati...

Please....

Thursday, April 17, 2008

Gathering DSK93/95 2008

Korang perasan tak apa yg lain? Sikit jer kelainan tu.. ha..pandai pun... anak sapa la tu..
Yang lainnya hanyalah pada perkataan reunion. Saya tukarkan kepada GATHERING. Amacam ok tak? Bagi saya, gathering perkataan yang tepat bagi perjumpaan kita Mei nanti.

OK. Ni ada info terkini pasal gathering kita nanti. Sesiapa yang turut serta, terima kasih diucapkan. Penyertaan anda semua amat bermakna. Bagi yang tak dapat turut serta, diharap gathering akan datang dapatlah kiranya meluangkan masa bersama.

Baiklah, semua kami dah uruskan untuk gathering nanti. Penginapan, makanan dan aturcara. Basically tak de apa-apa program yang khusus pun. Kalau ada yg dulu terkeruh, boleh jernihkan semula. Kalau dulu ada tertawar, boleh dimaniskan semula. Kalau yg dah manis, kita kenang-kenang semula. Janji gathering nanti dpt mengeratkan lagi tali persahabatan kita semua.

T/hari sabtu kita check-in dan pada petangnya akan diadakan satu mesyuarat untuk semua. Mesyuarat ringkas untuk membincangkan halatuju (cewah..halatuju. mcm conduct EGM meeting pulak. Ahaks..). Mesyuarat ni nanti kita akan bincangkan apakah program-program yg boleh kita adakan akan datang.

Kemudian, pada malamnya, kita akan adakan BBQ dinner. Insyaallah... harap-harap tak hujan. Nampaknya pengantin baru kena ler bawa baju buruk untuk dicampak atas bumbung hotel tu. Petua hindar hujan. Hehehe...

Pagi keesokan harinya, Ahad, kita akan bercanda di tepi pantai. Makanan kami akan sediakan. Then, t/hari check-out.

Oh ya, memandangkan isnin tu public holiday, saya sekeluarga bercadang untuk stay 1 more night lagi. So, ada sesiapa nak join?

OK. Next bab money..money..money..!
Buat permulaan, kami akan collect RM200/family. Ini termasuk charge penginapan (ikut jenis bilik yang telah disahkan haritu) dan yang selebihnya untuk makanan. Tapi bagi member yang stay hotel lain, kami akan charge untuk makanan saja nanti. Charge untuk makan/kepala dewasa sahaja, anak-anak FOC.

Jika ada lebihan atau tambahan, kami akan collect di sana. OK? Nanti kami akan bgtau apa no acc untuk korang bank-inkan..

Secara ringkas gathering kita nanti saya akan publishkan di next posting. Kalau ada apa-apa pertanyaan, sila hubungi saya, atau post jer kat sini…adios.

Tuesday, April 8, 2008

ECHA BIRTHDAY




HAPPY BELATED BIRTHDAY

TO ECHA 1 APRIL 2008

Moga dirahmati Allah selalu.


p/s : sorry la terlewat 8 hari...hehe
Klinda Penang

Monday, April 7, 2008

Jadilah Wanita yg Paling B.A.H.A.G.I.A


Jadilah Wanita yang paling B.A.H.A.G.I.A....
Bahagia terlalu subjektif sebenarnya.... lingkungan bahagia itu luas ertinya, bergantung pada diri sendiri bagaimana bahagia itu ditafsirkan... Untuk semua saya mendoakan kebahagiaan, dari dulu, kini dan selamanya.... dunia dan akhirat.
Adios!

Tuesday, April 1, 2008

GILA KUASA ..............

Alhamdulillah dgn sekali lafas aku sah menjadi isteri kpd Harun Abd. Kadir.............
JOM MINUM...........

saat yg aku tunggu.............lega rasa dpt minum air..............panas giler aritu..........

outdoor kat tasek pasir gudang sebelah masjid jamek.............atas paksaan mak andam & camerawomen..........layan jerlah


GERAM TUL............MAKAN LAUK YG PALING DEKAT NGAN AKU JER.............RUGI2......

ANAK2KU ALIF FARHAN & FATIN ATIQAH

NGAN MAK AYAH,ADIK BERADIK, SEPUPU & MAKCIKKU

NGAN MAK & AYAHKU

GERAMNYA KEK KAT DEPAN NI ............PENGABISNYA DPT RASA SECUBIT YG ABG SUAPKAN, PASTU SEMUANYA LESAP............PIRANA RAMAI ARI TU.......HEHEHHE


OVER BETUILAH BILIK PUN NAK TUNJUK EK..........LAYAN

aaauuuuwww shy2 cat...............


layan jer lah kehendak camerawomen aku ni sok2 tak merasa lagi....................

sepatah kata eta.................melangkah dgn SELAMAT

MERAJUK JAP..........DUK JAUH2, MLM BAIK SEMULA.......HEHEHEHE


ALAMAK KAIN TERANGKAT LAK............SEPOIL TUL LAH


1st TIME CAMERAWOMEN SUH DUK ATAS KATIL .............MALU U, JANGAL RASANYA

SLPS BERSIAP UTK KE MASJID....................BERDEBAR2



Ceh wah ceh wah tajuk aku arini, macam ya ya or je ek. Mmg giler kuasa pun, sbbnya puas aku masukkan dlm satu folder & nak cuba paste tp tak leh, makanya upload satu persatulah jawabnya. Bukan apa semuanya sekadar memenuhi janji pd korang utk menempek gambo2 aku kat blok kita ni.

So, sudi2kanlah menengoknya ya.......................

Kak Mariati











Wednesday, March 26, 2008

Alumni POLISAS

Assalamualaikum.. sahabat2 yang disayangi,

Aku dapat email ni dari seorang member POLISAS yang aku sendiri pun taklah kenal sgt. Email dia adalah seperti di bawah... (tak taulah betul ke tak yer). Harap2 betullah tapi yang bestnyer tarikh dia tu kena lak ngan Reunion kita. Amacam?


Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,

Alumni politeknik sultan haji ahmad shah (POLISAS) yang baru ditubuhkan bercadang mengadakan majlis makan malam secara percuma untuk semua lepasan POLISAS. Majlis dijangka akan diadakan pada17 Mei 2008. Selaku wakil alumni POLISAS, saya ingin mendapatkan maklumat NAMA PENUH, ALAMAT DAN NO. TELEFON semua lepasan POLISAS.

Harap disebarkan perkara ini kepada lepasan POLISAS yang lain. Emailkan kepada email sayaelfin_77@hotmail.com tentang maklumatberkaitan.

MOHD FADHIL ABDULLAH
Jabatan Perdagangan POLISAS

Nazar Bin Mohd Salleh
Juruteknik
Pejabat Canselori
07-4538385
nazar@uthm.edu.my


Sedikit Info pasal Alumni Polisas

Alumni polisas ditubuhkan apabila jabatan pendidikan teknikal berhasrat menubuhkan alumni politeknik seluruh malaysia. Namun, disebabkan pelbagai masalah untuk menubuhkan alumni politeknik semalaysia, maka alumni polisas ditubuhkan. Setakat ini, hanya PUO yang memiliki alumninya sendiri sedangkan politeknik lain tiada alumni yang sah dan berdaftar.

Pegawai alumni polisas telah dilantik secara sementara iaitu En Zamrin telah ditugaskan untuk menubuhkan AJK penaja alumni polisas bagi menggerakkan penubuhan alumni polisas. AJK penaja ini diketuai oleh En Hj Sharif iaitu Kaunselor Polisas dan pensyarah-pensyarah setiap jabatan yang mana pernah belajar di politeknik.

Oleh itu, diharap dengan adanya Jamuan makan malam alumni polisas ini maka penubuhan alumni polisas akan berjalan lancar. Sokongan daripada semua lepasan Polisas amatlah diharapkan.

Sunday, March 23, 2008

BABY EDRIANA


Assalamualaikum...


Hi.. semua... Sihat... Zury kat rumah nie alhamdulillah sihat. Kat sini Zury sertakan gambar baby zury RAJA NURAFIZAH EDRIANA BINTI RAJA HAZLIN. Masa gambar nie diambik lebih kurang 4 jam lepas lahir.
Oklah.. nie pun ada rezeki sebab dapat internet masa kat rumah adik tapi sekejab2 jerk... lain kali kalau ada masa Zury masuk lagi k....

Wednesday, March 19, 2008






Ni hau ma...





Assalammualaikum kawan-kawan,ni ha aku ada souvenir tuk korang...gambo gambo aku...hehehhe bukan tak nak beli..tp beg aku dah sendat wehhh...
Kat sana barang memang murah giler.Sapa sapa yg banyak meja tu...memang untung g sana,table cloth,table runner,tissue cover murah murah giler..sampai aku pun naik giler..
Bila balik Mesia ni, rasa rugi tak angkut semua tu...rasa cam beli banyak doh,tp tak cukup jugak!
Gelang jade n batu batan ni pun murah murah...tp aku tak minat (selamat duit laki aku) aku sibuk cari stationary...tp sebab sikit je org kepala cam aku ni...tak dapat lah aku cari! Ciss...aku kena g sogolah nampaknya!
Dok sana aku turunlah dlm 1 kilo kut..makan tak lalu langsung.Sekadar alas perut.Beza betul ngan chinese food kat sini.Aku rasa org cina Mesia pun tak lalu kut makan kat sana...hehehhe
Pembangunan...wahhhh fantastic! Seni betul! Tingkap diaorg pun senget benget! Classlah!
Great Wall...memang greatlah.Nak muntah aku panjat tangga...
Cuaca kat sana...tengah sejuk....kalau ari siang dlm 10-18c malam 4-9c.Tengah berdebu kat sana..kering...

Monday, March 17, 2008

DETIK BAHAGIA 08/03/2008




Semekum....

SORRY... SORRY...SORRY sebab dah lama tak masuk blog tapi sentiasa mengikuti tau...actually orang baru pindah keje..so takkan dah nak tunjuk belang pulak..sibuk pun memang sibuk...laa..

Buat semua kengkawan yang desperate sangat nak tengok gambo k.atie kat jinjang pelamin..... haa ni orang upload kan...guna orang punya kamera.. tengoklaa..tapi tak berapa nak clear laa..


Rugi woo tak datang...k.atie lawa sangat tau...tapi walaupun saya dah lama tak jumpa k.atie dan k.atie pun sibuk malu2 kat atas pelamin..dia masih kenal orang lagi..


Dari jauh lagi dia dah senyum kat orang walaupun orang kat celah-celah hadirin yang sibuk nak amik gambar dan nak salam ngan pengantin...


FYI k.Atie... walaupun saya orang Johor tapi sesat gakla.. nak gi umah k.atie tuu..tanya orang sampai 4 kali.lepas tu dah sampai tambak johor lak tu..


Lepas tu.. bila balik senang je rupanya nak cari umah k.Atie...Any way...SELAMAT BERBAHAGIA...haa best tak?...

Melangkahlah dengan selamat


Kak Tie & Suami.....

Melangkahlah dengan selamat
Di sampingnya, semoga hidupmu berkat

Melangkahkah dengan selamat
Semoga kehidupanmu penuh rahmat

Melangkahlah dengan selamat
Bersama berdua sehingga akhirat

Melangkahlah dengan selamat
Doa dari kami semua sebagai SAHABAT .........





Thursday, March 13, 2008

PRU vs Kenduri Kak Atie

hehehe...tak abis2 lagi bab PRU ngan majlis kak atie ni. Kalau PRU, BN sibuk buat postmoterm kehilangan 5 negeri serentak kepada pembangkang. Selangor sampai hari ni tak lantik MB baru lagi. Pakcik aku plak sejak parti sokongan dia menang, cakap dia makin gegak gempita. sampaikan jiran sebelah tak yah nak pekap telinga kat dinding lagi dah kalau nak tau apa2 cerita politik ni.

Kebetulan aku balik kampong pd hari mengundi smalam tu, aku bagi korang tengok betapa happeningnya perang poster kat kampong aku.





Ni bab kawin kak atie ni, pasaipa tadak sesapa nak upload gambar majlis bersejarah gilang gemilang ni? Kalau gambar dari pengantin sendiri, pengantin mesti tengah sibok honeymoon nih...pi honeymoon kat mana la tu...heheheh. Dengar kata ada surprise kat sana. apa dia tu? boleh cerita skit ka? atau nak kena tunggu reunion?

sori la noo, baru balik dari kampung asai usui la katakan... lorat tu tak boleh nak tune balik lagi. minggu depan mesti ok semula ni. hehehe

Thursday, March 6, 2008

Bayar hutang

Akhirnya, berakhir jugak kegersangan kat blog nie ek.... aku dok tengok hari-hari, tp tak de plak sesapa nak posting. Aku sendiri nak post pun tak sempat. Ye lah bab karang mengarang ni bukan boleh buat laju2. tak salah eja, salah ayat, salah perkataan. kang ada plak yg tersalah tafsir. ha.. tak pasai2 kena sound pulak. hehehe

Post terakhir yg aku tengok dari kak atie jemput makan nasi minyak dia hari mengundi nanti....Kak Atie, maap yer, tak dpt datang, kiter balik kampung. Hadiah kawin akak insyaallah hari reunion nanti.so, kalau nak hadiah yg special dari nath, dtg ler hari reunion ek.... amboih mcm umpan akak plak..ahaks..

Baru td buka blog nampak posting dari kak eta. tajuknya jgn pandang belakang? menoleh ke belakang? tak sempat nak baca betul-betul lagi sbb baru ada kesempatan nak berposting hal aku jugak. banyak yg aku hutang post kat korang nih. Maklumlah sibuk... dan kengkadang sesaja buat2 sibuk. hehehe

Oklah.. minggu lepas satu minggu yg paling sibuk untuk aku. anak aku yg sulung kena denggi. so ulang alik spital hari2. dah tu spital gomen, korang tau je lah brapa lama nak kena tunggu. tiap2 hari aku berkampung jer kat spital tu. mintak admitkan jer anak aku tu, tp doktor tak kasi plak. Kalau jd apa2 kat anak aku, mmg sah I sue you!...last saturday, anak aku kena cucuk sampai 4 tempat kat tangan dia semata2 tak kluar darah. dah la kena cucuk banyak, dikorek2nya pulak urat darah anak aku tu. sbb serik tengok anak aku kena cucuk mcm tu hari2, aku stop pegi spital, baru smalam aku f/up kat klinik panel jer untuk tahu blood count dia. Alhamdulillah... anak aku dah sihat dan blood count dia pun dah naik balik.

abis kes anak aku, sambung kes kakak ipar aku plak admited. aku ulang alik spital lagi. Adik ipar yg baik...mcm tu la kan.. hehehe

Then, ni lagi satu utang aku nak buat announcement kat korang. Aku dah dpt baby girl!...eh aku pulak...Zuri sebenarnya. Zuri selamat melahirkan baby girl pd 5/3/2008 di HUKM. berat baby 2.97kg. Lahir pada 5.15am. Berita gembira untuk kita semua kan?..dah sepasang anak zuri ek... bila ler aku nak dpt anak pompuan gak nie...hehehe
Zuri, sori ek...kali ni aku tak boleh jadi member prihatin. tak dpt melawat ko. sbb aku dah melawat hospital lain dulu. kekekeke. anyway, TAHNIAH... mesti doktor ko ucapkan "Tahun depan jumpa saya lagi yer..." hihihi

Next, ni aku attached gambar terbaru kawan kita, Marinah Rahmat dan anak2nya. Amacam? Cun tak kawan kita nih?... mcm anak dara sunti lagi.. sori ek marinah, aku lambat dload gambar ko..


Ok..dah la tu skit2. aku tau korang semua tu bosan dok baca bebel aku nih...hehehehe tp apa aku pedulik. wakakakaka..

Menoleh ke belakang





Berapa kerap kita menoleh ke belakang dalam hidup kita?
Menoleh untuk melihat benda yg telah berlalu
Menoleh untuk memperbaiki kembali sesuatu yang mungkin kita kesali
Menoleh untuk menilai kembali kesilapan lalu
Ramai berkata, jgn menoleh ke belakang dan teruskan kehidupan....
tapi bukankah.... sesekali menoleh itu, perlu juga
Belajarlah menoleh, jika tidak selalupun
biarpun seketika cuma
sekurangnya kita pernah belajar dari sejarah silam






** gambar di Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuantan **
Kala Senja... 060208