Monday, September 24, 2007

Cerita makan-makan

Hari ni masuk hari ke 12 kita berpuasa. Diam tak diam, dah 1/2 bulan ek. Masing-masing pun dah sibuk beli persiapan nak raya. Kuih biskut dah start tanya bila nak dpt. Baju dah start tanya dah siap blum. Yg menjahit pulak dah start kecut perut bila tengok banyak lagi yg tak disiapkan (aku ler tu..)
Anak-anak pun dah start nak beli bunga api. Yg gilir2 balik kg, dah start O som nak balik kg siapa. Kalau yg kerja tu, dah start jeling2 borang cuti bos dah sign ke belum.

Cuti raya aku bos dah approve sblum puasa lagi. Lg tepat sebelum cuti Merdeka ari tu. Baju raya, thn ni aku pakai baju BTN jer...kuih-kuih aku tempah 1,2 jer yg mana feberet tu. banyak2 pun buat tak abis mkn jer. Order tu pun sbb tak nak org kecik hati.

Balik citer makan-makan, rumah aku masih lagi bersepah dengan periuk besar2 yg digunakan hari sabtu lepas. Sempena birthday kak ipar aku, Yong aku buat majlis berbuka ramai-ramai. Macam2 ada.. Pulut kuning, rendang, sayur, sambal udang, mertabak, ketayap pedas, keteaw goreng, kastard jagung..etc la. tak cukup meja makan yg besar kat rumah aku, meja sekolah anak aku jd habuan lg.

Dgn air jagung, honey due, cincau, teh, iceblend tembikai...fuh kalau boleh scan perut tu, nampak pelangi dlm tu..

End up dengan majlis potong kek. Sesekali makan-makan dgn keluarga mcm tu, meriah juga ek.

Tengah malamnya tu, cik abe aku balik ajak bersahur kat luar la pulak. Dia ingat nak bersahur kat satu restoran kat kg baru tu, bila kat sana tengok tak de parking, lastnya dia terus pandu kluar dari KL menuju ke PJ. Bersahur la kitorang kat Jln 222. Sahur dengan laksa. Esok pagi, 4x aku kluar masuk tandas. kekekeke

DSK Boleh!

Yeye or jer tajuk aku tu ek. Mesti korang pelik apa yg DSK Boleh tu kan?

Ni ha..bila aku dok baca-baca, belek-belek gambar kiter kiter kat sini nih, aku terbayang rupa korang 10 thn yg lalu.. Semua muka brutal time tu. Nana dgn kasut tapak tingginya. Bak kata budak lelaki yg jalan belakang dia time turun dari asrama tu: Baling anjing pun mati. Tak pun, pakai setahun pun tapak tak haus..

Marina dengan ala2 tomboy tak cukup makan. Kasaq kedegaq. Si Jenny ngan program kecantikan & slimmingnya. Makan lebih skit mula la kecut perut takut terlebih kg. Echa aku tak kenai sngat masa tu. yg aku tau, susah nak senyum mcm aku gak. Kak Eta mmg masa tu dah ada tokoh. Tokoh wanita sejati. Kena la dengan umurnya yg lebih skit dari kita tu.

Tp yg lain-lain tu.. mmg aku tak sangka 10 thn berjaya merubah kawan-kawan aku ni. Siapa sangka semua dah branak pinak? (yg nie aku kena mintak maap ngan K Eta awal-awal...jgn terasa ek..tak de niat nak singgung. sbb kami semua paham situasi akak. Tp anak tekak, anak mata ada kan? anak gak la tu...ehehehe)
Masing-masing anak dah nak cecah 1/2 dozen. Berjaya jadi ibu2. jadi isteri2 kepada anak mertua.

Siapa sangka semua bila sembang bab memasak..mak aiii keluar semua jenis resepi. tak cukup resepi turun temurun, cari lg dlm internet. Bagi suami, anak2 makan dengan hasil tangan sendiri.

Boleh menjahit. Siap ambik tempahan lagi..tak cukup itu, pandai pulak buat langsir, buat crosstich, pandai pulak sulam menyulam.

Tu tak termasuk kebolehan yg lain lg tu, yg terpendam, yg dipendamkan, yg dilarang untuk exposekan..Serba boleh la kata org. Sama-sama kerja cari rezeki, balik rumah tengok anak ngan laki, malam-malam di'kerja'kan lagi.

Aku mmg tabik ler kat kiter-kiter ni... Siapa sangka kan?...

Wednesday, September 19, 2007

cerita makan aku...




Askum sume... posa ke sume? Tak posa tak leh raya tau...


Haa..menu buka posa aku semalam simple jee..ni aku masak tau...ni yang aku masak...daging kicap + sayur kobis goreng + pari asam pedas + bubur kacang


Ni lak yang aku beli.. murtabak..sedapnya..+ kuih badak berendam dll


Air lak Teh O ais je..


Sahur lak..sardin + sayur rebus campur2 + ikan masin


For your info..aku masak hari2 tau..memandangkan bos aku bagi balik keje kul 5.00p.m so, ada masa lebih..laa


Tapi memang hari2 gi pasar ramadan pas tu tak tau nak beli apa. Aku ni cuma kesiankan kat anak2 aku yang posa tu..diorang hari2 nak makan roti john la..murtabak..la..kebab la..


Hari ni tak tau nak masak apa lak..rasanya nak buat ikan bakar + sambal tumis


Ada apa2 menu yang syok tak?...post laa..


ok askum....

Monday, September 17, 2007

5 hari berpuasa

Fuh! pejam celik pejam celik dah 5 hari kita puasa ek. kejab jer.

Dasat-dasat gak ek menu korang berbuka. yg aku plg tak tahan tengok si nana ler.. siap sambal sotong, paru cili, ikan percik lagi. Ni mesti tak tahan godaan kat pasar ramadhan tu ek. Aku tiap2 kali puasa, jarang-jarang (bak kata P Ramlee) nak singgah pasar Ramadhan. Sbb laki aku tak suka nak bersesak2. Lg satu dia tak tahan panas. Sbb tu aku panggil dia org eskimo..muahaha...

Meina, mulut anak hang tu mcm mulut hang la kot....kekeke.. tp tak per, budak.. bukan depa phm pun apa yg depa ckp pun...kadang-kadang daftar kata depa tu masih kurang lagi. tu yg terkeluaq perkataan yg tak de insurans tu. Janji seerti. hehehe. anak2 aku pun mcm tu gak...tu yg kadang2 nak tenyeh2 jer ngan cili tu..(sbb tu aku slalu masak pedas2....cara mencili org dlm diam..hangpa ptt belajaq tip dari aku nih.kuikuikui)

Lagi satu Meina, aku tak caya lah hang tak makan mertabak dah setahun. Ye ker...? kalau yer.. ye ye or jer ko nih....kekekeke syok kenakan ko..

Ok. citer pasal menu aku smalam. Smalam hari ahad kan? Cuti kan? so aku masak over2 la skit. Aku buat karipap sardin, aku masak khailan ikan masin, siakap 3 rasa, tenggiri asam pedas (ni utk laki & adik ipar aku.). Sahur ngan lauk2 yg sama gak.

Air smalam air cincau jer. Teh O wajib ngan air kosong utk anak sulung aku.

Si along memula puasa, tp lepas dia tengok adiknya makan nasi goreng depan dia, terus nangis-nangis mintak izin nak buka puasa. Kesian tengok budak kelaparan, aku pun benarkan lah.

Hari sabtu lagi ler..aku pelik tengok si along tu segar bugar jer sampai ke petang. rupanya dlm diam aku kat dpur, dia kat depan dah konsi air soya ngan adiknya. Hehehe nak marah pun tak jadi sbb dia brani mengaku.

Si adik bg reason tak nak puasa. Katanya dia kecik lagi, nanti dia 7 thn dia puasa la jugak..kekeke budak ni mmg pandai berkata-kata.

Tp yg aku tabik spring ngan si along ni, bangun sahur tak banyak krenah. Kejut terus bangun. Mcm tu ler anak ibu...

Sekian laporan dari Shah Alam..

Friday, September 14, 2007

Hari Pertama Puasa.....(klinda mcm marina gak...on leave)

W/pun tak leh posa, klinda puasa la jugak kat opis ni, sbb segan nk mkn, cuma curik2 minum jer...hehe.
dah lama tak posa, jadi hari pertama ni dpt migrain ler. bdn jadi lemah, teruk ngalahkan bebudak lak. 5.30 sharp dah keluar dr opis pastu pi amik anak kat babysitter.
Blik umah terus ke dapur masak :-
masak lemak cili padi ikan, sayur kobis goreng kicap ngan ikan goreng.
(buka posa : kurma, minum teh o panas dan kuih muih cap kedai)
masa tgh masak tu sempat lak mamam kuih lompang yg den beli...utk tambah tenaga...hehe.
keja berat tuuu...
anak lak menangis + merengek nak "susu" cap bdn, terpaksa pujuk dia, bagi periuk ngan senduk buat main...kekeke
sahur : mkn yg lauk yg dipanaskan jer.
Ari ni tak tau nak masak apa..

huhu.. 1st Ramadhan

ermm smlm bebetul lupa amik gamborrrr.... tp the very the simple menu nyer....

... kurma 4 ulas (ada 2 jenis, salah satunya dari King Mesir)
... pedal+hati ayam masak kicap
... sayur campur
... ikan goreng

... air neskepe

haaaaaaaa tu jelah... no kuih-muih no ice-ice baby. Simpler jer kan...
Ermmm hari ni ada pekan sehari kat Putrajaya... ingat nak beli laksa penang ngan murtabak

Aku punyer menu buka posa dan sahur plak..

Askum sume..lapar tak? Mesti tak lapar kan... Ala dah biasa tiap2 taun cam ni ...

Haa...aku punye menu buka posa semalam ialah....nasi lauk labu masak lemak ngan daun yg hijau tuu.. + sambal sotong + paru berlada + ikan kembong percik (ni beli kat pasar). Minum air Sirap bandung. Kuih ada laa sikit beli kat pasar ramadan. Sibuk melayan kerenah anak-anak buka posa sampai tak sempat amik gambo.. sori laa ye.

Haa..menu utk sahur lak..nasi + ikan percik tak abis lagi + ayam goreng + sayur pun tak abis lagi + ikan masin. Air lak air milo laa..standard tuu..

Hari ni pulak rasanya nak buat daging goreng berempah laa.. pas tu nak beli siput sedut masak lemak + buat sayur sawi goreng ikan masin kot....insyaallah..

ok itu aje...

Hari mula berpuasa... (tapi aku takleh posa)

Assalamualaikum..

Oit korang.. aku tak leh posa sebenarnya. hehehe.. tapi nak nyibuk gak. Anak2 aku 2 org posa thn ni. Bangun sahur steady jer dua2 org... Si Kak Ngah takmo kejut atuknya yg liat gaklah nak bangun... hehehe.. katanya "biarkan atuk tu tak posa.. biar atuk masuk neraka". Jahat tul mulut dia tu... (aku tak ajar pun yer).

Anak aku yg sulung umur 7 thn tu dari last year dah practise posa. Thn ni kira ok gaklah... tapi Kak Ngah yang baru 5 tahun tu start posa yg pertama dalam hidup dia. Mak aku kata mula2 balik dari sekolah tadika kul 5 tu dia steady jer... (dasat gak.. mcm aku tak caya jer.. boleh lak dia tahan perut dia). Kalau hari tak posa tu.. dia nyer hisap susu sampai 4, 5 botol sehari.

Aku balik keje kul 5 dan sampai umah kul 5:30. Mak aku dah siap masak.. untungnya ada mak dok sekali kan. hehehehe. Kul 6 tu anak2 aku dah kemaruk lapar.. Si Angah merengek nak susu.. (tak tahan gak dia) Kalah gak dia ngan susu.. sebab adiknya yg kecik tgh hisap susu selamba jer depan dia.

Aku layan nyer layan dorang sampailah time buka posa ngan nasi, kuah kari ikan, ayam masak kicap dan ikan masin. Airnya adalah milo ais dan kopi jer. Kitorang buka posa tiap2 tahun simple jer... asalkan makan kenyang.

Aku jarang gi pasar ramadhan ni.. Aku lebih menghargai masakan mak aku... Rasanya minggu depan aku dah boleh posa kot. Yahoooo...

Puasa hari pertama

Menu smalam, menu simple bangat. Bubur lambuk dari masjid. (anak buah yg tolong ambikkan), ikan bilis goreng cili, ayam goreng kunyit ngan bawang, ikan goreng. semua goreng2 ek? Entah ler..kak ipar yg masak, no komen..

Menu tambahan: Kuah durian cicah roti. ni sbb anak cek yg mintak dari mak yong depa. so dia buat la.

Menu yg dipanaskan: Mee jawa dari pasar malam smalam ngan sagu berkuah santan ngan gula merah tu. makan sejuk2. Fuhhhhh sedap jugak.

Air? standard ler rumah cek air teh o ngan air kosong. hehehe.

tp smalam kiter start buka puasa dengan kurma ngan buah tin. Member ofis bagi. Murah reseki dia..

sorry tak de gambar. lupa nak snap.

sahur pg td? sahur nasi panas ngan sardin sambal. 2x tambah gak ler. anak sahur ngan roti cicah kuah durian.

Menu Hari Pertama Posa........

Assalalmualaikum

Bukak blog pagi ni, terbaca pasal cadangan Eta pasal menu dibulan puasa ni.
So, semalam sempena hari pertama, menu sy sempoi jer, setakat kobis masak lemak, sambal sotong, goreng ikan, karipap pusau dan cincau biji selasih.

Menu tu taklah special mana, tp realitynya tu lah menu sy semalam.
Tak tau nak buat apa, maklumlah hari pertama tekak ni belum megidam yg bukan2 lagi.
Tunggulah seminggu 2 ni, kot bertambah2 mengidamnya, faham2 jerlah nafsu dibulan puasa ni,lebih2 lagi klu dah lalu kat bazar ramadhan tu, yg tak nak pun jadi nak di belinya.

Wah Nath banyak ker tempahan baju tahun ni, klu dekat nak juga tempah kat Nath tp jauh sgt lah. Kayo makcik nak rayo ni......sepasang berapa???? Rasanya tak lari RM30 ke RM40kan, best tu.

Oklah sambung lain kali, Assalamualaikum

Drp: Mariati

Thursday, September 13, 2007

Merdeka!


ni gambar bunga api yg boleh nampak dari rumah aku. tak payah nak susah payah berkumpul kat dataran. mmg tiap-tiap tahun kitorang anak branak mcm ni jer. tengok dari rumah. lagi selesa dan tak bersesak jem time nak balik tu.

Tp semangat merdeka tahun ni berkobar2 skit. sbb anak2 aku dah pandai nak tanya mcm2 pasal kemerdekaan. si Along dah pandai countdown. tiap2 hari dia dok bilang hari ni brapa haribulan ogos, tahun 2007. sebelumtu, bila tanya hari ni brapa haribulan, dia tak phm. a day after 31 ogos tu aku tanya dia: along hari ni brapa haribulan? anak aku jwb: hari ni 32hb ogos 2007!..Pandai kan....kan...kan..hehehehe

Posting apa saja

Bagus gak cadangan k. Eta tu. Tp aku slow la skit bab ni sbb aku tadak camera digital. ada hp camera jer. tu pun ada masalah nak sent gambar2 tu ke email/photobucket.

Tp tak pe lah, korang semua kan ada benda cangih2 ni. apa kata korang beraktif di sini.

Posting jer apa2 yg berkaitan ramadhan dan preparation yg korang buat untuk menyambut raya nanti.

sebagai permulaan, aku post kat sini gambar aku tengah sibuk siapkan tempahan baju org. kalau aku success dlm upload gambar2 dari hp aku, aku tambah lagi..

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum sumerrrrrrrrrr.....

Lama tak menarikan jari jemari kat blog ni. Sibuk sebenornya, baca tetap baca... tp tu la.. kebizian melampau menghalang untuk berceloteh. Tp sebelum tu nak ucapkan kat sumer selamat menjalani ibadah Ramadhan. Dikesempatan ni juga nak mohon ampun dan maaf meliputi ruang lingkup segala mcm kesalahan heheeh. Sebagai hadiahnya nak amik pemanis mulut duluuuuuuuuuu


Nak bercerita sket..... since ni my first Ramadhan kat Malaya setelah 3 tawun duk kat Siam... im really looking fwd for this Ramadhan. cup! cup! rasa hiba jab....

Dulu poser sensorang kat tempat org... ni pun poser sensorang gak kat tempat sendiri. Tp thn ni bleh laaa tahan sket sebabnyer.. walaupun buka poser sensorang tp tak ler seperti kat Siam yg meja makannya untuk 8 org....

Korang bayangkan laa bila duk buka poserr... duk sensorang dan lain kerusi tu kosong... huhuhu amik padan muka aku.

Wehh byok nak cerita nie weh tp bz arrrrrrrr..... nanti arr sambung di episode akan datang.

Tp sebelum tu kan... nak wat gempak sket MLM NI KORANG AMIK GAMBOR KORANG MASAK APER PASTU ESOK PAGI TEMPEK DAN STORI KAT SINI AMENDER KORANG MASAK/BELI.... ok tak? Barulah happening kan kan kan.

So kita mulakan esok nyer tajuk APER HIDANGAN AKU HARI PERTAMA RAMADHAN

k... cau cin cau

Wednesday, September 12, 2007

RAMADHAN 1428

Sentiasalah
-- SETTING NIAT,
-- UPGRADE IMAN,
-- DOWNLOAD SABAR,
-- UPLOAD USAHA,
-- DELETE DOSA,
-- UPDATE DOA,
-- TOP UP ILMU
untuk dapatkan

REDEEM PAHALA PUASA...

Seribu senyuman belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Aku kalah!

Aduh... kalah kat tangan kak Atie..

Ingat nak jd org pertama wish selamat berpuasa kat kengkawan. Rerupanyer kak Atie lebih cepat...Tahniah!

Dengan ini, hamba ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salahs dan silaps; terjasar bahasa yg sengaja@tidak sengaja. Terkutuk terkata. Sengaja kutuk sengaja mengata. Baik berdepan baik di belakang atau dlm plate chating. Harap dimaafi. (aku dah mintak maap kat korang..kalau korang tak maapkan, pandai2 lah jawab kat akhirat nanti..)kekeke

Dengan hati yg tulus ikhlas.. kiter ucapkan SELAMAT BERPUASA dan jgn lupa esok dah start. Karang ada plak yg tetiba buat2 lupa. kekeke
Assalamualaikum semua

Sempena kedatangan bulan Ramadhan esok,sy mengambil kesempatan ini utk memohon maaf diatas segala kesalahan selama perkenalan di POLISAS, semoga ibadah kita diterima oleh-NYA dan lebih baik dari yg sebelum2nya....AMIN.

Drp: Mariati

Tuesday, September 11, 2007

Tak de topic

Aku mmg tak de topic nak cerita kat korang. Yahoo pun aku dah tak boleh nak online selalu sbb bos aku dah sound. Bos aku tu giler skit. tak boleh tengok aku hepi, bila aku moncong, dia sound jugak. aku akan online petang2 jer atau time bos aku takde.

K. Ati, jgn kecik hati bila tak de yg respon. Janji kita dah tunaikan t/jawab mengepos kat sini. hehehe

Aku tengah blank. penat otak penat badan. Next time aku post lg...cau

I'm back!..I'm back!...

Aku start masuk keje ari ni, kalau ingat badan yg penat ni, aku ingat nak brenti jer. tp kalau aku brenti sapa nak bagi aku pitih?. so aku kena ler kuatkan kudrat terus mai keje.

Aku baru balik dari BTN. program yg disediakan mmg menarik, yg tak menarik, penginapan dan makan minum semua hampeh. Korang bayangkan lah, 5 org sebesar badak syere dlm satu bilik kecik berkatil 2 jer. 1 double 1 single.

Nasib baik aku ni kecik skit yg lain. kiranya mcm badak yg tak cukup brendam ler...dah tu, yg aku bengang, ada plak minah ni, sedap2 jer tidur kat katil aku yg dari awal2 lg aku dah letak beg aku kat situ. tanda aku book katil tu ler. Masa aku angkat beg letak tepi untuk kemas katil tu nak tidur, sedap jer minah sekor ni naik tidur. Hampeh! rasa mcm aku nak tarik jer rambut dia tu.

pas tu katil double bed yg lain sedap2 je 2 org lagi tu tido. Selesa betul diorang ek. yg tak selesa, aku ler. kena syere 1 tilam single ngan sorang gajah ni. tersepit aku kat celah katil tu. Memburukkan lagi keadaan, tak de selimut plak tu. Huh...mmg menguji sifat sabar aku tul.

Makanan? Makanan punya ler hampeh. buat bubur caca rupa mcm caca masak ngan kuah gula jer.. kuih mmg out, nasi mentah, sayur hari2 sama, lauk tak cukup, air manis mcm gula tumpah selori. mmg out lah bab makan nih.

Aktiviti/program kursus? OK bg aku. cuma bab dengar pembentangan kertas kerja je yg mampu membuatkan aku tersenguk2. bosan weh.. 1 hari suntuk dengar ceramah jer, tak gerak2. naik kematu bontot besar aku nih.

Masa LDK-latihan dlm kelas tu, OK jugak. tak de la happening sngat, tp boleh ler membuat aku segar mata berdebat.

Aktiviti2 riadah/kerohanian lite je lah. Tazkirah2 subuh/magrib cuma dengar diorang baca teks jer. tp ramai yg tido sbb mengantuk. riadah dia tak de lah ala2 tentera wpun diselia oleh bekas2 tentera, mmg kelakar giler pakcik2 tu.

Ada exam hari akhir tu. yg kelakar, tak tau boleh tanya. Silap2 dpt jawapan sekali. kekeke. pandai tak kitorang? hehehe

apa yg aku belajar dari kem ni? banyak yg aku belajar. terutama pasal semangat patriotik, semangat kenegaraan, dan yg paling penting, kem ni berjaya membuka hati aku untuk mendaftar sebagai pemilih. untuk mengundi masa pilihanraya nanti.

Kalau korang dpt p BTN ni, p lah, tak rugi...

Kat kem, aku dipilih sebagai penghuluwati. kecut perut gak bila kena pikul t/jawab besar mcm tu. tp alhamdulillah semua bereh...

Masa penggulungan penutupan kem, aku kena bagi ucapan penutup. alhamdulillah lancar ucapan aku. baca teks jer..aku ni tak de tokoh nak jd MB. hehehe

Tp yg kelakarnya..masa urusetia tu bg ucapan, dia ckp apa tau, dia kata: tuan-tuan mesti kena balik. Tp puan-puan balik mesti kena.

pandai2 la korang nak phm apa maksud pakcik tu. mmg aku kena pun...hahaha

Gambar2 masa kat kem tak ada. Yg ada masa aktiviti kembara akhir tu sebab dah dpt balik h/p ngan multimedia gajet yg depa simpan tu. kami dilarang untuk bawa sebarang alat canggih masuk dlm bilik kuliah. HP pun depa ambik simpan. so lost contact ler aku ngan laki/anak aku selama aku kat sana tu.

tu je lah citer aku pasal BTN nih..ni gambar masa kitorang dlm aktiviti jungle tracking. tp sbb tempat tu tak de kemudahan untuk tujuan tu, jd kitorang cuba kebun tracking je lah
yg ni pulak gambar ufuk subuh dari balkoni bilik penginapan aku. nampak tak bintang timur kat situ?

Monday, September 10, 2007

Shanana reply..


Askum sume...


Wei Meina, aku memang boring..lepas tu..aku ada baca teka teki icha tu... sampai la ni aku tengah pikir apa jawapannya tuu... tu yang aku senyap aje tuh..


La ni janggut pun nak tumbuh dah ni..dok pikir jawapan teka-teki tuh.. apa jawapannya icha?

Kalau aku tau jawapannya boleh aku main teka teki ngan anak aku plak. Asyik dia anak aku soal aku jeee.. aku takde teka teki nak tanya dia lak.


Hello.. K.Tie.. rasanya dah sedekad kite tak jumpa yek ... k.tie apa khabar? Nampaknya masih lawa mengancam cam dulu juge ye..


Any way utk semua member2 aku ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN" posa jgan tak posa...buat sapa2 yang posa penuh taun ni..aku ucapkan congrats lah yee...

Saturday, September 8, 2007


Assalamualaikum


Hai semua, apa khabar?

Maaf bebanyaklah pada korang semua sbb lama menyepi....

Bila bukak blog pagi ni, nampanya Marina meluahkan rasa hatinya.....barulah terpanggill

utk masuk blog ni semula. Korang sihat ker semua, Nath, Marina, Ita, Jenny,Linda, Zuri, Ica, Shanana dan Ika (sory klu ada yg tak sebut). Sebenarnya ni pun tgh boring, tu yg berani2kan diri masuk sini. Maklumlah boss pun tgh tak der, gi Qatar sejak 05/09 sampai 04/12, namapknya memangku tangan jerlah, tp tolong juga budak2 ni buat kerja dia org, klu tak lagi lah boring.


Gambar yg disertakan tu, masa Annual Dinner ari tu......

Harap2 lepas ni dptlah balasan.....ari tu masuk tak de pun yg reply......sedih den.....Oklah.....assalamualaikum

Friday, September 7, 2007

Mana gi semua member-member aku nih..

Alahai... mana gi korang semua ni wei.. senyap sunyi jerk..

Member aku yg kuat ngomel tu (si Nath ler) gi BTN seminggu. Boring lah hang tak dak Nath.. windu kat hang. Tempahan baju2 kurung dah siap ke Nath?

Member baik aku lak (dak Lin) gi Kota Bharu teman abe nye main bowling. (Asik2 main bowling.. asik2 main bowling.. hehehehe). Dah sampai sana demam lak.. camner nak gi sopping ni..

Member baik aku lagi sowang (dak Linda) sibuk nak ajak aku apply keje kat TNB.. hehehehe.. kandanya dah kat TNB.. dindanya pung nak keje TNB gak ke? Dinda nak ikut kanda yer?? hehehe

Member aku yg kejap ada kejap takde kat ym tu (Zuri) tak taulah tgh buat apa skrg ni.. sakit ke demam ke bz ke? langsung tak htr berita... moga2 ko sihat sokmo.

Member aku kat Putrajaya yg jaga Tan Sri tu (Akak Nita ngeh ngeh ngeh) mabuk cuti lagi ker.. senyap jer.. pasni nak cuti kemana lagi kak oi.. saya ngan family saya boleh tlg temankan kak nita pasni... hehehe.

Member aku yg bila sesekali dia call aku kat opis (kalau bos dia takde jerlah) dia akan pot pet pot pet panjang lebar sebab pelik tgk aku dan kita semua byk sgt masa menulis dlm blog ni (Makcik Jenab @ Jenny) dah lama tak call aku ni. Mana dia pegi yer?

Member aku yg bernama Shanana dah hilang dari pandangan... last entry dia kata dia boring.. memang dia dah betul2 boring lah kot.

Member aku yang rajin bagi teka teki hitam putih (Icha) pun dah kemana hilang.. aku sebenarnya nak jawab teka teki tu tapi Nath dah potong jalan.. tu yang patah semangat aku nak jawab tu Cha...

Member yang lain-lain tu dah aku bilang berkali2 camner nak masuk sini tapi batang hidung pun tak nampak.. bukan kata batang hidung.. taik hidung pun susah nak nampak..

Wednesday, August 29, 2007

Cakkkkkk...aaaaa

ngeh ngeh ngeh... sekian lama mendiamkan diri.. kini ku kembali.. ahaaksss.

hokey arrr.. selain kebizian ngan kerja dan bercampur dgn kemalasan.. dan kekadang cecurik menjahit keh keh keh membuatkan me skodeng dari jauh jelah blog ni.

Jemaat lepaih.. me cuti... gi Langkawi... (ishhh cengitu laa owang bujang) ni me tempek 3-4 keping gamborrr wat bukti sahih kot-kot nanti masuk court kangg.. haaa.


gambor awan ni cantik kan.... ni dari angkasa lepaih ni he he he


yang ni makhluk asing kat underwater werrlddd



yang ni plakkk.... tempat landing UFO he he he

cubaan landing dari makhluk asing...

Monday, August 27, 2007

Meh sini. Aku nak ajar skit..

Kasor jer bunyi tajuk aku tu ek. Bukan aku nak mengajar yg tak cukup diajar. Aku cuma nak ajar korang untuk mengajar-ajarkan diri menghabiskan masa keje korang jer. kekeke

Aku ada add beberapa blog-blog menarik yg boleh korang baca. Ada yg boleh menambah ilmu mcm blog jiwarasa. Jiwarasa banyak sinopsiskan buku-buku ilmiah yg dia baca.

Kalau yg suka citer-citer celebrity, boleh baca blog manager Ning Baizura ni. ada lg yg lain. tp malas aku nak linkkan banyak2 hal tak berpekdah tu.

Kalau yg suka dengar lagu, dan download lagu, web lagu top terkini mmg cun sngt. korang klik jer kat link tajuk lagu tu. pas tu just follow apa instruction yg pop-up tu. kalau dia mintak untuk sign in, just sign in je lah yg free tu.

Kalau yg gila citer korea mcm aku ni, tengok kat link citer korea tu. tp kena register as member dulu. register jer yg free tu. pas tu korang klik kat tab Drama. bila kat kat tap tu, korang scroll kebawah dan klik kat List. nanti keluar 1001 tajuk drama korea yg ada. Tp AWAS! ada drama yg 18sx. Tp korang semua dah 18 keatas dah kan... ;)

Nak tahu apa wartawan pk, baca ini. Ada banyak tulisan yg kdg2 wartawan tak mo tulis kat dlm newspaper.

Yg lain-lain tu, just member-member punya blog je. Kak Eta pandai tulis. kalau baca blog dia, paham la apa perasaan dia. Blog aku? blog aku sampah jer... sekadar lepaskan marah cara baik jer..keke

So...sesapa yg tak masuk blog everlasting ni, mmg tak dpt ler ajaran sesat aku ni...sesungguhnya mereka dari golongan yg kerugian..ceh ye ye or jer.

Selamat belajar..!!

Thursday, August 23, 2007

shanana return...

Askum kawan2 suma...lama laa tak tengok korang. Sebab aku cuti since saturday sampai la semalam.. ari ni baru keje balik.

Saje balik kg sebab dah lama tak lik kampung. Laa...banyak tul cite korang post yek..

Syok baca ngan tengok gamba2 korang...

Ok itu jee..

Wednesday, August 22, 2007

Gambar-gambar nakal..

Masa ni kat dewan besar Poli ada ceramah kebenda ntah aku pun tak ingat... kitorang yg dok asrama ni pegi beramai2 memeriahkan suasana kat dewan tu... sapa ntah siap angkat payung lagi... (Jenny ke Nana) habis semua org tgk. Ishh... tak malu sungguh depa ni. Aku sorang jer yg pemalu.. hehehe.

Selepas selesai penggambaran course DSK... En. Rahim pun ada dlm gambar. Masa ni kita dah semester 4. Masa zaman adik aku study kat Polisas thn 2000an... video tu masih lagi boleh ditengok oleh junior2 kita. Kalau tak silap aku ada lagi kot video tu.


Tgk wayang citer Cina Jet Li ngan Jacky Cheung berlakon. Tajuknya High Risk.. habis satu panggung riuh rendah... boleh runtuh panggung wayang tu aku rasa.


Nilah org2nya yg lepak dan buat bising ketawa berdekah2 kat asrama sampai kul 2,3 pagi.. mengganggu jiran tetangga jer.. nasib baik tak kena cekup ngan warden.
Hari Keusahawanan kat gerai kering.

Duo Bradik




Buah hati aku..

Zuri tak sihat

Smalam zuri tepon aku. dia bgtau ada kat kampung. dpt MC sampai seminggu. sbb bleeding. agaknya travel jauh tu kot. tp dia kata kali ni sakit skit perut dia. aku hanya mampu nasihatkan dia rehat banyak2 jer. jgn banyak gerak. aku harap dia cpt sembuh.

Yg tersurat Yg tersirat

Perlumbaan Belalang Dan Anjing


Di suatu hutan, hiduplah seekor belalang muda yang cerdik. Belalang muda ini adalah belalang yang lompatannya paling tinggi di antara sesama belalang yang lainnya. Belalang muda ini sangat membanggakan kemampuan lompatannya ini. Sehari-harinya belalang tersebut melompat dari atas tanah ke dahan-dahan pohon yang tinggi, dan kemudian makan daun-daunan yang ada di atas pohon tersebut. Dari atas pohon tersebut belalang dapat melihat satu desa di kejauhan yang kelihatannya indah dan sejuk. Timbul satu keinginan di dalam hatinya untuk suatu saat dapat pergi ke sana.

Suatu hari, saat yang dinantikan itu tibalah. Teman setianya, seekor burung merpati, mengajaknya untuk terbang dan pergi ke desa tersebut. Dengan semangat yang meluap-luap, kedua binatang itu pergi bersama ke desa tersebut. Setelah mendarat mereka mulai berjalan-jalan melihat keindahan desa itu. Akhirnya mereka sampai di suatu taman yang indah berpagar tinggi, yang dijaga oleh seekor anjing besar.

Belalang itu bertanya kepada anjing, “Siapakah kamu, dan apa yang kamu lakukan disini?” “Aku adalah anjing penjaga taman ini. Aku dipilih oleh majikanku karena aku adalah anjing terbaik di desa ini“, jawab anjing dengan sombongnya.

Mendengar perkataan si anjing, panaslah hati belalang muda. Dia lalu berkata lagi. “Hmm, tidak semua binatang bisa kau kalahkan. Aku menantangmu untuk membuktikan bahwa aku bisa mengalahkanmu. Aku menantangmu untuk bertanding melompat, siapakah yang paling tinggi diantara kita“.

“Baik“, jawab si anjing. “Di depan sana ada pagar yang tinggi. Mari kita bertanding, siapakah yang bisa melompati pagar tersebut.”

Keduanya lalu berbarengan menuju ke pagar tersebut. Kesempatan pertama adalah si anjing. Setelah mengambil ancang-ancang, anjing itu lalu berlari dengan kencang, melompat, dan berhasil melompati pagar yang setinggi orang dewasa tersebut tersebut. Kesempatan berikutnya adalah si belalang muda. Dengan sekuat tenaga belalang tersebut melompat. Namun ternyata kekuatan lompatannya hanya mencapai tiga perempat tinggi pagar tersebut, dan kemudian belalang itu jatuh kembali ke tempatnya semula. Dia lalu mencoba melompat lagi dan melompat lagi, namun ternyata gagal pula.

Si anjing lalu menghampiri belalang dan sambil tertawa berkata, “Nah belalang, apa lagi yang mau kamu katakan sekarang? Kamu sudah kalah.”

“Belum“, jawab si belalang. “Tantangan pertama tadi kamu yang menentukan. Beranikah kamu sekarang jika saya yang menentukan tantangan kedua?”

“Apapun tantangan itu, aku siap!“, tukas si anjing.

Belalang lalu berkata lagi, “Tantangan kedua ini sederhana saja. Kita berlomba melompat di tempat. Pemenangnya akan diukur bukan dari seberapa tinggi dia melompat, dari diukur dari lompatan yang dilakukan tersebut berapa kali tinggi tubuhnya“.

Anjing kembali yang mencoba pertama kali. Dari hasil lompatannya, ternyata anjing berhasil melompat setinggi empat kali tinggi tubuhnya. Berikutnya adalah giliran si belalang. Lompatan belalang hanya setinggi setengah dari lompatan anjing, namun ketinggian lompatan tersebut ternyata setara dengan empat puluh kali tinggi tubuhnya. Dan belalang pun menjadi pemenang untuk lomba yang kedua ini. Kali ini anjing menghampiri belalang dengan rasa kagum.

“Hebat. Kamu menjadi pemenang untuk perlombaan kedua ini. Tapi pemenangnya belum ada. Kita masih harus mengadakan lomba ketiga“, kata si anjing.

“Tidak perlu“, jawab si belalang. “Karena pada dasarnya pemenang dari setiap perlombaan yang kita adakan adalah mereka yang menentukan standard perlombaannya. Pada saat lomba pertama kamu yang menentukan standard perlombaannya dan kamu yang menang. Demikian pula lomba kedua saya yang menentukan, saya pula yang menang.”

Intinya adalah, kita semua mempunyai potendi dan standard yang berbeda tentang kemenangan. Adalah tidak bijaksana membandingkan potensi yang kita miliki dengan yang lain. Kemenangan sejati adalah ketika dengan potensi yang kita miliki, kita bisa melampaui standar dirimu sendiri.

Teman-teman, berapakah tinggikah kita ‘melompat’? Dalam kehidupan, seringkali tanpa sadar kita mencoba membandingkan kemajuan dan perkembangan diri kita dengan standar orang lain. Dan seringkali lebih banyak kekecewaan daripada kebahagiaan yang didapat. Mengapa? Karena kita masing-masing dilahirkan dengan potensi yang berbeda, dengan bakat yang berbeda, dalam lingkungan yang berbeda, dan cara pandang yang berbeda tentang kehidupan. Cara yang tepat untuk mengukur seberapa jauh diri kita telah berkembang dan maju, adalah membandingkan diri kita saat ini dengan diri kita dimasa lalu. Apakah kita hari ini lebih baik dibanding setahun yang lalu? Apakah kita hari ini lebih bisa mengontrol emosi dibanding bulan lalu? Apakah kita hari ini lebih sehat dibanding kemarin? Apakah kita hari ini lebih bijaksana dibanding setahun yang lalu? Kemenangan sejati bukanlah kemenangan atas orang lain, namun kemenangan atas diri sendiri.

Pk pk kan lah...

DSK 1st Reunion


Aku tak ingatlah bila tarikhnya.. tahun pun tak ingat.. rasa2nya mcm thn 1996 kot. Dah lebih 10 thn dah... masa tu gi Sunway Lagoon pastu gi makan kat Sun & Serve Cafe kat Sunway Hotel. Best giler masa tu.. tak sangka lak ramai yg datang. (Sorrylah Nath.. gambar hang tak dak.. hehehehe.. nasib baik kak linda ada.. kui kui kui)

Gambar kawin Marina pada 23 May 1999














Alamak.. segan lah pulok.. nak post gambar kawin? Nie semua Nath punya idealah ni. Hehehe.. segan gak ni.. tu yg ambik masa lama sangat tuh. Jangan kutuk tau.. kalau tak... nanti ku remove jer gambar nih. Bukan apa.. mak andam aku tu suka sgt bagi pakai rambut pelesu.. tu yg nampak pelik tu. Aku akad nikah pada 22 May 1999 tapi kenduri pada 23 May 1999. Masa kenduri tu yg hadir sama adalah Kak Linda, Lin, Nathrah, Jenny, Fida, Kak Mariati, Ana, Yudi SMD, Along Fazlina SMD dan tak ingat lagi dah sebab dah lama doh. Layannnnn the photo.

Monday, August 20, 2007

Family kLinda



Gambo anakanda Muhammad Norhamim Najwan bin Hamid dan gambo kawen klinda (gambo ni jer yg ada dlm pc, album kawen entah simpan kat mane.....ilang ingatan ler...hehe)

Thursday, August 16, 2007

teka teki lg

1-kalau pecahkan mentol, apa yg keluar?

2- Kira. tp jgn gunakan culculator ek. awak bawak bas dari KL ke Johor. dlm bas ada 10 org. sampai sungai besi, turun 1, naik 8 org. sampai ke alor gajah, turun 9 naik 3, sampai air itam, turun 2 naik 14. sampai pagoh, turun 3 naik 9. apa nama pemandu tu?

3- ayah campur ibu jadi anak. kalau ibu tolak ayah jadi apa?

tu je lah dulu. nak balik. nanti pk lagi...

hari ni bosan...

Askum..kengkawan..hai busy ke keje. Ke atau busy bergayut jee..serupa yang cam kat ZOO tu..

Apsal ari ni ngantuk semacam.. nak kata kurang tido dah telebih tido dah ni....

Kengkawan tak de apa2 cite ke baru ke...Story laa..

Boss tengah takde ni Overseas..keja tak banyak..dah beres dah... tinggal tunggu petang punya shift aje..kang jap lagi nak main game lak..Hantar laa cite2 ke gambar2 ke..

Adoi laaa.... ngantuknye mate.....

Wednesday, August 15, 2007

Gambo Ika n Daughter




Gambo Ika dan anak dara suntinya (sweet 16 months) - Durrah Idwani binti Ahmad Nazri. klinda send on behalf sbb Ika mmg bz, dia masuk gak website kita ni, cuma tak sempat contribute the latest story. Gambo Durra yg terbaru - pakai baju putih. Mama Ika kata comot sikit sbb minum milo...hehe...

Tuesday, August 14, 2007

Cerita Lama

Entah kenapa, cerita lama ni masih lagi diingat. Diingat sbb aku rasa aku telah melukakan hati seorang kawan.

Citernya mcm ni. Dulu..Dulu aku penah mencintaimu. Eh silap. tu tag line filem Linda Onn belakon ngan si Dr Fazli tu...kekeke

Dulu.. (yg ni betul). Dulukan, masa kiter tengah cari-cari syarikat apa untuk kita nak buat praktical tu. aku telah berselisih dengan Ziana. (aku harap ziana dpt baca citer ni)

Ziana marah aku. Katanya, semua syarikat yg ada elaun ko nak bolot. (lebih kurang gitu ler ayat dia) aku tak ingat ayat2 yg digunakan. tp membawa maksud lebihkurang gitu ler..

Aku terkedu. Kenapa sampai sebegitu kawan aku sanggup berkata-kata? adakah mmg aku bolot semua tanpa disedari? Tidak. itu aku pasti. aku hanya berkira-kira. melihat-lihat list-list syarikat2 yg ada menawarkan elaun praktikal. Mmg aku mencari syarikat yg menawarkan elaun. itu mmg benar. tp aku tak bolot semua. aku hanya meLIHAT. Bukan memBOLOT.

Kenapa aku mencari yg menawarkan elaun? kenapa aku cari elaun? kenapa aku cari elaun? eh mcm iklan petronas plak.

Sbb aku nak tampung perbelanjaan seharian aku dengan elaun2 tersebut. Aku datang dari keluarga yg susah. aku tak sanggup nak mintak duit belanja dengan keluarga di kampung. Sudah tentulah kehidupan masa praktikal nanti akan menggunakan belanja yg besar. Tambang ke tempat kerja, makan, sewa rumah/bilik dan sebagainya. Pd aku, elaun itulah yg akan digunakan. Itu penjelasan aku.

Sambung cerita. Mungkin tindakan aku yg menyebut-nyebut syarikat apa yg ada elaun, membuatkan Ziana menyangka semua syarikat itu aku telah booked lebih dahulu. Tidak. Aku tak book. Aku tidak setamak itu. aku cuma berkira-kira. masih lagi dlm pertimbangan. bukan pasti lagi. kalau ada yg kata dia nak pilih syarikat tu, aku tarik diri. itu cara aku.

Akibatnya, aku telah berperang mulut dengan ziana. Kata aku, kenapa? ko takut aku kalahkan ko ker? Ish..aku sendiri tak sangka perkataan tu kluar dari mulut aku. Dan aku sendiri tak paham apa maksud aku tu. Aku dan Ziana ditenangkan oleh kawan rapat.

Ziana plak yg terkedu dengar kata-kata aku tu. Aku tahu dia terguris. akhirnya pergaduhan tu berlalu mcm tu saja. Meninggalkan titik-titik hitam antara aku ngan Ziana.

Selepas insiden itu, aku terfikir, gangster kah aku kat poli dulu? Kenapa ramai org mcm takut kat aku?

Jawapan aku, bukan gangster, tp muka aku yg masam dan sombong membuatkan ramai org takut hendak bercakap dengan aku. Kalau dulu aku sentiasa manis muka, sentiasa tersenyum dan look friendly, maybe peristiwa ni tak akan terjadi.

So, bagi aku wpun tu cerita lama, tp aku rasa insiden ni masih lekat dihati ziana. Betul tak ziana? Aku tidak aman selagi aku tidak melahirkan apa yg terbuku di hati.

Apa pun, aku harap ziana tak simpan cerita ini di hati . Dengan rendah hati, aku ingin katakan pada ko, MAAFKAN AKU. jika ko masih terasa sakit dihati dengan kata-kata aku tu, aku mintak maaf.

Pd Ziana, aku harap sikap ramah tamah dan friendly yg ko tunjukkan pada aku sepanjang kita contact mengontact dan berjumpa selepas belajar selama ini adalah yg seiklasnya dari hati ko. Begitu juga aku. Mmg keramahan dan kemesraan yg aku tunjukkan adalah iklas dtg dari hati aku, malah persahabatan ini juga iklas kepada semua teman yg lain...

Sememangnya semasa 1st time aku contact ko dulu, aku masih gugup. Sudikah ko terima aku sebagai kawan? Mahukah ko berbual dengan aku. Tp dari kemesraan dan ramah berbual ko itu, aku tahu, ko terima aku sebagai kawan..

Hati aku lega.. aku telah luahkan apa yg selama ini ingin aku nyatakan pd ziana. Sorry ek..

p/s: Kawan-kawan semua..I LUV u All..

(over la plaks...ahaksss)

Lunch Date 10/08/2007

Kali ni lunch ngan ana plak. Ana yg beriya2 mengajak since rancangan spa kitorang dibatalkan. (alhamdulillah...). Masa tengah daki tangga kat stesen LRT tu si echa tepon tanya aku lunch kat mana. aku ajak ler echa join lunch sekali kat KL sentral tu.

Kitorang makan kat Chiken Rice Shop kegemaran lin...makan kat sini aku mesti ingat lin. hehe

Citer2 biasa sesambil flash back balik citer2 lama kat poli dulu. almaklumlah...bahang kehangatan topic2 di web kita ni masih membara..

tp sayang, aku tak lupa nak abadikan pertemuan tersebut dlm bentuk gambar. Tak pe la ek, sure later kitorang jumpa lagi.

Ana pun dah antar sms balas masa dlm perjalanan pulang tu. "nice 2 meet u all, n hope 2 c u next month".

Jom jenjalan

Weh kengkawan..since nath dah khabarkan aktiviti jom jenjalan ke putrajaya tu, ada sesiapa yg interested nak join ke sana on the date yg diwar-warkan tu?

Tp ada masalah skit (masalah pd Nath je lah), from 6-10 sept nath akan menghadiri BTN-biro tata negara. So tak dptlah nak join korang ke sana. Unless date tu dipercepatkan. atau dilewatkan lagi...(tu pun kalau korang nak nath join sekali ler..)

Any suggesstion? Apa kata korang?

Still proceed bagai dicadangkan? No harm bg nath.. nanti balik citer tau apa K Eta masak. sedap ke tak. cantik ke tak rumah dia..hehehe

Monday, August 13, 2007

Jenny and Family





Ni gambo Jenny n family, klinda snap masa Zuri mai Penang. Sorry la kalau kabur, sbb snap guna hp jer.
Hello!!1!! hello!! kawan-kawan semua. amboi...amboi.... amboi... semua dah besaq-panjang la ni no. Yang dulu montel2 dah jadi slim-mlin, yg dulu kurus jerongkiang dah jadi pisang montel (aku le tu... ada lagi sapa-sapa yg join club montel? phone mai kat aku no..) .

dok tak dok, dah 11 thn lebih kita grad. cepat2 buat reunion. tak sabaq nak jumpa hampa semua. buat la kat penang pulak, asyik kat KL ja. kalau kat Penang, don't about penginapan, aku volunteer bagi hampa duduk kat rumah aku. Marina ngan Kak Linda pun boleh sponser rumah depa gak kot????

okey, nanti senang aku coret-coret lagi no......

Jenny/019-5787299

Friday, August 10, 2007

Photo I laa..

Ni laaa aku.... kenal tak?



Ni gambar masa kat opis..



Ni gambar masa kat umah..





Ni gambar I ngan my love... jangan terkejut lak yee.. dan kat bwh ni gambar anak-anak I laa..

Ni gambar anak sulung, Muhammad Danish Hilman, 8 yrs


Ni gambar anak yang 2nd, Dania Nurin Qistina, 6 yrs and....


Ni anak yang last....yg paling nakal skali...Hanny Batrisyia, 2+ yrs....ha..tu je laa

Ujian speed kat MPSP

Semalam aku cuti sebab dapat surat dari Majlis Perbandaran Seberang Prai suruh gi peksa. Aku ingatkan peksa pasal pengetahuan am... so aku pun pulunlah baca pasal menteri2 dan pasal malaysia... termasuklah berapa panjang jambatan pulau pinang. Tapi rupa2nya semalam peksa lain lak.. Ada sorang mamat ni bacakan teks punyalah laju nak mampus... terketar2 aku ambik trengkas.. maklumlah dah 14 thn tak praktis tapi nasib baik ingat gak sikit2. Pastu taip balik kat dlm Word. Haprak sungguhlah.. byk missing words.

Kalau ada rezeki aku maka dapatlah keje tu.. kalau takde takpelah mungkin rezeki budak2 muda. Lagipun yg pegi tu semuanya muda dr aku... byk yg baru habis belajar. Tak macam aku ni.. dah 14 thn dah habis belajar. Tapi kira ok gaklah sebab ramai sungguh org yg apply job tu adalah dlm 900 org dan yg dapat gi peksa tu cuma 17 org jer.. (tua-tua aku pun dorang nak gak bg peluang kat aku). Ada sorang budak sebelah aku tu lagilah kesian.. dia study kat UITM, tapi tak belajar trengkas sebab UITM skrg dah takde course Setiausaha. Course tu dah di replace kepada Office Management.. dorang add few subjects dan keluarkan subjek trengkas tu. Menggelabah dia ambik long hand smlm... kesian kat dia.

Semoga aku pun dpt join gomen cam member2 aku Kak Nita, Nathrah, Zuri, Lin, Junana, Icha, Rosliza, Rosma, Jenny, Marinah, Kak Yuhiza dan Kak Pah. Aminnn...

Kak Linda, tunggu apa lagi.. jom ah apply. Malam masih muda beb... hehehe.

Sepetang bersama Reineetang

woit korang
ptg smalam aku chat ngan reinee sesambil webcam ngan dia. Lama gak ler.
Citer2 hal biasa jer... dah sah nya aku tanya soklan boombastik. "Ok ker berjauhan ngan hubby?" hehehe.. dia kata OK jer. janji sesama caring. Cayalah ngan reinee ni... Aku solute.

Hubby dia banyak buat projek kat luar negara. Sekarang hubby dia ada kat Afrika. Dah 6 months tak berjumpa. Dah citer2 gitu gini ngan reinee, aku ajak ler dia jumpa next week. Katanya tak boleh sbb dia ada klass yoga ngan cousin. Ajak next 9/9 yg plan nak ke rumah K.Eta pun dia tak boleh jugak sbb dah plan ke Brussel untuk jumpa hubby dia kat sana. Bestnyer..sesekali jumpa buah hati mcm tu, mesti loving giler nih..

Dia masih lagi cantik mcm dulu. Bila dia senyum..alahai so sweet...Anyway, she's happy bila dpt tahu lates info pasal kawan2 DSK melalui website kita ni.

Apa khabar rakan-rakan chinese kiter yg lain ek? Last time ada gak contact Peng Peng. Tp dah lost contact lama....

Ada sesiapa dpt contact kawan lama, update ler kat sini..

Charlie Angels..

macam charlie angels lak ek... bezanya tak pegang pistol..kekekee

Gambar sapa plak ni?

Korang tahu ker gambar sapa ni ek? aku terjumpa lam cd lama. Mcm kenal ek?

Thursday, August 9, 2007

Nak kongsi jerrr


Ermm jgn salah sangka plak kenkawan sumer. Ni sekadar nak kongsi jer apa yg telah wa lewati sepanjang meninggalkan alam student berbelas tahun dulu. Pd yg tahu.. wa telah pun selamat grad pd September 2006 yg lalu di UPM dan kini telah pun memiliki seguluh ijazah (BcScHRD). Ramai gak yg tak tahu.. wa travel Bangkok-KL hanya untuk mengapai impian (cewahhhh kelas gitewww nyah!)


Untuk gapai impian setinggi ni, terlalu byk rintangan.. ada masanya rasa nak mengaku kalah jer. Ini sekadar satu inspirasi pd semua rakan yg disayangi.


kata org NAK SERIBU DAYA, TAK MO BYK LA HELAHNYA...


Naper wa study?...


1. Wa dah janji ngan my mum dulu nak belajor setinggi mungkin, tp yelah kita hanya merancang dan Allah Swt juga yg menentukan... jodoh wa sampai awal.. dah la sampai awal, pendek lak tu (Innalilahirojiun)


2. Time climax crisis, wa amik kesempatan twistedkan wa nyer otak yg 'tingtong' during that time ngan study.... nasib baik laa wa tak meroyan... Alhamdulillah


3. Wa tak termasuk dlm golongan 'beauty with brain' but I wanna be a SEXYTARY with brain (keh keh keh... siott jer statement tu kan?)


4. Kesimpulannyer ialah.. u guys kalau korang rasa aper yg korang wat tu baik untuk diri korang dan masa depan korang.. u just go for it regardless ngan apa juga rintangan dan bebenda yg melintang kat depan korang..


Beb wa letak ni sebagai satu simbol... aper juga korang hadapi dalam hidup ni.. korang leh berjaya... penghalang korang ialah "korang nak ke ... korang tak mo"


Peace... make love.. no war hehehehe

Announcement susulan

Hehehee...

Hari jumaat lepas, secara sahnya seorang kawan kita telah announcekan perkahwinan beliau...

Beliau adalah..........ZURY!

depan aku n echa zury announced berita gembira tersebut. Wpun pada dasarnya apa yg dia nak announce tu mmg telah dijangkakan oleh kitorang.. Tp bak kata pepatah, biarlah yg empunya diri bagitau sendiri berita baik ni..

Zuri ada minta maaf sbb tidak menjemput kawan2. Majlis hanya untuk keluarga terdekat jer..(ceh. Mcm celebrity plak) :)

Kepada Zuri, semua kawan-kawan mengucapkan TaHnIah...!dan sentiasa mendoakan kebahagian yg berkekalan kepada ko. Semoga panjang jodoh dimurahkan rezeki.

Dan harapan aku, ko masih lagi available untuk jumpa aku mcm dolu-dolu...

Ada announcement bonus. Apa benda tu? Tanya lah empunya diri ek...aku announce yg ptt2 jer..

X-Faxtor yg bleh mempengaruhi korang

Woiii... sampai wujud swimming pool hanya kerana nak gi umah wa ke?.. ekekke kelass gitewww. Meh sini nak pastekan panorama yg leh korang tgk dari umah wa.. (faktor ini boleh mempengaruhi korang nyerrr minat arrr gitewww)






1. Leh tgk tasik n masjid Putrajaya dari umah den.
2. Sebab pintu bilik air den ada gambor popuan Sexytary hehehe

Beb.. datang 9 September 2007 arrr... bulan Ogos tak leh arrr... jadual penuh
19-23 Ogos wa jadi instant mummy (jaga anak sedara arrr)
24 Ogos wa gi cuti-cuti Langkawi...
31 Ogos wa dah booking otel arr kat PDickson.. huhuhu



Giler glamor..

Aku tak puas hati tengok gambar ni kecik2. Meh aku tempek yg besor..

Usahawan Teh Tarik

Eh korang semua ingat tak? Masa kiter kat semester 4 dulu kiter buat projek usahawan masa konvokesyen senior?

Yg aku ingat, kiter jual air dan jual nasi lemak, keropok lekor ada gak ek? Nasi lemak tu buat sendiri. Berjaga ler kiter sampai tengah malam tanak nasik tu kat bilik rehat depan blok A tu kan?

Gerai kiter pepagi lagi dah terima kunjungan. Semua kena pakai unifom kelas. dah tu tambah plak nombor apa tah yg semat kat pinggang tu...kekekek ala-ala miss world. Perasan semua. Kuat berangan.

Aku ingat lagi masa jual air tu kan, kita jual teh tarik guna teh boh. mana nak ada warna bila campor ngan susu. sampaikan ada yg komplen. "Dik, abg mintak tehtarik, apsal dtg air susu?"

boleh jawab plak tu."Abg rasa dulu, baru tau tu teh tarik ke air susu"

Bila ramai sngat yg tanya benda yg sama, lastnya lin terkocoh2 p beli teh khas utk buat teh tarik. teh cap 888 rasanya. Betul tak lin?

Lepas tu tak de komplen lagi.

Yg bestnyer, semua yg dijual abis... siap ada controversi lagi, kononnya straw air tu kita pakai yg recycle. Hampeh tul. nak sabotaj, buat ler sabotaj yg terhormat skit...Klas mana yg komplen tu? korang ingat tak? meh sini aku nak blasah skit.
Dan yg terujanya, klas kita diumumkan sebagai juara. Kutipan paling banyak. Tak sangka sungguh.

Tu ler penangan teh tarik anak-anak dara DSK!

Kenangan Dikejar 'Dinosaur'

Dah tak ingat bila kejadian ni berlaku. Tp rasanya masa tu dah semester 4 sbb aku dok kat Blok D.

Malam tu dah dekat kul 11 mlm lebih. Aku ngan Nana masih lagi dok lepak kat depan bilik tetamu. Bilik tetamu kan sebelah ngan bilik warden. Bukan lepak mcm mana pun, berbual2 sambil berdiri. Dah tengah malam, nak kena masuk bilik masing2 dah.

Yg aku ingat, aku, nana n arwah anjang yg tengah berbual tu. ada lagi sorang 2 yg terlibat rasanya. So lepas borak2 tu, aku ngan nana nak balik ke bilik masing. Anjang n member dah balik jugak. Tetiba jer, warden prempuan panggil dari celah tingkap bilik warden tu. Aku tak ingat warden prempuan tu nama apa. Ko ingat tak nana?

Aku ngan nana ni menggeletar ler. Apa salah kitorang sampai kena panggil ke bilik warden. Aku yg lurus bendul ni, terus jer nak p masuk ke bilik warden. Nana kat belakang aku. Dlm teragak2 kitorang nak ke bilik warden tu, nana bisik kat aku dari belakang. nath, lari je nath, dia bukan kenal kita pun. lari je nath.

Setelah 2,3x nana ckp mcm tu, tetiba jer aku dengar bunyi tapak kaki nana dah lari dlu kat belakang aku, aku pun apa lg, pusing, terus ler ikut jejak langkah dia. Aku toleh belakang. Rupa-rupanya, warden prempuan tu pun ikut lari kejar kitorang...Masa tu tudung labuh warden tu kembang. Terus aku terbayangkan dinasor yg mcm badak, ada kepak boleh kembang tepi kepala tu..apa nama dia ek? chasmosaurus kot.

Aku ngan nana bedezup lari ke blok B, panjat tangga blok. nana lari masuk bilik Fida, aku lari masuk bilik siapa ntah kat tingkat 4 tu. dah lupa dah. Tercungap2 aku panjat tangga. tinggi tu...

Tetiba jer terus ada announcement, SEMUA PENGHUNI BLOK B BERKUMPUL DI BILIK REHAT! aku mengeletar. apa nak buat ni. malu ler kalau kena hukum depan org ramai. Mahu tak mahu aku turun gak berkumpul kat bawah tu. Nana pun ada. aku ngan nana pucat. Ceh! nana siap tukar baju lagi..pandai taktik ko ek..

Bila dah berkumpul tu, warden tu ckp, DSK student tinggal, yg lain boleh naik semula. Alamak! dia kenal rupanya... tahu plak kitorang ni kelas apa ek. Dah tinggal yg DSK jer, baru ler warden tu tanya, siapa yg lari td? Baik mengaku.

Bila dah mcm tu, aku slowly angkat tangan ler mengaku, tak mengaku pun, warden tu dah kenal pun, kalau tak mcm mana dia boleh kata DSK?

akhirnya aku ngan nana kena ikut ke bilik warden. Sampai kat sana aku ngan nana lagi kecut perut. Takut En Mat saad ada . dia kan ketua warden yg garang giler tu..

Kat bilik warden tanya aku ngan nana dlm nafas yg tercungap2. dia pun kepenatan mengejar rupanya. "Naper awak lari?"

Aku ni lurus bendul. bila ada org tanya mesti jawab. aku pun jawab ler: "Ntah"
Warden tu tanya lagi."Awak lari ni mesti ada buat salah kan. Awak tahu ker apa salah awak?"
Aku lurus lg menjawab. Brani plak tu nak menjawab. "Tak tahu cik apa salah kami, Cik dah panggil kami masuk bilik warden, mesti ada salah."

Loyar buruk plak aku.

Warden tu boleh gelak2 lagi bila aku jwb mcm tu. "Penat saya mengejar awak. Saya cuma nak tegur pasal kain awak tu. Jgn pakai kain yg terbelah lagi.." Mmg masa tu aku pakai kain belah depan warna itam. Nana punyer aku tak ingat.

Tu jer? tu jer salah aku ngan nana? kekekeke aku ngan nana bantai gelak depan2 warden tu. tu jer rupanya. yg sampai lari2 tu apa hal..

Kelakar tul. aku ngan nana kluar dari bilik warden ngan perasaan geli hati. buat penat jer lari lari. kecoh satu asrama. tp harap2 tak de org tahu pasal ni...

Esoknya tu, arwah ada tanya aku pasal mlm td. "Naper cik Nath mlm td?"
Rupanya benda tu kecoh satu asrama. Semua org tahu adegan kejar mengejar tu. Kena ler aku citer kat dia jugak...kekekke

Tu citer 14 tahun yg lepas.

Rupa-rupanya ada lg yg aku tak tahu. Alkisahnya, masa adegan kejar mengejar tu, ada org lain yg sama2 lari ngan aku n nana. kekeke kelakar tul bila dengar citer ni.

Echa cerita kat aku, dia ngan siapa tah aku tak ingat, sama2 lari bila tengok aku ngan nana lari. aku tanya apasal korang lari? echa kata, sbb kitorang lari, diorang pun ikut lari. kekekekke kelakar... kelakar tul..sampai sekarang time aku tulis ni, aku gelak giler. sampai keluar air mata aku ni gelihati sbb korang lari..kekekeke

tp apa pun.. mmg ini satu pengalaman. Pengalaman yg tak boleh dijual beli. pengalaman seumur idup. Indahnya zaman persekolahan

Rupanya..ada lg rupanya tu..

Rupanya, aku ni dulu2 nakal gak ek...kekekeke.

p/s: kengkawan yg terlibat dlm insiden ni, sorry ek kalau story ni tak brapa accurate. aku dah tak ingat detail sngat, yg aku ingat insiden tu mcm tu jer... nana, nak tambah apa?

*****aku post komen nana kat sini, at least boleh syer apa yg nana add in.

SHANANA said...

wei nath....kah kah kah kah kah.......waahaaa......... ko ni cite lawak pekung kite....aku dok gelak ni.. smpi orang opis ni kata aku giler.. laa....ko sama la ngan aku nath. Asal ingat cite ni.. mesti gelak sakan. Apsal kite camtu haa..aku pun pelik laa..hahahahahahahahhaha...

Bengong tul la kita..waden tu tanya apsal kitorang lari..aku boleh jawap sebab cik kejar kita laa.. pastu kita tanya apasal cik kejar kita? dia jawap sebab korang lari laa...hahahahahahaha.......agaknya ada lagi tak student2 yang terejal cam kita yek sekarang ni..aku memang tak leh nak ingat la kisah ni. Mesti gelak gila babi punya..Satu orang utara satu selatan boleh jumpa kat tengah2 pastu buat pasal lak tu.

Ni ko punya pasal la.. nak mentenet ngan arwah tu malam2 wat pa? Lagi satu pengikut2 yang ikut lari tuuuu..pun sama bengong jugak..kitorang sesaje joging mlm2 diorang pun nak ikut jugak bak pe. Dah terbabit sama. Nasib baik takde yang sakit jantung, kl tak lagi gamat bueknya...

Aku pun leh tepikir nak tukar baju, terus pakai baju kurung ayu lak tu.. nasib baik tak nyorok dalam loker terus. Kesian budak2 lain terbabit...habis satu Blok B tu kena panggil yek. Hahahahahaha.......... adoi semput aku ketawa....tapi masa tu..aku tak gak kurus2.

Syok yek bila ingat cite2 lama tu. Insiden tu le yang tak leh aku lupa smpi sekarang dan bila2. Bila orang tanya ko study kat mana? Aku dah stat gelak dah. sebab aku ingat balik cite tuu le...hahahahaha........