Thursday, October 25, 2007

Selamat Hari Rayerrrr wehhh

Assalamualaikum wm wb... Maner semua org ilangggg neh?... Korang sumer dah demam 'open house' ke?... ke semua dah meningkatkan berat badan masing-masing dan membotoxkan diri korang sampai tak wat posting langsung? Meh arr memeriahkan blog ni wehhh.... tau laaa raya sebulan. Actually jari wa ni gatal nak menaip... nwayyy ni gambor raya wa aritu ngan wa nyer mummy.... saper lagi kan? waaachaa




Posted by Picasa

Thursday, October 11, 2007

SELAMAT HARI RAYA UTK SEMUA TEMAN2 DSK

Assalamualaikum kengkawan semua,

Apa khabar? Diam tak diam cuma tinggal 2 ari jer lagi kita nak sambut raya ya.
Dikesempatan ini, sy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin, halalkan segala yg termakan dan terminum,terngumpat dan terngata....dan segala yg ter....lah ya.

Utk Zury dan Linda klu balik JB, jemputlah kerumah, sy tak balik Melaka cuma ke S'pore,tu pun sehari dua jer. Selebihnya dirumah. Klu sudi nak dtg, ni no. h/p sy:013-7277965 dan 2515486(rumah).

Semoga raya kali ni lebih mengembirakan dan ceria di samping keluarga. Kim salam buat semua keluarga serta jgn lupa berhati2 dijalan raya.

Assalamualaikum dr sy Mariati Bt.Jantan

Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya buat teman-teman DSK

Assalamualaikum..

Amboiii.. amboi... cantik molek sungguh korang menampal-nampal gambor yer.. rajin sungguh korang ni... especially kak Linda ku lah.. hehehe.. rajin mu kak linda.. kalau aku call kat opis sokmonya bz ek..

Oklah... aku nak gak ucap selamat hari raya cam korang... dari itu Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua sahabat2 DSK yang aku sayang dan rindu selalu. Aku ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan aku kat korang... Nath, Kak Nita, Kak Linda, Junana, Lin, Shanana, Zuri, Ana, Icha dan semua sekali lah (aku rasa ada gok kot aku terkutuk korang dulu or kini.. hehehehe) So dari itu maafkanlah kesalahan aku ini. Kadang2 aku kutuk tu biasalah... alah kadang2 tgh bergurau tu terkeluar gak kutukan2 yg tak disengajakan.. ya idak.

Dan kepada sesapa yg pernah buat silap kat aku.. aku maafkan korang semua dunia dan akhirat.. dan kepada sesiapa yang belum maafkan kesilapan kawan-kawan kita.. harap dimaafkanlah dan janganlah kita bermusuh selama-lamanya.. Aminnnnnn ya rabbal alamin.

Tahun ni aku cuti raya lama sangat 11 hari tau. Seperti biasa aku akan beraya di rumah mak mertua aku (aku ni menantu yg baik.. jangan tak caya). Tiap2 tahun raya rumah mak mertua dulu... alah.. nak buat apa gaduh2 kan.. dah kita kawin ngan anak dia.. ikut jerlah laki kita. Lagipun raya mana-mana pun sama jer.. janji raya.. dan anak aku dapat duit raya.. wakakkaka... (p/s.. klinda... aku nak duit raya tahun ni tau).

Untuk Nath, lama hang tak online no.. bz jahit baju kat opis ker wei... hehehe (betullah tu agaknya).

Salam sayang untuk semua kawan-kawan DSK. muahhhhhhhhh....

Tuesday, October 9, 2007

Raya Datang Lagi...


Assalamualaikum...

Selamat menyambut Hari Raya, semoga kengkwn semua selamat dlm perjlnan balik ke kampong masing2. Kepada yg takdak kg tu, selamat berayo kat bandor ler..ahaks...

SELAMAT HARI RAYA...




ASKUM W.B.T..


SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN KEPADA SAHABAT HANDAI
DI MANA JUA BERADA.


SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN, KESILAPAN DAN KEKASARAN
KATA-KATA YANG BISA MENYINGGUNG PERASAAN KENGKAWAN,
HARAP APA JUA KIRANYA DAPATLAH DIMAAFKAN ZAHIR
MAHUPUN BATIN.


AKHIR KATA BUAT SESIAPA YANG BALIK KAMPUNG TU..WALAU APA JUA KENDERAAN, BERHATI-HATI DIJALAN RAYA, DILAUT DAN DIUDARA....


SUDI-SUDIKANLAH DATANG KERUMAH SAYA HARI RAYA NANTI YE..


BYE



SALAM LEBARAN : NANA SEKELUARGA


Monday, October 8, 2007

Untuk Mu Kengkawanku...

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum wm wb

Lama saya tidak menulis di blog ini, kesibukan tugas bercampur dgn malas dan tidak ada idea mendorong saya untuk menjadi pemerhati bebas sejak akhir-akhir ini.

Ramadhan sudahpun hampir meninggalkan kita... peh ni ganti poser woiiii korang. Tak tahu ujian aper sebenornya, Ramadhan ni saya sering sakit. 3 hari MC dari Spital Putrajaya tau!!

Minggu lepas, saya pulang ke Kuantan... amik omak den bawak nyambut Ramadahan kek sini la plak...

InsyaAllah jika tiada aral, Khamis ni saya akan pulang berhari raya di Kuantan. Sesiapa yg nak dtg boleh datang... Rabu (17/10) akan kembali semula ke Putrajaya dan Khamis akan kojer la pulokkkk...

Kat bawah ni, gambor terbaru saya yg amik pagi tadi tauu.. fresh dari oven gitewww... khas buat kenkawan di sini yg rindu atau pun tak rindu saya keh keh keh. Sumpah saya tak suntik botox ahaaakss.

Kepada semua rakan-rakan yg pulang berhari raya, saya doakan selamat sampai ke destinasi. Mmg saya teruja sesangat nak balik raya thn ni memandangkan saya tak pernah merasai suasana balik kampung yg sebenarnya (kisah kat Bangkok tak amik kira tau). Dulu kerja kat Kuantan dan rumah mak/ayah pun kat Kuantan jadi suasana balik kampung yg sebenor-benornya mcm nak rempuh jam.. nak langgor pondok tol tu semua tarakkk pernah berlaku dalam idup tau.

Jd tahun ni.. mmg jenuh laa memikior jam berapa nak bertolak bak kata omputih from West to East gitewww. Jab nak tolak selepas sahur.. jab nak tolak jam 10... jab nak tolak petang... errrrmm tak tau arr jam berapa nak mula gerak...

Pd kekawan yg ada anak tu... sure epi gilller arr tgk anak-anak pakai baju raya cencantik... raya ni laa bebudak paling hencem sekali saya rasa.. saya kalau tgk anak buah pakai baju kurung... baju melayu.. eiiiiiii rasa nak geget jer bontot ngan pipi dorang.... gerammm wehhh!

Kuih raya saya tak buat tahun ni... kakak ngan ipar duai yg supply... saya cuma beli maruku jerkk 2 kilo.. setengah kilo kasi ayah.. 1 kilo wat raya kek Kuantan dan setengah kilo lagi saya belasah kek umah sensorang.

Lagi aper ek?... tak tau nak cerita aper dah... saya biasa laaa kalau menaip tak reti pendek-pendek...

So?... Selamat hari raya... maap zahir batin
Posted by Picasa

Friday, October 5, 2007

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum semua...


Dah lama tak masuk blog nie rasanya... Tapi ada gak masa untuk baca. Kat sini Zury ada sertakan gambar Zury & suami kira gambar yang terbaru ler nie.


Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba... Zury dan Raja Hazlin Bin Raja Abdul Jalil (suami) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dengan ucapan MAAF ZAHIR BATIN.


Kalau pulang ke kampung tu... hati-hati di jalan raya.


Thursday, October 4, 2007

Link Lagu Raya lagi...

sapa nak lagu raya boleh jugak dload dari web ni. banyak lagu kat sini. cek dah dload dan burn semua dah...nanti balik kampung boleh dengar lam keta.hehehe

Lagi satu. Alang-alang dah citer pasal lagu ni kan...Ada sesiapa yg minat Anuar Zain ker? Marina, aku tau ko tak minat dia. kekekee ko boleh abaikan part ni...hihihi

Kalau ada yg minat, korang beli la CD dia yg terbaru. Tak nyersal beb...bukan lagu Lelaki Ini jer yg best, lagu lain pun.....sampai aku leleh air mata dengar satu lagu ni.. tajuk dia Tak Lelah..tapi korang kena hayati lirik ler... stakat dengar tak de feeling, hampeh... lagu Ketulusan Hati ngan I'm The Lucky One pun bes gak...

aku nak tempek gambar CD yg aku beli tu kat sini, tp dah seminggu fail jer...sbb aku snap ngan hp aku jer..sori la ek..tp kulit album dia mcm ni..

Download Lagu Raya

Assalamualaikum geng,
Posa ker? cheq posa..
Kalu ada sapa2 yg nak dengaq lagu raya, bole la pi kat website ni...
http://nuhairi.net/nuhairi/laguraya.php
syokkk ooooo...tangkap syahdu wa cakap lu.....mcm2 lagu ada yg baru, yg lama...
Selamat mendengar.....